UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)

Esok, tanggal 21 September 2010 bakal bermulanya peperiksaan penting untuk adik-adik sekolah rendah iaitu UPSR. UPSR adalah peperiksaan terpenting untuk murid-murid sekolah rendah kerana keputusannya nanti bakal menentukan ke mana arahnya mereka akan dicampakkan untuk meneruskan pengajian di peringkat sekolah menengah kelak.

Jangan pandang enteng pada peperiksaan yang bernama UPSR. Tiada UPSR, maka tiadalah kayu pengukur tahap pencapaian pelajar sewaktu di bangku sekolah rendah. Justeru, hasrat kerajaan untuk memansuhkan peperiksaan seumpama ini, UPSR dan PMR amatlah tidak wajar. Sekurang-kurangnya, dengan adanya peperiksaan UPSR, berdasarkan keputusan mereka dapatlah ditapis pelajar kategori cemerlang, sederhana dan pelajar biasa untuk ditempatkan di sekolah-sekolah yang bertepatan dengan pencapaian mereka.

"Peperiksaan UPSR dan PMR tidak perlu dimansuhkan, cuma perlu diteliti dan dikaji semula agar menjadi lebih relevan" monolog dalaman daripada lepasan UPSR 2001 dan PMR 2004.

Seterusnya, usai menduduki UPSR dan mendapatkan keputusannya nanti, bermulalah pula perjalanan mereka tidak kira di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Kawalan, Sekolah Elit, mahupun Sekolah Menengah Kebangsaan (SEKMENKEB) harian biasa.

Esok merupakan hari penentu untuk mereka. Pembelajaran selama 7-8 tahun (tadika, pra sekolah, darjah 1-6) akan diuji dan dinilai hanya dalam masa 3 hari. Berikut merupakan perjalanan dan liku-liku yang bakal ditempuhi oleh adik-adik kita di seluruh Malaysia.

Sama-sama doakan kejayaan mereka semua!


JADUAL PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2010

Selasa (21/9/2010)

1. 8.15 am – 9.05 am : Bahasa Melayu Pemahaman (Objektif aneka pilihan)

2. 9.45am - 11.00 am : Bahasa Melayu Penulisan (Subjektif)

3. 11.45 am – 12.25 pm : Matematik Kertas 2 (Subjektif)


Rabu (22/9/2010)

1. 8.15 am – 9.15 am : Matematik Kertas 1 (Objektif aneka pilihan)


Khamis (23/9/2010)

1. 8.15 am – 9.30 am : Sains (Soalan aneka pilihan dan Subjektif)

2. 10.15 am – 11.05 am : Bahasa Inggeris Kertas 1 (Objektif aneka pilihan)

3. 11.45 am – 1.00 pm : Bahasa Inggeris Kertas 2 (Subjektif)

4. 2.15 pm – 3.45 pm : Ujian Aptitud Tahun Enam (Objektif aneka pilihan)

___________

Di kesempatan ini, kami ALUMNI SEKOLAH KEBANGSAAN MELOR (SKM) mengucapkan selamat menempuhi peperiksaan UPSR buat semua adik-adik tahun 6. Buat guru-guru SKM, terutama sekali kepada semua tenaga pengajar pelajar tahun 6, kami doakan kejayaan anak didik kalian. Semoga kejayaan menjadi milik kita bersama.

SK MELOR, SEKOLAH KITA!


Alang-alang bukak topik UPSR, teringat plak zaman muda mudi sewaktu di bangku sekolah rendah. SK MELOR, inilah sekolahku. Terletak di ceruk kampung di antara Kota Bharu dan Pasir Putih. Tetapi, inilah sekolah kebangganku. Tanpa SK MELOR, tidak mungkin aku di sini hari ini. Tanpa cikgu-cikgu sekalian, tidak mungkin saya berjaya sehingga dapat menjejakkan kaki ke menara gading.


Inilah dia, dewan pertempuran kami dulu, pelajar SK MELOR yang menduduki UPSR pada tahun 2001. Tapi sayang, sekolah kami hari ini hanya tinggal kenangan. Dulunya tempat kami menuntut ilmu, kini sudah dimusnahkan dan dirobohkan dek kerna perpindahan tapak sekolah te tempat baru iaitu di Padang Raja.


Dalam kemusnahan tapak yang penuh bersejarah ini, sempat juga mengambil kesempatan untuk merakam beberapa keping foto untuk tatapan masa hadapan. Semoga kenangan yang terukir di sini tidak lapuk seiring pertambahan usia dan masa.

