KURTA RAYA 2017 CIRGARO APPAREL



Nak dekat raya ni, orang-orang yang bergiat aktif dalam bidang fesyen sudah pasti sedang bekerja keras untuk viralkan fesyen rekaan terkini mereka. Bila dah nak suruh viral, macam-mcam teknik, macam-macam cara digunapakai untuk memperkenalkan jenama masing-masing kepada orang ramai. Kadang-kadang, sesetengah jenama tu rasa macam nak hempuk dengan batu pun ada bila first time tengok promosi. Melampau. Tapi bila cuba kaji selidik balik, check jenama dan koleksi mereka, Fuh! Not bad. Rupa-rupanya, semua yang kita tengok tu hanyalah sekadar promosi mereka. Just nice! Dan bila kita dalami design language dan gambar-gambar koleksi rekaan mereka di Instagram, memang membuatkan kita terus nak beli mana-mana hasil rekaan mereka. Betul tak?


Korang dah ready ke dengan baju raya masing-masing? Untuk lelaki moden zaman sekarang, bukan baju melayu sahaja yang menjadi pilihan utama untuk digayakan sempena hari lebaran. Kini, kurta juga menjadi pilihan ramai. Cirgaro Apparel telah melancarkan koleksi kurta raya mereka kepada umum. Jadi, sesiapa yang berminat untuk dapatkan kurta raya dengan rekaan dan design terkini, boleh baca sampai habis.


Kurta semakin mendapat tempat di hati pengguna di Malaysia. Telah berlalu zaman orang kaitkan bila kita pakai kurta nie Nampak india / Pakistan sangat. Itu hanyalah stigma masyarakat. Kurta Cirgaro tidaklah labuh seperti kurta India / Pakistan. Ianya seperti baju kemeja yang kita pakai. Bezanya cuma bila pakai kurta kita payah nak tuck in.


Cirgaro merupakan syarikat yang serius dalam industri fesyen walaupun baru berusis 2 tahun. Cirgaro bukan feeling-ferling designer. Mereka merupakan pengeluar kurta yang serius dalam kualiti jahitan dan kualiti fabric yang mereka gunakan. 


Rekaan Mandarin kolar yang minimalist dan pengunaan zip YKK JAPAN BRASS (sama seperti LEVI`S) adalah diterajui oleh Cirgaro. Semua produk mereka mengunakan Fabric Cotton yang dipilih khas dari Korea Selatan (bukan korea Utara ye, hehehe).


Sizing mereka pula bukan la slim fit sangat. Tapi just nice untuk orang Malaysia. Hampir kesemua kurta-kurta yang mereka keluarkan boleh didapati dalam saiz S hingga XXXL. Semua rekaan Cirgaro menggunakan design language – Modern dan minimalist. Yang paling penting tak melampau. Multipurpose dan senang digayakan samada untuk majlis social seperti kenduri-kendara baik di hotel atau boleh dipakai ke pejabat dalam urusan rasmi.


Kalau kita teliti betul-betul, banyak advertisement dan promo Cirgaro Apparel mengunakan model yang biasa-biasa. Kadang-kadang, hanya melibatkan kawan mereka sendiri. Bukan nak cut cost, tetapi mereka mahu tampilkan persona bahawa apabila seseorang menggayakan produk Cirgaro pasti akan meletops walaupun anda nie biasa-biasa je. Tak perlu nak pakaikan kurta ni ke atas badan artis atau selebriti untuk tampak eksklusif dan bergaya. Cukuplah digayakan oleh orang biasa yang akan nampak luar biasa.


Ramai orang akui, kebanyakan kurta-kurta Cirgaro bila tengok online tak nampak sangat ohsem. Tapi bila dah tengok depan mata sendiri dan bila dah try pakai, baru tahu macam mana rasa fabric yang mereka guna. Memang special dan berbaloi. Hah, lagi satu nak cakap. Cirgaro tidak mengunakan fabrik dari Jakel Malaysia untuk mengelakan masalah boria (fabric sama tapi pengeluar lain-lain).


Kalau korang merayau-rayau dalam website diorg (www.cirgaro.com). Korang boleh tengok betapa banyaknya pilihan warna yang ada. Tak silap, hampir 40 warna berbeza ditawarkan oleh koleksi Kurta Moden 2017 oleh Cirgaro Apparel.


Kurta Cirgaro sebenarnya direka supaya senang untuk dijadikan couple set (mudah dipadankan warna dengan pasangan). Rajin-rajinlah check website diorang dan tunggu keluaran khas untuk wanita (Koleksi Raya 2017). Sebelum tu, jom kita tengok koleksi Kurta Raya 2017 by Cirgaro Apparel. Cekidout!!!


KURTA UNO
Fabrik Cotton paling biasa dalam keluarga kurta Cirgaro. Rekaan paling simple disasarkan utk golongan muda remaja. Dengar cerita pertengahan bulan April 2017 mereka akan lancarkan Kurta UNO version 2. 









KURTA BANGSAWAN
Kurta paling hot selling. Tak silap kurta nie dah keluar sejak dari awal tahun lepas dan sampai sekarang Kurta Bangsawan nie tetap dikeluarkan dengan warna2 baru diperkenalkan setiap 2 bulan. Ada org cakap mereka nie yang first keluarkan style Kurta Zip yg mana korang tengok ramai org lain da start tiru. 









KURTA SAFARI
Kurta khas untuk peminat fabric denim di Malaysia. Tapi jgn salah anggap kain dia tebal. Cirgaro mengunakan fabric denim yang khas. Dimana fabric mereka sejuk dan sgt selesa untuk dipakai. 










KURTA NEO
Kurta paling best dan meletopsss di bumi Malaya setakat ini. Mengunakan fabric yang direka khas oleh team Cirgaro rasanya kat Malaysia takde org lain buat mcm nie. Semua pengeluar Kurta Moden kat Malaysia asyik plain je. 









KURTA KING
Raja segala kurta kat Malaysia. SOLD OUT tahun lepas. Dan sebab apa dia sold out ? sbb fabric yang mereka pakai adadlah super special. Fabrik nie mereka sahaja yang ada. Bukan print. Tapi corak mereka mcm emboss (timbul) dalam fabric. 



Macam mana, menarik tak koleksi kurta dari Cirgaro Apparel? Hah, kalau korang berminat boleh dapatkan kurta Cirgaro Apparel sementara stock masih ada. Beli awal-awal sebelum kehabisan stock. Kalau size habis, lagi nanya. Macam mana nak dapatkan kurta ni? Boleh ke butik mereka di Plaza Shah Alam ataupun beli secara online.


Bagaimana cara nak dapatkan Kurta Moden Cirgaro ? 


Walk in ke Butik Baharu mereka di Plaza Shah Alam 


Pembelian melalui Facebook : 


Pembelian melalui website :


Ikuti perkembangan terkini mereka di Instagram Cirgaro


Youtube channel mereka 


Tips : Jangan tunggu time sales. Cirgaro nie jarang-jarang je buat sales. Diorang nie (Cirgaro) merupakan bangsa menghargai harga yang pernah dibayar oleh consumer. Biasanya kalau Cirgaro buat sales mesti dah broken size atau mereka dah decide nak keluarkan design yang baru.

Post a Comment

2 Comments

  1. Haaaii.. TB datang melawat blog.. tak dapat nak komen sangat sebab tengah blogwalking dah singgah blog2 yang lain.. TB doakan untuk awak semoga hari ni hari yang lebih baik dari semalam .. K bye..

    ReplyDelete