GERANGANMU merupakan poem hasil nukilan time boring2 yg tak berapa nk jadik..Actually, poem ni ak anta utk satu pertandingan kat UTP pada April 2009..tp xde rejeki..dpt certiface pun dh kira OK la..by the way, this poem ak dedicate kat smua pemuda-pemudi harapan bangsa, agama dan negara especially to all my frens and readers! hopefully, whoever you are, wherever you are, whatever condition you are, don't you ever try to take THIS KIND OF THING as your final solution to solve your problem! Don't play-play haaa
GERANGANMU
Nukilan: Penaberkala
Nukilan: Penaberkala
Namamu amat kusegani
Seantero dunia engkau dikenali;
Kuasamu amat kutakuti
Emosi fantasi engkau takluki;
Pengaruhmu amat kugeruni
Tak kira usia engkau miliki.
Dulu….
Engkaulah raja di hati
Pengubat penyakit segenap segi
Bidang perubatan engkaulah penyeri;
Namun kini….
Engkaulah durjana yang dibenci
Dihina…. Dicerca…. Dikeji….
Dilabelkan najis saban hari
Martabatmu kian hina, dipandangan kini.
Namamu indah bila didendang
Kodein…. Syabu…. Morfin….. Heroin…
Marijuanan… Kokain….Ice…Cannabis…. …
Berkumandang siulan di sana sini
Umpama dewa dewi memiliki sakti;
Namun hakikat engkaulah musuh
Ibarat gunting dalam lipatan
Memberi fantasi, mimpi yang tak pasti
Membunuh mangsamu tanpa peduli.
Kuasamu hebat untuk ditandingi
Umpama virus melanda diri
Sukar dihalang payah dirawat;
Tanpa iman dan jati diri
Pasti ada yang sujud padamu
Demi ganjaran AIDS dan HIV;
Pengaruhmu sungguh luar biasa;
Pertama kali untuk mencuba
Kedua kali ingin merasa
Pabila acap kali alah bisa tegal biasa jadinya;
Bila kau tiada di sisi, hidup jadi merana
Bak pungguk rindukan bulan
Ibarat cacing kepanasan
Pencintamu pasti tak keruan;
Itulah geranganmu bergelar DADAH!
Engkaulah musuh anak bangasaku,
Engkaulah musuh utama negaraku,
Bencikanmu menjadi perjuanganku,
Mencegahmu sepanjang zaman.
Wahai pemuda juga pemudi,
Ayuhlah bangkit semaikan bakti,
Bulatkan tekad kebalkan jati diri,
Padamu terletak kuasa sakti,
Mematahkan serangan si najis dadah,
Hari ini, esok dan selamanya.
“Belia benci dadah”
bebaskan diri dari belenggu DADAH!
:::nota kaki:::
ROKOK pun sejenis DADAH gak. Anda pilih, SENGSARA atau BAHAGIA? Keputusan di tangan anda. Tepuk dahi, tanya lah akal. Tak kira jenama apa pun rokok anda, bahaya tetap bahaya. Asap yg berbunga-bunga di udara bukan sekadar membahayakan si perokok sahaja, malah perokok pasif (orang sekeliling) lebih besar menerima impaknya. Kalau tak sayang diri sendiri pun, sayanglah orang di sekeliling anda."Don't break my heart!" Iklan tv yg cukup berkesan dalam menyampaikan mesej dan memaparkan kesan-kesan merokok di samping menyemarakkan semangat 1 Malaysia! Cina India Melayu, semuanya ada.
penaberkala starting to write
"when voice become visible, muteness become readable"
"when voice become visible, muteness become readable"
14 Comments
Katakan tidak kepada DADAH!
ReplyDeletebeliamuda : ye,btul3 :)
ReplyDeletekatakan ye kpd dadih
ReplyDeletehaha
anyway, poem tue best jagk..
ReplyDeletexda rezeki lgi nuar nak menang kan?
hehhee.. keep on trying, until u success..
insyaALLAH :)
penat je saye taip comment yang best tadi. tapi tetiba je takleh post. :(
ReplyDeletetakpe2. taip lainlah:
AWESOME!
anda tak menang di pertandingan nilaian manusia biasa yang tak nampak peom anda amat bagus.
anda menang di hati sendiri, setuju?
hazwan arif:
ReplyDeletehak3,katakan YA pada DIDIH
btul2..housemate ak pandai buat dadih
tiap2 minggu makan dadih
DADIH addict
atin marzuki:
ReplyDeletexde rezeki kot..xde ilmu sgt sal poem2 ni
main sedap nk karang je
xpe la xmenang
yg penting hati puas bila dapat berkarya
thanx for the morale support!
norashikin rahmat:
ReplyDeletethanx!
erm betul kot,menang di hati sdr pon kira ok la
sekadar berkarya
encik penaberkala, check diz out:
ReplyDeletehttp://nenanora.blogspot.com/
blog baru, tapi just for penulisan poem je.
norashikin rahmat:
ReplyDeleteowrite,already check it
poem nukilan sendiri ke?
a'aa...kan ada tulis kat bawahnya: originally blablabla.
ReplyDeletemenconteng hal yang tak difahami adalah satu kepuasan. hehe. ok ke?
owh,baru perasan..ok gak la poem2 tuh
ReplyDeleteat least ada value (keagamaan) dlm poem
klu sy hal duniawi je,haha..ish3
mengarut dan meraban tak tentu hala
tapi kita kongsi minat yg sama
suka menulis poem
apepun yg penting kita hepi!
:)
merokok membahayakan kesihatan... jangan susahkan orang lain... lu orang sakit isap rokok, lu orang susahkan orang... orang lain sakit sebab sedut asap rokok lu, pun lu susahkan orang... pesanan untuk perokok semua...
ReplyDeleteZulkifli Bin Sa'don:
ReplyDeleteklau dh tabiat mmg ssh nk tinggalkan
jd, better tak payah try
klu yg sdh terjebak, moga-moga cari jalan penyelesaian utk stop
pasal isu rokok kita tak leh salahkan perokok secara terus, tp cuba sedarkan mereka dgn cara sebetulnya