KOLEKSI KATA-KATA HIKMAH

Kata-kata hikmah, biasanya bila dibaca bisa menusuk ke dalam hati, membuat kita berfikir sejenak. Itulah kekuatan kata-kata hikmah. Kebanyakannya berkait-rapat dengan kehidupan kita seharian, malah kadang-kadang sangat tepat dan jitu ditujukan kepada kita.

Kata-kata hikmah amat hebat, sungguh berkuasa dan boleh bertindak sebagai nasihat dan penasihat yang baik kepada diri kita yang selalu alpa. Kata-kata yang tertib tersusun dengan bahasa yang indah membawa seribu satu makna kepada sesiapa sahaja yang menghayati setiap bait-bait kata yang disampaikan.


Berikut koleksi kata-kata hikmah yang selalu kita dengar dan pastinya ada antaranya yang belum pernah kita dengar sebelum ini:

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian.Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan Terhadap Dosa; Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

37) "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

41) Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"

47) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"

48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman.."

49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika e***** menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika e***** membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"

50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"

51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."

53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada."

54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."

55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan e***** akan menjadi terhebat.Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan e***** akan mencapai yang tertinggi."

56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

57) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."

58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan


Kadang-kadang kata-kata hikmah juga mampu bertindak sebagai mangkin untuk kita lebih berjaya mahupun berubah ke arah kebaikan. Kekuatan yang ada di sebalik kata-kata yang penuh dengan makna tersirat ini mampu menjadi pendorong dan memotivasikan sesiapa sahaja.

Itulah sedikit-sebanyak kelebihan kata-kata hikmah dan bahasa kita


"Kaya sungguh bahasa kita"

Post a Comment

19 Comments

  1. kata2 hikmah itu lah dapat merubahkita menjadi insan yg dipanggil manusia..

    ReplyDelete
  2. Amiable brief and this mail helped me alot in my college assignement. Gratefulness you for your information.

    ReplyDelete
  3. dah nama pon kata2 hikmah...so ada hikmah la disebalik kata2 itu..hehe.
    hanya satu ayat pon dh mampu membuka mata dan membuat kita berfikir.

    makan eskem jum~

    ReplyDelete
  4. byknyer kata2 hikmah! mne ko dpt?

    ReplyDelete
  5. wah byknyaa kata2 hikmah...

    very nice sharing !

    izinkn sis nk mencilok bila perlu ye...hihih ;p

    ReplyDelete
  6. LiFe KaMi:
    yup, betul tuh
    kita manuasia,kadang2 kita alpa
    bila baca kata-kata macam ni, kita sedar akan kesilapan selama ini
    klu bernasib baik, dpt peluang utk kita koreksi diri

    ReplyDelete
  7. Anonymous:
    jawablah welcome
    walaupun tahu ini adalah spam

    ReplyDelete
  8. amirah:
    tepat sekali :)
    sama-sama kita fikir dan amalkan

    makan aiskrem? baskin robbin jom

    ReplyDelete
  9. NICK IRFAN:
    lupa ambil dari mana
    ni pun duk dalam draft sejak bulan april lg
    smalam baru berkesempatan nak post

    ReplyDelete
  10. Ummi Hanie:
    hopefully so
    moga bermanfaat untuk semua

    no problem.silalah ambil sis, bila-bila masa pun boleh
    sama-sama kita berkongsi dgn org lain apa yg dirasakan perlu

    ReplyDelete
  11. 2 thumbs up!





    thanks bro. sharing is caring rite?
    posa mcm mana? jgn kasi lobang. hehe

    ReplyDelete
  12. green:
    thanks bro

    alhamdulillah, masih dpt berpuasa dgn baik
    esok hari terakhir utk peringkat pertama ramadhan iaitu Rahmat (1-10)

    doakan moga berjaya bertemu dgn peringkat ke-2 (keampunan 11-20) dan peringkat ke-3 (pembebasan 21-30)

    ReplyDelete
  13. psst.. aku nk ambik boleh??? bkn nk letak kt entry aku saja2 nk simpan kt laptop aku best ayat dia ni...

    ReplyDelete
  14. NICK IRFAN:
    boleh, xde hal la
    amnil utk direnung bersama, moga menjadi sumber kekuatan
    yg penting, kata-kata ni terkesan kat hati kita yg sentiasa rapuh

    ReplyDelete
  15. Banyaknya kata2 hikmah yang belum pernah terbaca kat mana2, & byk y terkena pada batang hidung sendiri..mmg bagus untk buat kita terfikir sejenak :)

    ReplyDelete
  16. Mommy Pinky:
    sama-sama kita fahamkan apa yg cuba disampaikan
    baik dijadikan teladan, buruk jadikan sempadan

    ReplyDelete
  17. sangat suke post ini. no5 tu plg best =)

    assalamu'alaik.

    ReplyDelete
  18. farhan ali:
    anda suka, sy gembira
    no 14 terbaik gak :)

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete