Apa yang baru?
Tiada apa yang baru, melainkan BLOG ALUMNI SK MELOR baru sahaja ditubuhkan semalam, 22 September 2010. Dulu, kalau aku "google" SK MELOR di internet, tiada apa-apa hasil yang aku dapat melainkan alamat sekolah. Tak percaya? Cuba search.
Semoga selepas ini, kalau masih ada bekas pelajar SK MELOR yang rasa ingin mengimbau kembali sejarah lama, cuba search di internet, moga-moga carian di "google" mahupun enjin pencarian yang lain akan berhasil.
Dari mana datangnya semangat untuk membuka BLOG ALUMNI SK MELOR?
Mungkin dari semangat dalam diri yang masih berkobar-kobar
Mungkin dari sejarah manis yang terlakar yang sukar dilupakan
Mungkin kerana ia terlalu sukar untuk dipadam dalam memori ingatan
Mungkin kerana perasaan sayang masih membuak-buak
Mungkin kerana rindunya pada teman dan taulan yang lama terpisah
Mungkin adanya rasa dan hasrat untuk bertemu semula dengan rakan-rakan lama
Banyak kemungkinan, tetapi ada kepastian di sini
Pastinya, kerana SK MELOR tempat aku menuntut ilmu
Di sinilah tempat aku mula mengenal erti kehidupan yang sebenar
Tempat balajar tulis dan baca
Pastinya, kerana tidak mungkin aku dapat melupakan sahabat handai
Di sinilah tempat aku mengenal erti bersahabat dan berkawan
Sekali berkawan, selamanya di ingatan
Pastinya, kerana ia tidak patut dilupakan
Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat menuntut ilmu
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung!
Mungkinkah perpisahan selepas menamatkan sekolah rendah bakal berakahir dengan pertemuan semula, REUNION?
Itulah yang paling sukar dicapai setelah sekian lama terpisah jarak.
Masing-masing lost contact dan membawa arah yang berbeza ke serata pelosok muka bumi.
Masing-masing sudahpun mempunyai kehidupan sendiri dan teman-teman baru di sisi.
Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing, malah cuti yang berbeza-beza menyukarkan keadaan.
Makanya, MASA lah yang akan menentukan segalanya.
Pelbagai usaha yang dilakukan untuk menjejaki semula sahabat dan rakan seperjuangan sewaktu di bangku sekolah rendah dahulu. Mana taknya, buku autograph yang tercatat alamat dan nombor telefon entah ke mana aku campakkan. Jadi, kaedah yang lebih mudah dan efektif digunakan. Antaranya melalui dunia siber, jaringan internet yang luas tanpa sempadan. Jadi, terhasillah beberapa medium yang agak membantu ke arah "jejak kasih" setelah sekian lama terpisah.
Rumusan semasa pada 23 September 2010:
Admin : Farhan Imran
Members : 66
Photos : 52
Links : 4
Admin : Farrah Adriena Abd Aziz / Norme Haslida / Khairul Anuar
Members : 75
Photos : 6
Links : 2
Admin : Khairul Anuar
Current Members : 14
Date of created : 22 September 2010
Website : http://alumniskmelor.blogspot.com/
Followers setakat ini : 14
Terima kasih diucapkan, sama-sama hidupkan BLOG ALUMNI SK MELOR walaupun hanya sekadar blog picisan. Semoga bermanfaat untuk semua.
Admin : Khairul Anuar
Writer : Open to all ex-SKM - Terbuka kepada semua ahli Alumni SK Melor yang berminat
Date of created : 22 September 2010
Aktiviti terkini ALUMNI SK MELOR 2001
- Dalam rangka mengumpul data dan maklumat bekas pelajar UPSR 2001 untuk database
- Ahli berdaftar setakat ini mencapai 18 orang
- Sasaran untuk mengumpul paling kurang 50 orang bekas pelajar UPSR 2001
- Merangka aktiviti seperti REUNION ataupun GATHERING
____________________
visible voice kini bermadu dengan alumni sk melor
penaberkala telah berpoligami dalam blogging
::CEPUMAS::
- Agak-agak mustahil tak untuk kumpul balik ramai-ramai setelah berpisah hampir 7-10 tahun?
- Adakah wajar tindakan melupakan rakan lama setelah lama terpisah, mempunyai kehidupan baru dan sudah ramai mempunyai teman taulan yang baru?
- Apa beza kawan sewaktu sekolah rendah dengan kawan sewaktu muda remaja dan dewasa?
visible voice kini bermadu dengan alumni sk melor
penaberkala telah berpoligami dalam blogging
5 Comments
tyme cuti ritu pon skolah rndah saya ada wat reunion..xberkesempatan p tp sempat p umah terbuka sorg kawan lama..tgok ramai yg berubah dh mcm mak2 pon ada,mcm bapak budak pon ada..semuanya dh hensem2 n cantik2 blako...dulu semua comot ja..hehe
ReplyDeletebro..patutla hati sy tdetik2 di mana bumi dipijak, di situ langit djunjung...elok2 lak ade kat sini haha
ReplyDeleteamirah:
ReplyDeletehaha, betul tuh
dulu lain, skang lain
apepun, kawan tetap kawan
kawan skolah rendah adalah kawan paling awal dalam hidup yg kita temui
Asrar:
ReplyDeletetq asrar singgah sini
salam kenal
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete