HADIAH SPECIAL UNTUK CIK TI, CIK LI, CIK LA,ENCIK SEM DAN PAK NYAM KINI TERJAWAB!



Ini cerita last week. Gigih bawak kotak besar gedabak bila terima parcel di office. Harum semerbak baunya. Dah selamat bawak balik kampung dah pun last weekend. Get ready untuk raya.

Hadiah special untuk Cik Ti, Cik Li, Cik La, Encik Sem dan Pak Nyam. Beraya sakan la eh dorang taun ni, wakakaka.

Mesti korang nak tahu apa yang ada dalam kotak tu kan? Tunggu, nanti aku share. Stay tuned!

‪#‎SWSeries‬
‪#‎SeraiWangiAFY‬
‪#‎ReclaimYourSpace‬


Siapa Cik Ti, Cik Li, Cik La, Encik Sem dan Pak Nyam?

Rentitan daripada gambar yang diupload di IG dan FB baru-baru ni, ada yang tertanya-tanya siapa mereka? Kenapa special sangat nak dapat hadiah sempena raya ni? Ok, strict to the point. Mereka yang dimaksudkan adalah serangga/haiwan perosak. Aku nak bagi hadiah sikit tahun ni, sebab dah banyak tahun aku tengok dorang berkerja keras untuk sakitkan hati aku time balik kampung. Kat rumah sewa ni pun ada kadang-kadang. Alang-alang bukak story pasal serangga/haiwan perosak ni, meh berkenalan dengan dorang. Jom baca!


Cik Ti - Tikus
Tikus ni antara spesies yang ada kat rumah aku. Datang tak dijemput, siap beranak-pinak lagi. Especially rumah kayu di kampung. Kerja dia apa? Kerja dia, gigit baju-baju yang disimpan dalam almari. Bila jarang-jarang balik kampung, biasalah kan baju yang rasa nak pakai time cuti tinggal dalam almari. Bila balik time-time raya atau cuti, nak ambik baju untuk pakai, tup-tup tengok-tengok dah berlubang sana, berlubang sini. Kau rasa? Arghhhhhh, tension beb. Kalau baju buruk takpe, ni baju baru yang kita sayang pulak yang dorang pilih. Cerdik juga eh dia ni. Pandai pilih gigit yang baru-baru. 



Tips Membanteras Tikus

Pasang perangkap tikus 
Jarang-jarang sekali kena. Pendek kata, kurang efektif. Silap haribulan, terkepit tangan sendiri. Siapa pernah kena? Wakakaka

Pelihara kucing
Orang cakap, kalau nak halau tikus kena pelihara kucing. So, kucing akan bertindak macam pak guard. Bila tengok je tikus duk berkeliaran, dia mula la kejar dan tangkap untuk dijadikan santapan. Kaedah ini lebih relevan dan efektif.


Cik Li - Lipas
Lipas pulak antara serangga perosak yang paling bebas berkeliaran. Duk tengah syiok tengok tv kat ruang tamu tengah-tengah malam buta, tiba-tiba slow and steady je dia datang merayap. Siapa tak terkejut kan? Kalau time dia action lebih, pergh siap terbang ke sana ke mari. Macam LIMA di Langkawi pulak aku tengok. Geram seyh nak hempap dengan batang penyapu. Sekali pandang macam buah kurma, dua kali pandang. Errrrr. Geli!  Lipas ni bahaya sebabnya dia  kotor dan busuk. Kalau dia lepak santai kat pakaian, boleh berbau busuk. Kalau dia singgah rest & relax kat dapur, bahaya juga makanan-makanan  yang terdedah nanti. Boleh bawa penyakit.


Tips Membanteras Lipas

Ubat lipas
Kaedah paling common orang pakat guna adalah letak ubat lipas dalam almari, dalam laci atau kat mana-mana bahagian yang berkemungkinan ada lipas. Ubat lipas macam mana? Alaa, yang warna-warni bulat-bulat tu. Awas! Kaedah ni agak bahaya especially kalau ada anak kecil. Silap haribulan dibuatnya macam gula-gula dan coklat smarties. Nanya beb! Lagi satu, bau dia agak teruk. Aku sendiri pun tak suka sangat bau ubat lipas. Uweeek

Penyembur Serangga perosak
Kaedah lebih ekspress dan efisien adalah menggunakan penyembur serangga perosak. Tak kira jenama RID**** atau SHEL***. Konpem, sekali sembur terus khayal dan pening lalat la lipas-lipas tu semua. Cumanya, bau penyembur tu agak kuat. Kalau sembur dalam almari, gerenti 200% semua pakaian berbau penyembur serangga perosak.
 


