AKTIVITI MENARIK DI LOST WORLD OF TAMBUN

Ada yang merancang untuk pergi bercuti ke Lost World of Tambun? Pergi lah, tak rugi pun kalau pergi bercuti bersama keluarga ataupun kawan-kawan ke sana. Macam-macam ada. Kalau nak tahu, Lost World of  Tambun merupakan salah satu theme park yang terkenal di Malaysia iaitu terletak di Ipoh, Perak. Satu lagi theme park yang ada di Perak adalah Bukit Merah. Jujurnya, ini kali pertama aku sampai di Lost World of Tambun. Time belajar kat Tronoh dulu 5 tahun, tak sempat nak datang bersuka-ria kat sini, lol. Dah nak masuk 2017 baru sampai ke sini, hahaha.


Nak tahu sebab apa aku datang sini? Semestinya sebab excited dengan tarikan terbaru yang ada kat sini iaitu Glamping. Untuk perkongsian kali ini, aku nak share aktiviti-aktiviti yang menarik sepanjang kami Glamping di Lost World of Tambun. Mungkin korang boleh susun schedule cantik-cantik dan spend masa secukupnya untuk aktiviti-aktiviti macam ni. Walaupun percutian singkat, hanya weekend getaway untuk 2 hari 1 malam, tapi memang best dan puas hati. Jom tengok apa yang best kalau korang datang glamping di Lost World of Tambun! 


1. Naik buggy keliling Lost World of Tambun


Salah satu kelebihan Glamping di Lost World of Tambun adalah perkhidmatan buggy. Dari pintu masuk sampailah ke tapak glamping, kami semua dihantar dengan menaiki buggy. Untuk aktiviti-aktiviti lain di sekitar theme park atau Hotspring, kita boleh request buggy untuk hantarkan. Best kan? 


2. Boga Cruise


Tapak Glamping terletak di Lost World Adventure Park. Antara aktiviti yang korang boleh cuba adalah Boga Cruise. Perjalanan Boga Cruise mengambil masa lebih kurang 30 minit. Selain daripada cruise, ada juga aktiviti lain seperti kayak, flying fox dan macam-macam lagi. So, sesiapa yang suka nature, memang best. Sambil naik cruise, sambil layan pemandangan gua batu kapur di sekitar Lost World of Tambun.


3. Gua Datok / Picasso Cave 


Untuk korang yang aktif dan lasak pula, korang boleh cuba untuk caving di Gua Datok atau dikenali juga sebagai Picasso Cave. Gua Datuk merupakan antara gua batu kapur yang tertua di Perak. Dekat sini, korang boleh tengok struktur stalaktit dan stalagmit serta menguji tahap kekuatan mental dan fizikal dalam menaiki dan menuruni anak-anak tangga. Amacam, ada bran? Gerenti basah kuyup mandi peluh!


4. Lost World Crystal Spa


Untuk korang yang nak manjakan diri di spa dan sauna, boleh datang ke Lost World Crystal Spa. Dekat sini ada pakej spa dan sauna. Paling menarik, sauna kat sini tak guna bara api atau heater elektronik macam sauna-sauna di tempat lain. Sauna kat sini guna wap daripada air panas (hotspring) yang asli. Bila masuk, fuh memang panas. Keluar je dari bilik sauna tu, terus rasa sejuk dan segar. Highly recommended untuk korang yang nak relax dan refresh.


5. BBQ Dinner


Untuk aktiviti glamping, korang boleh request untuk dinner atau BBQ. Tapi, untuk aktiviti BBQ dinner ni, korang akan dikenakan caj tambahan. Pakej glamping hanya menawarkan penginapan untuk 2 hari 1 malam, tiket masuk ke theme park dan breakfast. Untuk dinner atau BBQ especially untuk korang yang merancang nak buat aktiviti team building atau family day dengan pakej glamping, bolehlah consider untuk add-on pakej BBQ dinner ni. Memang santai dapat makan di bawah pancaran sinaran bulan dan bintang. Sempoi!


6. Petting Zoo


Camping dalam hutan boring? Glamping di tempat-tempat lain membosankan? Tetapi tidak di Lost World of Tambun. Pada waktu malam, boleh habiskan masa untuk melawat petting zoo yang menempatkan pelbagai spesies haiwan seperti hamster, burung, arnab, kura-kura, ular, dan macam-macam lagi. Waktu operasi Petting Zoo adalah sehingga jam 10:00 malam. Kalau korang rasa bosan duk santai di tapak glamping, boleh menapak ke Petting Zoo ataupun request buggy untuk hantarkan ke sana. 