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat menuntut ilmu


Ini pula tempat berehat dan beradu. Bangku ini tempat favourite kami sekawan, Farhan, Firdaus, Zul, Amir, dan lain-lain untuk makan waktu rehat di kantin. Walaupun masa sudah berlalu hampir 10 tahun, tapi kenangan tetap terpahat di hati.


ANGKA GILIRAN : DA 072 1027

Inilah, salah seorang calon UPSR SK MELOR pada tahun 2001. Tidak sangka, masihku ingat angka giliran sewaktu peperiksaan UPSR dulu. Kuat juga ingatan. Patutlah, masih ingat sorang-sorang nama kawan-kawan sekelas dalam foto sewaktu darjah 5 dahulu.

"Sekali berkawan, selamanya di ingatan"


Alhamdulillah, daripada berkat didikan guru-guru, doa ibu bapa, dorongan abang-abang dan kakak-kakak, akhirnya berjaya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan pertama dalam hidup. 5A adalah satu pencapaian yang amat membanggakan pada diri ketika itu, apatah lagi membawa gelaran sebagai seorang anak petani dari keluarga yang sederhana.

Kenangan di SK MELOR akan ku bawa sampai ke mati

Kenalan dari SK MELOR akan ku sentiasa ingati

Kejayaan di SK MELOR sentiasa terpahat di hati

SK MELOR lah tempatku mengenali potensi diri!


TERIMA KASIH SK MELOR

TERIMA KASIH tidak terhingga buat semua pendidik SK MELOR

Dulu, Kini dan Selamanya

Semoga sentiasa MAJU JAYA


pesanan penaja:

  • adik-adik calon UPSR : jawab elok-elok, mulakan dengan doa, akhiri dengan doa. Jangan lupa pohon restu dari ibu dan ayah, guru-guru dan rakan-rakan. Berusaha, berdoa, dan bertawakal. Semoga berjaya!
  • guru-guru calon UPSR : doakan kejayaan anak didik cikgu-cikgu, halalkan segala ilmu yang telah dicurahkan selama ini.
  • ibu bapa calon UPSR : doakan kejayaan anak-anak. Di mana jua berada (kecuali tandas), tadahlah tangan mendoakan semoga anak dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Bagi semangat dan dorongan yang berterusan kepada mereka.
  • abang/kakak/saudara-mara calon UPSR : Beri galakan dan kata-kata semangat kepada mereka. 1A=RM50 ke, 1A=1 ketul ayam KFC ke, 5A=burger Mc Donald sebiji ke agar mereka lebih bersemangat.

Post a Comment

13 Comments

  1. farhan, geng zaman skola. tp bukn sy. haha~

    menyempat je gi amik gmbr. gmbr zmn bile tu? cuti ry?

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya...

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya...

    ReplyDelete
  4. aah la hari ni dah start UPSR...gudluck to my sis-in-law lah dr jauh...

    memori berskolah takkan dilupakan...betul tak? ;)

    ReplyDelete
  5. farhan ali:
    bukan farhan ali ye, tapi farhan imran

    sempat la, buat kali terakhir sebelum sekolah menjadi hutan belukar
    ni ambil time cuti bulan 1/2010 arituh

    ReplyDelete
  6. ~AmyLiana8886~:
    selamat hari raya
    selamat kembali bekerja

    ReplyDelete
  7. Ummi Hanie:
    good luck utk adik sis
    doakan je lah dari jauh

    sgt setuju, memori penuh makna
    zaman baru nak belajar erti hidup

    ReplyDelete
  8. bila dah besar2 ni dah x amik kira hal2 upsr,pmr atau spm bila..mcm pndg sebelah mata aja.
    pasal mansuhkan upsr dan pmr ni mmg xsetuju,pelajar2 kena ada satu penentu utk ukur tahap keberkesanan belajar secara menyeluruh.


    *comelnya pengawas tu...hoho

    ReplyDelete
  9. sdih je aku tgk entry ko ni terkenang masa aku ambik UPSR dulu...

    ReplyDelete
  10. amirah:
    haha, biasa lah klu dah lepas
    pasal pemansuhan, mintaklah dibatalkan

    oit, sempat lg intai pengawas,haha

    ReplyDelete
  11. NICK IRFAN:
    saja je, utk mengimbau kenangan lampau
    cam best jugak igt zaman kecik-kecik dulu

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete