Semalam jalan-jalan kat dunia siber yang luas tanpa sempadan, tiba-tiba terjumpa entri yang menarik dari 2 blog yang berasingan. Tetapi, kedua-duanya membincangkan perkara yang sama.
Kepada yang berpuasa;
Terkejut juga bila baca. Biarpun terlambat untuk dikongsi di sini, mungkin kebanyakannya orang sudahpun tahu perkara ini sejak semalam lagi, tapi apa salahnya kalau kita bagitahu kepada sesiap sahaja yang belum tahu tentang perkara ini. Semoga sama-sama kita dapat fikirkan mengapa ini semua boleh terjadi terutama sekali di hari baik, bulan baik ini.
Apa ceritanya?
Sebelum itu, elok benarlah kita tinjau blog asal di mana maklumat ini dikenalpasti iaitu dari:
Malas nak berceloteh panjang, cuma nak suruh baca je apa yang ada kat komen di facebook tuan empunya badan.
Sudah baca? Sudah jelas? Sudah tahu apa yang diwar-warkan?
Selaku seorang penganut beragama Islam, apakah reaksi anda?
Pejamkan mata? Pekakkan telinga? Buat-buat tak tahu?
Apa boleh dikata, kes ini sama seperti kes yang berlaku bulan Mei lepas. Tetapi, kes ini lebih parah bila melibatkan isu akidah. Masihkah anda ingat tentang kes ugut bunuh TG Nik Aziz. Perkataan yang digunapakai memang sama, F**K tetapi dalam skop yang berbeza.
Kes dulu, kutuk ulama/pemimpin tetapi kes sekarang sudah berani kutuk agama Allah
Apa yang jelas, tindakannya itu memang menunjukkan dia seorang yang berfikiran dangkal. Semoga kes ini menjadi pengajaran dan teladan kepada yang lain, "yang buruk jadikan sempadan, yang baik jadikan teladan".
- Selepas solat Jumaat tempoh hari, seorang lelaki tidak berbaju memegang baldi di lokasi pembinaan bersebelahan masjid kusyuk menghela asap putih. Solat Jumaat ke mana, puasa entah ke mana. Apapun, cuba bersangka baik, mungkin dia bukan beragama Islam walaupun muka ada iras-iras orang Melayu.
- Housemate bercerita tentang apa yang dilihatnya di Giant Bayan Baru sewaktu pergi mencuci kereta, mat-mat cuci di sana dengan slumber dek menghisap rokok.
Sudah pasti, banyak lagi kes-kes yang berlaku di luar sana. Hanya antara nampak dan tidak sahaja. Apapun, apa yang kita mampu adalah berdoa semoga mereka seperti ini diberi petunjuk dan hidayah oleh Yang Maha Esa hendaknya, amin.
***ENTRI TERGENDALA PAGI TADI***
selamat bersahur...
selamat berpuasa...
selamat berbuka...
22 Comments
xleh tengok komen kt fb tu
ReplyDelete-anem ali
Anonymous:
ReplyDeletetq for the info,masalah teknikal sikit
ok, dah diperbaiki
blh zoom besor-besor
aiseh,guna anon la plak anem :)
hmm..
ReplyDeletehala, encik pb, musuh islam ni terlalu banyak.. bukan kudrat kita nak betulkan orang, sebab kadang2 orang xislam ni tak faham pun apa yang orang islam amalkan..
ReplyDeletejadi apa yang boleh dibuat ialah, apabila mereka bertanya tentang amalan, terangkan sebaiknya, dan betulkan kesalahfahaman dia.. kemudian perbaiki amalan kita.. kdg2 fitnah kepada Islam ni datangnya dari umat Islam sendiri..
Contohnya, bila kita tengok org kutuk Islam, terus baran, report polis dsbg..bukannya kita nak bimbing dia ke apa ke.. report polis takkan dapat selesaikan apa yang dah berlaku..
