APA NAMA DIA?





Jangan bimbang, anda tidak tersalah blog. Ini bukan blog masakan, ini segmen kuih@visible voice bersama chef penaberkala.Post kali ni agak lain dari biasa..dh2 mengarut..actually,post kali ini pasal merungkai rahsia sebiji kuih yang sedap dimakan!

Sebelum meneruskan bacaan,anda dinasihatkan untuk list down jawapan anda terlebih dahulu. Kita tengok siapa yg tahu apa yg dia makan.Ini tak, makan tahu tapi nama tak tahu (cakap kat diri sendiri,klau ada yg terasa ok je). Sekadar perkongsian bg mereka yg masih tidak tahu. So, sila ambil tahu

Teka siapakah saya?


Rancangan ini dihangatkan lagi di status gtalk dan ym. Terima kasih kepada responden2 yg telah mengambil bahagian. Paling kurang, sedikit sebanyak anda tahu apa yang anda tak tahu. Dimaklumkan, ada yang siap buat research lagi pasal soalan ni. Ramai yg search di internet. Lantaran itu GOOGLE jugalah menjadi mangsa untuk talian hayat

Di bawah tertera jawapan yang diutarakan oleh responden bila status gtalk/ym berbunyi:

"sape tau apa nama kuih hijau yg ada kelapa kat bahagian atas?"

proses mencari jawapan di gtalk


proses mencari jawapan di ym


Rufaidah (coursemate)

"sebelum ni panggil kuih hijau je"

"apam puteri ayu" (setelah guna GOOGLE search engine)


Fatin (labmate)

"kuih lompang" - penang

"kasui"

antara scene yg sempat dirakam


rupa-rupanya, dia salah tafsir. Aku tanya kuih lain, dia gambarkan kuih lain. At last, letak gambar kat gtalk,dia baru sedar yg die bg nama untuk kuih lain

"seri ayu" (final answer)

die kata, mlm ni dia tahu 2 jenis kuih..erm,bagus2.tak sangka ramai gak yg tak tahu nama kuih ni..ingat ak sorang je


Wani (labmate)

"putu ayu" – Terengganu


Faiz PE

"seri ayu" – dengan penuh yakin dia cakap betul. Katanya berpengalaman sikit2 dlm fnb event


Amir Maliki (coursemate)

"hijau pak haji" – paling pelik nama kuih aku pernah dengar. Glad to know this kind of kuih

siap bagi link lagi. Tak percaya sila klik http://aisbird.com/QuickCart001/?kuih-muih,6

rasional – berbaju hijau dan berkopiah/berserban putih


Hanim (schoolmate)

"seri ayu" - dgn konfiden je dia jawab


Saufi EE

"suka makan kuih ni tapi tak tahu nama" - sama la kita,huhu


Abu Raihan

"kuih bako" -> tidak boleh dipercayai ni..dia ni ngarut sokmo,haha.suka melawak!


Yatie (Junior mrsm jeli)

"seri muka" -> salah sebab die tak clear tgk gambar kat ym.. setahu aku kuih ni ada dua lapisan iaitu pulut + bahagian manis kat atas tuh

"seri ayu" - at last,die cakap seri ayu yg btul


Hani and Aina (BIS)

"puteri mandi" –> kes tak tengok gambar ni,main hentam je mentang2 klue dia warna hijau + kelapa

last2, bila tgk gambar kat status, baru diakui kuih tu adalah "kuih tok haji serban",haha

tergelak aku menerima jawapan2 mereka. Herm,sekadar ingin mengetahui. Terima kasih sekali lg bagi mereka yg tidak lokek untuk melemparkan idea dan jawapan. At last the true answer ada banyak. Cuma hijau pak haji dan tok haji serban paling unik. Hari ini dalam sejarah bilamana aku dapat tahu kuih kat Malaysia ni ada nama yg unik seperti itu rupanya


Jawapan untuk teka kuih kali ini seperti berikut:
  • Apam seri ayu
  • Apam puteri ayu
  • Sari ayu
  • Seri ayu
  • Sri ayu

source: INTERNET – MR GOOGLE

Ada lagi ke nama dia selain dari yg disebut2 di atas? Anda tahu, anda jawab

:::::::::::::::::::::::::::::::

