"KEPADA YANG BERPUASA, .........."

Sejak akhir-akhir ini, terutama bila masuk bulan puasa, rajin plak nak baca akhbar online dan blog-blog orang. Mencari sedikit ilmu, sedikit berita dan sedikit cerita. Campur-campur, jadilah berpengetahuan sikit. Bukan apa, dulu sibuk nak makan lagi, pergi sana, pergi sini, tapi bulan puasa ni tak adalah aktiviti sebegitu rupa.


Semalam jalan-jalan kat dunia siber yang luas tanpa sempadan, tiba-tiba terjumpa entri yang menarik dari 2 blog yang berasingan. Tetapi, kedua-duanya membincangkan perkara yang sama.



Kepada yang berpuasa;

Fuck you off!


Kasik highlight merah sikit bagi semua nampak lebih jelas dan nyata. Beginilah kata-kata kesat yang dilontarkan dalam patah perkataan oleh manusia yang berfikir menggunakan kepala lutut dan meletakkan akal fikiran di kakinya.



Terkejut juga bila baca. Biarpun terlambat untuk dikongsi di sini, mungkin kebanyakannya orang sudahpun tahu perkara ini sejak semalam lagi, tapi apa salahnya kalau kita bagitahu kepada sesiap sahaja yang belum tahu tentang perkara ini. Semoga sama-sama kita dapat fikirkan mengapa ini semua boleh terjadi terutama sekali di hari baik, bulan baik ini.


Apa ceritanya?
Sebelum itu, elok benarlah kita tinjau blog asal di mana maklumat ini dikenalpasti iaitu dari:


Malas nak berceloteh panjang, cuma nak suruh baca je apa yang ada kat komen di facebook tuan empunya badan.



klik gambar untuk penjelasan lebih lanjut



Sudah baca? Sudah jelas? Sudah tahu apa yang diwar-warkan?


Selaku seorang penganut beragama Islam, apakah reaksi anda?

Pejamkan mata? Pekakkan telinga? Buat-buat tak tahu?




Apa boleh dikata, kes ini sama seperti kes yang berlaku bulan Mei lepas. Tetapi, kes ini lebih parah bila melibatkan isu akidah. Masihkah anda ingat tentang kes ugut bunuh TG Nik Aziz. Perkataan yang digunapakai memang sama, F**K tetapi dalam skop yang berbeza.


Kes dulu, kutuk ulama/pemimpin tetapi kes sekarang sudah berani kutuk agama Allah



Kalau ye pun tak nak puasa, tak payah nak kecoh-kecoh, nak kutuk-kutuk orang yang berbuat kebaikan. Jahil biarlah berpada-pada, tak payah nak bagitahu satu dunia.
Persoalan yang timbul, adakah die betul-betul orang Islam?
Cuba serbu facebook gagal sebab sudah tiada dalam carian.
Cuba serbu blog pun gagal sebab private dan open kepada orang jemputan sahaja.
Apa yang jelas, tindakannya itu memang menunjukkan dia seorang yang berfikiran dangkal. Semoga kes ini menjadi pengajaran dan teladan kepada yang lain, "yang buruk jadikan sempadan, yang baik jadikan teladan".


Seolah-olah, isu ini berkait rapat dengan entri sebelum ini iaitu KERANA SEBOTOL MIRINDA MERAH. Dalam entri itu, di bahagian penutup ada pengajaran dan saranan kita selaku orang dewasa. Apa tanggungjawab kita hari ini. Bukan apa, takut kes-kes macam ni lah yang berlaku. Oleh itu, pendedehan di peringkat paling awal dan didikann yang betul amat wajar diberi agar mereka mendapat gambaran jelas tentang puasa dan Islam khususnya. Maka, tidaklah mereka akan menyalahkan identiti sendiri yang terpapar di kad pengenalan dan persoalkan mengapa mereka dilahirkan sebagai seorang Muslim.



Isu tidak puasa bukan baru, tapi sudah lama. Di manakah sensitiviti mereka terhadap agama? Kes terbaru di Kulim mengenai sorok makanan dalam lif. Inilah berlaku jika mahu mengaut keuntungan semata-mata tanpa memikirkan soal lain.

Kes yang berlaku di depan mata pun ada:
  • Selepas solat Jumaat tempoh hari, seorang lelaki tidak berbaju memegang baldi di lokasi pembinaan bersebelahan masjid kusyuk menghela asap putih. Solat Jumaat ke mana, puasa entah ke mana. Apapun, cuba bersangka baik, mungkin dia bukan beragama Islam walaupun muka ada iras-iras orang Melayu.

  • Housemate bercerita tentang apa yang dilihatnya di Giant Bayan Baru sewaktu pergi mencuci kereta, mat-mat cuci di sana dengan slumber dek menghisap rokok.


Sudah pasti, banyak lagi kes-kes yang berlaku di luar sana. Hanya antara nampak dan tidak sahaja. Apapun, apa yang kita mampu adalah berdoa semoga mereka seperti ini diberi petunjuk dan hidayah oleh Yang Maha Esa hendaknya, amin.

RUJUKAN



***ENTRI TERGENDALA PAGI TADI***

selamat bersahur...

selamat berpuasa...

selamat berbuka...

