Korang pernah dengar tak tentang My Delicacies? Aku selalu nampak kedai My Delicacies ni sebabnya selalu juga pergi lunch waktu hari bekerja di Busana MARA Mall. Kalau masuk ke Busana MARA Mall, kedai My Delicacies ni terletak betul-betul depan BB Bistro dan Mc Donald. Kalau korang nak tahu, My Delicacies diasaskan oleh Puan Suhaily Hamzah pada 9 Mei 2015 di Kuala Lumpur. Kemudiannya, pada tahun 2017, mereka telah membuka cawangan di Jakel Mall. Kini, My Delicacies mempunya 2 kedail, 2 kiosk dan promosi bergerak di sekitar Kuala Lumpur.
My Delicacies ditubuhkan untuk membantu suri rumah dan usahawan kecil yang mempunyai produk sendiri untuk mempromosikan produk mereka. Maksudnya, kalau ada antara korang yang mempunyai produk makanan sendiri dan tak tahu nak jual di mana? Tak payah risau, korang boleh letak di My Delicacies. Pada tahun 2017, My Delicacies mendapat kepercayaan dari MARA sebagai “BUYER” di KUD 2017. Dengan mandat dan kepercayaan yang diberikan ini, usahawan bumiputera boleh meletakkan produk mereka di ruang niaga My Delicacies untuk dipromosikan dan dijual kepada pelanggan.
Mesti ada antara kita yang tertanya-tanya kan? Apa manfaat yang akan diperolehi oleh para peniaga di luar sana? Sebenarnya, bila dah letak produk di My Delicacies, korang tak perlu risau. Mereka akan uruskan segalanya dari segi promosi dan juga jualan produk. Paling best, My Delicacies juga akan menjual produk-produk ini tak kira musim. Contohnya, kalau korang buat kuih raya, bukan time musim raya je dorang akan jual, malah sepanjang tahun.
Kelebihan My Delicacies
- Produk akan dipromosikan selama 360 hari di semua kedai,kiosk sera booth bergerak MyDelicacies.
- Promosi berterusan media sosial.
- Networking dengan vendor-vendor lain.
- Khidmat nasihat mengenai production, penglabelan, pembungkusan serta marketing.
Perkhidmatan My Delicacies
- Membekalkan produk serunding daging tempatan yang dimasak secara tradisional menggunakan api kayu dan tembaga berkualiti.
- Menjual secara runcit dan borong
- Menyediakan dan membekalkan makanan tradisional,kuih raya,kerepek,dodol yang berkualiti dan sedap
- Menyediakan dan membekalkan produk makanan yang sedia dimakan
- Menyediakan perkhidmatan pembungkusan dan penghantaran ke lokasi yang berdekatan.
- Hot items di My delicacies:
- SAMBAL HITAM MENANGIS
- SAMBAL KICAP
- SAMBAL TEMPOYAK
- SAMBAL IKAN MASIN.
Pendek kata, tak kira korang pemilik produk makanan sendiri ataupun pembeli tegar kuih-muih, korang boleh bertandang ke outlet My Delicacies yang terdekat. Jom kenali My Delicacies dengan lebih lanjut dengan menonton video ohsem kat bawah ni. Cekidout!
Untuk maklumat lanjut tentang My Delicacies, korang boleh kunjungi My Delicacies yang berhampiran ataupun kunjungi laman media sosial mereka untuk mengetahui promosi terkini!
LOKASI MY DELICACIES
Busana MARA, KL
PC 102,Busana Mara 232,Jalan Tuanku Abdul Rahman,50100 Kuala Lumpur
Jakel Square
Lot G.04, (Ground Floor) ,Signature A&B Lot 159, Jakel Square , Persiaran Capsquare Off Jalan Munshi Abdullah 50100 Kuala Lumpur.
Telefon:
014-220 9897
Facebook:
Instagram:
Email:
mydelicacies17@gmail.com
Tertarik dengan tagline My Delicacies by Suri Niaga ni, "Hari Hari Rasa Raya". Sebabnya sekarang, tak perlu tunggu hari raya baru boleh nak makan kudapan dan kuih-muih yang terkenal time musim raya. Hari-hari biasa sepanjang tahun pun boleh dapat. So, boleh la pi singgah beli kudapan di My Delicacies nanti. Teringin nak makan tart nanas, kah!
18 Comments
dapnyo. asam ado dok? hahahaa
ReplyDeleteAda perasan kedai ni...tapi biasa laa..selera berkala..kadang nampak singgah...kadang tu lalu je..hahahaha...lepas ni kalau nak "raya" boleh la singgah lagi..hihihi
ReplyDeleteokay nak singgah nanti. Moka bawakkan please hahaa
ReplyDeleteWah bagus ni... macam macam ada. Tak perlu nak jauh jauh untuk dapatkan barangan yang diperlukan
ReplyDeleteuntunglah siapa yang tinggal nearby sana.. nak shopiing kuih raya pun senang
ReplyDeleteMacam2 ada ni.. boleh try datang beli.. iolss memang suka makan kudap2 ni..
ReplyDeleteAda jugaklah perasan kedai ni. Macam -macam ada eh? Wau satu tempat je
ReplyDeleteBagus juga dapat letak produk di My Delicacies.Retis-retis semua datang tu! Tak payah tunggu Raya, boleh beli tart nenas kat sini.
ReplyDeleteDulu meniaga kat MARA xpenah tau pun. Menarik macam² makanan ada. Semua retis yang terjah tu..
ReplyDeleteMenariknya.sekarang ni ramai peniaga yang buat produk sendiri tetapi tak tahu kat mana nak di pasarkan.
ReplyDeleteSuch a wide range of snacks, if I'm in town I'll drop by and grab some.
ReplyDeleteTak pernah dengar lagi. Nanti kalau ke KL boleh singgah kat sini. Tq for the info.
ReplyDeleteWahh ada kedai ni dekat medan mara... Bolehlah terjah suka makan kacang
ReplyDeleteyum yum~~ good for tourist to singgah dan beli~~ should buka one dekat penang jugak!
ReplyDeleteWah . Bestnya . Kalau datang sini macam2 produk tempatan ada , boleh bantu golongan2 suri2 rumah yg berniaga di sinii .
ReplyDeleteOhh heaven nya tengok gerai dia.. Semua ada!
ReplyDeleteSesuai la untuk mak-mak buyong yang asyik craving benda-benda manis ni haha~
Ini pun duk ngidam nak makan tart nenas, tapi taknak yang gulung,..tekak ni request tart nenas yang intinya di dalam biskut yang berbentuk nanas..adoi~
wow banyak gila pilihan makanan jajan kuih biskut dekat situ... harga nampak macam afford je
ReplyDeletebestnya banyak pilihan jajan
ReplyDelete