RAMADHAN


RAMADHAN
Awalnya RAHMAT
Pertengahannya MAGHFIRAH
Penghujungnya PEMBEBASAN dari api neraka

Di kesempatan ini, patik ingin memohon seribu kemaafaan jika ada salah dan silap terhadap rakan2 sekalian. Semoga Ramadhan kali ini menjadi medan yang terbaik untuk menjadi lebih baik, InsyaAllah


Semoga kita semua dapat berlumba-lumba dan bersaing secara sihat untuk melakukan ibadat dan merebut ganjaran-Nya.

"pesta pahala, temasya ibadah"


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna…

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan…

Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatMu oh Tuhanku
Ku tempuh jua…


dengan ingatan tulus ikhlas, diucapkan selamat berpuasa kepada semua terutama sekali rakan-rakanku di mana jua kau berada dan kepada seluruh umat muslim di muka bumi.
p/s - jgn lupa niat puasa smua..tut2 puasa sia2 jerk..kang hanya blh lapar dan dahaga saja!hoho

Post a Comment

7 Comments

  1. salam ramadhan al-mubarak :)
    sy ade terbaca sal yg niat, kalo miss masih smpat n xbatal jika niat esok harinye, cam awal pg la. tp better tgk balik, al-fikrah.net.

    ReplyDelete
  2. PostPost subject: Hadith2 Dha'if seputar Puasa
    Posted: Mon Aug 17, 2009 9:20 pm

    Hadith-Hadith Ma'lul (cacat) seputar Puasa dan bulan Ramadhan
    oleh: Muhammad Fathi Ali
    Jabatan Hadith AFN

    ** kebanyakan hadith adalah diambil dari Laman Multaqa' Ahl Hadeeth dan archive AFN.

    -------------

    hadith no. 1 :


    Matan Hadis:

    Wahai manusia, sungguh bulan yang agung telah datang (menaungi) kalian, bulan yang di dalamnya terdapat suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan, Allah menjadikan puasa (pada bulan itu) sebagai satu kewajiban dan menjadikan shalat malamnya sebagai amalan sunnah. Barangsiapa yang mendekatkan diri pada bulan tersebut dengan (mengharapkan) suatu kebaikan, maka sama (nilainya) dengan menunaikan perkara yang wajib pada bulan yang lain .... Inilah bulan yang awalnya adalah rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya adalah merupakan pembebasan dari api neraka ...."

    ------------------

    hadis ini adalah sebahagian dari hadis yg panjang,iaitu hadis yg menceritakan bahawa pada akhir bulan Syaban dan bulan Ramadhan akan menjelang, Baginda memberi khutbah dan antara isi khutbah itu adalah tntg fadhilat Ramadhan, antaranya lafaz yg famous yg merupakan point khutbah itu ialah lafaz:
    "...وهو شهر أوله رحمة ، وأوسطه مغفرة ، وآخره عتق من النار - dan dia (bulan Ramadhan) itu bulan yang awalnya Rahmat, pertengahannya Maghfirah(pengampunan), dan akhirnya adalah pembebasan dari api Neraka..."

    Takhrij:

    Riwayat Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya (hadis no. 1780), al-Baihaqi dalam Syuab al-Iman (hadis no. 3455)

    Status:

    Hadis ini TIDAK SAHIH. Ia dinilai Dhaif oleh para Jamaah A’immah Huffaz Hadis Salaf (Mutaqaddimun) sejak kurun 1-3 Hijrah lagi!, antaranya ia dinilai Dhaif oleh:


    1- Imam Ibn Khuzaimah:
    Imam Ibn Khuzaimah sendiri telah men-Dhaif-kan hadis ini dalam Kitab Sahihnya (hadis no. 1780) , kata Imam Ibn Khuzaimah: “In Sahhal Khabar (jika benarlah khabar ini sahih / Jika benar khabarnya)”, dan sesungguhnya bentuk lafaz “In Sahhal Khabar” adalah salah satu bentuk pen-dha’ifan oleh Imam Ibn Khuzaimah. Ini adalah Manhaj/method yg digunakan oleh Imam al-Huffaz Ibn Khuzaimah dalam kitab Sahihnya, iaitu apabila beliau menyebut "In Sahhal Khabar" dlm Kitab Sahih Ibn Khuzaimah ia menunjukkan bahawa hadis itu Dhaif disinya



    2- Imam Abu Hatim:
    Hadis ini juga dinilai Tidak Sahih oleh al-Imam Huffaz Nuqqad Hadis Abu Hatim dalam ‘Ilal Ibn Abi Hatim (hadis no. 733), kata Imam Abu Hatim: “haza hadis Munkar (hadis ini Mungkar)”.

    wallah-hu-a'lam

    p/s: check it out at http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=6849.html

    sy memula sampai ke thread ni once diberikan link oleh Ustaz Fathi sendiri, n memang terkejut sgt bila tengok. dahler rase ilmu ni sikit, malah yg ni pun sy tak pernah tau. punyela femes disebut di sana sini, rupe2nye hadis2 yg dhaif. uhuhuh :( sharing is caring.

    ReplyDelete
  3. beliamuda: selamat berpuasa..moga sihat2 slalu..xbatuk2 dh..sakit tekok dan xdop soro doh ni wak batuk,haha

    colorless: slmt berpuasa..

    anem: tenkiu for sharing that kind of info..at least dpt tau benda baru..slmt berpose!

    ReplyDelete
  4. selamat berpuasa,
    harap diampunkan salah dan silap.

    ReplyDelete
  5. selamat berpuasa..
    dh nk abis br wish,hak3
    ampun gak klu ada salah silap

    ReplyDelete