PART 1 : WARKAH BERLAGU PILU
Kerana kemalasan dan keliatan untuk ke kelas, tidur diperam. Akhirnya terlajak sehingga pukul 800 pagi. Sepatutnya kelas bermula pukul 800 pagi. Di minggu-minggu terakhir lecture ni, konfius mula berlaku. Nak pergi kelas ke tak? Tak nak pergi ke nak? Nak ke tak? Next week dah nak study week. Minggu ni last lecture week. Baik pergi ke tidak? Aih, susah-susah. Nak pergi kelas pun liat.
Apepun mandi dulu, siap-siap baru fikir balik nak pergi ke tak. Tanya-tanya member, macam ramai je tak pergi. Aih, jam dah pukul 820 pagi. Baru 20 minit kan lewat. Kalau pergi konfem dapat ilmu. Tak banyak, sikit pun jadi. Okey, dengan penuh TEKAD dan ILTIZAM, melangkah ke luar bilik dengan kelam-kabut meluru ke kelas.
Dalam perjalanan, otak merewang-rewang. Mesti ramai ni tak pergi kelas. Cis, ada lagi niat malas nak pergi kelas, haha. Alamak, kad matrik tertinggal la plak. Kalau pak cik baju biru (SECURITY) nampak, konpem dapat warkah berlagu pilu (saman), nanti rugi RM30. Tengok jam, dah pukul 830 pagi. Ahh, lantakla. Dah lewat ni, nak patah balik pun dah lewat.
Langkahan kecil dibesarkan, hasrat murni diteruskan.
Tiba-tiba
Ambek kau, kan dah ada tercegat kat sana. Monolog dalaman berlaku. Dah cuak. Nak lari ke tak? Tengok macam dah ada kena tahan tuh. Buku saman ada kat tangan tuh. Nak cabut ke tak nih? Ades, hari ni penuh dengan kekonfiusan. Sambil maju ke depan, sambil fikir alasan. Tapi, dalam benak fikiran dah bimbang takut melayang duit RM30. Kalau beli chicken chop dah boleh 6 set kan. Argh, pergi je lah. Kelas dah lewat ni.
Akhirnya
PAK GUARD : mana kad matrik?
BUDAK LEWAT : maaf pak cik. saya tertinggal kad matrik hari ni sebab nak cepat. kelas pukul 8, sekarang dah pukul 830. saya dah lewat, terlupa nak bawa kad matrik.
PAK GUARD: pak cik bukan apa dik, kalau saman RM30. Banyak tuh
BUDAK LEWAT: maaf pak cik, saya betul-betul terlupa hari ni. nak cepat tadi
PAK GUARD: oklah macam tu, lain kali pakai
BUDAK LEWAT: terima kasih pak cik.
Fuh, alhamdulillah selamat duit RM30 aku. Jimat kan? Apa lagi, cepat-cepat pergi kelas. Masuk kelas, nasib baik belum start belajar,haha. Duk isi-isi evaluation form je. Selamat!!!!! Sesi pembelajaran diteruskan, angguk sana angguk sini.
PART 2 : TENDANG BOLA MASUK GOL
Hari ini juga, pihak Garnier Men buat promosi kat kampus. Semua jejaka-jejaka kacak disogok dengan satu produk sample free. Isi nama, emel, berapa kali cuci muka sehari, dapat satu sample free. Alang-alang kena tahan oleh amoi-amoi, isi je lah. Kesian diorang berdiri di bawah bahang matahari yang panas terik.
Hasilnya
Dapatlah benda ni free, 15ml je. Ok apa, boleh tahan 2 minggu, kalau beli RM2 kot,haha. Jimat-jimat! Barang free, apa salahnya mencuba kan? Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.
Lepas tuh, pergi kelas Professional Communication Skill (PCS), kelas terakhir untuk semester ini. Habis pukul 300 petang. Berjalan pulang ke kolej kediaman. Sekali lagi melalui kawasan promosi Garnier Men. Adeh, promosi habis-habisan nampak. Apa lagi, participate la sikit-sikit. Time tuh, ada 1 to 1 futsal challenge. Siapa menang, dapat produk Garnier free.
Dengan sengalnya, aku join. Lawan plak dengan pemain terbaik futsal. Berpeluh-peluh nak jaringkan gol. Pelbagai aksi ditunjukkan. Tendang, libas, sepak dan rembat (hiperbola je, jangan percaya). Akhirnya, GOOOOLLLLLLLL. Aku jaringkan gol dengan mudah sebab sebenarnya kitorang dah pakat. Acab kasi can aku menang,haha. Terbaik la kawan. Nanti kita share ye hadiah,hak3
Habuannya
Apakah ini? Owh, rupanya benda alah yang pakai kat bawah mata. Aiyakk, tak pernah terlintas kat kepala lutut, eh kepala otak nak pakai benda-benda gini. Barang free apa lagi, sekali lagi, rembat je lah. RM 25 kot satu kalau beli. So, sekali lagi jimat di hari Isnin yang mulia ini. Hari berjimat-cermat sedunia la hari ni,haha.
