Kehebatan Seafood Buffet Dinner di Mill Cafe, Grand Millennium Kuala Lumpur

Nampaknya, hujung minggu kini kembali. Apa plan korang semua untuk hujung minggu ni? Kalau tak ke mana-mana, apa kata plan untuk merasai kehebatan Seafood Buffet Dinner di Mill Cafe, Grand Millennium Kuala Lumpur.



Oh, mungkin ada yang tak tahu, kat mana hotel Grand Millennium? Sebenarnya, hotel Grand Millennium Kuala Lumpur betul-betul terletak di Bukit Bintang. Berdekatan dengan Pavillion, Sephora, dan paling mudah, berdekatan dengan stesen monorail Bukit Bintang


Istimewanya, bermula 17 Oktober sehingga 13 Disember 2014,setiap hari Jumaat dan Sabtu, dari pukul 7 malam hingga 10 malam, Mill Cafe menyediakaan Seafood Buffet Dinner. Hah, jadi ini peluang terbaik korang semua nak try macam-macam seafood di Mill Cafe. Orang kata, nak makan seafood best pergi Kota Kinabalu, Sabah. Tapi kali ini, tak perlu terbang ke sana, sekarang macam-macam seafood best ada di Bukit Bintan, Kuala Lumpur. Sebut saja nak makan apa, lobster? Udang harimau? Ketam? Semua ada.


Oceans 11 Seafood Buffet Dinner at The Mill Café
(Neptune’s finest takes centre stage)

The finest in Neptune’s kingdom and these prized shellfish are taking centre stage at The Mill Café at Grand Millennium Kuala Lumpur.



Selain daripada Seafood Buffet Dinner, Mill Cafe di Grand Millennium Kuala Lumpur juga menyediakan buffet dinner pada hari Isnin hingga Khamis dan juga pada hari Ahad dengan harga bermula RM88++ untuk dewasa dan RM44++ untuk kanak-kanak berusia 5-12 tahun.


Fusili Marinara

Bersama rakan bloggers Miera dan Mawardi mencuba sendiri masakan istimewa di Mill Cafe, Grand Millennium Kuala Lumpur. Macam-macam kami cuba, dan amat berpuas hati dengan setiap menu yang dihidangkan.



Sebut saja nak makan apa, semua ada. Masakan melayu, masakan india, makanan jepun, makanan laut, dan pelbagai salad dan pencuci mulut dihidangkan. Fuuuh, ini betul-betul syiok! Ok, jom kita tengok, apa lagi yang best di Mill Cafe, Grand Millennium Kuala Lumpur especially untuk Seafood Buffet Dinner. Perasaan pb masa datang sini, teruja habis. Siapa yang tak teruja beb bila tengok seafood yang mengancam habis. Tak percaya? Meh, kita tengok sama-sama :)


Sushi and Sashimi

Cheese platter

Sempena Seafood Buffet Dinner, Ocean 11 semestinya menampilkan 11 jenis makanan laut yang menjadi hero untuk Mill Cafe kali ini. Jadi, 11 jenis makanan laut utama pilihan antarabangsa sebagai menu utama, appetisers, salads, soups dan desserts.



Ada ke orang tak terliur bila seafood diletakkan sebegini rupa? Dihidangkan dalam bekas Perak menanti untuk dicuba. Perghhh, meleleh air liur beb tengok. Memang berbaloi bila datang sini. Makanlah sampai kenyang pun, takpe. Torbaik!!!


Raw seasoned seafood selection for grill


Prawns and oysters


Oysters

Prawns


Crab


Mussels
Lala with Green Curry


Shellfish


Shrimp platter



Alaskan King Crab


Amacam, terliur? Jadi, kalau nak datang mencuba seafood yang fresh dan sedap, jangan lupa bawa keluarga dan kawan-kawan. Nak ajak pb pergi sekali pun, no hal, hehe. Rasai sendiri kenikmatan Seafood Buffet Dinner yang pastinya memikat selera korang semua. Bayangkan, makan fresh Oyster dengan sedikit perahan jus lemon. Mencuba Alaska king crabs yang diterbangkan khas ke Malaysia. Mencuba pelbagai lagi menu special seperti slipper lobsters, vabbies, flower crabs, tiger prawns, scallops, mussels dan clams. Rasanya, korang rasa tak nak balik bila try semua seafood kat sana. Memang betul-betul power!



Ini antara bukti kami teruja bila jumpa makanan-makanan laut yang macam melambai-lambai, memanggil-manggil kami untuk ambil mereka, cuba dan rasa, hehe. Sebelum tu, take a selfie first, haha.


