1 MINUTE OR 1 MINIT?

Setiap detik, setiap saat, setiap minit, setiap jam, setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun, setiap dekad, setiap abad silih berganti. Bila kita berbicara soal masa, maka sudah pasti ia boleh diklasifikasikan kepada 3 iaitu:
  1. masa silam yg pasti ada kenangan di sebaliknya
  2. masa sekarang yang sedang kita lalui dan nikmati
  3. masa akan datang iaitu masa yang belum kita pasti ketentuannya dan pengakhirannya




1 minute or 1 minit?
Kali ini, rasanya tertarik untuk berbicara mengenainya. Apapun yang anda eja ataupun sebut, bahasa apa sekalipun untuk mewakilinya, ia tetap dalam durasi yang sama iaitu 60 saat.

Jika ada yang bertanya kepada anda, apakah yang anda akan lakukan jika diberi masa 1 minit?
Pastinya, pelbagai jawapan akan berlegar-legar di benak fikiran.
Mungkin ada yang mahu menghela nafas sedalam yang mungkin
Mungkin juga ada yang ingin makan dan minum untuk menghilangkan lapar dan dahaga
Mungkin jua ada yang berhasrat untuk tidur seketika untuk menghilangkan mengantuk yang melanda
Mungkin ada juga yang berhajat untuk melepaskan hajat sepuas-puasnya (kentut la tuh)

Apapun jawapan anda, ia tetap boleh diterima. Tiada yang betul, tiada yang salah selagi ia boleh dilaksanakan dengan kudrat yang ada.

Berbalik kepada topik, sebenarnya 1 minit sungguh bermakna. 1 minit boleh mengubah hidup anda. Tidak percaya? Analoginya cukup mudah, cuba anda bayangkan anda memandu kereta atau apa jua kenderaan. Tiba-tiba anda terasa sungguh mengantuk dan langsung tidak tertahan. Sudah pasti anda akan terlelap dengan tiba-tiba. Walaupun anda terlelap tidak sampai 1 minit, sudah pasti kecelakaan menunggu anda dan maut bakal menjemput!

Begitu juga dengan soal hidup, dalam 1 minit juga kita mampu untuk gagal. Di sini ingin rasaya berkongsi pengalaman tempoh hari sewaktu menduduki temuduga untuk praktikal.

Apa kaitan dengan 1 minit?





Untuk interview stage pertama, seramai 42 orang telah disenarai pendek. Semua calon bersedia di tempat interview seawal 830 pagi. Masing-masing berpakaian segak dan menawan. Semuanya datang dengan penuh keyakinan dan harapan. Namun, setiap senyuman yang terukir tidak lari dari perasaan gugup dan resah untuk menjalani temuduga. Ibarat rama-rama berterbangan di dalam perut gamaknya,haha (butterfly in stomach::nervous::gementar)




Interview bermula kira-kira pukul 1000 pagi. Seorang demi seorang dipanggil untuk ditemuduga. Angka giliranku adalah 34. Untuk stage pertama, setiap calon hanya diberi masa 1 minit untuk bercakap. Topik yang diberi adalah random. Antara topik yang diberi kepada calon-calon sebelumku adalah:
  1. malaria
  2. dengue
  3. reservoir
  4. mexico
  5. indonesia
  6. china
  7. russia
Pelbagai topik lagi diuji untuk calon-calon berceloteh selama 1 minit.

Sekarang sudah tiba nombor 34, maka tibalah giliranku. Perasaan agak gementar dan kurang berkeyakinan ketika itu. Pintu bilik untuk temuduga diredah dan hye diucapkan kepada interviewer. Bersoal jawab mengenai nama dan jurusan. Lantas, topik diberi. Topiknya adalah OIL FUEL ENGINEER? Apakah bendanya ini. 1 minit diberi untuk aku berleter tanpa berfikir panjang. Leteran dimulakan dan dihentikan akibat tidak menjawab soalan dengan tepat katanya. Leteran berhenti seketika dan diteruskan untuk menjawab soalan. Seminit berlalu, maka leteranku dihentikan. Selesai sudah temudaga hari itu dengan hanya 1 minit untuk dinilai. Temuduga seperti ini bolehlah dipanggil sebagai IMPROMPTU kerana kita diberi topik secara spontan untuk dijawab.



