YANG TERINDAH


Apa yang terindah?

  1. Indah bila mood nak update blog sudah datang
  2. Indah bila dapat ke Bukit Merah Lake Town Resort buat kali ke-2
  3. Indah bila first time belajar nak perap ayam untuk BBQ
  4. Indah bila dapat jumpa kawan-kawan dan lepak bersama
  5. Indah bila fikir final exam dah nak habis
  6. Indah bila fikir malam ni nak BBQ kat Teluk Batik
  7. Indah bila fikir dah nak praktikal dan tinggal di Penang selama 8 purnama
  8. Indah bila duit biasiswa dah masuk
  9. Indah bila fikir masa depan
  10. Indah bila fikir dapat bahagiakan orang tersayang

Banyak lagi kalau hendak difikirkan soal keindahan dalam hidup. Lumrah manusia, memang semua inginkan keindahan. Hakikatnya, keindahan itu bukanlah sesuatu yang dapat digapai dengan mudah sekelip mata. Ia akan hadir bilamana adanya matlamat yang nyata diiringi usaha yang tidak kenal erti putus asa.


Yang terindah, lagu tema untuk slot Akasia berjudul ADAMAYA, drama yang agak meletup tempoh hari. Bangun pagi hari ni, habiskan sisa saki-baki episod ADAMAYA yang belum ditonton. Maka, dengan rasminya drama ini habis ditonton. Sebanyak 23 episod dihabiskan dalam masa 3 hari berakhir hari ini. Hasilnya cukup memuaskan. Mesej yang padat cuba disampaikan menerusi drama tersebut untuk direnung bersama. Memang sesuai dengan judul lagu tema untuk drama ini, sesungguhnya drama inilah Yang Terindah untuk ditonton dan dijadikan teladan.

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah



Sama-sama kita mengambil intipati daripada kisah yang dipaparkan. Semoga apa yang baik dapat diambil untuk dijadikan teladan, dan yang buruk dapat dijadikan sempadan.

Sekian, selamat menonton bagi yang belum menonton!




Jangan sesekali kau melihat dengan mata kasar, kerana ia bisa membutakan matamu.
Lihatlah dengan mata hati, kerana ia pasti mampu untuk meyuluh jalan hidupmu

penaberkala

Post a Comment

18 Comments

  1. indah bila dapat balik rumah

    haha mmg tgh indah2 sekarang

    ReplyDelete
  2. ak nk gop bbq! huhu

    ReplyDelete
  3. indah bila kamu post entri..wakaka
    lama la jenguk sini..huhu

    pasni dok kat penang la ek...welcome2..hoho

    ReplyDelete
  4. indahnya lagu dan iramanya..~
    intern kompeni ape, incik penaberkala?

    ReplyDelete
  5. k e r e p e k t e m p e:
    fuh, konpem lah indah kalau dah lama tak balik kan
    macam-macam nak buat, macam-macam boleh makan
    apepun, selamat bercuti
    jgn lupa 1 paper lg,hak3

    ReplyDelete
  6. amirah:
    indah bila ada post eh?
    tak sempat nak wat entri, mood exam dan mood malas melanda

    yup, sat lagi ceq duk penang

    ReplyDelete
  7. norashikin rahmat:
    agak indah la lagu tuh
    intern kat komponi AMD, Bayan baru.

    ReplyDelete
  8. bahagio nyo!!

    "Jangan sesekali kau melihat dengan mata kasar, kerana ia bisa membutakan matamu.
    Lihatlah dengan mata hati, kerana ia pasti mampu untuk meyuluh jalan hidupmu "

    i like dis!

    ReplyDelete
  9. nifi a.k.a beliamuda:
    Teluk Batik dalam perancangan,
    Teluk Senangin jadi sasaran,haha

    ReplyDelete
  10. amboi
    puitis dah yer ko sekarang
    hehehehe

    ReplyDelete
  11. hans:
    berpuitis itu kadang-kala dapat membahagikan diri,haha

    ReplyDelete
  12. terry bogart:
    yup, tepat sekali
    sungguh subjektif

    ReplyDelete
  13. mai blajaq bahasa penang dgn aku.

    ReplyDelete
  14. johan adam:
    laa, hang org penang ka?
    Orite, no prob

    ReplyDelete