D'LAILA MEE UDANG @ MMA SANTAI CORNER, NILAI | Murah dan Sedap!

Pernah tak korang pergi MMA Santai Corner, Nilai? Ke ada orang-orang Nilai yang baca blog ni? Kat MMA Santai Corner Nilai ni macam-macam ada. Sebut saja nak makan apa? Hot Burger Fizo Omar, Burger Bakar Abang Burn, sup tulang malah mee udang dan mee ketam pun ada.



Balik dari Open House rumah rakan blogger, Tatie di Seremban kami singgah di MMA Santai Corner Nilai. Ramai orang kata mee udang kat sini sedap. Ye ke? Belum cuba, belum tahu kan? Moh la, alang-alang singgah tu kita try semangkuk.



Kalau korang datang ke MMA Santai Corner Nilai, jangan lupa singgah gerai D'Laila Mee Udang. Seriously, tak menyesal kalau try. Harga pun berpatutan dengan kesedapan. Berbaloi-baloi. Tak percaya boleh tengok senarai harga dalam gambar tuh. Amacam, murah ke idok?



Muka eksited nak try makan mee udang di D'Laila Mee Udang di MMA Santai Corner Nilai. First time katakan. So, gua order mee udang L yang berharga RM12.Ce tengok cara dia susun udang, mak aih. Menarik, tertarik, kau memang da bomb!



Amacam tengok mee udang kat sini, mengancam ke tidak? Meh kita zoom in sikit kasik kecur air liur. Ini baru betul mee udang. Udang betingket-tingket. Memang puas hati. Tak menyesal datang dari jauh. Memang sedap dan betul-betul hao liao bak ang. Kalau tak percaya jugak, boleh tanya sape-sape je yang dah singgah makan kat sini. Tak pun, boleh pi try sendiri. Ada bran?


Kalau nak pergi ke D'Laila Mee Udang di MMA Santai Corner Nilai ni, terutamanya yang berhajat nak pergi dari KL, better call dulu tauke kedai tanya kedai bukak ke tutup. Ni nombor telefon untuk dihubungi 017-225 3337. Kalau tak tahu jalan, cari je MMA Santai Corner, Nilai di Waze. Insha Allah, korang akan diberi petunjuk ke jalan yang benar, hehe.



Sekian saja laporan dari crew Jalan-jalan Cari Makan edisi raya di D'Laila Mee Udang @ MMA Santai Corner Nilai. Terima kasih kepada rakan bloggers Poji, Khai, Madi, Jae dan Rawlin kerana menjayakan projek kenyangkan perut buntal ni dengan mee udang yang torbaikkk. SUPERB!

Post a Comment

2 Comments

  1. Aku pun dah try... nak repeat lg dan lg lps ni... berbaloi dan puas hati sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang berbaloi.. puas hati makan kat situ..
      aih, rasa macam kena repeat lagi next time

      Delete