Thanx to all yg membantu. Akhirnya dpt gak aku tahu nama kuih ni. Setelah 20 tahun aku hidup, selalu gak makan kuih ni, namun hari ni la baru tahu namanya. Siapa kata "tak kenal maka tak cinta". Aku cinta elok2 je makan kuih ni wlau tak tahu nama,haha..Actually, aku nk tahu sgt nama kuih ni sebab nk gi tempah kat kafe, bukan suka-suka nak tahu. Tempahan utk makan pagi Sabtu ni, 10/10/2009 bagi seminar and training FIRC.

:::walau apapun namanya, ak tetap suka sebab ianya sungguh sedap!:::

Post a Comment

14 Comments

  1. what a unique post-lah :)
    saye nih nama kuih satu je yang tau: karipap.
    kat UUM ade jual giant karipap, tapenah saye jumpa kat tempat lain selain kat uum. haha. er..melalut plak.

    tapi saye suka juga kat 'cik sari ayu' tu. tapi tak ayulah. sedap je lebih. :)

    ReplyDelete
  2. haha.. biasa ah, makan je reti.. nama tak tahu.. :P

    nasib baik aku tak sempat nak mengarut reply status gtalk mung tuh.. hehe~

    ReplyDelete
  3. hahahahahhahaha....
    sakit perut aku membacenye~~
    hahahahahaha

    ReplyDelete
  4. norashikin rahmat:
    haha,basic la tuh..konfem smua org kenal ngan cik karipap dan donut..kuih yg pelik sikit,rmai yg tak tahu..

    mmg diakui la,cik seri ayu or encik hijau pak haji ni (baru peraan dua jantina rupanya kuih ni) agak sedap dimakan!

    ReplyDelete
  5. beliamuda:
    klu mu respon,btmbh lagi la kot namo pelik2 t'keluar :)

    ReplyDelete
  6. marshmallow:
    smlm kata srh share kan..
    ak pun tergelak gak semalam
    apepun,tq fatin singgah page ni

    ReplyDelete
  7. haha..yg aku punyer plg best haha..ish aina ni.tiru aku gak yer..siap tmbh serban ag hak3..

    ReplyDelete
  8. Elf:
    tu la pasal..ko dua org je pelik ckit
    tp yg hijau pak haji tu ada proved,haha
    aina mayb pakai teka je tuh

    ReplyDelete
  9. hahahaha..
    lawak la ko ni nuar..
    aduh~ bole die wt post pasal kueh ni..
    at least amir ngn aina tau gk name..
    ak lg dashyat.. tau makan je..
    klo mak mertua suh ak buat..
    gerenti ak beli kt kedai.. XD
    cm ni la nuar, ko crik bini yg pandai wy kueh tok aji serban..nnti ari2 ko bole mkn..
    =)

    ReplyDelete
  10. anime:
    hahah,rmai gak tak tahu nama kuih ni rupanya
    amir siap search kat tenet lg tuh
    klu bini ak tak pandai wat kuih ni,
    ak paksa suruh blaja :D

    ReplyDelete
  11. aik??anime ni tibe2 je..ko terpaksa blaja gak la nnt anime haha..klu x, siap ko!!aku bagi rasengan tros!haha

    ReplyDelete
  12. Elf:aih,namo rima la rasengan ni?
    apepun,bila elf menasihati anime,
    kluar la perkataan2 naruto yg ak tak faham
    sbb dua peminat naruto :D

    ReplyDelete
  13. eh ni kueh feveret sy nih,kat mn2 gerai kueh lau ada jual kueh ni mesti sy beli..sedap2..

    kdg2 satu jenis kueh yg sama ada nama lain2 bg berlainan negeri. sy pon tatau nama kueh ni tp tau mkn la..hehe

    ReplyDelete
  14. amirah:
    sama la kita, makan je tau
    nama tak tahu pun dulu
    skang baru tahu

    itu semua tak penting, yg penting sodap dimakan :)

    ReplyDelete