APA KEJADAH


Berhubung dengan entri Terima Kasih yang bertarikh 1 April 2010.Entri tersebut adalah tanda penghargaan kepada teman-teman blogger tidak kira lama dan baru. Dunia blogging ini memang berbeza, sangat berbeza daripada laman sosial yg lain seperti Facebook, Friendster, Tagged mahupun Myspace. Sebab? Masing-masing ada sebab tersendiri begitu jugak dengan aku.

Tetapi ada satu ayat last dlm entri sebelum ini iaitu:

Maka dengan ini, diisytiharkan blog visible voice akan ditutup tidak lama lagi!

Mungkin ada yang tertanya-tanya apa kejadah tiba-tiba nak tutup blog dgn tiba-tiba. Angin tiada, ribut pun tiada. Aku pun pelik, kenapa banyak-banyak benda, itu yang aku fikir. Mungkin sudah tiba masanya? Maka, terhasillah entri ini untuk menjawab persoalan statement berikut.


Sebenarnya, statement tersebut adalah introduction to this entri. Statement tersebut adalah main-main saje, jgn amek serius. Sayang lagi nk tinggalkan dunia blog nih. Ni lah tempat meluahkan segala yg terbuku di hati dan tempat utk cari artikel-artikel menarik dari bloglist yg ada.

Maaf, itu hanyalah gurauan semata-mata. Sebenarnya, statement itu adalah kesinambungan utk entri kali ini. Semalam tiada kesempatan utk bercerita pasal 1 April. So, just sempat buat entri pendek tersebut dan selitkan sedikit statement palsu konon-konon nak kasi contoh April Fool. Amcam, jadi tak?


Ada apa dengan 1 April 2010?
Semua dah tahu, 1 April setiap tahun memang terkenal dengan April Fool. Hakikatnya, apa kita tahu tentang April Fool. Aku dah baca latar belakangnya, tapi memang banyak versi. Apepun latar belakang sejarahnya, itu tidak penting. Apa yang penting kita tidak sepatutnya menyambut April Fool, tidak kira MEMPERBODOHKAN orang lain ataupun DIPERBODOHKAN oleh orang lain.


Di kesempatan ini, jom kita kupas isu April Fool.

Pernahkah anda buat April Fool?
Pernahlah time skolah dulu-dulu. Bukan apa, sekadar nak main-main. Tetapi, tiada pengetahuan sedikit pun mengenai isu ini sewaktu itu. Mula mengetahui April Fool tidak elok untuk diraikan semasa tingkatan 2 selepas terbaca artikel yang diedarkan oleh ustaz di board dalam kelas.

Apakah pendorong utk buat April Fool?
Rasanya time tuh, saja nak suka-suka, mungkin lebih tepat pengaruh rakan sebaya. Then ikut trend dan perkembangan semasa. Orang buat, kita pun buat. Orang PERBODOHKAN kita, kita pun PERBODOHKAN orang lain. Begitulah kitaran sebelum ini.

Apakah kisah lucu mengenai April Fool?
Pernah suatu masa di tingkatan 2. Kejadian bukan berlaku di kelas aku sendiri, tetapi kelas sebelah. Alkisah bermula pada 1 April 2003. Seorang guru sains lelaki yang bengis lagi garang menuju ke kelas utk mengajar. Beliau terus meluru ke tempat duduk guru. Setibanya di tempat duduk, beliau meyepak kerusi plastik di meja guru lalu patahlah kerusi tersebut. Mungkin juga beliau ternampak kerusi itu telah pecah dan pada masa yang sama hari itu jatuh pada awal April. Maka, beliau ingat pelajarnya nak buat April Fool. Tahu jugak cikgu ni pasal April Fool rupanya. Lantaran itu, seluruh ahli kelas didenda. Kalau tak silap, ketua kelas dan penolong ketua kelas didenda menjunjung kerusi yg patah itu mengelilingi bangunan akademik.

