Ronda-ronda Kota Mutiara
25 Julai 2010
Kesinambungan kepada entri 24 Julai 2010 : Batu Feringgi
Kali ini perjalanan ronda-ronda Kota Mutiara diteruskan ke Pulau Jerejak. Pertama kali mendengar nama Pulau Jerejak setelah bertapak di Pulau Pinang pada Jun 2010 yang lalu. Untuk keterangan lanjut mengenai Pulau Jerejak, sila klik untuk Informasi Pulau Jerejak (Klik audio untuk mendengar orang putih bertutur dalam bahasa Melayu) dan Aktiviti di Pulau Jerejak.
Sekadar perkongsian buat semua terutama sekali kepada sesiapa yang belum tahu tentang kewujudan Pulau Jerejak dan juga kepada sesiapa yang memasang hajat untuk datang bertandang ke Pulau Jerejak.

Untuk bercerita dengan patah perkataan tentang pengalaman seharian di Pulau Jerejak, rasanya 3 hari 3 malam tidak habis. Maka rasanya, Alat Bantu Bercerita (ABB) sangat diperlukan. Sila rujuk gambar yang dilampirkan untuk sama-sama merasai pengalaman kami berlapan menjelajah di segenap ruang Pulau Jerejak yang pastinya menawarkan pelbagai aktiviti lasak (Outdoor).
Pembelian tiket
Dengan serendah RM60, segala kos untuk kesemua aktiviti ditanggung seperti:
- Jungle tracking
- Suspension bridge
- Flying fox
- Wall climbing
- Archery
- Table tennis
- Cycling
- Swimming
Jeti : Sebelum bertolak ke Pulau Jerejak
830 pagi : Tiba di Jeti untuk ke Pulau Jerejak.
850 pagi : Mula menaiki feri untuk berangkat menuju ke destinasi
Feri
Dalam perjalanan merentas lautan Pulau Pinang di atas Feri
Perjalanan dari pulau ke pulau
Perjalanan dari pulau ke pulau
Perjalanan dari Jeti Bayan Lepas ke Jeti Pulau Jerejak mengambil masa lebih kurang 10 minit.
Jeti Pulau Jerejak
Breakfast
Jungle tracking
Jambatan gantung
Flying Fox
Rentas halangan
Wall climbing
Archery
Lunch
Menu utama :Nasi putih, Ayam masak dalca, daging masak air asam, ikan masak merah, sup ayam, sayur masak lemak, telur hancur
Menu sampingan: Cock tail buah, makaroni, ubi kentang, jeli, kek pelbagai rasa, buah-buahan
Makan tengah hari yang disediakan memang terbaik. Memang sesuai pada masanya, setelah beraksi lasak di hutan, panjat-memanjat dan terbang yang pastinya dapat menurunkan 1kg berat badan dan menyumbang kepada kelaparan, waktu inilah yang paling sesuai untuk menjamu selera sakali gus memusnahkan segalanya kerana kemungkinan akan menaikkan berat badan sebanyak 2kg.
Apapun, makan tengah hari memang terbaik, pelbagai menu disediakan tanpa sebarang catuan. Ambillah selagi perut anda mampu mengisinya ke kantung yang dimiliki.
Table-tennis
Solat dan rehat
Cycling
Swimming
Kehausan selepas berbasikal, terpaksa membasahkan tekak dengan air 100PLUS yang agak mahal iaitu RM5. Soal harga tolak tepi bila tekak terasa kering.
TIPS: Bawalah air minuman sendiri bila bertandang ke Pulau Jerejak
TIPS: Bawalah air minuman sendiri bila bertandang ke Pulau Jerejak
Kepulangan
Selamat tinggal Pulau Jerejak
RM60 sebagai pelaburan jangka panjang
Pulangannya pasti besar di masa akan datang
Pastinya ia amat ternilai
Memori saved
RM60 sebagai pelaburan jangka panjang
Pulangannya pasti besar di masa akan datang
Pastinya ia amat ternilai
Memori saved
Terima kasih buat semua untuk pengalaman yang menarik. Panghargaan buat Faiz, Hazwan, Muzakkir, Kak Jannah, Kak Ayu, Kak Nasira dan Kak Ummu
Kepada saudara Faris, sila pergi lain kali. Tahniah di atas penampilan muhandisu.com. Selamat maju jaya!
37 Comments
memang berbaloi-baloi..
ReplyDeleteen khairul anuar dh sampai dlu sebelum saya..hehe
air tu memori paling mahal haha
ReplyDeleteular hijau tu ular daun ker apa?
ReplyDeletewah,tingat aku pergi Pulau Carry bila tgok gambar2 nih
P/S : Mari Makan Buah Tomato!
amirah:
ReplyDeleteyup, memang berbaloi-baloi
anak jati penang pun tak sampai lagi kan? ish3
Hazwan Arif:
ReplyDeleteair 100plus ke, air pancut kat swimming pool? kah3
hans:
ReplyDeleterasanya ular daun
Pulau Carry katne bro?
faris tunggu sep aku sampai kot.. :P
ReplyDeletebeliamuda:
ReplyDeletefaris reserve utk jadi tour guide utk orang2 kulim,haha
blh la pi next time
mahalnyer..100plus 5ngit?huhu
ReplyDeletebestnyer xtvt flying fOx 2..
~_^
emieysandra:
ReplyDeletestandard harga tempat2 pelancongan kot
tp kat genting murah sikit
sis yg dok penang ni pown xsampai2 lg jerejak....
ReplyDeleteorg kata...chalet/kediaman situ berhantu??:p
Ummi Hanie:
ReplyDeleteyg tu tak pasti la sbb tak sempat bermalam pun, balik hari
pasal tapak big foot ada la terbaca dlm mastika
owner~ bestnye~ alahai~ blh sharing mcm ne nk dpt pakej macam tue~ pls~ email me ymia_lyna87@yahoo.com
ReplyDeleteTQ~!
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteaQMya BoUtiQue:
ReplyDeletesemua maklumat dah send ke emel
selamat bercuti :)
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletemacam best je pulau jerejak
ReplyDeletetapi apsal membe2 yg dari penang kata takde ape2 pun
penjara pulau jerejak ada penghuni lagi ke
afqh:
ReplyDeletebest kalau ambil pakej untuk outdoor games sebab makan dia include sekali, not bad
pasal penjara tuh, masa pergi taun 2010 dah nak roboh sebab dalam proses bina tangki air..
maybe, sekarang dah banyak pembangunan kat sana, mungkin ada penambahan fisiliti dan sebagainya
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteAssalammualaikum. Boleh tlg emailkan pakej ini tak? Nampak menarik. Amyfauzi@hotmail.com
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletemak aih 2010 punya ceta nie hehehe
ReplyDeletewww.kucinghitam.net
Kucing Hitam:
ReplyDeletekenangan zaman muda-mudi,haha
Salam..boleh email pakej x.. mhafiz5677@yahoo.com
ReplyDeleteSalam..boleh email pakej x.. mhafiz5677@yahoo.com
ReplyDeleteHafiz Rahman:
ReplyDeletesalam bro, sorry
tak tau pakej skang camne
sebab time pergi ni pun taun 2010