SEGMEN TEKA MENU
Arahan:
1. Lihat gambar
2. Pilih jawapan yang paling tepat
3. Tuliskan jawapan anda
4. Semak jawapan anda
5. Baca tips seterusnya untuk mengelakkan sebarang kekeliruan
6. Buat rumusan dan konklusi
1. Lihat gambar
2. Pilih jawapan yang paling tepat
- PUYUH GORENG
- ITIK GORENG
- BURUNG GORENG
- AYAM GORENG
- SOTONG GORENG
- KETAM GORENG
- MEE GORENG
- LAIN-LAIN : Sila nyatakan
Anda diberi masa 5 minit untuk memilih jawapan paling tepat. Jika tiada jawapan yang tepat berdasarkan jawapan yang telah diberi, sila nyatakan jawapan anda sendiri. Tuliskan jawapan anda untuk semakan.
4. Semak jawapan anda
Hanya anda yang dapat menentukan sama ada pilihan jawapan anda tadi betul ataupun tidak. Jom sama-sama semak jawapan yang sebenar.
Proses pemotongan kepada bentuk yang lebih kecil untuk diperap dan digoreng
Hakikatnya, persoalan anda terjawab di sini
Hakikatnya, persoalan anda terjawab di sini
Inilah rupa sebenar bahan mentah untuk menu yang menjadi tanda tanya kalian semua
macam mana, ada yang betul tak cuba meneka?
Kalau betul tahniah, kalau salah takziah
Kalau orang tengok picture teka salah tak apa
Tapi cuba bayangkan orang yang sudah makan, agak-agak apa gamaknya?
Nauzubillah
5. Baca tips seterusnya untuk mengelakkan sebarang kekeliruan
macam mana, ada yang betul tak cuba meneka?
Kalau betul tahniah, kalau salah takziah
Kalau orang tengok picture teka salah tak apa
Tapi cuba bayangkan orang yang sudah makan, agak-agak apa gamaknya?
Nauzubillah
5. Baca tips seterusnya untuk mengelakkan sebarang kekeliruan
Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, disertakan tips-tips untuk membezakan yang mana ayam dan yang mana tikus. Semoga tips yang diberi dapat membantu untuk mengenalpasti menu yang dihidang sebelum disantap tanpa rasa ragu-ragu.
- Daging - Walaupun dagingnya/isinya hampir sama dan serupa bewarna putih, lemak yang terdapat pada daging tikus lebih banyak berbanding daging ayam (lebih berminyak)
- Kulit - Liang-liang roma pada kulit ayam goreng lebih besar berbanding liang-liang roma pada kulit tikus. Ini bergantung kepada jenis bulu.
- Tulang - Tulang ayam lebih banyak dan besar berbanding tikus terutama di bahagian paha, dada dan punggung
- Harga - Pastinya harga untuk ayam sebenar lagi mahal berbanding tikus goreng. Sekiranya harga murah, kemungkinan besar menu yang dipesan adalah tikus goreng merangkap ayam goreng tiruan
- Kepak - cuba minta bahagian kepak, kalau tiada sudah tentu perusahaan itu menggunakan tikus sebagai bahan mentah untuk menggantikan ayam
6. Buat rumusan dan konklusi
Makanan di restoran-restoran ataupun gerai-gerai makanan yang tidak diketahui statusnya (HALAL/HARAM) sudah pasti mempunyai seribu kemungkinan dari segi bahan mentah yang digunakan, cara pembuatan ataupun orang yang bertanggungjawab untuk memasaknya.
Konklusi, perlu berhati-hati memilih gerai/restoran untuk menjamu selera tidak kira di mana jua kita berada sama ada di Malaysia ataupun di luar negara.
RUJUKAN UTAMA : http://ketaketik.com
Isu tikus goreng ini popular di Indonesia dan China. Berhati-hati kepada sesiapa yang berhasrat untuk melancong ke sana. Beringat sebelum kena, dah terkena tak boleh nak buat apa.
Jangan tiru aksi ini. Sungguh meloyakan!
