SERAI WANGI AFY HANIFF | BERKESAN HALAU SERANGGA PEROSAK

Baru-baru ni, aku ada share cerita mengenai satu kotak misteri yang diterima. Kalau nak tahu, kotak yang diterima tu adalah produk dari Serai Wangi AFY Haniff. Korang boleh baca kat sini: Hadiah special untuk Cik Ti, Cik Li, Cik La, Encik Sem dan Pak Nyam


So, lepas berbulan-bulan guna produk Serai Wangi AFY Haniff ni, seperti yang dijanjikan dalam blogpost sebelum ni, aku akan kongsikan sedikit-sebanyak info mengenai produk ni untuk korang yang masih lagi tercari-cari produk yang sesuai untuk menghalau serangga perosak tak kira lalat, lipas, tikus, semut mahupun nyamuk. Dan semoga blogpost kali ni dapat menjawab segala persoalan korang mengenai produk Serai Wangi AFY Haniff dengan lebih jelas.


Apa nama produk serai wangi ni?
Produk serai wangi ini adalah Serai Wangi AFY Haniff



Serai Wangi

Kalau nak tahu, inilah pokok Serai Wangi. Semoat snap di halaman rumah kat kampung. Serai Wangi (Citronella Grass) atau dalam nama saintifikya, Cymbopogon Nardus merupakan tumbuhan renek dan merumpun yang hidup secara berkumpulan. Tumbuhan ini mempunyai akar jenis rerambut dan boleh mencapai ketinggian sehingga satu meter dengan warna dedaun kehijauan. Serai wangi merupakan sejenis tumbuhan tropikal yang menghasilkan bau dan aroma tersendiri.

Terdapat banyak kelebihan serai wangi. Dulu, digunakan secara meluas khususnya oleh masyarakat Asian untuk tujuan masakan, bau-bauan, perubatan, pembersihan, kini serai wangi dugunakan untuk mengelakkan daripada ancaman binatang atau serangga berbahaya. Pendek kata, serai wangi memang banyak manfaat. So, silalah tanam di halaman rumah masing-masing. Kalau nak halau serangga, hah yang tu kena beli produk serai wangi AFY Haniff.

Apa yang ada dalam kotak tu?
Ada 8 produk kesemuanya (6 jenis produk) keluaran AFY Haniff iaitu:
AFY Serai Wangi Concentrated Liquid 900ml
AFY Serai Wangi Concentrated Liquid 900ml
AFY Serai Wangi Spray 650ml
Serai Wangi Anti-Tikus 130g
Serai Wangi Anti-Lipas 130g
AFY Hanging Insect Repellant 8g
AFY Serai Wangi Pelita 300ml
AFYSerai Wangi Pelita 1000ml




Video: Produk Serai Wangi AFY Haniff




Berkesan ke produk berasaskan serai wangi untuk halau serangga & haiwan berbisa?
Ya,  memang berkesan. Produk Serai Wangi AFY Haniff ada dua jenis iaitu dalam bentuk ketulan (halau tikus dan lipas) dan juga dalam bentuk cecair untuk digunakan bagi mengelap permukaan yang dijangkakan ada serangga perosak seperti semut ataupun lalat. Mengikut pengalaman aku sendiri, sebab terlampau banyak lalat di meja makan. So, ambil je produk pekatan serai wangi AFY Haniff dan campur dengan air. Then, basahkan kain dengan campuran cecair tadi dan lap meja makan. Terus tak nampak lalat-lalat dan semut berkeliaran atas meja. Korang kena cuba sendiri!


Selain itu, spray AFY Haniff juga boleh digunakan untuk tanaman bagi menghalau serangga perosak seperti tikus. Bukan tu je,produk ni pun inshaAllah berkesan untuk halau haiwan berbisa seperti ular ataupun lipan. Paling penting, produk Serai Wangi AFY Haniff ni tak bahaya jika terkena kulit dan mesra alam kerana menggunakan bahan semulajadi iaitu serai wangi.