Ni lah rupanya benda alah tu. Tak reti nak guna weh. Perlu ke pakai benda alah ni. Silap haribulan, aku pakai buat diodorant,haha. Acab, nanti ko nak guna datanglah ambil. Kita share la ye. Mana tau hilangf sikit kan lebam-lebam bawah mata kita.
Belum cuba belum tahu. Mana tahu jadi kacak macam ni
Pasni, ramai lah budak kat kampus ni guna produk Garnier Men. Semua jadi macho macam brother Fahrin Ahmad,haha. Pastinya akan menggugat kedudukan Abu Hensem
Kesimpulannya, hari ini hari jimat sedunia
Bebas daripada saman RM30
Sample 15 ml Garnier Men RM 2
Garnier Men Aquafuel RM25
Total penjimatan RM 57
pssst: terima kasih juga kepada semua yang terlibat untuk prank birthday yang sudah lapuk. Best makan bersama di bawah bangsal buruk, pekena nasi lemak ayam golek, jus gelas besar, tom yam dan kek special!
- Home
- Features
- _Multi DropDown
- __DropDown 1
- __DropDown 2
- __DropDown 3
- _ShortCodes
- _SiteMap
- _Error Page
- Documentation
- _Web Documentation
- _Video Documentation
- Download This Template
- _F&B
- _Health
- _Education
- _Entertainment
- _Sports & Recreation
- Food
- _Food Review
- _DapurPB
- Destination
- _Kuala Lumpur
- _Terengganu
- _Selangor
- _Sarawak
- _Perak
- _Melaka
- _Putrajaya
- _Kelantan
- _Negeri Sembilan
- _Pulau Pinang
- _Johor
20 Comments
ingat ms belajar dulu..takt sgt jupe pakgak..suka sgt cari kesalahan org..hhuhu..
ReplyDeletefuh, banyak penjimatan tu. terutamanya bab pak gad tu. mmg pak gad yang jaga semalam cam peramah sikit. :)
ReplyDeleteterbaek r en.penaberkala...
ReplyDeletehahahaha...
pasni konpem rmai cewek2 follow dr blkg..
hahahahaha
wah...dpt eye roll-on tuh! lepas ni berseri-seri la mata korg :D
ReplyDeletebenda free jgn ditolak..ye tak?
tahniah di atas penjimatan berganda tersebut.
rezki baik masyukkkk.
ReplyDeleterajin p kelas bagus. :D
~AmyLiana8886~:
ReplyDeletehaha, sini pun sama la
time dia beroperasi, rmai gak kena saman
nifi a.k.a beliamuda:
ReplyDeletetu pasal, nasib baik pak cik tuh bertimbang rasa dan baik hati sekali
whitedaisy:
ReplyDeleteramai cewek follow? haha
cepat2 lari
along rufaidah:
ReplyDeletehaha, mata lebam study tp blh hilang eh?
betul2, brg free ambil je
bukan senang nk dpt
Pipi Muncet:
ReplyDeletedurian runtuh, berkat pergi kelas,haha
tertanya-tanya adakah abu hensem lebih hemsem dr abg fahrin?
ReplyDeleteapa2 pon rezeki murah rini ek, so kesimpulannya bangun tido lewat..hehe
~gurau aja :p
amirah:
ReplyDeletehah, yg tu kita tak tau
moral of the story:jgn bgn lambat, nnt tertinggal kad matrik,hak3
hahahahaha tahniah
ReplyDelete[ acabond ]:
ReplyDeletehahaha, tq
tak nak try eye roll-on ke?
hohoh. funny la part lari dari uncle guard.~ ^-^ kat sini uncle guard jumpa kat pintu gerbang ngan kat library je.
ReplyDeletenorashikin rahmat:
ReplyDeletetak lari pun, niat je nk chao
nasib bek je pakcik tu baik dan memahami
kat sini pak guard ada di mana-mana
fahrin ahmad tu mcm laki akk jer...tihihi...pasannn...lg ensem ..hahaha...
ReplyDeletehepi belated bezday !
best kan smbut bezday dgn kengkawan?
sis xpenah camtu...:)
Ummi Hanie:
ReplyDeletehaha, lg ensem dari fahrin ke akak?
untung la akak dpt suami cam dia
tenkiu for the wish
best la gak ada kawan2 yg meraikan
rasa untung ada kawan2 seperti mereka
fahrin ahmad....yg hensem...huhu....~
ReplyDelete^^
berkesan ke eye roll-on tu?nak jugk lah...uhuk2~
Bintun Sazali:
ReplyDeleteensem eh? klu tak ensem, tak kan famous kan
tak tau berkesan ke tak, tak guna pun,haha