MERDEKA 53

MALAYSIA tanah tumpah DARAH ku


Adakah kita RAKYAT BERJIWA MERDEKA?


RAKYAT

  • RAKYAT ialah seluruh penduduk sesebuah negara.
  • RAKYAT sebagai orang yang dipimpin merupakan elemen penting sebagai syarat mendirikan sesebuah pemerintahan.


BERJIWA
  • JIWA pula didefinisikan sebagai batin iaitu perasaan, fikiran, cita-cita dan lain-lain yang terkandung dalam hati manusia.
  • Dalam perkembangan berkaitan, BERJIWA bermaksud mempunyai JIWA iaitu mempunyai perasaan, fikiran, cita-cita dan lain-lain yang terkandung dalam hati manusia.


MERDEKA
  • Sementara MERDEKA bermaksud bebas sama ada dari penjajahan, naungan atau kurungan.
  • MERDEKA boleh diinterpretasikan sebagai bebas (daripada penjajahan, kurungan, naungan dan lain-lain), lepas (daripada tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pada yang lain.
  • Dalam definisi MERDEKA adanya istilah ‘BEBAS’.
  • BEBAS menurut kamus dewan pula adalah tidak terhalang (untuk bergerak, bercakap dan lain-lain), tidak terkongkong, tidak terkurung, lepas.


RAKYAT BERJIWA MERDEKA?
bukan bererti rakyat bebas melakukan apa sahaja
bukan bererti pemimpin sepenuhnya berkuasa
tetapi MERDEKA perlukan kerjasama
antara pemimpin, rakyat dan segala isinya!

mengimbau kenangan lama
"Memperingati detik sejarah Kemerdekaan Malaysia"


AKU DAN MERDEKA
monolog penaberkala


Merdekakah kita?
kalau asyik ada pecah-belah
kalau asyik gaduh dan telagah
kalau asyik bertengkang lidah
kalau asyik berperang di pentas siasah
kalau asyik dilanda masalah sosial dan sahsiah
kalau asyik ber"tuan"kan rasuah
kalau asyik mencipta musibah
kalau asyik bermusuh selepas musyawarah

mengertikah kita
Apa itu merdeka?
ya
bebas dari penjajahan
ya
wujudnya negara yang aman
ya
adanya satu kesepakatan
tidak
kalau ada perpecahan
tidak
kalau hidup tidak aman
tidak
kalau masih ada penjajahan jiwa

aku tahu
aku merdeka
aku tahu
negaraku merdeka
aku tahu
kita selesa
aku tahu
kini kita bahagia
tetapi
aku tidak tahu
sampai bila?

riuh-rendah di luar sana
sering kali mengetuk mindaku yang separa terjaga
melihat apa sebenarnya yang ada
pada sebuah negara yang dikatakan MERDEKA

aku bersyukur nagaraku MERDEKA
negaraku kini masih aman dan sentosa
tiada bala bencana
tiada perang seperti dahulu kala
tidak ada lapar dan dahaga

walaupun masih ada
penderaan jiwa di merata-rata
penderaan mata di sini sana
penderaan telinga yang kian melanda
penderaan hati dan juga rasa
perpecahan di sebalik warna bendera
permusuhan berkaitan isu agama
pertelingkahan isu bangsa dan bahasa
semoga ia dapat dikawal selia
oleh kau, aku dan mereka

hidup bermasyarakat
masing-masing ada kepentingan
ibarat menghasilkan ABC yang paling sempurna
setiap komponen yang ada perlu saling melengkapi antara semuanya
untuk cukupkan warna dan rasa
agar dapat dinikmati bersama!



________________

Bacaan lanjut :
  1. ABC : Sekilas pandang
  2. ABC : Mendepani kehidupan masyarakat majmuk
_______________________


Apapun yang terjadi
Hari ini tanggal 31 OGOS 2010
Genaplah usia 53 tahun negaraku merdeka
Aku tetap berbangga menjadi rakyat Malaysia
MERDEKA tetap MERDEKA



M E R D E K A !

M E R D E K A !


M E R D E K A !


Salam Kemerdekaan ke-53 buat semua rakyat Malaysia


merdeka bukan hanya di bibir semata-semata
merdeka biarlah hadir di dalam jiwa



"1 Malaysia menjana Transformasi"


tahukah anda siapa pencipta BENDERA MALAYSIA?
Kini dikenali sebagai JALUR GEMILANG



psssst: countdown merdeka kat mana semalam? aku hanya mampu bediri di jendela tingkat 8 Mutiara Perdana, menyaksikan letupan warna-warni bunga api di segenap penjuru Bayan Lepas, Pulau Pinang. Badan kurang enak, sejuk tapi panas.

Selamat meneruskan ibadah puasa!

Post a Comment

11 Comments

  1. CF dtg jenguk neyh..
    huhu..slmt mnymbt ari kmerdekaan ke 53..

    ReplyDelete
  2. aduh terasa lama xbuka blog n singgah blog kmu...nak wish merdeka mcm dh lambat. merdeka ni bagus untk diingati bg generasi muda mcm kita ni cuma cara menyambut tu xkena gaya. hanya berunsur hiburan.terpulang pd cara msg2 =)

    ReplyDelete
  3. hans:
    hopefully bro, moga kita merdeka jiwa dan merdeka dari segi pemikiran

    sory lama tak jenguk, den buzy sikit
    jap lg baru nk travel ke blog hang

    ReplyDelete
  4. Cik Faeezan:
    ingat dah tak jumpa jalan ke sini,hehe
    selamat balik kmapung sik faeezan

    ReplyDelete
  5. amirah:
    haha, besela orang sibuk nak balik kampung
    xpe, merdeka bukan sehari je, merdeka setiap hari tapi 31 0gos adalah kemuncaknya

    seb bek merdeka taun ni masa bulan Ramadhan, kureng la sikit masalah pelik
    tu pun, rmai gak yg kena cekup,ish3

    ReplyDelete
  6. merdeka dikotori dengan slogan...
    GANYANG MALAYSIA!

    peliknya kenapa pemimpin kedua2 negara ni berdiam diri ya?

    ReplyDelete
  7. farhan ali:
    Ganyang Malaysia terus berleluasa
    di mana silapnya?
    apa yg berlaku di sebalik semua ini?
    seolah-olah, konflik antara 2 negara ini sentiasa ada, yang patah tumbuh, yang hilang berganti
    satu persatu, reda satu muncul satu

    semoga Malaysia sentiasa makmur sejahtera!

    ReplyDelete