Sedar tak sedar esok sudah memasuki hari ke-10 dalam bulan Muharram
Maka esok merupakan 10 Muharram
Apa yang istimewa pada 10 Muharram?
Aku pun tak tahu, yang aku tahu cumalah hari pada 10 Muharram ini dipanggil HARI ASYURA
Mesti ramai yang dah tahu, kepada yang masih belum tahu, molek benarlah baca sepintas lalu sebagai pengetahuan tambahan
Apa kelebihan pada HARI ASYURA ini, 10 Muharram?
Kalau di Kelantan, tibanya bulan Muharam dan selepas HARI ASYURA, ramai yang akan sibuk mengadakan gotong-royong membuat bubur asyura (SUGHO) yang hitam pekat lagi sedap
Kalau di negeri-negeri lain mungkin mereka sibuk membuat bubur lambuk beramai-ramai
Konsepnya tetap sama, bergotong-royong untuk meraikan dan memperingati HARI ASYURA
Tetapi, ada kisah di sebalik HARI ASYURA ini, di mana pelbagai kejadian telah terjadi pada hari ini iaitu 10 Muharram. Antaranya:
- Allah Taala menjadikan langit dan bumi
- Allah Taala menjadikan laut
- Allah Taala menjadikan bukit-bukau
- Allah Taala menciptakan ADAM dan HAWA
- Lahirnya NABI IBRAHIM
- Allah Taala menyelamatkan NABI IBRAHIM daripada dibakar api
- Allah S.W.T menenggelamkan FIRAUN
- Allah S.W.T menyembuhkan NABI AYYUB
- Allah S.W.T menerima taubat NABI ADAM
- Allah S.W.T mengampunkan dosa NABI DAUD
- Allah mengembalikan KERAJAAN NABI SULAIMAN
- Akan terjadi HARI KIAMAT juga pada HARI ASYURA (wallahullam)
Jadi apa yang perlu kita buat?
Kita juga disunatkan untuk berpuasa pada HARI ASYURA dan melakukan perkara-perkara sunat yang lain
14 Perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura :
1. Melapangkan masa / belanja anak isteri .
Fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin.
Fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
3. Menahan marah.
Fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha
4. Menunjukkan orang sesat.
Fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim.
Fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah.
Fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri.
Fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat.
Fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelak.
Fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali.
Fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
11. Sembahyang sunat empat rakaat.
Fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa kiil, nikmal maula wa nikmannasiir”.
Fadhilat - Tidak mati pada tahun ini
13. Menjamu orang berbuka puasa.
Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Niat Puasa - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
Hah, dah niat tuh,so blh la puasa esok. Tak puasa pun dah dapat pahala sebab dah niat!
Fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
psst: jom puasa esok (27 Disember 2009) dan lusa (28 Disember 2009). Perlu puasa dua hari untuk membezakan ibadat puasa kita (ISLAM) dengan orang YAHUDI. Terlambat sedikit, sepatutnya kena puasa hari ini dan esok, either one!
:::::soklancepumas:::::
ada ke org yang konpius ASYURA dengan SYURA
aku pun konpius tadi, terpaksa guna dictionary check balik,haha
learning process....tuutt
ada ke org yang konpius ASYURA dengan SYURA
aku pun konpius tadi, terpaksa guna dictionary check balik,haha
learning process....tuutt
25 Comments
suka bubur asyura :)
ReplyDeletesalamm..pgtahuan yg berguna.syukran!..=)
ReplyDeletejap2..konklusinya,ada beza ke perkataan ASYURA dengan SYURA tu?..huhu
ReplyDeletelaaa..nok balik...huhu..sdp nyo suro..lamo doh xmerasa..herm..
ReplyDeletetq di atas info yg amat2 berguna. lambat baca la, xsempat nk puasa..
thanks byk yg aku x tau aku tau bc entry ko ni hehe
ReplyDeletesok aku try pose hehe
.millalara.:
ReplyDeletebubr asyura mmg best..nk buat dia lg best,haha
lenguh tgn2 nk tunggu masak
siti nadiah:
ReplyDeletewslm..ilmu tak rugi klu dikongsi..saja2 post,alang2 terbaca pasal 10 Muharram nih
siti nadiah:
ReplyDeletelupa nk bgtau perbezaan ASYURA dan SYURA
actually ASYURA = hari pada 10 Muharram
SYURA pula bermaksud bermesyuarat utk mendapatkan kata sepakat
satu kali perkataan SYURAH yg bermaksud penjelasan/keterangan
padahal dh blaja time skolah dulu, tp tiba2 lupa smalam,dh lama kot..so semak blk
jgn konpius len kali!
sabariah:
ReplyDeletetu pasal, sugho nih, skali staun br blh jupo..hok bubuh daging tuh sedap
xpe xpose, at least dh tau pasal nih..next year kena ingat la..klu pnjg umur blh pose
Cik Biol:
ReplyDeletewelkom..kdg2 ak pun tak tau sgt..
apa yg terbaca, klu rajin ak post
selamat berpose cik biol
moga2 mndapt kberkatan di hari tersebut~
ReplyDeleteceriterahidup~:
ReplyDeleteimsyaAllah,mudah-mudahan
duh, da lm xmkn bubur asyura meyh.
ReplyDeletehampir terlupa... -_-"
ReplyDeletetirah watif:
ReplyDeletebuat lah cik tirah..passing kat sini sket,haha
nifi a.k.a beliamuda:
ReplyDeletetok kacau sugho ko taun ni?
best klu makan sugho nih,mengidam
thanks 4 da good info bro.. =)
ReplyDeletelama xmkn bubur asyura.. dah setahun xmakan. hehe..
cuma aku ada dgr..
'kiamat berlaku pada hari asyura'
adalah hadis maudhu'(yg direka-reka).
tp aku pun xpasti bro.. huhu.. kalo ko dpt cek, inform deh. aku xbrapa ada tempat nak refer. hoho..
eh, mn bole passing ke sana
ReplyDeletesatgi ondaway nai gi perak tu terserempak pulak dgn mamat rxz lagi skali
oh nooo!
tiga kali org tua-tua cakap jadi woo.
xmo xmo xmo
johan adam:
ReplyDeletesama la,lama tak makan.
bubur asyura pun org buat staun skali jek bila tiba muharram
aah,pasal tuh ak pun tak pasti
sebab tuh ada wallahuallam kat situ,sbb tak sure about hadith tuh samada hadith sahih ke tak
nnt,ak try bertanya
klu dpt info ak gtau
thanx for the info about that!
tirah watif:
ReplyDeletehaha,tak abis ngan mamat RXZ tuh
cik tirah sudah angau agaknya
apepun,klu jumpa kali ke-3,pergi sapa je lah senang,hak3
tak yah usha dari jauh
tq for the info tp terlmbt bc.
ReplyDeletenak make sughoooo.penaberkala,ata sugho spinggan.nati aku g ambik kat terminal putra.haha
colorless:
ReplyDeletehaha,ak pun nak make gak sugho,tp duk kat utp loni..
ak nk gi kl 13jan ni,tp tok bawa sugho la
mu la tulom kacau deh nnt
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete