Korang tahu tak, sekarang ni ada menu terbaru di Marrybrown sempena Tahun Baru Cina? Untuk korang yang nak cuba kelainan, korang kena try menu Egg-stra Ong Marrybrown. Mesti korang tertanya-tanya, apa menu best yang ditawarkan dalam hidangan Egg-stra Ong? Jom, check it out!
Rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) Halal terkemuka kegemaran Malaysia, Marrybrown®, menyambut Tahun Baru Lunar dengan membawa kembali menu bermusim mereka iaitu Egg-stra Ong! Sempena Tahun Baru Cina, pelanggan di seluruh negara dapat menikmati hidangan yang lazat dengan limpahan sos telur masin dan rempah ratus yang pasti menggamit selera.
Tahun Baru Lunar mengumpul generasi keluarga bagi meraikan permulaan baharu yang penuh dengan harapan. Tahun ini, kami berbesar hati untuk membawa kembali hidangan istimewa kami iaitu Egg-stra Ong, yang bukan hanya sekadar hidangan tetapi ia merupakan sebahagian daripada tradisi perayaan yang menyatukan kekeluargaan
Encik Daniel Chan,
Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown®.
Dilimpahi dengan sos telur masin yang enak dengan gabungan rempah ratus, Egg-stra Ong direka untuk menambat selera dan mencipta pengalaman pemakanan yang sempurna. Gabungan dengan pelbagai pilihan yang menarik, gerenti korang akan suka. Personally, aku suka dengan sos telur masin di Marrybrown yang cukup rasa. Setiap tahun, aku ternanti-nanti Egg-stra Ong menu kembali di Marrybrown. Untuk korang yang belum pernah try, korang kena try at least once di outlet Marrybrown yang berdekatan.
Kalau korang tak ada idea nak order apa, ini antara beberapa menu yang korang boleh try order.
Egg-stra Ong Mashed Bowl (harga bermula dari RM6.88): Kentang lenyek berkrim yang dilimpahi sos telur masin dan ketulan ayam
Egg-stra Ong Spicy Burger Combo (harga bermula dariRM18.38): Dihidangkan dengan kentang goreng dan jus oren Minute Maid®
Egg-stra Ong Chicken Combo (harga bermula dariRM20.38): Pilihan 2 atau 3 ketul ayam, dihidangkandengan kentang lenyek dan salad sayur
Egg-stra Ong Box Meal (harga bermula dari RM24.88): 1 ketul Ayam Egg-stra Ong, Egg-stra Ong Spicy Burger, kentang goreng bersaiz regular, dan jus oren Minute Maid®
5-pc Ong Bucket (harga bermula dari RM55.88): Sesuai untuk majlis keluarga, menampilkan 5 ketul Ayam Goreng MB® dengan sos telur masin, 4 keping Chicken Fillet, 6 ketul Nuggets, dan tiga cawan jus oren Minute Maid®
Dalam budaya Malaysia, makanan adalah simbol kegembiraan di setiap perayaan. Menu dengan kelazatan telur masin yang dapat mengeratkan kemesraan dan mencipta kemeriahan tahun baru lunar dengan setiap hidangan di musim perayaan ini
Encik Daniel
Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan objektif untuk menyediakan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi bagi menikmati pengalaman dan pemakananyang sempurna.
Untuk maklumat lanjut tentang Marrybrown, promosi terkini dan perkhidmatan penghantaran, korang boleh layari:
Laman Web:
Apl MB:
Facebook:
Instagram:
TikTok:
Threads:
YouTube:
0 Comments