Interview berakhir kira-kira 1200 tengah hari. Keputusan untuk calon yang layak ke stage 2 diumumkan melalui sms. Stage 2 bermula pada pukul 230 petang. Calon-calon yang lulus stage 1 telah menerima sms kira-kira pada pukul 145 tengah hari. Nasib tidak menyebelahiku bilamana tiada pun sms yang menyinggah ke peti inbox. Namun, keputusan diterima dengan hati terbuka walau agak pahit. Apa yang penting, perlu positif dan optomistik. Dengan itu, aku berfikir dan membuat konklusi bahawasanya, hanya dalam 1 minit sebenarnya kita boleh GAGAL!

Stage 2 : Kira-kira 29 orang calon yang layak (klu tak silap lah)
Stage 3: Hnya 8 orang yang tinggal daripada 42 calon yang hadir

Sekalung tahniah diucapkan kepada finalis untuk interview SLB kali ini. I wish all of you, best of luck. Mudah-mudahan anda berjaya mendapatkan peluang untuk menjalani latihan industri/praktikal di syarikat SLB. Proud of them yang layak sehingga ke final stage!

Kepada yang gagal, jangan berputus harap. Tiada rezeki untuk SLB, mungkin rezeki di tempat lain. Kepada kawan-kawan yang masih belum ada tawaran, we are in the same boat.Apapun, semoga kita mendapat tempat praktikal secepat mungkin!

Post a Comment

15 Comments

  1. insyaAllah, pasti ada yang lebih baik bagimu!

    bukankah pengalaman itu guru terbaik?

    ReplyDelete
  2. insyaallah tidak akan berputus asa

    ReplyDelete
  3. dalam 1 minit, pelbagai kisah pelik muncul. gelihati juga mendengar.

    ReplyDelete
  4. ohoo no worries bro...kan ak da ckp ALLAH lagi syg kamu.. Dia nak kamu lagi dekat denganNya.Kita dah cuba, so sekarang bertawakal la kepadaNya..

    p/s: alaaa slb je kot..haha.. think +ve..

    ReplyDelete
  5. ^^
    kalau tak berjaya tu tandanya rezeki awak bukan ditulis dekat situ.
    mesti ada tawaran yang lebih baik yang akan datang.
    yang mana rezeki awak ditempatkan dekat tempat yang baru tu lah.
    inysaAllah, saya tahu awak faham apa yang nak saya sampaikan.
    kan? kan?


    (wah! memandai jer nasihat orang. gagaga!)

    ok.

    pasal entri Situasi.

    kan ada part burung dan suara dalam rumah adalah sama.
    mak saya buat bunyi tu lepas dia dengar dari burung terbabit.
    saya tak faham jugak irama yang mak saya buat mula-mula.
    lama-lama baru perasan bunyi burung tu sama dengan bunyi yang mak saya buat tadi.
    hahaha

    itu aje. ^^


    p/s :

    hujan lagi di tronoh?

    ReplyDelete
  6. haha.
    dah lapar balik.
    ^^

    ReplyDelete
  7. heh..impromtu..used to feel it long long time ago..i know how it feel for the 1st time..hehe..doesnt matter..life absolutely perfect juz the way it is.. ^___^

    ReplyDelete
  8. norashikin rahmat:
    insyaAllah, harap2 pun mcm tuh
    betul, at least dpt pngalaman

    ReplyDelete
  9. nifi a.k.a beliamuda:
    haha, 1 minit tu agak lama sebenarnya

    ReplyDelete
  10. tirah watif:
    dun worry cik tirah, everybody berhak menasihati org len
    insyaAllah, harap2 mcm tuh

    btw, entri situasi tuh best
    terpinga-pinga gak masa mula2 baca,hak3

    ReplyDelete
  11. mosazu:
    yup, 1st time experience it
    btw, nice experience
    fail is not the matter!

    ReplyDelete
  12. no pain no gain!!! ngeee

    ReplyDelete