Kalau shabu tuh, memang la sejenis dadah
Tapi, kalau shabu-shabu bukan bermakna bergembira dengan dadah mahupun usaha untuk mengusha shabu
Shabu-shabu adalah nama restoran yang terletak di Manjung, Perak.
Apa keistimewaan shabu-shabu?
Shabu-shabu adalah restoran steamboat. Uniknya, bukan setakat steamboat yang ada, segala jenis juadah disediakan.
Hanya dengan harga serendah RM 17.30, anda mampu membuat perut anda yang kempis menjadi bulat membuntal serta merta.
Kerana apa?
Kerana, tiadan catuan makanan di sana, tiada order khas diperlukan. Anda hanya perlu melayan diri dan melayan selera anda sebaik mungkin. Jika tidak, sudah pasti anda akan overloaded dan kemungkinan mampu muntah hijau.
Apa menu yang ada?
Kalau nak sebut satu persatu, memang tidak tersebut. Nak tau lebih lanjut, bolehlah berkunjung sendiri ke Restoran Shabu-shabu, Manjung.
Apa yang ingat, kat sana ada menu seperti berikut:
- BBQ - ayam, daging, udang, sotong, kambing, sosej
- Steamboat - kuah tomyam, sup tulang, sup ayam, sup herba
- Nasi goreng , mee goreng, maggi goreng, bihun goreng
- Ice cream - pelbagai perasa seperti coklat, kopi, mangga, jagung, durian, vanilla
- Kuih-muih - kek gulung, agar-agar
- Pencucuci mulut - tembikai, epal, oren
- Air - sirap, anggur, teh
- Makanan basah : ketam, udang, kepah, sotong, daging, ayam, sayur-sayuran
- Pelbagai aneka bahan untuk steamboat - pelbagai warna, pelbagai bentuk, pelbagai saiz
Panjang kata, memang kenyanglah perut anda
Memang berbaloi untuk dikunjung untuk makan bersama rakan-rakan. Kepuasan menikmati makanan tanpa sempadan. Tapi awas, makan memang takde had. Tapi kena selalu ingat, berhenti sebelum kenyang. Nanti tak pasal-pasal balik jadi pening dan muntah dek kerna kekenyangan.
Sekadar berkongsi pengalaman kali pertama mengunjungi restoran shabu-shabu bersama taulan FIRC pada 2 April yang lepas. Credit to all of them : Asif, Alif, Ozair, Habil, Farouk, Hani, Nowa dan Azzah.
first round : 1 pinggan kongsi 3 bersama Alif dan Hasif
second round: ambil menu BBQ bersama Habil dan Farouk
third round : steamboat
second round: ambil menu BBQ bersama Habil dan Farouk
third round : steamboat
kat belakang tu casher die yang baik hati. Bayar RM50, tapi bagi balance RM37.70. Terlebih RM5, niat nak sedekah ke apa. Nasib baik tak ambil, klu tak free-free dpt RM5 percuma. Makan dapat, kenyang pun dapat, duit plak dapat,hak3
Sekian saja jalan-jalan cari makan ke RESTORAN SHABU-SHABU MANJUNG EPISOD 1
EPISOD 1? Yup, kerana akan bersambung EPISOD 2 tidak lama lagi.
p/s: entri ini menjawab segala persoalan cik ikin terutamanya yang sering bertanya apakah itu SHABU-SHABU melalui twitter mahupun formspring. sudah jelas?
20 Comments
wah! makan! makan!
ReplyDeleteshabu2 oh shabu2. bilakah pula akan ku mengganas di sana. :P
ReplyDeleteicik wanpai dah jawabkan pun..haha~ tapi memang cambest aa menu dia.. incik penaberkala, belanja saya aiskrim 4 mangkuk!
ReplyDeletehaha sedak molep....ak serik doh...
ReplyDeletePerlu ke ada gambar yg last tu? Hahaha! :D
ReplyDeletesonoknye makan. dahle tengah lapo skang ni.
ReplyDeleteakan je keje.. seb baik kurus.. hehe
ReplyDeletelom pernah sampai ke shabu2 lagiii...
ReplyDeletenak....!!kalau org belanja la..hahah
ReplyDeletetirah watif:
ReplyDeletejgn terpengaruh ye
nifi a.k.a beliamuda:
ReplyDeletejom la pergi time free2
sblm final exam ke
norashikin rahmat:
ReplyDeleteowh,dh tau rupanya
menu mmg terbaik
4 mangkuk je? boleh2, byr sendiri
ELf:
ReplyDeleteserik doh? br nak blanjo
noys:
ReplyDeletexperlu, tp buat2 perlu,haha
wanufara:
ReplyDeletesabor2..sj nk uji ketabahan anem,hak3
jom makan
Jard The Great:
ReplyDeletemakan nk release tension je nih,haha
~kuyam~:
ReplyDeletetry la pergi, for sure puas hati
cikkiah:
ReplyDeletesila2..jemput dtg perak,hak3
kedengaran menarik !!
ReplyDeleteinsyaAllah sis pun nk try la terjah itu shabu2 ;)
Ummi Hanie:
ReplyDeletefirst time gak pergi, member ajak
blh la pergi, sis org perak kan