DRAMA SEBABAK

TAYANGAN PERDANA
Drama sebabak ini dibawakan oleh visible voice production
Di bawah arahan dan terbitan penaberkala
Setiap watak dan jalan cerita adalah rekaan semata-mata

AWAS
Untuk tontonan orang-orang yang free sahaja
Tontonan umum (U)
Kalau busy dengan exam, sila tengok lain kali di pawagam berdekatan



PREVIEW

DINNER CHEME JAN'07 telah berjaya dengan jayanya

kenangan malam minggu yg bakal daku ukir dalam memori ingatanku sampai bila-bila
semoga kita bakal bergembira lagi di lain waktu dan ketika
sungguh indah bila kita dapat bersama
makan semeja, gelak dan tawa memecahkan suasana
kisah manis aku, kamu dan mereka

penaberkala



Kisah bermula 23 October 2009..Tepat jam tangan menunjukkan pukul 730 malam, sebahagian rakyat jelata daerah Kejuruteraan Kimia Batch Jan 07 di negeri UTP di bawah pemerintahan perdana menteri Zakwan Sahak telah berkumpul ramai-ramai berhampiran Masjid An Nur di negeri tersebut.

Lebih kurang 60 orang rakyat turun padang untuk memeriahkan suasana dengan lebih kurang 10 buah jentera untuk mengangkut kesemua penduduk ke satu daerah yang bernama Cheng Ho untuk satu matlamat dan tujuan iaitu DINNER CHEME JAN '07



Beginilah suasana pada detik 800 malam sebahagian daripada rakyat jelata yang menghadirkan diri. Pelbagai ragam manusia dan pakaian yang diperagakan sempat dirakam.



Beberapa kelip kemudian, tibalah orang gagah perkasa daerah tersebut iaitu Mufti Nije.Rakyat jelata bersorak kegirangan dengan kehadiran beliau. Beliau mengenakan baju melayu lengkap hitam bersamping dan bersongkok. Mufti kelihatan lebih segak dengan mengenakan bunga hiasan di poket bajunya.Cayalah.Semua penduduk teruja dengan penampilan beliau.

Kemudian, si baju biru bersamping menerima panggilan agar semua penduduk daerah tersebut berangkat ke daerah yang ingin dituju. Di sampingnya, berdiri segak body gauard Hang Kamil dan Laksaman Dhanaraj. Hang Kamil berpakaian bertemakan nelayan moden manakala Laksamana Dhanaraj bertemakan pop moden.Kalau ada best costume, confirm Laksamana Dhanaraj yang membolotnya.

Inilah destinasi yang dituju iaitu Restoran Laksamana Cheng Ho. Tempat di mana semua rakyat jelata CHEME JAN'07 akan berkumpul dan menjamu selera. Sebelum majlis bermula, sempat jugak rakaman dibuat untuk koleksi peribadi.

Tidak cukup dengan satu, satu lagi tangkapan imej dibuat.Snap sana, snap sini, dan hasilnya sungguh lumayan.Kalau ikut kan hati, ingin diupload semua picture2 yg menarik.Namun apakan daya kekangan masa dan kemalasan memebelenggu jiwa.So, tataplah potret2 indah di bawah ini yg sempat diupload sebagai pengganti cerita yang sudah basi.


Semua rakyat jelata mengambil tempat masing-masing untuk sesi seterusnya. Di kesempatan yang ada, sebahagian rakyat jelata mengambil peluang untuk bergambar kenang-kenangan bersama Yang Dihormati, Dr Kuzilawati.Dr Ku dengan panggilan manjanya, merupakan lecturer yang sporting habis.Bukti? Buktinya beliau telah dinobatkan sebagai Most Energetic Lecturer oleh students CHEMICAL ENGINEERING untuk majlis HIGH TEA tempoh hari.Tahniah diucapkan.Bangga dapat bergambar dengan lecturer :)

Oleh kerana perut berkeroncong lagu berentak jazz dan rmb, ucapan Project Manager telah disingkatkan dan bacaan doa makan dimulakan. Sebelum itu, PM telah membuat satu gimik khas dengan menyesatkan diri dan tiba di tempat kejadian paling lambat.Malang sungguh tidak berbau, tidak cukup sekadar itu, gimik diteruskan dengan blackout. Hatta 2,3 lampu kalimantan terpadam dan PM terpaksa menjaja suara dalam ucapannya kerana mikrofon tidak berfungsi. Kalau ada lilin, jadilah CANDLE LIGHT DINNER malam tuh..Selang beberapa minit, semuanya kembali normal dan itulah MAJLIS PERASMIAN untuk dinner kami.Meriah bukan!

Apepun yang berlaku, sekalung penghargaan diucapkan kepada PM kita, Adi Aizat kerana telah mengetuai legasi untuk mengadakan majlis sebegini rupa indahnya. Thank for make it happen this time. First time dalam 34 bulan berada di bumi Tronoh ini dapat dinner ramai-ramai bersama kawan-kawan kat luar UTP sungguh gembira sampai tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.


