KEJUARAAN

Baru habis bercuti di kampung selama lebih kurang 3 hari 2 malam. Percutian yang sebentar tetapi cukup memuaskan. Sedikit sebanyak dapat mengubat rindu pada bonda tercinta, abang-abang dan kakak-kakak yang dikasihi, serta anak-anak buah yang dirindui.

SELAMAT HARI IBU!

Masih tidak terlewat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu buat semua insan yang bergelar ibu tidak kira di mana jua anda berada. Kali ini, aku berkesempatan untuk pulang ke desa tercinta, untuk bersama ibu tersayang. Jadi, tidak sempat meluahkan isi hati di ruangan yang sekakangkang kera ini. Kalau tahun lepas, aku tidak berkesempatan dan tidak berpeluang untuk balik ke kampung, jadi di sinilah tempat meluahkan isi hati.

Hakikatnya, bukan hanya pada hari Ibu akanku mengingatimu. Tetapi, setiap detik dan saatku akan ku kenang dikau selalu, kerana dirimu begitu berharga.


Bondaku tercinta, engkaulah juara di hatiku!

____________________________________


Kini, hangat berlangsung kejohanan Badminton Piala Thomas dan Piala Uber. Masing-masing berentap untuk merangkul kejuaraan dan menjulang piala pusingan. Kalau CPL 2010, CHEMICAL ASSESSMENT telah dinobatkan sebagai juara, EPL 2009/2010 pula telah menyaksikan CHELSEA dinobatkan sebagai juara, namun untuk kejuaraan badminton PIALA THOMAS dan PIALA UBER ini, masing-masing dalam teka-teki dan penuh dengan tanda tanya.


Siapakah yang bakal menjadi JUARA untuk Piala Thomas dan juga Piala Uber.




Inilah keputusan di peringkat kumpulan menyaksikan pertembungan antara Malaysia dan Jepun. Pelbagai andaian di atas kertas dibuat, percaturan hebat dibuat, namun segalanya meleset sama sekali sewaktu perlawanan mengambil tempat.


Kejayaan di peringkat awal, memungut 2 mata berturut-turut, masih lagi dapat disangkal kemenangan dan kemaraan pasukan Malaysia untuk bergelar juara kumpulan oleh pasukan lawan. Kejaran berjaya dilakukan untuk mengikat kedudukan 2-2. Sehingga segala bebanan terpikul di bahu pemain perseorangan terakhir iaitu Hafiz Hashim.


Menurut perkiraan rekod peribadi dan pencapaian selama ini, Hafiz mempunyai kelebihan berbanding lawannya dari Jepun. Namun, kejayaan yang lepas tidak menjamin kejayaan hari ini. Akhirnya, Hafiz ditentang hebat dan terpaksa tunduk dan terima kekalahan terhadap lawannya. Semoga kekalahan ini dapat memberi pengajaran kapada skuad negara untuk bekerja lebih keras di peringkat seterusnya, iaitu suku akhir yang akan bermula esok untuk menentang DENMARK!


Begitu juga dengan nasib pasukan wanita untuk Piala Uber, pasukan negara dibelasah hebat 5-0 oleh pasukan China. Namun, kegagalan hari ini bukan bererti Malaysia tidak layak lagi untuk bersaing merebut piala di pusingan suku akhir yang akan bermula esok menentang INDONESIA.


Berikut merupakan undian yang dibuat untuk menentukan kumpulan bagi peringkat suku akhir. Laluan Malaysia tampaknya begitu sukar, namun dengan iltizam, kesungguhan dan semangat juang yang tinggi segalanya boleh berlaku.


PIALA UBER


PIALA THOMAS


Kejuaraan hanya ditentukan dalam durasi lebih kurang 1 jam. Segala penat lelah sepanjang tempoh latihan akan ditentukan habuannya hanya selepas mendapat keputusan dalam setiap perlawanan. Bagaimana nasib pasukan tuan rumah, iaitu skuad tanah air, MALAYSIA?


Semoga Malaysia dapat merangkul kejuaraan!

Siapakah juara pilihan anda?

_____________________________


Sekarang, berlangsungnya study week. Maka tidak lama lagi akan berlangsungnya peperiksaan akhir semester Januari 2010. Selepas ini, 8 bulan akan merindui kertas-kertas ujian, peperiksaan, kuiz, assignment, projek dan segala macam.


Daripada 6 subjek yang diambil, hanya 4 kertas peperiksaan akhir yang akan diduduki. Semoga berjalan lancar dan dapat ditempuhi dengan tenang dan penuh kesediaan.


MINGGU 1



MINGGU 2



MINGGU 3


Segala apa yang dipelajari dan dituntut selama ini selama hampir 5 purnama akan diuji dalam durasi 2-3 jam sahaja. Mendoakan yang terbaik untuk peperiksaan kali ini. Berusaha ke arah kejuaraan kerana kejayaan yang lepas sedikitpun tidak mampu membantu untuk kejayaan hari ini dan akan datang.


Jadilah JUARA untuk diri sendiri!


GOOD LUCK to all CJ7
GOOD LUCK to all FIRC
GOOD LUCK to all UTPian

Post a Comment

10 Comments

  1. frust je sbb kalah ngan jepun.. aiya..

    ReplyDelete
  2. ohuuuuuuuu chelsea rocks!
    i like=)

    MU boooooooooo
    hahhaha

    ReplyDelete
  3. goodluck malaysia
    tapi rasanya china la menang..hehe
    hafiz men sepatutnya leh menang,memandangkan pukulan byk out xleh nak kata ap..huhu

    apa2 pon goodluck 4 final k =)

    ReplyDelete
  4. cik pingu:
    mesti malu nk jumpa member2 jepun kat sana,hak3
    jgn smp ponteng kelas lak

    ReplyDelete
  5. jane:
    oho, jane penyokong chelsea rupanya
    mu kasi can kot,haha

    ReplyDelete
  6. amirah:
    hafiz men byk out dan byk sangkut net
    tak bermaya faktor utama kekalahan
    moga next game lbh baik

    orite, tq for the wish

    ReplyDelete
  7. gudluck exm..
    err.. 5 purnama tu brapa lama? huuu~

    ReplyDelete
  8. .millalara.:
    thanks
    5 purnama tuh 5 bulan la

    ReplyDelete
  9. susah malaysia nak juara
    kekuatan tak seimbang

    ReplyDelete
  10. hans:
    tu pasal
    tambah2 lawan china
    susah nak menang, tp tak mustahil boleh menang
    apa2 pun, tunggu ptg nih

    ReplyDelete