Berkawan dan bersahabat
adalah sesuatu yang berbeza
dikenali dan mengenali
berlainan ertinya
berkawan hanya sekadar dikenali
bersahabat lebih mengenali,
kepercayaan hanya pada sahabat,
penghinaan hanya pada kawan,
kesusahan hanya pada sahabat,
kesenangan hanya pada kawan,
penyelesaian hanya pada sahabat,
kesalahfahaman hanya pada kawan,
bangkit hanya pada sahabat,
jatuh hanya pada kawan,
jujur hanya pada sahabat,
pura-pura hanya pada kawan,
punyai kawan hanyalah sementara,
adanya sahabat untuk selamanya.
adalah sesuatu yang berbeza
dikenali dan mengenali
berlainan ertinya
berkawan hanya sekadar dikenali
bersahabat lebih mengenali,
kepercayaan hanya pada sahabat,
penghinaan hanya pada kawan,
kesusahan hanya pada sahabat,
kesenangan hanya pada kawan,
penyelesaian hanya pada sahabat,
kesalahfahaman hanya pada kawan,
bangkit hanya pada sahabat,
jatuh hanya pada kawan,
jujur hanya pada sahabat,
pura-pura hanya pada kawan,
punyai kawan hanyalah sementara,
adanya sahabat untuk selamanya.
||Good friends are hard to find, harder to leave and impossible to forget||
kadang-kadang,
orang kenal kita,tapi kita tak kenal dia
kita kenal dia,tapi dia tak kenal kita
sampaikan masing-massing tak kenal nama
tapi itu masih boleh dikatakan kawan
asalkn masing-masing dah berkenalan dan berjumpa satu sama lain pada masa lalu
kalau kita punyai 1000 kawan,itu tidak hairan
kerana dimana-mana pun mudah cari kawan
atas bus,shopping complex,pinjam pen kat mana-mana,
itupun dah jadi kawan
tetapi,
mencari sahabat tidak semudah itu,
tidak sekejap itu,
mencari dan mengenali sahabat perlukan banyak masa,
masing-masing perlu kenal hati budi,
untuk mengenali antara satu sama lain
kepercayaan vs penghinaan
dalam persahabatan, kepercayaan adalah terasnya.
dalam berkawan, kepercayaan tidak diberikan sepenuhnya,
masih ada keraguan
oleh itu,timbullah istillah 'kawan makan kawan", "kawan jadi lawan"
sahabat susah sama sekali untuk menghina sahabatnya,
kawan tidak lokek untuk menghina kawannya,
penghinaan dijadikan satu permainan
sehinggakan ada hati yg terluka tanpa rasa kekesalan
kesusahan vs kesenangan
sahabat rela bersusah-payah demi sahabatnya,
tak kira masa,tak kira ketika
kawan hanya ada utk bersenang-senangan
maka,"kawan ketika senang mudah dicari,kawan ketika susah sukar didapati"
penyelesaian vs kesalahfahaman
sahabat sentiasa ada untuk penyelasaian masalah,
kawan belum tentu ada untuk itu
sahabat akan berusaha untuk membantu
kawan berusaha untuk turut membantu,tapi ramai yang memberi alasan beribu
sahabat susah untuk salah faham terhadap sahabatnya,
kawan terlalu mudah untuk salah faham terhadap kawannya,
bila kepercayaan tiada dalam diri,macam-macam tohmahan dan syakwasangka diberi
"kesalahfahaman mengundang kebencian"
bangkit vs jatuh
sahabat sentiasa membantu sahabat untuk bangkit,
kawan belum tentu,
sahabat tidak akan pernah menjatuhkan sahabatnya,
kawan belum tentu
jujur vs pura-pura
sahabat akan jujur dengan sahabatnya
kawan ada yang jujur dan ada yang tidak
sahabat yang pura-pura sukar dicari
kawan yang pura-pura mudah dikenali
bila mudah dia ada,bila susah dia tiada
bila suka dia suka,bila duka pun dia suka
sementara vs selamanya
yang sementara itu adalah kawan
yang selamanya itu adalah sahabat
yang kenal tak kenal itu kawan
yang kenal dan mengenali itu sahabat
yang ada dan tiada macam chipsmore itu kawan
yang sentiasa ada itu sahabat
walau terpisah jarak
hati tetap dekat
sahabat tetap sahabat
kawan tetap kawan
Dengan itu,wujudlah post ini yg bertajuk,"KAWAN VS SAHABAT". Post ini bukan sempena friendship day. Hanya sekadar mengingati sahabat dan kawan yang berada jauh dan dekat.Tak kiralah apa jua TITLEnya,kawan or sahabat,semoga sama-sama kita memperbaiki diri ke arah menjadi kawan/sahabat yg terbaik
oleh itu,
berkawan biar beribu
bersahabat pun biar beribu
kerana kawan dan sahabat
adalah insan yang bergelar manusia
yang diberi hati dan perasaan
akal dan fikiran
untuk dimanfaatkan dalam kehidupan
bukan untuk kepentingan diri semata
tetapi untuk kepentingan bersama
GIVE and TAKE
bila berkawan,jadilah kawan yg baik
bila bersahabat,jadilah sahabat yg baik
kerana
kawan dan sahabat adalah org yg hampir dgn kita selepas keluarga
jangan jadikan berkawan dan bersahabat itu bermusim
ingat waktu senang sahaja,
ingat waktu nk minta pertolangan sahaja,
ingat waktu friendship day sahaja,
ingatlah mereka sentiasa,
kenanglah mereka dalam doa
semoga persahabatan dan perhubungan mendapat redha Illahi
"bertemu kerana Allah,berpisah kerana Allah"
insyaAllah
11 Comments
waa..tema yg sesuai n menarik..hehe
ReplyDeletesahabat.
ReplyDeletebukan senang menemukan sahabat kalau diri kita sendiri tidak menjadi seorang sahabat yang baik, terutama kepada diri sendiri.
amin baek:tema yg menarik?haha..tq2
ReplyDeletenorashikin rahmat:betul2.tq for the reminder!
sy mau jadi sahabat nuar..
ReplyDeleteboleh kah??
sy adalah sahabat atau kawan?
hurmmm :)
ofkoz la buleh..5 taun dh kenal
ReplyDeletenk kata kwn pun blh
nk kata sahabat pon blh
apepun titlenya, moga persahabatan kekal ke akhirnya
"kenang daku dalam doamu"
huhu...
ReplyDeletededicated 2 u dis song...
kau kawan, sahabat dan teman...
by unic....
t cari n dgr lagu 2 ek...
really2 proud u b 1 of my sahabat...
hehehe..=]
ok tq for dedication..xpernah dgr lagu ni
ReplyDeletetp,nnt nk cari gak
thanx..
moga persahabatan kekal smp bila2
sedap dibace walaupun panjang entry ni... :)
ReplyDeletesuiseiseki:
ReplyDeletetenkiu supel
sekadar meluahkan perasaan
sangat setuju dengan pena berkala.. huhu
ReplyDeleteCik Su Life Cycle:
ReplyDeleteThanks for reading ciksu
semoga dapat bezakan yg mana kawan, yg mana sahabat
hargai mereka sebaik mungkin :)