Kat mana nak beli produk serai wangi?
Mesti korang tertanya-tanya kan mana nak dapat produk ni. Haa, mudah je. Boleh dapatkan di pasaraya-pasaraya berdekatan. Memang merata-rata ada jual. Totally, ada 980 outlet di seluruh Malaysia menjadi lokasi utama jualan produk AFY Haniff ni seperti:
Giant
Mydin
Tesco
Jaya Grocer
Econsave
Family Store
Kimpart
Songmart
Mercato
Sam's Groceria  




Macam mana nak guna produk ni?
Ok, sebagai pengguna produk Serai Wangi AFY Haniff, aku nak share cara guna bagi setiap produk. Semoga perkongsian kali ni sedikit-sebanyak dapat membantu korang dalam menggukana produk ni. Tak susah pun, macam korang guna racun perosak tu jugak. But now, instead guna racun perosak kita guna produk yang lebih environmental friendly iaitu serai wangi. Ok, jom tengok cara-cara menggunakan setiap produk Serai Wangi AFY Haniff. Cekidout!


AFY Serai Wangi Concentrated Liquid 900ml | AFY Serai Wangi Concentrated Liquid 900ml


Pekatan Herba Serai Wangi ada 2 pilihan iaitu 900ml dan 500ml. Cara guna, mudah je. Larutkan pekatan ni dalam air dan siap-sedia untuk diguna. Boleh guna untuk mop lantai, lap meja makan, lap kabinet dapur, dan macam-macam lagi kegunaan. Lagi satu, biasanya orang akan guna produk ni untuk dijadikan spray. Campur dengan air pada kadar nisbah yang telah ditetapkan untuk refill dalam spray bagi kegunaan harian. Memang cukup mudah.


AFY Serai Wangi Spray 650ml

Seterusnya, AFY Serai Wangi Spray. Kalau malas nak bancuh sendiri guna pekatan serai wangi tadi tu, korang boleh terus beli spray yang dah siap-sedia dibancuh di supermarket. Tinggal nak guna je. Lagi mudah, lagi jimat masa. But, kalau nak jimat better beli produk pekatan serai wangi kat atas tu then bancuh sendiri untuk refill.




Antara kegunaan produk AFY Serai Wangi Spray seperti yang dinyatakan kat bawah ni. Boleh la refer kat sini kalau masih lagi ragu-ragu untuk menggukana produk ni.

Meja Dan Peralatan
Sembur tempat yang kotor kemudian gunakan kain bersih yang lembab dan lap di bahagian berkenaan, biarkan kering dan tidak perlu dibilas

Bilik Air Dan Tandas
Sembur di tempat yang berkenaan, kemudian gunakan berus untuk mencuci dan bilas dengan air bersih.

Lantai
Sembur dan lap dengan mop lembap yang bersih, biarkan kering dan tidak perlu dibilas.

Kenderaan
Sembur pada kain bersih dan lap pada tempat yang kotor dan bilas. Cecair ini boleh dimasukkan sedikit ke dalam tangki simpanan air pembersih cermin bagi memudahkan pembersihan cermin yang kotor.

Kebun Sayur/Tanaman
Semburan pada tanaman seminggu sekali pada waktu petang. Nisbah campuran untuk semburan tersebut adalah 1 (cecair semburan) : 13 (air). Ianya adalah sebagai pengganti racun serangga yang menghalau serangga secara semulajadi dan seterusnya risiko bahaya pada sayuran/tanaman serta tanah dapat dielakkan.

Permukaan Yang Mengalami Masalah Serangga
Sembur dan ratakan cecair menggunakan kain bersih ke seluruh permukaan dan tidak perlu dibilas. Contoh seperti meja makan yang dihinggapi lalat.

Tempat-Tempat Yang Mengalami Masalah Serangga
Sembur dan biarkan sahaja. Contoh kabinet makanan yang mengalami masalah tikus, semut dan lipas.

Tempat-Tempat Yang Mengalami Masalah Bau-Bau Kurang Menyenangkan
Hanya sembur rawak pada kawasan tersebut dan sembur terus pada objek yang berbau.


