SILENT MODE
Nukilan: Penaberkala
Nukilan: Penaberkala
Senyap
Diam
Bisu
Sunyi
Sepi
Ia sama tapi tidak serupa
berbeza mengikut suasana
pada aku,kau dan dia
pada kami, kamu dan mereka
Senyap
kerana malu kita senyap
kerana pilu kita senyap
kerana buntu kita senyap
dalam senyap tiada cakap
dalam senyap ada harap
bila senyap perlu cekap
jangan sampai menjadi lembap
Diam
bila mulut terkunci rapat
bila bibir melekat erat
bila suara terkunci ketat
bila fikiran buntu melarat
diam perlu walau sesaat
diam-diam ubi berisi,diam-diam besi berkarat
diam-diam diri sendiri,diam jangan sampai melarat
Bisu
insan bisu diam membisu
tiada kata walaupun satu
hanya senyuman mengisi waktu
insan normal akan membisu
kerna masalah datang beribu
pabila diri menjadi lesu
jangan sampai haru-biru
Sunyi
bila tiada yang bersuara
bila tiada yang berkata
bila tiada yang ketawa
bila tiada yang bersama
bila diam seribu bahasa
bila membisu seribu kata
suka menjadi duka
duka menjadi lara
sunyi menjadi raja
Sepi
senyap,diam,bisu dan sunyi
kombinasi utama menjadi sepi
bila sepi melanda diri
jangan terlalu berfantasi
berpijaklah pada paksi realiti
Senyap,diam,bisu,sunyi dan sepi
Ibarat lima bersaudara yang terpatri
memberi corak kehidupan yang asli
benarkah ia ada pada diri?
tanyalah hati jawablah sendiri
11 Comments
something to be expected from lefthanded.. just realized it.. hehe..
ReplyDeletebeliamuda:
ReplyDeleteapakah maksudmu? haha..
komen yg menimbulkan tanda tnya
oh, tersenyap-sunyi-diam-membisu lahh saye membaca post anda. memang sepi di sini.
ReplyDeleteorang kata, malaikat lalu~
tapi malaikat sentiasa ada dikiri kanan saya, tak pernah pula dunia ini begitu sepi. ajaib ya :)
wow...nukilan baru by nuar,
ReplyDeletehihihi... love to read your post :P
norashikin rahmat:
ReplyDeletebtul2,klu sunyi tiba2,org kata malaikat lalu
dunia ni tak pernah sepi kerna org2 disekeliling kita :)
atinmarzuki:
nukilan time cuti2
tq atin
terkedu.
ReplyDeleteaku suke nukilan ni!
best~
tibe2 tringin nak deklamasikan.
time kat skolah dolu2.hehe
selipar besi:
ReplyDeletetenkiu
slmat dtg ke page ni
creative.
ReplyDeleteSZ:
ReplyDeletenukilan lama
thanks
shhhhhh... diam... hayati....
ReplyDeletezul:
ReplyDeletethanks bro for reading