“Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi”
“Senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu”
"Fuck Nik Aziz!!!!!!!!!"
Kalau ada yang berkata sebegini rupa, apa pandangan anda?
Ini bukan satu sandiwara politik, ini bukan permainan fitnah, ini satu kenyataan, kepastian yang lengkap dengan bukti.
Itulah antara kata-kata kesat yang diterjemahkan dalam bentuk penulisan oleh seorang pemuda Melayu dan Islam kepada Menteri Besar Kelantan.
Siapa yang patut dipersalahkan?
Sudah terang lagi bersuluh, sudah pasti orang yang telah berani bertindak tanpa memikirkan kesan dan akibatnya
Pertama kali aku menyentuh isu politik di ruangan ini. Aku mengaku, aku kurang arif tentang isu politik. Ini bukan bermakna aku tiada hak untuk berbicara soal politik. Tapi, hakikatnya aku memang kurang minat sikit nak berbicara soal politik. Habistu, ini apa?
Ini memang soal politik. Tapi masalahnya, kes ini telah melampaui batas. Rasanya tidak salah untuk aku berbicara soal ini. Sedikit teruja untuk memberi sedikit pandangan terutama kes tersebut bersangkut-paut dengan pemimpin Kelantan.
Sedikit pandangan, apa yang telah berlaku tuh, sila jadikan pengajaran kepada semua. Bukan sekadar politik, apapun jua cabang kehidupan kita. Jangan sesekali berani bertindak membabi buta tanpa memikirkan kesan dan akibat.
Apapun pegagangan parti politik, jangan sesekali bertindak melampaui batas. Jangan sesekali mahu tunjuk hebat dan jangan sesekali terlalu taksub. Berpada-pada sudah ler!
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa
Terlajak taip kat facebook?
Kan tak pasal-pasal account facebook dah tak activate
Kan tak pasal-pasal dah kecoh satu negara
Kan tak pasal-pasal dah kena buru sekarang
Maklumat lanjut:
laporan polis
Oh! Tidak
Adeii, parah-parah. Dah kecoh isu ini, lepas ni isu apa plak ye. Sudah banyak kes melibatkan facebook nih. Dulu kes artis ugut nak bunuh wartawan, kali ini pemuda nak bunuh menteri besar plak. Semua gara-gara facebook, bak kata orang dunia di hujung jari. Mudah kan, dengan hujung jari je kita dapat meggemparkan dunia. Kalau berani, cubalah buat.
Nasihat daripada penaja, berhati-hati di alam maya aka dunia siber/ internet. Jangan taip ikut suka hati.
psst: aish, umur dah cukup..belum daftar lagi untuk mengundi..nak undi dacing ke, bulan ke, bulan sabit ke, roket ke, payung ke. konpius-konpius..jadi pemerhati politik boleh tak, tak payah mengundi
- Home
- Features
- _Multi DropDown
- __DropDown 1
- __DropDown 2
- __DropDown 3
- _ShortCodes
- _SiteMap
- _Error Page
- Documentation
- _Web Documentation
- _Video Documentation
- Download This Template
- _F&B
- _Health
- _Education
- _Entertainment
- _Sports & Recreation
- Food
- _Food Review
- _DapurPB
- Destination
- _Kuala Lumpur
- _Terengganu
- _Selangor
- _Sarawak
- _Perak
- _Melaka
- _Putrajaya
- _Kelantan
- _Negeri Sembilan
- _Pulau Pinang
- _Johor
25 Comments
apa la yang mamat tue pikirkan..
ReplyDeletetuan guru mcm nik aziz tue dia panggil panggilan mcm tue..
haiisshh..
nih la orang yan bodoh xboleh diikut..
nak famous dgn cara mudah..
kenapalah sampai macam tu sekali. aduhai..
ReplyDeletemacam2 skg ni gara2 facebook
ReplyDeleteramai tunjuk belang
atau ayat lebih sedap ramai tunjuk kebodohan diri
oh pemuda, mgkin fikir diri sudah hebat, sudah penuh ilmu di dada ..sudah pandai nilai siapa baik siapa jahat...
