PENANTIAN SATU PENYEKSAAN

penantian satu penyeksaan
menanti itu menunggu sesuatu yg tidak pasti
menanti itu kena kuat fizikal dan mental
menanti itu membuat kita gundah-gulana
menanti itu kena banyak berdoa
menanti itu jangan ada berputus asa
menanti itu perlu untuk satu kepastian

penaberkala


Sudah lama menunggu jawapan untuk keputusan tempat praktikal ataupun internship. Ramai sudah kawan-kawan yg sudah mendapat tawaran, di merata tempat, pelbagai komponi, dalam dan luar negara. Aku hanya mampu tesenyum tumpang kegembiraan. Tetapi, bilalah rezeki aku akan tiba. Hnya mampu berharap!


Kadang-kala terfikir, kalaulah persaingan utk mendapatkan tempat praktikal pun agak mencabar dan susah, bagaimana plak utk mendapat kerjaya atau pekerjaaan selepas tamat belajar nnt. Apapun, aku tinggalkan persoalan itu utk dirungkai dari semasa ke semasa. Hidup pasti ada cabaran dan setiapnya pasti ada solusi tersendiri. Hanya kita yang mampu menjawabnya!


Alhamdulillah, hari ni dah dapt satu berita baik, tersenarai utk panggilan temuduga esok hari. Walaupun baru perkhabaran utk panggilan temuduga, namun hati tetap suka. Semoga peluang pertama ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.




INTERVIEW
30 MARCH 2010
830AM


Dapat shortlisted utk interview dh rasa suka dan senang hati, kalaulah dapat lulus temuduga kan lagi suka. Apapun, doakan yg terbaik untuk hari esok, insyaAllah murah rezeki adalah peluang di situ. Dapat ke tak dapat ke, itu lain cerita. Hanya mampu berserah padaNya!


Kawan-kawan, doakan saya berjaya! Satu-satunya peluang yg ada setakat ini

Post a Comment

18 Comments

  1. semoga kamu berjaya
    pakai molek2 ya :)

    ReplyDelete
  2. thniah la nuar
    aku shortlisted pun xdpt
    nak wat cmne,rejected person
    haha

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... ni'mat dari Ilahi ni..

    Jangan risau ya akhi, ALLAH itu maha adil. Rezeki tu insyaALLAH ada, cuma Allah nak uji kamu lebih dari orang lain,nak suh dekatkan diri dengan Allah lebih dari orang lain.

    bukan sume orang leh dapat nikmat nie. Jadi, bersyukurlah. Jadikan esok adalah hari yg terbaik kamu..

    p/s: hoho

    ReplyDelete
  4. selamat berjaya n cuba yang terbaik!
    insyaAllah :)

    ReplyDelete
  5. aku doakan yang terbaik untuk kau ye.

    mmg susah sikit, dunia sekarang mencabar kan...

    ReplyDelete
  6. eyh!!!
    moga berjaya!
    amin! amin!

    ^^

    ReplyDelete
  7. amirah, duranian, elf, atinmarzuki, yobsumo, cikti and suiseiseki
    tenkiu sume for the wish
    today is not my day
    rezeki xde lg stakat ni
    apepun, trima seadanya
    nice experience

    ReplyDelete
  8. semoga dibantu Allah..kita minta yang mahu, tapi dapat yang perlu, kan? Good Luck!

    ReplyDelete
  9. insyaAllah ada rezeki yang lebih baik utk kamu

    ReplyDelete
  10. tirah awatif: tenkiu

    norashikin rahmat: yup, kita hnya mampu merancang, Dia yg menentukan

    amirah: insyaAllah

    ReplyDelete
  11. smoga dpt apa yg dinanti-nantikan!..^_^
    jgn putus asa!

    bittaufiq wannajah..=)

    ReplyDelete
  12. so...

    amcm interbiu ??

    sis hrp berjaya lah yea ;)

    ReplyDelete
  13. PENGHUNI BUMI ALLAH:
    InsyaAllah
    amin

    Ummi Hanie:
    interview dh selesai, first stage je
    xde rezeki lg la sis
    tunggu other offer la jawabnya

    ReplyDelete