Cik La - Lalat
Ni lagi satu spesies yang buat aku sakit hati. Masuk je dapur nak makan, zzzzz zzz zzz dia datang terbang dan hinggap. Kalau sekor dua takpe. Ni, lepas halau sekor, yang lain lagi datang. Korang pernah rasa tak perasaan time nak makan, terpaksa buat tarian kipas kat meja makan? Tension weh. Nak makan nasi dengan budu pun terganggu. 


Tips Membanteras Lalat

Lilin
Kadang-kadang, nak suruh lalat lari sikit dari meja makan, makan aku selalu letak lilin. Bila tengok lilin menyala macam light house, haa lalat kurang la sikit singgah parking kat makanan atas meja. Tapi, ada juga yang spesies degil, tak endah pun setakat lilin tu.

Ubat lalat dan kertas minyak
Ni lagi satu teknik untuk membanteras lalat. Sapu ubat lalat yang macam gam tu kat atas kertas minyak (pembungkus nasi). Letak je atas meja, beberapa minit tengok la dorang terbongkang atas kertas tu sebab terlekat tak boleh nak lari. Padan muka. Cumanya, kaedah ni agak kotor lah. Ye lah, nak makan tengok lalat-lalat mati tertonggeng kat sebelah. Yucks

Raket Karen Elektrik
Kaedah terkini dan masih digunakan kat rumah aku sekarang adalah pembunuh lalat menggunakan raket karen elektrik. Kalau balik kampung, aku tak payah main badminton atau tenis. Pegang raket tu je duk berperang dengan lalat. Sekali kena renjatan elektrik, terus babai. Kelemahan kaedah ni sebab dia agak bahaya untuk kanak-kanak. Nanti tak pasal-pasal terkena karen. Lagi satu, agak berisiko sebab time kita smash lalat especially di meja makan, takut-takut lalat tersilap landing ke dalam kuah gulai atau ayam percik. Disaster bhai. Nak guna boleh, cuma kena lebih berhati-hati.
 

Encik Sem - Semut
Orang kata,"Di mana ada gula, di situ ada semut". Aku rasa untuk zaman sekarang dah tak valid kot. Kenapa? Sebabnya, semut zaman sekarang air kosong pun dia hinggap. Letak kejap je, alih-alih nak pergi minum. Mak aih, semut dah masuk. Kalau tak nampak, minum je. Tapi, kalau dah nampak memang tak berani nak minum air ada semut. Orang kata nanti bodoh, haha. Kalau dah semut banyak sangat. memang kena cari jalan untuk hapuskan.


Tips Membanteras Semut

Air
Aku rasa semut paling susah nak banteras. Sebab biasanya semut menyerang makanan. Tak kan nak sembur penyembur perosakan atas makanan kan? Bukan semut yang KO, kita pun KO sekali. Jadi, satu-satunya cara yang ada dan praktikal adalah guna air. Contohnya, kalau meja letak bekas air di kaki-kaki meja. So semut tak boleh panjat meja, sebab dorang akan jatuh mati kelemasan. Kalau susu tin pun sama, letak dalam bekas yang boleh isi air di sekeliling dia. Agak berguna.


Pak Nyam - Nyamuk
Musuh paling ketat aku antara ramai-ramai adalah nyamuk. Kalau balik kampung, aku suka tidur kat ruang tamu depan TV. Tapi, bila bangun pagi esok, konpem nampak love bite kat muka dan tangan. Time tidur, bunyi muzik yang tak diingi di cuping-cuping telinga. Part ni aku paling tak suka. Rasa macam nak masuk dalam selimut. Rela lemas daripada kena kiss kat nyamuk. Paling bahaya, nyamuk Aedes. Boleh sebabkan denggi woo. So, hati-hati. Jangan pandang nyamuk sebelah mata. Ada can, kita banteras je nyamuk yang ada.