Kadang2 Allah nak tegur kita melalui orang2 yang macamni.. jangan melatah dengan apa yang dah jadi.. sekadar perkongsian skit, semoga encik PB xmarah kat saya.. :)
jom kita potong bdk tu
ReplyDeleteharap facebook dia dah hilang jer , kalau tak memang aku nak ucap selamat berpuasa kat dia setiap sejam
ReplyDeleteI like Norashikin comment...
ReplyDeleteTepat dan betul...
Tak salah marah, tapi apa yang akan kita lakukan selepas marah itu reda yang menjadi persoalannya
org mesia ni pun nak jadi 3 suku mcm org US gak ke??
ReplyDeletehrmm....bukan nk majukan diri,mundurkan /malukan diri d khalayak ramai lg ader...
ni la kumpulan orang yg tak sedar diri. mengaku diri yg memang bukan dia. x nak memagaku melayu la, islam la... apa agaknya yg patut kita buta he?
ReplyDeleteeh! kenapa dgn blog dorg??? kjab nk terjah...
ReplyDeletekita lau nak tegur org biarlah bermula dari rumah iaitu dlm kalangan ahli keluarga kita kemudian dgn kwn sekeliling dan seterusnya masyarakat.
ReplyDeletetegur-menegur sesama saudara seislam.InsyaAllah ikatan kovalen makin kuat.Pasal si salleh tu mmg dh terpesong jauh,main2kan agama Islam.
Miss:
ReplyDelete:)
norashikin rahmat:
ReplyDeletetidak ada apa untuk dimarahkan
btw, thanx untuk komen dan pandangan
agak bersetuju dgn pandangan ikin, tiada penyelsaian melalui report polis dan tiada guna kemarahan kita utk isu ini
Melainkan ada pendekatan terhadap mereka
apa yg penting, harap semua sedia maklum kes sebegini sdh ada di malaysia
semoga tiada kes ke-2 dan seterusnya
masing-masing ambil iktibar
Hazwan Arif:
ReplyDeletesudah lesap, tidak dapat dijejak
touya:
ReplyDeletemmg sudah hilang fb dia
haha, ucap setiap sejam?
kalau ada lg konpem ramai yg serbu bg nasihat/kutuk
Meister:
ReplyDeletewujudnya kemarahan bila kita masih ada rasa, tak salah untuk dikongsi
semoga org lain pun dapat fikir apa yg berlaku di sekeliling
wujudnya entri seumpama ini, semoga lebih ramai yang sedar wujudnya kes seumpama ini
kalau kes cerai-berai artis dan gosip sensasi cepat tersebar di dunia blog, kenapa tidak isu-isu seumpama ini?
sekadar berkongsi pandangan
semoga lebih ramai tahu dan peka
Ummi Hanie:
ReplyDeleteitulah yg menjadi persoalannya
papabear:
ReplyDeletehanya mampu doakan terbaik utk mereka
kita tak mampu berbuat apa-apa
cuma dapat ambil pengajaran dari apa yg mereka lakukan
persiapkan diri dgn segala kemungkinan
NICK IRFAN:
ReplyDeleteprivate la bro blog tuh, xleh terjah
nak tahu klik je kat gambar fb tuh
baca isi komen yg terkandung di dalamnya
amirah:
ReplyDeletethanks atas peringatan
mohon dijauhkan dari berlaku kat keluarga kita dan masyarakat terdekat
mempersendakan agama sehingga tekad nak buat kitab sendiri
skang ni macam2 citer buruk kami dgr tentang FB ni,asik nak mengutuk benda sensitif jer.. mmg da tak bole kawal ni, kena cari langkah penyelesaiannya..
ReplyDeleteLiFe KaMi:
ReplyDeleteherm, mungkin perlu ada hukuman tegas utk kes-kes seumpama ini
mudah-mudahan, isu berkaitan sensitiviti agama/bangsa tidak dimain-mainkan kelak