POSITIVE


ADAKAH KITA POSITIF

احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَلاَ تَعْجِزْ

Maksudnya: Bersungguhlah kepada perkara yang memberi manfaat untukmu dan mohonlah bantuan daripada Allah, dan janganlah merasa lemah.

(Hadith riwayat Muslim – no.6945)


Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang dalam semua keadaan. Manakala orang yang berfikiran negatif akan berasa risau dalam segala keadaan yang baik.

Kita perlu menghembus nafas dahulu sebelum menerima udara yang segar. Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh sebelum menempuh sesuatu kejayaan.



Once you replace negative thoughts with positive ones, you'll start having positive results.

Willie Nelson quotes


Fear less, hope more; Eat less, chew more; Whine less, breathe more; Talk less, say more; Love more, and all good things will be yours

Swedish Proverb quotes


TIPS
Macam mana nak berfikiran positif?
Sumber: http://lubukzai.wordpress.com/

1.Bersangka baik dengan sesiapa saja.
Niatkan dalam hati, Anda mahu baik dengan semua orang yang ada di sekeliling Anda.

2.Tumpukan pada nilai-nilai murni.

Walau siapa jua yang Anda jumpa, yang Anda temui, bercakap dan berinteraksi, fokus pada sikap-sikap baik yang Anda lihat ada pada dirinya.

3.Elak emosi negatif.

Jauhkan diri Anda dari sikap pendengus, cepat marah, selalu sakit hati, asyik geram dan buruk sangka. Bila emosi-emosi negatif ada (walaupun sedikit), ia akan menghalang Anda dari menjadi orang yang berfikiran positif. Elak emosi-emosi negatif dari meresap masuk ke fikiran anda.

4.Istighfar serajin mungkin, seikhlas mungkin, sebanyak mungkin.

Lafaz istighfar dengan sepenuh hati dapat membuang segala emosi negatif yang bersarang di minda. Bila Anda sedar yang Anda sudah berubah sedikit ke emosi negatif ataupun sudah mula bersangka buruk, cepat-cepat istighfar. Bila mendengar orang lain memaki atau orang mengumpat, istighfar dalam hati. Sebab, perkataan buruk yang Anda dengar akan mencetuskan banyak gelombang emosi negatif yang mencemarkan pemikiran positif.

5.Play More, More and More. Have Fun!.

Hiburkan hati, dekatkan diri Anda dengan jenaka, lawak dan yang lucu-lucu. Ketawakan diri sendiri bila buat silap, ia mengelak dari rasa tertekan. Kesannya, Anda dapat maintain fikiran positif. Selain tu, cuba gembirakan diri. Bila rasa gembira, teruja dan seronok, Anda jadi lebih bermotivasi, lebih bersemangat!

6.Jangan ambil kisah cakap orang.

Biarkan saja mereka. Buat saja, terus latih minda anda supaya berfikiran positif dengan 5 langkah di atas. Terlalu banyak mendengar komen orang akan menyusahkan diri sendiri, kerana bila situasi negatif terjadi pada Anda (ditarik oleh pemikiran negatif), mereka hanya akan mampu melihat. Mereka hanya akan mampu berasa kasihan. Yang susah siapa? Anda juga sebab ia terjadi pada Anda, bukan mereka.

7.Elak menyalahkan orang, situasi, keadaan, persekitaran, benda.

Tetapi, salahkan diri sendiri, sebab tak buat yang terbaik. Anda kali ni silap, tekad untuk buat yang terbaik, lagi OK di masa akan datang.


Baru paham apa itu POSITIF yang sebenar dan 7 batu asas ke arah POSITIF

byk lagi kena discharge ion-ion negatif dalam pemikiran diri agar tidak bertindak-balas dengan ion-ion positif. Berusaha ke arah memPOSITIFkan diri!
InsyaAllah

__________________________________________
bila rasa down, positif mula dicari,
apa itu positif mula digali,
Google berkhidmat penuhi hasrat hati,
Konsep positif dikongsi,
Tips dan batu asas utk menjadi positif diberi,
Ke arah mempositifkan diri!

penaberkala
__________________________________________

Internship Placement - July 2010 Semester|| Offer - 33.07% ; No Offer - 66.93% ||

Resource: E-learning

__________________________________________

Mungkin hari ini kita silap. Mungkin kita GAGAL. Mungkin kita dah hampir berputus harap.

Siapa tahu, esok mungkin hari yang cemerlang untuk kita!

SEMOGA BERJAYA!

____________________________________________

Mengharapkan sinar hari esok dan seterusnya

____________________________________________

NEW UPDATE

im positive
tapi
dalam byk2 positive
satu positive bhye..
what it is??
>_<"

Quotatation from Kamil

Geliga jugak otak die nih, agak lama aku pikir jawapannya. At last, tanya dia sendiri baru tau. Btw, nice answer from him.

Pendapatnya, positive pun bahaya gak. Sebab? Kalau positive HIV!

So, konklusinya POSITIF pun biar bertempat. Jangan POSITIF HIV, jangan POSITIF PRAGNANT BAYI LUAR NIKAH.




Post a Comment

14 Comments

  1. im positive
    tapi
    dalam byk2 positive
    satu positive bhye..
    what it is??
    >_<"

    ReplyDelete
  2. duranian:
    good thought kamil!
    nice answer
    ak tak terpikir plak,sbb terlalu positif kot,hak3

    ReplyDelete
  3. haha...jgn positive HIV

    suka entri ni :)

    ReplyDelete
  4. missizza likes this~!

    yeah, i have fun learning! positive~

    ReplyDelete
  5. hom2..+ve segala gala yg +ve.. :)

    ReplyDelete
  6. amirah:
    haha,nauzubillah..mintak jauh
    positiv fikiran takpe,jgn positif lain

    ReplyDelete
  7. ~izzati amri~:
    haha,komen sama je kat mana2
    apepun,tq
    good, keep it up
    positive always

    ReplyDelete
  8. suiseiseki:
    haha,supel meninggalkan jejak
    tq

    ReplyDelete
  9. wah.saya suka positif thinking. being optimist is good, rite?

    ReplyDelete
  10. norashikin rahmat:
    yup, u r right
    but, it is not so easy to be positive/optimistic all the times
    that is the challenge!

    be positive!

    ReplyDelete
  11. +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++^.*Mula kan hari dengan senyuman, pasti segalanya indah^,^/+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    ReplyDelete
  12. ELf:
    hari tuh maybe senyuman terlebih muatan, patut jadi sungguh indah.hak3

    ReplyDelete