Apa anda tahu tentang isu ini sekarang?
Sekarang, tiada dah jumpa kawan-kawan yg kenakan orang semalam. SMS pun takde dah yang masuk tahun ni. Mungkin semua dah tau baik buruknya. Tetapi, apa yang menyedihkan, terdapat segelintir golongan yg masih lagi terikut-ikut dgn budaya ini. Bukan isu kecil, malah isu yg besar dipermainkan dan memperbodohkan org lain. Dengar kata, isu Din Beramboi turut menjadi tumpuan sewaktu April Fool semalam. Ada yg menyatakan Din Beramboi telah meninggal dunia padahal ketika itu arwah masih lagi hidup. Adoi, parah-parah.

Apepun, Din Beramboi telah meninggal dunia semalam. Al-Fatihah buat arwah dan takziah kepada keluarga arwah. Mungkin, kita kehilangan pelawak hebat di Malaysia. Pagi-pagi di era kita tidak lagi seceria dulu dgn lawak dan hilai tawa arwah. Semoga arwah dicucuri rahmat, amin!


Rasa setakat ini saja utk sharing pasal April Fool. Untuk artikel mengenai isu April Fool dan keterangan lanjut, bolehlah layari:
  1. mykhilafah
  2. ironi april fool
  3. sambutan hina islam
  4. harimaumalaya
  5. hukum rai april fool
  6. saifulislam

Contest di VISIBLE VOICE sudah berakhir. Sekali lagi, tahniah kepada pemenang.


:::Ada yang kena April Fool tak semalam?:::

Post a Comment

14 Comments

  1. xsedar plak smlm 1 April..hahaha..
    zaman sek dlu mmg sambut April Fool..
    sbb xtau plak xleh sambut..huhu..
    tbe2 t'gelak sndri ble t'igt peristiwa April Fool zmn sek..hehe..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, sume dah besar panjang dan berakal, tak timbul pun soal april fool dalam kalangan kawan-kawan..apatah lagi, 1 april diisi dengan 2 majlis ilmu pada siang dan malam.. :)

    masa encik penaberkala tulis quote nak tutup blog tu, saya musyil juga sebab saya tahu anda penulis yang baik, jadi, buat ape nak tutup plak kan..thats why nak tengok action selanjutnya.. :P

    ReplyDelete
  3. aisehh...

    wat gimik april fool rupenyer..tekejut sis..haha..igtkan dah mrajuk ke...ape ke..

    whateva,keep blogging alrite ! byk lg benda nk share dlm donia blog neh..

    ReplyDelete
  4. agak menjadila gimik kamu..
    len kali habiskan ayat k...hehe
    ayuh blogging :)

    ReplyDelete
  5. hom2...cikgu2 seyh

    nway, ak xleh ikut sept mu pg esok.ado kijo..nxt time lah.myb pg ahad amacam?

    ReplyDelete
  6. hooo. propaganda. hampir terpedaya.
    haha.

    ReplyDelete
  7. elyn:
    skang semua tuh dh jadi kenangan
    apepun, hrp2 budak2 zmn skang dh tau baik buruk april fool nih

    ReplyDelete
  8. norashikin rahmat:
    huh, bagus2..permulaan april yg baik

    musykil eh? btw, cik ekin sunggih optimis..entri inilah tindakan selanjutnya

    ReplyDelete
  9. Ummi Hanie:
    haha, terkejut ka..xpe sis, jrg2 buat kejutan...

    orite,will keep blogging..

    ReplyDelete
  10. amirah:
    gimik kecil-kecilan
    yup, next time kena tulis ayat penuh2
    br org tak konpius

    ReplyDelete
  11. ELf:
    orite, no prob
    lgpun esok, court ada org guna

    ReplyDelete
  12. tirah watif:
    nasib baik hampir..
    propa je la, bg kontrobasi sikit

    ReplyDelete