Perkenalkan antara classmates, International Student dalam wilayah kami.
dari depan: Amr (Egypt), Sami Saeed (Yaman). Lina (Egypt)
dari belakang: Beliau (indonesia), Jahar (brunei)

Untuk beliau dan jahar, aku amek maklumat ni dari facebook.Ak tak bersalah dalam hal ini.Untuk keterangan lanjut, sila rujuk facebook.Siapakah dalang di sebalik status kewarganegaraan anda!

Semua aksi di atas dirakam sewaktu proses mengambil makanan untuk disantap. Inilah antara juadah yang menjadi santapan pada malam itu. Pelbagai binatang telah menjadi korban untuk mengeyangkan perut kami. Lembu, ayam, ikan, sotong, udang. Bukan sekadar itu, sayur-mayur juga buah-buahan (tembikai + tembikai susu) turut menjadi mangsa.Air colour pink menjadi minuman pada malam itu.


Hasilya, setiap orang menikmati juadah yang pelbagai. Huh, air liur bergenangan di bibir mulut melihat rakyat jelata memegang juadah masing-masing. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk memenuhi tangki masing-masing termasuklah aku.Gerangan siapakah yang memegang 2 pinggan makanan untuk santapan? Herm, tapi for sure memang terbaik la menu yang dihidangkan pada malam itu.


Aksi kami di meja makan turut dirakam. Lihatlah Hang Kamil yang berpakaian ala-ala nelayan pada malam itu, memang berjasa untuk kami. Beliau sanggup turun ke lautan lauk-pauk yang dihidangkan untuk menagkap sotong,ikan dan udang kepada kami dan dibawa ke meja makan. Lantas, kami makan bersama dan kenyanglah perut masing-masing.Erkkkkk,Alhamdulillah.

Sebelum aktiviti diteruskan, MONTAJ oleh saudara Abu Huzaifah dari MAECAESTRO PRODUCTION telah menghangatkan susana.

Tangki minyak sudah diisi, so bolehlah berjalan jauh. Perjalanan pada malam itu diserikan lagi dengan aktiviti-aktiviti yang mengasyikkan, dikelolakan oleh Mr Apoi.

AKTIVITI 1: PEMBERITA BERKEPALA 3 VERSI BAHASA MELAYU
PESERTA:
1)Abu macho (kini,virus abu melanda di gtalk.so,"msg2 perlu upgrade anti-virus",kata orang2 kat status gtalk ku
2)Mayak slumber derk
3)Special appearance Dr Ku yang sporting habis


Aksi mereka bertiga mencuit hati-hati kami. Manggeletar jasad golgi. Buktinya tengoklah rakaman yang dibuat. Masing-masing ketawa dan senyum tersipu-sipu dek kerna dibius lawak mereka bertiga.


AKTIVITI 2: PEMBERITA BERKEPALA 3 VERSI BAHASA INGGERIS
PESERTA
1)Hisyam zakariah- budak Trenganu klau speaking membuat orang terpesona
2)Sami - best student from Yaman yang mahir berbahasa melayu
3)Lina - tinggi lampai


AKTIVITI 3: 10 SECONDS TO FAME
Activiti ni memerlukan setiap orang yang bertuah/terpilih melakukan pose-pose yang menarik dalam 10 seconds. Hasilnya sungguh menakjubkan. Ramai rupanya yang ada bakat terpendam sebagai model!


Antara model tersohor yang dilahirkan pada malam itu ialah Mufti Nije dan Mr Apoi. Pelbagai pose dirakam tetapi tidak dibenarkan untuk disiarkan di sini kerana tidak melepasi kelulusan oleh FINAS. Tapi 2 model ni memang paling meletup la malam tu sampai ada aksi angkat-mengangkat.Teka sape angkat sape? hak3



AKTIVITI 4: REGU
Cam biasa, seorang jadi pelakon, seorang kena teka apa yang digayakan. Hang Kamil sebagai pelakon, dan Dr Mohanad (lecturer) sebagai peneka. Macam-macam aksi yang digayakan oleh Hang Kamil yang memang betul-betul sporting. Aksi yang dibuat sungguh menggeletek dan menggamatkan suasana dengan tawa pada malam itu.Aksi untuk perkataan EXCITED memang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.

Berakhirlah majlis kami pada malam itu..tetapi, majlis bergambar, snap-menyenap rancak berlangsung di daerah Restoran Laksaman Cheng Ho. Antara aksi yang sempat dirakam dan lulus untuk tontonan umum seperti berikut:

satu scene dalam drama sebabak - gang samseng kampung dusun durian

lakonan semata-mata


aksi menjulang orang oleh orang gagah perkasa Mufti Nije

Kumpulan nasyid CHEME JAN'07 bergambar kenang-kenangan

gambar kontroversi: artis mana yang diserbu peminat fanatik?

farewell..perut dah kenyang, mata dah ngantuk,jom balik ke daerah UTP
pulang ke sangkar!

Majlis selesai kira-kira pukul 1130 malam. Alhamdulillah, semuanya telah selamat pergi dan balik. Perjalanan waktu malam yg singkat yg mampu mengukir 1001 cerita di sebaliknya.
Bak kata farhan faiz, "RM 20 to carve sweet memories". Memang berbaloi-baloi.
Hope,next time buleh la buat lagi sebelum internship next sem!