btw, en khairul anuar -pilihan di tangan anda..hehe
safiyyahosman:
ReplyDeletetu la, klu nk dibandingkan kita2 semua dgn ilmu yg nik aziz ada, apa la sgt kan..camne la smp hati mamat tuh ckp macam tu
galenaFELDSPAR:
ReplyDeletetak tau la tuh, mungkin terlalu taksub dgn permainan politik
uih,ganas giler mamat 2,
ReplyDeleteamirah:
ReplyDeletemsg2 buat onar tanpa pikir panjang
tiba2 dah jadi famous
soal pilihan tuh, kena pikir panjang,hak3
Abu Huzaifah:
ReplyDeleteganas tu lah yg buat org ramai panas
undi parti buku jadi doh... :P
ReplyDeleteTulah,dahlah x hensem, lenlah mcm aku
ReplyDeleteinilah kesan pekembangan teknologi..macam2..ugut bunuh artis,ugut bunuh nik aziz,ugut bunuh saiful bukhari,ugut nk bakar gereja(main2),group memaki hamun org,kutuk sultan yang baru meninggal,macam2..semua ini kerana teknologi..
ReplyDeletemungkin pembuat kes2 di atas ini tidak serious semasa menaip,tp dari taipan mereka jelas menunjukkan bagaimana mereka berfikir..nauzubillah..kalau semua orang bgini,mcm mana la malaysia ni nant..kepartian yang melampau..dan tak kurang pihak yang menangguk air keruh..
papepun ,mari berfikir scara rasional..
nifi a.k.a beliamuda:
ReplyDeleteparti buku?
kena try buat research ni,haha
Abu Huzaifah:
ReplyDeleteorg hensem mcm ko, mana buat benda2 macam ni,haha
Amin Baek:
ReplyDeleteyup, setuju
niat nak bersandiwara dan bergurau senda, tp hakikatnya memakan diri sendiri
apapeun, jadikan kes ni sbg satu pengajaran
setiap tindakan yg salah pasti akan dikecam
mace2 la budok zamey loni.huhu.pekaba?maap lamo xjenguk.huhuh.
ReplyDeletepisey:
ReplyDeletetu lah,macam2 ado
alhamdulillah sihat jah
demo gano?
igt tok jupo jalan dah nk mari sini,haha
kalau bukan isu politik pun..memang tak elok menulis macan tu
ReplyDeletekat dunia ni mana ada kebebasan mutlak..hidup perlu ada 'sempadan dan peraturan'
barulah dinamakan masyarakat moden
Kujie:
ReplyDeletesgt setuju
hidup perlu ada sempadan dan peraturan
saya nak buat jugaklah. boleh tak? :P er..hm..tak best la main ugut2.. main pondok2 ke.. main cikgu2 ke macam dulu2..takpun main detektif2 cam cter Conan. kan best?
ReplyDeletekonklusinya, kanak2 pun pandai buat kerja bermoral.
norashikin rahmat:
ReplyDeletehaha, try la buat klu cik ikin nak glamour dgn cepat
nnt sy mintak autograf,hak3
tak best aa jadi popular. nanti nak masuk toilet pun ade orang amik gambar (kes anak yusof haslam kat genting. haha). btw, budak lelaki tu cakap sanggup kena gantung mati kalau dapat bunuh nik aziz, kan? agak2nya, sekarang masih sanggup tak?
ReplyDeleteterlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, siapa nak tarik? :p
norashikin rahmat:
ReplyDeletehaha, tak best eh fofular
pasal kes tuh, die tak ckp tapi taip kat wall facebook
terlajak perahu boleh diundur
terlajak kata mana boleh undur
lagikan kapal terbang takde gear reverse, inikan plak kata-kata,haha
huh! nengok profil dier pon eden dah x gemor....
ReplyDeleteinilah pemuda zaman teknologi kununnya... Allah kurniakan otak yg bijak tp berpk pkai kepala lutut... freely say their s0-called thought, akai x dak.... hopefully tuan ampunya belog n sedara-sedari pembaca belog n pengomen tegar kt sini jgn berangan nk glemer sementara mcm mamat penyet tuh... mmg kepala hotak penyek, x bley pkai... ptuikh!! utk dier...(akak marah beno neh)
akuzle:
ReplyDeletehah, dengar semua nasihat dari akak kita ni
semoga kita semua, muda-mudi tidak buat benda2 camni
kan dah naik angin tak pasal2
xpe kak, apa yg berlaku dijadikan pengajaran kepada yg kita semua
agar benda yg sama tidak akan berlaku lg
yg klakrnya..yg konon "ugut bunuh" saiful tu..sekejap je dah kena hukum..cepat btul..padahal..xde sebut pun org tu nak bunuh saiful..dia just sebut "pasti ke esok hidup"..klakr maa
ReplyDelete