Lain-lain kegunaan
  • Sembur rawak pada bekas penyimpanan sampah akan menghilangkan bau busuk dan kurang menyenangkan.
  • Sembur pada bahagian dalam kereta yang disebabkan bau hapak dari karpet lantai. Ianya juga terbukti berkesan pada kereta yang bermasalah bau buah durian.
  • Semburan ini juga dapat menghilangkan bau najis dan bangkai haiwan seperti najis ayam dan bangkai ikan.
  • Jika terpijak najis haiwan seperti kucing/ayam yang dibawa masuk ke suatu kawasan/ruang, hanya sembur di tempat yang disyaki.

Serai Wangi Anti-Tikus 130g | Serai Wangi Anti-Lipas 130g

 

Ini pulak produk AFY Haniff Serai Wangi Anti Tikus & Anti Lipas untuk menghalau tikus dan lipas. Semestinya, produk ini juga mesra alam sekitar dengan aroma tajam semulajadi. Yang ketulan hijau tu untuk halau tikus manakala yang ketulan pink tu pulak untuk halau lipas.


Cara guna cukup mudah. Bersihkan permukaan kawasan. Letakkan Anti Tikus atau Anti Lipas mengikut kuantiti yang diperlukan di tempat tersembunyi seperti dalam kabinet dapur dalam almari pakaian, dalam bonet kereta, dan bawah katil di bilik tidur. Sesuai digunakan untuk menghalau tikus atau lipas serta memberi aroma yang tajam semulajadi.
 
AFY Hanging Insect Repellant 8g
 

FY Hanging Serai Wangi Aroma Semulajadi pula digunakan untuk menghalau serangga di ruang-ruang kecil ataupun  melindungi kawasan persekitaran di dalam rumah seperti Almari Pakaian, Dapur, Ruang Makan, Bilik Tidur, Ruang Tamu atau Bilik Air



Cara guna produk ni pulak, hanya dengan 4 langkah mudah:

1) Buka penutup botol
2) Tanggalkan penyumbat di dalam botol
3) Tutup semula penutup dan terbalikkan botol seketika
4) Gantung atau letakkan di permukaan yang sesuai

 
AFY Serai Wangi Pelita 300ml | AFYSerai Wangi Pelita 1000ml

Produk yang terakhir ni pulak namanya Serai Wangi Pelita. Produk ni paling menarik sebabnya boleh digunakan untuk menghalau lalat especially di meja-meja makan. So, kepada caterer-caterer di luar sana ataupun pemilik restoran, produk ni memang highly recommended untuk korang. Nak guna kat rumah pun boleh.



Cara guna mudah je. Setiap produk ni akan dibekalkan dengan sumbu. So, ambil bekas dan isikan dengan air. Kemudian, tuangkan produk pelita tadi dalam bekas yang telah berisi air. Akhir sekali, letakkan sumbu dan nyalakan. Taddda, siap! Then, letak je kat mana-mana tempat yang difikirkan bersesuaian untuk menghalau lalat. 


Berapa harga produk serai wangi untuk menghalau serangga dan haiwan berbisa?

Kalau nak details lebih lanjut mengenai produk serai wangi AFY Haniff, boleh rujuk website atau follow je dorang di laman sesial media seperti Facebook, Twitter ataupun Instagram. Harga boleh tengok di pasaraya-pasaraya berdekatan ataupun korang terus je tanya di mana-mana laman sosial mereka.

Webiste: 

Facebook:

Email: 
afyhaniff@yahoo.com

Instagram:  

Hashtag:
#‎SWSeries‬
‪#‎SeraiWangiAFY‬
‪#‎ReclaimYourSpace‬







Ok, sekian saja perkongsian tentang 6 produk daripada AFY Haniff. So, kalau ada orang tanya produk apa sesuai untuk halau serangga macam semut, lalat, tikus, lipas atau nyamuk, korang bagitau la kengkawan produk Serai Wangi AFY Haniff memang sesuai. Semoga perkongsian kali ni sedikit-sebanyak dapat memberi info tentang produk ni ye. 
 