Cara memasak tikus secara langsung di depan mata kita. Sekadar mengambil tahu, jangan pula cuba untuk tiru,hahaha
SEGMEN FAKTA BUKAN AUTA : TIKUS
- Selain TIKUS GORENG versi AYAM GORENG, terdapat juga SUP TIKUS. Ikuti kisah SUP TIKUS di http://ruanghati.com
- Di PULAU PINANG, gempar apabila surat khabar tempatan menyiarkan artikel tentang 2 juta tikus di GEORGETOWN yang jelasnya melebihi bilangan penduduk. Untuk berita lanjut, sila layari : KOSMO
- Tikus digelar RAT ataupun MOUSE dalam bahasa inggeris. Nama yang berbeza tatapi membawa maksud yang sama. Spesies yang sama iaitu tikus tetapi jenis/saiz yang berbeza
- Kanak-kanak di dunia lebih suka menatap wajah tikus di kaca televisyen sejak kecil lagi iaitu:
Mickey mouse dan minniey mouse
- Orang dewasa, tua dan muda tidak kira status sosio dan budaya mahupun jantina suka berdampingan dengan tikus-tikus (tetikus) dalam rutin keharian mereka. Sangat bermanfaat untuk golongan yang sedang menuntut dan dalam bidang professional.
Pelbagai jenis tetikus (mouse) yang berada di pasaran
- Ore kampong ambo di qlate panggil mugo gonih CIK TI. CIK TI ni suko bena make kain baju dalam ghobok kain. Kalu dey ko puok dio gak, abis la scopeng. Tok kiro doh hok baru ko, hok lamo ko, hok muroh ko. Hok mahal pun gomo kakah goni. Bui geleran sohor dan manjo pun kekoh lagi kain baju ore. Rutin harian puok-puok dio kalih. CIK TI oh CIK TI
- Di Pulau Pinang, terdapat sebuah tempat yang dikenali PULAU TIKUS. Masih belum berkesempatan untuk merayap ke sana, mungkin next time sebelum berakhirnya saki-baki 3 bulan lagi di bumi pulau mutiara ini.
Sekian kisah CIK TI
Nak makan, ingat kena sentiasa HATI-HATI
Nak makan, ingat kena sentiasa HATI-HATI
21 Comments
ya ampunn..geli tgk chinese ni mkn cik ti tanpa rasa bersalah ! hohoho...
ReplyDeletemula2 sis dah nk teka puyuh goreng sbb baru2 ni mkn puyuh ! then baru trperasan penah tgk gambar2 tikus goreng tu before this ..yuckss...
3 bln saja lg di bumi penang ye..slmt m'habiskn pngajian ye ;)
ReplyDeletemasa mula2 tengok gambar ingatkan encik PB nak cter pasal masak memasak.. ceitt..hampeh :P
ReplyDeleteyerkkkk.
ReplyDeleteerk! nasib baik siap mkn dh ayam lunch td..
ReplyDeleteberselera sungguh tgok.nyum2.dh agak tikus....
ReplyDeletepulau tikus sebuah pulau kah?
p/s: dop pehe la mu kecek gapo.wuwuwu
haha. suspen!
ReplyDeleteeh, mana pi cikti mek kelate tu? lama dia diam.
Ummi Hanie:
ReplyDeletehaha, memang makanan feverot diorang kot
rupa mcm ayam, tp kecik sikit
first time tau kat fb, agak menjengkelkan
yup, 3 bulan lg tinggal utk praktikal kat penang. pastu kembali ke bumi perak utk habiskan pelajaran di tahun akhir
norashikin rahmat:
ReplyDeletehaha, segmen masak-memasak sendiri belum tiba masanya lagi
next time kot
SZ:
ReplyDeletehati-hati pilih makanan kat jepun :)
farhanimradziah:
ReplyDeletehaha, doakan msia bebas dari ayam tiruan
amirah:
ReplyDeleteyup, pulau tikus sebuah pulau
aktiviti yg ada biasanya org berkayak ke pulau tikus
kedudukannya berdekatan kawasan gurney plaza
kawe bobe sajo2 jah
ore qlate pehe kot,haha
try suruh member2 translate
green:
ReplyDeletefirst time tengok terkejut gak
tu bg suspen sikit, kureng sikit kejutan
cikti busy dgn final year project la bro
lama dh dia tak online
aduih..baru pas makan tapi rasa nak muntah balik..takut ayam yang dimakan tadi tikus lak..wek wek
ReplyDeleteCik Su:
ReplyDeletehaha, jgn bimbang la
insyaAllah kat msia masih selamat
cuma kena hati-hati leboh sikit di kwsn2 yg agak mencurigakan
siyesssss nak muntah!
ReplyDeletenama saya nini:
ReplyDeleteharap-harap x de kat malaysia kita kan? haha
-_-
ReplyDeleteNasrullah Jaafar:
ReplyDeletelol, speechless?
agak ar...
ReplyDeletehaha =p
Nasrullah Jaafar:
ReplyDeletejgn la ada kat msia ni