Ada iras2 Tunku Abdul Rahman masa muda-muda


sekian sahaja post kali ini, sebelum itu saya ingin memohon maaf di atas segala keterlanjuran dalam cerita drama sebabak di atas. Kepada mana-mana nama dan gambar yang digunakan dalam post kali ini, seribu kemaafan dipohon kalau ada yang terkengsot hati dengan post ini. Harap masing-masing dapat senyum bila baca post kali ini. Cerita ini hanya sekadar memori untuk kita semua dan pengubat stress di kala FINAL EXAM yang bakal menjemput kita tidak lama lagi.Kalau tua, kalau rindu nk ingat balik time DINNER, bukak la kat sini,hehe.

sekian,adios
"one for all, all for one"

Post a Comment

21 Comments

  1. yes!!!aku 1st hagagagagaa...yg laen jangan jeleezzzz yer..yezzaaa...haha :) nway, mlm tu adalah malam yg haru biru, suka duka, tawa tangis, cukup sifat la org ckp kn haha..btw, great dinner!

    ReplyDelete
  2. aku senyum je bile baca habis pos ni.. mohon amat pada nuar supaya masuk ni dalam blog cheme jan.. kami dahagakan update pasal malam tu.. byk lagi aku nak komen pasal entri ni, tapi, kita mula dengan teaser komen dulu.. muahaha~

    ReplyDelete
  3. elf:
    org lain bagi peluang la tuh..
    sbb lama sgt tak post komen kat sini
    ye,TRAGEDI OCTOBER..mcm2 ada..
    pengalaman secukup rasa!

    ReplyDelete
  4. nifi a.k.a beliamuda:
    baru prasan dh tukar nama rupanya beliamuda kita
    bolehkah masukkan entri yg tidak formal sebegini?
    klu boleh, tidak kisah..tp ceritanya tidak melibatkan semua watak yg ada pada mlm tu

    ReplyDelete
  5. takde masalah kot.. ini versi penaberkala production kan.. takde masalah kot.. so, mung nak masukkan ke nak aku tolong masukkan?

    ReplyDelete
  6. ak tak reti nk kodek2 blog cheme..
    klu dibenarkan,mu tolong post xpe
    tp,ni versi blog peribadi actually
    so,i think not suitabla la since tidak semua org diceritakan
    nnt ada plak yg kecik ati xde pic n cite diorang,hak3

    ReplyDelete
  7. nua..cite ak x de pown??ngahahahaaa

    ReplyDelete
  8. ok, aku masukkan as it is lepas jumaat nih.. all credit goes to penaberkala production~

    ReplyDelete
  9. elf:
    cite mu xleh masuk drama sebabak,
    keno masuk filem terus,hak3

    nifi a.k.a beliamuda:
    ok je..tambah la apa yg patut secukup rasa

    ReplyDelete
  10. ececece nuar..

    sedak molep karangan dinner nie..hik3~~

    dinner cheme jan 07' is da besh ever ! ;D

    p/s : xdop pn gmbr ore nuar..huhu..

    ReplyDelete
  11. hak3,karangan yg merapu dan meraban semata-mata yana

    yup, the best ever dinner..hopefully,next sem ada lg

    xdop gmbr la dh demo sibuk sgt mlm tuh..
    fewit,byk peminat yana
    bz semacam snap sana snap sini mlm tu
    so bg can kat org lain la,hak3

    ReplyDelete
  12. hmm..best je dinner anda. rapat yeh dgn coursemate anda sume nih?

    kat sini student BBA logistic&transport cam tak nampak bayang pun... just, when they introduce themselves baru saye tau mereka senior se-course..

    ReplyDelete
  13. OIH,di sini rupanya post ni sembunyi,hahahah

    ReplyDelete
  14. norashikin rahmat:
    alhamdulillah,sem ni lbh rapat ngan coursemate..
    klu sblm ni,classmate yg pompuan pun tak tau nama,hak3

    biasala,konfem UUM rmai satu kos kan..
    kat sini 100++ classmates

    ReplyDelete
  15. abu huzaifah:
    huh,bangga pemilik MAECAESTRO PRODUCTION masuk kat sini
    post ni time boring2 je..
    tp ak linkkn blog ko tanpa permission.xpe kn?

    ReplyDelete
  16. ko ni apa arr.. laksamana dah ada.. mufti dah ada?.. hang li po mana?

    ReplyDelete
  17. terry bogart:
    hang lipo xde..masa buat drama ni,watak hang lipo xde org nak amek

    ReplyDelete
  18. siap ad drama lagi...kretif btol penaberkala... mnarik2...=)

    ReplyDelete
  19. nik:
    hak3,kreatif sungguh bab2 ngarut gak
    tambah2 time masa2 lapang
    drama sebabak ni utk diingati smp bila2

    ReplyDelete
  20. hehe..nice post tp rsenye name zack 2 slh eja r nuar.. zakwan..hehe

    ReplyDelete
  21. كتكوت:
    oo,baru prasan..thanx
    dah edit pun..

    ReplyDelete