Tips Membanteras Nyamuk

Ubat Nyamuk
Teknik tradisional. Beli la jenama FUMAKI** ke apa ke. Nyalakan api, tiup, letak dalam bekas kasi berasap. Agak berkesan untuk ruang yang kecil. Cumanya, aku alah sikit dengan ubat nyamuk. Bangun esok, mesti sakit tekak. Lagi satu,  agak bahaya kalau tak letak dalam bekas tertutup sebab boleh menyebabkan kebarakan.

Penyembur Serangga perosak
Nak lebih cepat dan pantas, guna je penyembur serangga perosak. Make sure, kalau nak masuk tidur pukul 10 malam, pukul 7 malam dah kena pergi sembur dalam bilik dan tutup pintu siap-siap. Kalau pukul 10 malam nak tidur, time tu juga baru nak sembur. Okbai. Nyamuk tonggeng punggung je kat korang. Kaedah ni kadang-kadang ok. Cumanya, bau dia terlampau kuat. Dan agak berbahaya untuk kanak-kanak. 

Kelambu
Kaedah paling klasi, pasang kelambu. Settle! Cumanya, kebanyakan orang tak selesa kalau pakai kelambu. Dorang akan rasa lemas dan rimas. Hah, kalau budak bandar balik kampung, tak ramai yang suka tidur dalam kelambu. Dorang lebih prefer tidur bawah kipas kuat-kuat.


Apa penyelesaian terbaik? 

Amacam? Agak-agak berkesan ke dengan tips membanteras kat atas tu? Teknik-teknik yang digunakan dari dulu sampai sekarang. Ke korang ada cara lain yang lebih efektif dan berjaya. Ce share, semoga bermanfaat untuk semua yang tengah cari tips menghalau serangga/haiwan perosak. Aku pun tengah fikir gak ni. Hermmmm.


Dalam aku duk fikir-fikir pasal benda ni, aku rasa mesti ada jalan penyelesaian terbaik untuk menghapuskan semua serangga/haiwan perosak dengan teknik yang lebih mudah, berkesan dan selamat. Then, ada orang cakap guna serai wangi boleh menghalau serangga seperti tikus, lipas, lalat, semut dan nyamuk. Erk? Serai wangi boleh hapuskan serangga? First time dengar, rasa macam tak percaya. Biasa dengar serai wangi orang buat minyak ubat je. Rupa-rupanya, memang ada produk khas untuk serangga. Why not cuba kan?


Then, bila Google terjumpa artikel tentang "Manghalau Serangga & Haiwan Berbisa" yang menggunakan serai wangi. Wow, AMAZING! New things to learn. Guna produk serai wangi lebih baik sebabnya bebas daripada bahan kimia dan tak berbahaya. Start dari situ, aku rasa berminat nak lebih tahu tentang kelebihan dan keisitmewaan serai wangi. Maka, dari situ aku terima parcel besar gedabak macam dalam gambar yang aku pernah share  tu.


Apa nama produk serai wangi ni?

Apa yang ada dalam kotak tu?

Berkesan ke produk berasaskan serai wangi untuk halau serangga & haiwan berbisa?

Kat mana nak beli produk serai wangi?

Macam mana nak guna produk ni?

Berapa harga produk serai wangi untuk menghalau serangga dan haiwan berbisa?

   
Semuanya bakal terjawab tak lama lagi. Bagi chance aku guna dan alami sendiri pengalaman menggunakan produk berasaskan serai wangi ni dulu ye. Nanti aku share. Apa-apa perkembangan semasa, aku akan share di Facebook dan Instagram dengan hashtag #‎SWSeries‬ #‎SeraiWangiAFY dan #‎ReclaimYourSpace‬ 

Stay tuned!

Post a Comment

2 Comments

  1. Jangan lupa share ye.. Nak tau juga berkesan ke x..
    Menghadapi masalah semut dan lipas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok, nanti saya share di blog ye pengalaman guna produk serai wangi ni..
      saya ada update di instagram juga, boleh follow ig @penaberkala

      Delete