Kalau ditanya, "Pernah duduk hostel?", "Pernah duduk hotel?", "Pernah duduk chalet?", "Pernah duduk resort?", "Pernah berkhemah?". Jawapan aku, "Ya, pernah!"
Tapi, bila ditanya, "Pernah duduk homestay?". Hermmm, jawapan jujur aku, "Tak pernah!". Hah, sape-sape yang sekepala dengan aku, sila angkat tangan. Hujung tahun 2013, pernah pergi ke Homestay Banghuris, Sepang. Tapi, balik hari lah. Tak sempat nak merasai pengalaman bermalam di sana.
Jadi, bila Tourism Malaysia dan RTAM menganjurkan trip ke Perak sempena Pelancaran Brosur Pakej Pelancongan Keretapi (klik sini), tanpa ragu-ragu aku setuju untuk join Sahabat Media untuk sama-sama mempromosikan tempat-tempat pelancongan yang menarik di sekitar Perak. Terima kasih ye untuk jemputan kali ini. Dah lama nak join, akhirnya baru ada kelapangan masa :)
Ye lah, tahun 2014 ni kan Tahun Melawat Malaysia. Jadi, tak salah kalau kita sendiri selaku rakyat Malaysia berusaha untuk kenal dengan lebih dekat negara kita sendiri.Pergi ke tempat-tempat yang tak pernah kita pergi, kemudian share di laman sosial. At least, orang tahu, "Oh, ada eh tempat ni? Kat mana eh?". Hah, nampak tak? Kadang-kadang kita sendiri tak tahu tempat-tempat di negara kita. Jadi, berpegang kepada prinsip, "Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri", akan aku cuba untuk selongkar tempat menarik dan berkongsi dengan semua. Maksudnya, walau macam mana pun kelebihan negara orang, tetap negara sendiri yang lebih baik.
Kampung Beng
Ok, get ready. Jom ikut penaberkala mengembara ke Homestay Kampung Beng
Pernah tahu tak kat Malaysia ni wujud tempat yang bernama Kampung Beng? Aku pun baru tahu. Betul lah orang kata, "Jauh perjalanan, luas pengalaman". Mai nak story sikit pasal sejarah dan info mengenai Kampung Beng.
Sejarah
Kampung Beng telah dibuka oleh seorang anak Raja Patani yang dikenali sebagai 'Tok Beng' yang telah melarikan diri mengikut Sungai Perak. Nama kampung dipercayai diambil sempena nama 'Tok Beng'.
Lokasi
Terletak kira-kira 23 kilometer dari pekan Lenggong atau 45 minit
perjalanan dari Kuala Kangsar, Homestay Kampung Beng antara perkampungan
tradisional di pinggir Tasik Chenderoh. Homestay Kampung Beng terletak di Mukim Durian Pipit, Lenggong, Perak
Kampung Beng terdiri daripada 6 buah perkampungan kecil iaitu:
- Kampung Durian Lubuk
- Kampung Beng Dalam\
- Kampung Dusun
- Kampung Sekolah
- Kampung Durau
- Kampung Batu Ring
Destinasi kami kali ni adalah ke Homestay Kampung Batu Ring. Nak tahu apa yang menarik kat sana? Moh moh, kita naik sampan yob!
Pengangkutan utama ke Kampung Beng
Kalau nak tahu, untuk
sampai ke Kampung Beng, pengunjung perlu menyusuri sungai dan tasik
menggunakan bot tradisional kira-kira 10 minit dari Jeti Pengkalan
Durian. Huh, nasib baik sekarang teknologi dah maju.At least, ada jugak enjin untuk gerakkan bot. Tak lah bersusah-payah nak kayuh macam zaman dulu-dulu.
Alternatif
Pengunjung boleh menaiki kereta namun mengambil masa yang agak lama berbanding bot. Selain itu, jalan yang ada berbukit-bukau dan bengkang-bengkok.
Homestay Kampung Batu Ring
Pertama kali sampai di sini, dah jatuh cinta. Pertamanya dengan pengalaman menaiki bot tradisional merentasi tasik dan sungai. Keduanya, dengan suasana kampung dan panorama yang indah. Pengalaman yang memang tak dapat dilupakan bila kami semua naik bot jam 3 pagi untuk ke Homestay Kampung Beng dengan hujan renyai-renyai bila first time sampai. Cuak jugak lah,haha. Alhamdulillah, semua selamat dan kenangan indah yang tercipta bolehlah disemadikan di blog picisan ni.
Perjalanan dari Kampung Batu Ring ke Pusat Pelancongan Tasik Raban
Gelagat Sahabat Media merakam panorama indah di sepanjang perjalanan
Ok, penaberkala dah sampai di Kampung Batu Ring
Panorama
Alang-alang dah sampai di Kampung Batu Ring, tak sah kalau tak ronda-ronda tengok apa yang best kat sini. Jom, kita tengok suasana kampung pulak sambil kita tembak panorama-panoram yang menarik.
Laluan utama penduduk kampung dari jeti untuk ke kediaman masing-masing
Laluan ke balai raya dan ke jeti. Kiri kanan dipenuhi dengan pokok getah
Pemandangan indah dari jeti Kampung Batu Ring
Kediaman penduduk kampung di tebing sungai
Aktiviti-aktiviti menarik
Antara aktiviti yang korang boleh buat sepanjang berada di Kampung Batu Ring ada seperti yang tersenarai kat bawah ni. Memandangkan trip kali ni jadual agak padat, jadi kami tak sempat untuk buat semua aktiviti. Apa yang best, kami semua ada mak dan ayah angkat. Satu rumah dalam 4-5 orang.
