CUTI

Cuti sudah bermula. Sebaik sahaja habis paper exam terakhir tepat jam 1200 tengah hari, terus bersiap-sedia untuk pulang ke kampung. Packing barang macam joging 1000km, berpeluh-peluh. Kejar masa, packing bukan main kalut-malut. Nak cepat punya pasal, setiap pergerakan kena pantas macam lipas kudung. Nak sampai ke destinasi seawal yang mungkin, macam ada appointment penting kat sana. Bukan apa, sebab cuti lah. Cuti kali ni terlalu panjang.

Berapa lama?

3

3 tahun?

bukan

3 bulan?

bukan

3 minggu?

bukan

habistuh?

3 hari sahaja

fullstop

okla kan, ada gak cuti daripada takde langsung.


Alhamdulillah, selamat sampai jam 1100 malam semalam. Bertolak pukul 5 petang. Terima kasih kat sahabat yang tumpangkan balik. Kereta kiut jadi macam lori barang,hak3. Terima kasih banyak-banyak kerana menyusahkan. Barang penumpang lebih banyak daripada barang tuan punya kereta, ape kes? kes nanya apa. Apepun, sekali lagi terima kasih banyak-banyak kat sahabatku, Amir. (3 kali ucapan terima kasih, masih tak cukup ni. Tak pe lah,tambah next time)


Banyak ni nak update blog, tapi kekangan masa. Nanti la ye, tuan tanah nak bercuti dulu. Nak manfaatkan masa yang panjang ini sebaik mungkin. Entri-entri lain, akan menyusul tak lama lagi.


Sibuk gak cuti 3 hari ni. Macam-macam plan dah ada

3 JUN 2010 : Buka akaun AmBank

4 JUN 2010 : Mesyuarat alumni SK Melor

5 JUN 2010 : Reunion SK Melor (UPSR 2001)

6 JUN 2010 : Berangkat ke Pulau Pinang

7 JUN 2010 onwards : Tak tau apa nak jadi dengan nasibku di perantauan, ceewah

Ape lagi, orang-orang utara especially orang-orang Penang, tunggu kedatanganku ye. Nanti boleh lepak sama-sama, bawa pi jalan-jalan,hehe


Oklah, nak sambung packing jap. Ada apa-apa pesanan, tinggalkan kat bawah. Wish me luck untuk kehidupan yang serba baru. Kepada semua kawan-kawan yang nak intern, tak kira ke utara, selatan, timur mahupun barat, selamat berintern. Tak lupa juga kepada kengkawan yang akan berangkat ke seberang laut, jaga diri elok-elok.


Sampai ketemu lagi.

Adios



::sosehsoseh::
  1. akaun ambank dah siap. tenkiu kat saudara azizul dan faris izzat, lunch sekali tadi kat restoran yang agak masyuk
  2. tak sabar nak pi reunion, jumpa kawan zaman hingusan
  3. mode rajin kemas barang, basuh baju, dan packing
  4. bukak telinga dengar orang bincang pasal kawen, tinggallah ak sorang lagi,hak3
  5. aku mula ............

Post a Comment

20 Comments

  1. gud lark bro! haha..
    nasi kandaq satu!!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Rafiq Hakim: tq bro. nak nasi kandaq kena pi penang la nnt,haha.orite?

    Kie-yu:
    thanks..same goes to u
    salam kenal

    ReplyDelete
  4. bestnye cuti!

    xjeles langsung setakat 3 hari. haha. jahat gila aku.. hihi

    ReplyDelete
  5. adehh 3 hari aja..patut kalut.
    slmt pulang ke kmpg.
    welcome to penang..hehe
    jum jalan2~

    p/s: sila bw bekalan budu kamu :p

    ReplyDelete
  6. wah. Penang yerp. dekat dah tu..
    good luck intern, btw~

    ReplyDelete
  7. haha.. mesti kete menyemput je nak daki bukit.. huhu~ amir sorang je ke drive?

    ReplyDelete
  8. salam ...

    slamat berholiday ye!

    woh...gi penang eh...dah area sis le tu...haha

    sis lak esok nk blk kampung,ipoh...yeayy...

    ReplyDelete
  9. slamat berintern...

    slamat bertambah gemookkk...~~

    haha~~

    ReplyDelete
  10. cik pingu:
    xpe 3 hari pun, asal happening,haha
    biar sebentar, asal bermakna

    ReplyDelete
  11. amirah:
    agak kalut la, esok reunion plak
    nk pi jalan-jalan mana ni?
    bawa pusing komtar ka? haha

    orite, mmg nk bawa
    tq tolong ingatkan

    ReplyDelete
  12. norashikin rahmat:
    tenkiu
    tp jauh dari kelantan,haha

    ReplyDelete
  13. nifi a.k.a beliamuda:
    ekzos terbo kot, mana ada semput
    lancar senantiasa
    alhamdulillah selamat sampai awal

    ReplyDelete
  14. Ummi Hanie:
    w'salam
    tenkiu sis
    gi penang 8 bulan, praktikal

    selamat bercuti sis

    ReplyDelete
  15. *pinky *winky *specky:
    tenkiu
    aih, azam nak makin kurus nih,hak3
    mampu ke tak, tak tau la

    ReplyDelete
  16. Allahuakbar..
    cuti gdio la 3 ari..
    meta tumo...

    busy dih..
    siye sungguh..

    ReplyDelete
  17. cikTi:
    nasib baik ado cuti jah cikti, buleh jugok jupo family kampong

    tu lah, arini hari ke-3 dah praktikal
    nk update blog pun tok dey lagi,bz sikit

    cikti sungguh, lama tok dgr crite

    ReplyDelete
  18. cuti aku da lagi sebulan lagi

    p/s : Episod 32 Siri ADKDA Sudah Boleh Dilayari Sekarang http://hanspunyablog.blogspot.com/2010/06/antara-dia-kau-dan-aku-episod-32.html

    ReplyDelete
  19. hans:
    fuh, best wo cuti lama lg
    ak hnya mampu menikmati weekend je

    sory bro, lama dh tak pi membaca ADKDA,tak sempat
    byk episod dh tertinggal,haha

    ReplyDelete