Cake and cotton candy


Chocolate fountain


Selain daripada aneka seafood dan desserts yang dihidangkan, korang yang datang ke sini boleh pakat dalam 4-5 orang untuk order menu special tambahan iaitu lobsters dengan hanya RM108++. Ada dua jenis masakan lobster untuk dicuba, kalau suka cheese boleh pilih Boston Lobster with Cream Cheesy Sauce dan kalau suka masam-masam manis boleh cuba Boston Lobster with Mango Slasa Sauce.


Boston Lobster with Mango Slasa Sauce
Boston Lobster with Cream Cheesy Sauce


Muka teruja nak try lobster!


Spaghetti with Salmon Roe, Australian Crayfish and Prawn Bisgue

Ini pula menu special yang dimasak oleh Chef Amir Shah untuk kami try. Memang best! Tak boleh jumpa kat tempat lain.Hidangan ini diberi nama Spaghetti with Salmon Roe, Australian Crayfish and Prawn Bisgue




Miera dan Sharmilla bersama Boston Lobster


INFORMATION
This brilliant seafood buffet dinner is available from 17 Oct – 13 Dec 2014, Friday and Saturday, 7pm – 10pm. Diners may top up on their buffet price to further enhance their dining experience with a Boston Lobster for an additional RM108++ per lobster. Prepared specially under the watchful eyes of award-winning Chef Laurent Lherisson and his team, diners may choose from any of the three lip-smacking preparations; Grilled with Butter, Served with Hollandaise sauce and Warm Potato Salad on the side, Poached and Served Cold, tossed in Chef’s special Cocktail Sauce, with mango and avocado or the classic Thermidor, tossed in a Cream Cheesy sauce, then Gratinated and served with white rice and green salad.

The buffet includes free flow of chilled juices priced only at RM15++ per person. For more information, call 03 2117 4163 or email mill.gmkl@millenniumhotel.com. For a comprehensive look at menu, you may download it from slideshare by clicking on these links below:

Menu 1: Seafood Buffet Dinner 1

Menu 2: Seafood Buffet Dinner 2
 



Bersama Chef Amir Shah. Kalau nak tahu, beliau dan team lah yang menyediakan lobsters dan masakan di Mill Cafe, Grand Millennium Kuala Lumpur. Tak lain tak bukan, bersama Chef professional yang lagi sorang, iaitu Chef Laurent yang pernah jumpa time Buffet Ramadhan beberapa bulan lepas (klik sini).


Lagi best, bila datang sini bukan saja boleh jumpa Chef dan try makanan yang best-best. Tapi juga, boleh jumpa sahabat lama dari sekolah menengah. Masa first time datang sini jumpa Amirah Ali dan kali ini, jumpa pulak dengan Afiq Aziz. Betul-betul lucky la bila datang sini, dah jadi macam tempat reunion dengan member-member,haha. So, kalau nak tahu Seafood Buffet Dinner di Mill Cafe sedap ke tidak, mungkin korang boleh juga tanya pada Afiq. Dia dah cuba pun semua food yang ada kat sana. For me, it's  worth it! Fresh and delicious!




Apapun, terima kasih kepada pihak Grand Millennium Kuala Lumpur untuk hidangan yang menakjubkan. Untuk semua yang berminat nak datang ke Mill Cafe, boleh usha-usha website dan facebook Grand Millennium KL untuk maklumat lanjut:

Website

Facebook

Email
mill.gmkl@millenniumhotel.com

Phone
03 2117 4163


 INFO PENTING
  1. Seafood Buffet Dinner pada harga RM138++ untuk dewasa dan RM69++ untuk kanak-kanak.
  2. Parkin percuma untuk 3 jam yang petama untuk tetamu dine-in sahaja. Hanya perlu tunjukkan tiket parking di kaunter Mill Cafe untuk dapatkan cop pengesahan. 
  3. Boleh buat tempahan/booking melalui email, phone ataupun dengan hanya hantar private message ke laman Facebook.

Post a Comment

7 Comments

  1. sedap.... lapar.... rasanya... jom pergi jalan jalan cari makan lagi... hahahaha

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan/Puan

    Saya mohon kebenaran untuk guna gambar-gambar yang cantik ini di website saya

    Johari
    www.ayamdara.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam

      Boleh je. Tapi jangan lupa, kalau boleh letak backlink kepada blog ni: www.penaberkala.com

      Terima kasih

      Delete
  3. Terima Kasih, saya ambil gambar Makanan India

    Johari
    ayamdara.com

    ReplyDelete