Hamster

Burung tu siap boleh cakap lagi


7. Lost World Hotsprings


Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman mandi-manda di Lost World Hotsprings. Kami pergi waktu malam sebab hotsprings tutup jam 11 malam. Jadi, untuk mengisi masa yang terluang, kami ramai-ramai turun ke Hotsprings. Seriously best!


Berapa bayaran nak masuk ke Lost World Hotsprings? Jangan risau, kalau dah ambil pakej Glamping, tak payah bayar. Korang akan dapat 2 days access to all theme park termasuklah hotsprings. Best kan? Kalau tak puas lagi berendam air panas waktu malam tu, haa korang boleh sambung keesokan harinya pulak. Mandilah sampai puas hati!



Port paling best di Lost World Hotspirngs ni adalah dalam gua ni. Wap dia kemain panas. Tapi kena ingat, hanya boleh masuk dalam tu hanya untuk 5 minit je. Jangan lebih pulak. Nanti kang pengsan dalam tu sebab dehydrated. Keluar daripada gua yang macam sauna ni, korang akan jumpa infinity pool.




8. Fire Dance Performance


Benda wajib korang patut tengok kalau dah sampai di Lost World of Tambun adalah tengok fire dance performance. Show kat sini memang gempak gila. Bukan setakat main lambung-lambung kayu api, tapi siap main sembur-sembur api dari mulut. Paling tak tahan tu, siap jolok kayu yang berapi dalam mulut, dalam seluar, sampai mati api, hahahaha. Aku yang duk tengok pulak yang rasa ngeri. Brader yang duk buat show tu, watlek wat peace je. Terbaik!



9. Lost World Theme Park


Bila dah sampai di Lost World of Tambun, rugi pulak kalau tak mandi-manda di water theme park. Mission accomplished! Kami dah try semua gelongsor yang ada kat sini. Tips dia mudah je, kalau untuk slide tu, korang kena pakai baju jersi dan seluar tight. Untuk gelongsor yang guna pelambung, don't worry! Pakai track suite biasa pun boleh lepas. Enjoy the ride :)


Selain water theme park, pakej glamping juga termasuk dengan rides lain di theme park. Antara rides yang korang wajib cuba adalah Adventure Express, Giddy Galleon dan Lupe's Adventure. At least korang kena try once in a lifetime. Mula-mula je takut, lepastu ok je. Enjoy! Cuma kalau yang takut mabuk tu, standby plastik untuk muntah siap-siap, hehehehe. 


10. Haunted Chambers



Nak test kekuatan vocal? Hah, korang boleh cuba masuk ke Haunted Chambers. Dengan bayaran RM10 seorang, korang akan masuk ke rumah hantu. Huisshhh, macam-macam jenis hantu ada. Get ready untuk terpekik-terlolong dan terkejut beruk sampai membuatkan kau menjerit terkejut tanpa sedar, lol.


11. Animals Show


Plan nak datang Lost World of Tambun bersama family atau anak-anak? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan animal show yang akan bermula jam 3:30 petang. Animal show ini akan berlangsung selama 1 jam dan show ini memang interaktif dan menghiburkan.



Kalau korang bernasib baik, korang akan dipilih untuk membantu staff Lost World of Tambun membuat persembahan. Haa, cuba tengok blogger +Ahmad Fauzi Aryaan tengah buat apa tu? Macam-macam gelagat comel haiwan seperti burung dan serval cat. Nak tengok macam mana dorang bagi makan untuk harimau pun ada. Seriously, aku enjoy tengok show kat sini. Fun and interactive!


12. Catopia


Untuk peminat kucing, korang patut singgah di Catopia. Kat sini macam-macam jenis kucing ada. Paling best, kucing kat sini memang besar-besar. Setiap orang hanya diberi masa selama 15 minit untuk tengok dan pegang kucing-kucing comel dan gebu ni secara dekat. But, perlu ingat. Jangan angkat kucing ni sesuka hati. Bukan apa, takut kucing tu jatuh dan tercedera. Kan nanya! Sebelum dan selepas masuk pun kena sanetize tangan. Memang dorang jaga betul-betul kebajikan dan keselamatan kucing-kucing kat sini.


13. Dulang Tea House


Tapak glamping tak jauh dari Dulang Tea House. Kalau nak minum petang, boleh menapak ke Dulang Tea House. Apa yang menarik kat sini? Personally, aku suka konsep yang diketengahkan kat sini. Antaranya mengekalkan konsep kedai kopi lama-lama. Tengoklah, siap guna meja jahit lama jadi meja, bangku lama dan televisyen zaman dulu-dulu. Memang nice!