Selamat mencuba!

Post a Comment

28 Comments

  1. Salam. Saya pon memang guna produk Afy Haniff ni. Guna tuk mop and lap-lap permukaan meja makan ni. Tapi semenjak ada baby saya kurang guna, sbb takot baby merangkak-rangkak and pegang-pegang meja, pastu tangan masuk mulut. Bahaya jugak tu. Kalau tak ada baby memang sesuai. Sekarang ni saya guna kadang-kadang je Afy hanif untuk lap2. Saya banyak pakai produk organik sbb selamat untuk baby. Tapi saya paling suka afy haniff yang lilin tu. Bau pon sdap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Produk organik ape utk hlau semut? Afy hanif ni ad chemical ke?

      Delete
    2. Kalau untuk halau lipas dalam kereta patut pakai yang mna satu ea

      Delete
    3. Ye betul. Produk organik tanpa bahan kimia.

      Untuk halau lipas, boleh try yang ketulan color pink dan letak dalam kete. Takpun beli yang boleh gantung tu

      Delete
  2. aku nak try yang pewangi tu. bilik aku bnyk nyamuk

    ReplyDelete
  3. Maaf saya kurang faham cara (sukatan) berapa banyak produk ini dicampur dengan berapa banyak air jika untuk mop lantai....? Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cek cara nak bancuh cecair di pelekat botol. Rasanya ada instruction kat situ

      Delete
  4. saya br pertamakali beli serai wangi ni...dan saya 100% berpuashati...saya guna untuk spray rumah kucing,karpet2 dlm rumah mrka,sangkar,bekas letak pasir...terbukti segala bau2 najis,pasir...hilang...saya juga ada mrnggunakan blok serai wangi tikus...sy letakkan dkt rumah kucing jugak...dan ternyata katak,lipas,tikus dah x ad lg...berbanding sblm guna serai wangi...saya ad jugak buat dlm botol spray utk kegunaan dalam rumah..saya spray ats katil,meja,lantai,tongsampah...kerana suka dgn bau serainy...saya suka main spray2...hehehee...memang berpuashati lah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun guna semua produk Afy Haniff. Sekarang lagi best, ada produk baru untuk sembur time iron baju dan juga untuk refresher. Memang best

      Delete
  5. Hi. Nak tnya. Spray ni berkesan tak untuk halau pepijat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya nemang sesuai untuk halau serangga. So far, kalau untuk semut, lalat, lipas, tikus, memang berkesan

      Delete
  6. Utk bunuh anai anai boleh tak guna produk ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mostly sesuai untuk semut dan lipas. Untuk anai-anai saya tak pasti. Kalau nak halau saya rasa okay 👌

      Delete
  7. En Haniff. mohon lihat email. saya ada email pada En haniff. urgent

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf. Saya bukan En Hanif. Boleh contact di FB Afy Haniff

      Delete
  8. Semburan ni tidak membahayakan kucing kan.. Saya sembur di luar tempat makanan kucing sbb byk semut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tak sebab produk ni bebas bahan kimia

      Delete
  9. Produk ni boleh halau binatang berbisa tak..contoh nya mcm lipan dan ular.. Kerana di halaman rumah ada ular ..takut masuk ke rumah je

    ReplyDelete
  10. untuk halau haiwan berbisa, saya cadangkan guna belerang. Tabur je buat macam pagar. InshaAllah, berkesan. Produk ni memang dirumus khas untuk halau serangga perosak je

    ReplyDelete
  11. Utk buat semburan pada tanaman sesuiai x danSukatan utk semburan pada pokok tanaman .

    ReplyDelete
  12. Salam nk tanya sukatan untuk tanaman berapa ea...serai wangi berapa ml n air berapa liter?

    ReplyDelete
  13. Salam, nak tanya. Afy hanif ubat tikus tu selamat tak kalau terkena makanan?

    ReplyDelete