Post a Comment

22 Comments

  1. xleh tengok komen kt fb tu

    -anem ali

    ReplyDelete
  2. Anonymous:
    tq for the info,masalah teknikal sikit
    ok, dah diperbaiki
    blh zoom besor-besor

    aiseh,guna anon la plak anem :)

    ReplyDelete
  3. hala, encik pb, musuh islam ni terlalu banyak.. bukan kudrat kita nak betulkan orang, sebab kadang2 orang xislam ni tak faham pun apa yang orang islam amalkan..

    jadi apa yang boleh dibuat ialah, apabila mereka bertanya tentang amalan, terangkan sebaiknya, dan betulkan kesalahfahaman dia.. kemudian perbaiki amalan kita.. kdg2 fitnah kepada Islam ni datangnya dari umat Islam sendiri..

    Contohnya, bila kita tengok org kutuk Islam, terus baran, report polis dsbg..bukannya kita nak bimbing dia ke apa ke.. report polis takkan dapat selesaikan apa yang dah berlaku..

    Kadang2 Allah nak tegur kita melalui orang2 yang macamni.. jangan melatah dengan apa yang dah jadi.. sekadar perkongsian skit, semoga encik PB xmarah kat saya.. :)

    ReplyDelete
  4. harap facebook dia dah hilang jer , kalau tak memang aku nak ucap selamat berpuasa kat dia setiap sejam

    ReplyDelete
  5. I like Norashikin comment...

    Tepat dan betul...

    Tak salah marah, tapi apa yang akan kita lakukan selepas marah itu reda yang menjadi persoalannya

    ReplyDelete
  6. org mesia ni pun nak jadi 3 suku mcm org US gak ke??

    hrmm....bukan nk majukan diri,mundurkan /malukan diri d khalayak ramai lg ader...

    ReplyDelete
  7. ni la kumpulan orang yg tak sedar diri. mengaku diri yg memang bukan dia. x nak memagaku melayu la, islam la... apa agaknya yg patut kita buta he?

    ReplyDelete
  8. eh! kenapa dgn blog dorg??? kjab nk terjah...

    ReplyDelete
  9. kita lau nak tegur org biarlah bermula dari rumah iaitu dlm kalangan ahli keluarga kita kemudian dgn kwn sekeliling dan seterusnya masyarakat.
    tegur-menegur sesama saudara seislam.InsyaAllah ikatan kovalen makin kuat.Pasal si salleh tu mmg dh terpesong jauh,main2kan agama Islam.

    ReplyDelete
  10. norashikin rahmat:
    tidak ada apa untuk dimarahkan
    btw, thanx untuk komen dan pandangan
    agak bersetuju dgn pandangan ikin, tiada penyelsaian melalui report polis dan tiada guna kemarahan kita utk isu ini
    Melainkan ada pendekatan terhadap mereka

    apa yg penting, harap semua sedia maklum kes sebegini sdh ada di malaysia
    semoga tiada kes ke-2 dan seterusnya

    masing-masing ambil iktibar

    ReplyDelete
  11. Hazwan Arif:
    sudah lesap, tidak dapat dijejak

    ReplyDelete
  12. touya:
    mmg sudah hilang fb dia
    haha, ucap setiap sejam?
    kalau ada lg konpem ramai yg serbu bg nasihat/kutuk

    ReplyDelete
  13. Meister:
    wujudnya kemarahan bila kita masih ada rasa, tak salah untuk dikongsi
    semoga org lain pun dapat fikir apa yg berlaku di sekeliling

    wujudnya entri seumpama ini, semoga lebih ramai yang sedar wujudnya kes seumpama ini

    kalau kes cerai-berai artis dan gosip sensasi cepat tersebar di dunia blog, kenapa tidak isu-isu seumpama ini?

    sekadar berkongsi pandangan
    semoga lebih ramai tahu dan peka

    ReplyDelete
  14. Ummi Hanie:
    itulah yg menjadi persoalannya

    ReplyDelete
  15. papabear:
    hanya mampu doakan terbaik utk mereka
    kita tak mampu berbuat apa-apa
    cuma dapat ambil pengajaran dari apa yg mereka lakukan
    persiapkan diri dgn segala kemungkinan

    ReplyDelete
  16. NICK IRFAN:
    private la bro blog tuh, xleh terjah
    nak tahu klik je kat gambar fb tuh
    baca isi komen yg terkandung di dalamnya

    ReplyDelete
  17. amirah:
    thanks atas peringatan
    mohon dijauhkan dari berlaku kat keluarga kita dan masyarakat terdekat

    mempersendakan agama sehingga tekad nak buat kitab sendiri

    ReplyDelete
  18. skang ni macam2 citer buruk kami dgr tentang FB ni,asik nak mengutuk benda sensitif jer.. mmg da tak bole kawal ni, kena cari langkah penyelesaiannya..

    ReplyDelete
  19. LiFe KaMi:
    herm, mungkin perlu ada hukuman tegas utk kes-kes seumpama ini
    mudah-mudahan, isu berkaitan sensitiviti agama/bangsa tidak dimain-mainkan kelak

    ReplyDelete