Demo menoreh getah
Persembahan kebudayaan
Lawatan sekitar kampung menaiki bot
Lawatan ke Lata Tok Muda
Penyerahan cenderamata
Apa yang sempat kam buat? Boleh layan gambar-gambar kat bawah. Roll it..
Persembahan kugiran Kampung Batu Ring dan karaoke sempena makan malam
Menyusuri Tasik Raban untuk ke Dataran Lenggong sempena Pesta Makanan Tradisional Perak 2014
Sahabat Media, Media dan NBOS staff
Aktivit gotong-royong untuk makan malam.Talipia merah wooo!
Mak cik-mak cik sibuk memasak di balai raya, kami sibuk jalan-jalan keliling kampung
Inilah destinasi yang sempat kami terokai beramai-ramai : Lata Tok Muda!
Pelita daripada buah betik. Unik dan kreatif. First time tengok
Faris (Tourism TV) - penaberkala - Khairul (UiTM) - Raizs (KLIA TV) - Suhaimi (NBOS)
Menerima cenderamata daripada mak dan ayah angkat (Mak Chu dan Pak Chu)
Inilah kediaman Mak Chu dan Pak Chu yang kami duduk selama 2 hari 2 malam
Info
Terdapat 59 rumah yang terlibat dalam program homestay di Kampung Beng. Kampung Batu Ring salah satu kampung yang aktif dan mempunyai sebanyak 26 rumah yang menyertai program homestay.
Bergambar kenang-kenangan bersama Mak Chu dan Pak Chu sebelum pulang
Apapun, sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Mak Chu dan Pak Chu untuk layanan yang terbaik sepanjang kami berada di sana. Kami sebenarnya bertuah sebab terpilih untuk menginap di homestay yang pernah dinobatkan sebagai rumah tercantik di Kampung Batu Ring.
Amacam? Menarik tak Homestay Kampung Batu Ring, Kampung Beng. Kalau teringin nak bercuti ke sini, boleh tengok pakej yang ada. Satu je nak pesan, air kat sini memang sejuk giler. Menggigil tak ingat dunia woo nak mandi pagi-pagi. Air bukit katakan. Lagi-lagi, time kitorang pergi tu musim hujan, grrrrrr. Menggelupur, adeh.
Pakej
Kalau ada yang nak datang bercuti ke Homestay Kampung Beng, antara pakej yang ditawarkan macam disenaraikan kat bawah ni. Pendek kata, buatlah macam rumah sendiri, famili sendiri.
Pengangkutan bot ke homestay Kampung Beng
Sambutan Selamat Datang
Sarapan pagi / Makan tengah hari / Minum petang / Makan Malam
Penginapan di rumah keluarga angkat
Aktiviti bersama keluarga angkat dan penduduk kampung
Berbaju merah, berkopiah putih. Hah, itulah dia gerangan Ketua Kampung
Penyelaras Homestay
Homestay Kampung Beng
Pejabat Daerah & Tanah Lenggong
33400 Lenggong, Perak
Telefon: 016-565 4303
Fax: 05-767 7102
Website
Dah panjang membebel kat sini, next time pulak la ye kita sambung cerita.
Coming soon.....
Coming soon.....
Stay tune!
"Malaysia Truly Asia"
20 Comments
Pelita betik.... cool laa.... tapi pemandangan tasik tu yang menarik bro....
ReplyDeletekebetulan sampai 3 pagi time tuh.. tengok pelita kiri dan kanan jalan. Rupanya dari buah betik.. kagum!
Deletepemandangan kat situ memang cantik
Kampung Beng pun ada rupanya....
ReplyDeleteP/S: Awek-awek kg. Beng cun-cun x? ^_^
Ada bro, kat Lenggong,Perak..
Deletesama la kita.. baru tahu,haha..
awek tak sempat nk tengok..pergi kejap je,lol
best kan.. hihi
ReplyDeletememang best!
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeletesalam ukhuwah dari bunda...
Seronoknyer tengok pemandangannya yang cantik, sejuk mata memandang...
Ada gotong royong memasak....teruja pulak..
Waalaikumussalam bonda
DeleteTerima kasih untuk kunjungan ke sini..
Aah, ada makan malam dgn penduduk kampung..
Memang best makanan kat sana
ok kat sini xde gambar kite., huhu
ReplyDeleteAlololo.. Next entri la ye, haha
DeleteGua pun nk masuk gak blog pemes abam mawardi
Mmg kenangan terindah kat Kg. Beng... itu baru kjap jer dok situ... kalau tmbh lagi sehari due lagi best kann...
ReplyDeleteMeh ushar cerita kg beng aku pulak... hehehe...
http://www.marqiscareno.blogspot.com/2014/01/pekej-percutian-keretapi-episod-3.html
Setuju bro.. Klu sempat buat xtvt dgn penduduk kampung mesti lagi best
Deleteterbaik bosss,cantik kg ni.
ReplyDeleteTenkiu boss..
DeleteMemang cantik kat sini.. Suka tengok perahu duk ulang-alik
Alah....okje ni asal org kg...jadi malas dah nk bercuti kat kg PB...hehe
ReplyDeletesama la kita, asal kampung jugak...
Deletetapi, suasana kampung beng dengan kampung sendiri agak berbeza
itu rasa teruja lebih bila berkampung kat sini
Saya ambil maklumat sikit sebagai rujukan...Terima kasih
ReplyDeleteOkey, no prob :-)
DeleteOkey, no prob :-)
DeleteOkey, no prob :-)
Delete