Dari segi menu pula, macam-macam menu klasik ada. Nak tahu apa yang ada di Dulang Tea House? Antaranya kopi kampung, roasted rice tea, roti tumbuk, roti bakar dan roti bakar chicken curry. Makanan kat sini bukan calang-calang, memang sedap, Dihidangkan dengan pinggan mangkuk zaman dulu-dulu yang besi tu, memang mengimbau memori betul. 



Selain suasana yang best, menu yang best, lokasi kat sini memang cantik. Bayangkan keadaan kedai kopi di dalam gua. Unik kan? Siap diterangi dengan neon-neon lagi. The best spot untuk swafoto mahupun bergambar bersama teman dan taulan.



Terima kasih Kak Mazian sebab menerima kehadiran kami ke Lost World of Tambun. Memang best! Macam-macam info pasal Lost World of Tambun kami dapat termasuklah pakej glamping yang terbaru di sini. So, kalau korang plan nak pergi glamping di Lost World of Tambun, boleh baca kat sini: Glamping di Lost World of Tambun.


14. Ipoh Street


Lagi satu benda best nak buat di Lost World of Tambun adalah jalan-jalan di Ipoh Street. Jangan risau, tak perlu naik kereta, naik bas nak pergi Ipoh Street. Hanya dalam theme park tu je. Apa yang ada? Macam-macam gerai ada. Nak makan, nak minum, semua ada. Paling best, cantik untuk begambar.


15. Lost World Tin Valley


Last but not least, tempat wajib yang korang patut singgah adalah di Lost World Tin Valley. Seperti yang sedia maklum, Tambun, Ipoh ni memang terkenal dengan aktiviti mendulang bijih timah. So, kalau korang datang ke sini, jangan lupa singgah bergambar dengan gajah dan aktivit mendulang bijih timah. Tempat ni tak jauh dari lokasi glamping atau Lost World Adventure Park.


Glamping @ Lost World of Tambun

Selain daripada aktiviti-aktiviti yang disenaraikan di atas, benda paling penting korang kena cuba di Lost World of Tambun adalah glamping. This is my first time experiencing glamping. Honestly, I love it! Nak tahu cerita tentang pegalaman kami glamping, boleh baca kat sini: Glamping di Lost World of Tambun!


Pssst! Kalau korang pun nak cuba glamping kat sini, boleh book awal-awal sebelum penuh. Cepat book sebelum terlambat! Pergi ramai-ramai, lagi syiok. Satu tent boleh memuatkan sampai 4 orang.

Experience a 5-Billion star hotel.

What is Glamping?
Fancy sleeping under the star but without the fuss of pitching a tent? Introducing Glamping – a fusion of simple luxuries and camping. For those experience seekers who want to experience the positive aspects of camping without the “uncomfortable” negatives. Here’s your chance to sleep under the stars in style.


Untuk booking/ reservation, boleh contact Lost World Hotel Reservation:

Telefon:
05-5408801/02

Email: 
lwhreservation@sunway.com.my

*Tents are subject to availability upon reservation.

Post a Comment

16 Comments

  1. pening pulak aku tengok gambar buaian tu,haha

    ReplyDelete
  2. Buggy tu kena bayar ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak kena bayar. All in dengan pakej Glamping yang kita ambik 😊

      Delete
  3. Utk theme park lain, boleh ke msk basah2 lps pegi water park?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, boleh je macam tu pun. Macam kami hari tu pun, lepas mandi-manda terus pergi main buaian dan naik sampan berayun di theme park. No problem

      Delete
  4. berapa harga untuk pakej tu aktiviti tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakej boleh check di facebook Lost World of Tambun. Biasanya akan ada harga promosi. Better beli awal

      Delete
  5. saya ambil package theme park dengan hot spring spa.. hot spring spa tu bukak malam ye? nak masuk spa sauna tu sume kena bayar ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hot spring buka sampai pukul 10 malam. Sauna yang ada gua di hotspring tu free je. Tapi sauna di spa kena bayar. Better pergi sauna yang dekat hot spring tu, best!

      Delete
  6. Replies
    1. Seluar tight tak wajib pun. Cuma kalau yang nak main gelongsor/slide tak boleh pakai seluar yang ada poket zip.

      Delete
  7. Best tempat ni .selain mandi .boleh tengok binatang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Berbaloi datang sini sebab banyak attractions

      Delete
  8. Harga include semua aktiviti ni ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga untuk Glamping include harga untuk pass theme park, pet zoo & kolam air panas

      Tak termasuk cruise di tasik, Gua Datuk dan bbq dinner. Kalau nak boleh add on

      Delete