VV PRODUCTION
mempersembahkan
MEMORIAL |
Arahan : Penaberkala
Dijayakan oleh barisan pelakon handalan tanpa bakat dan kelayakan
Tidak dirancang wataknya, tidak diatur perjalanan ceritanya
Tidak dirancang wataknya, tidak diatur perjalanan ceritanya
Tiada skrip dan tiada kos penerbitan
Kisah 3 tragedi dimuatkan dalam 1 cerita
Kisah 3 tragedi dimuatkan dalam 1 cerita
Dirangkul menjadi sebuah MEMORIAL
Dedikasi istemewa buatmu AGK, AGM dan NAN
3 IN 1 : TRAGEDIES BECOME MEMORIAL |
TONTONAN UMUM
AMARAN : Cerita berdurasi panjang boleh membuatkan biji mata anda tersembul ke luar!
AMARAN : Cerita berdurasi panjang boleh membuatkan biji mata anda tersembul ke luar!
PENGENALAN WATAK
- AGK merupakan sebuah motosikal NOUVO merah milik Muzek
- AGM merupakan sebuah motosikal HONDA EX5 merah milik Nuar
- NAN merupakan sebuah kereta WIRA biru milik Faiz
- DBH merupakan watak pipih, motosikal HONDA WAVE kuning milik Faris
- Faiz : Driver NAN
- Faris : Mangsa AGM/ Mangsa NAN
- Anuar : Mangsa AGK/ Mangsa AGM/ Mangsa NAN
- Muzek : Mangsa AGK
- Deli and the housemates selaku watak penyelamat Mangsa AGM
- Jagan dan Kamil selaku watak penyelamat Mangsa NAN
TRAGEDI 1 : AGK DAN SOLAT TERAWIH
Latar masa : Suatu malam di bulan Ramadhan
Latar tempat : Masjid Sg Ara - Taman Desa Ria - Mutiara Perdana
Watak utama : Nuar dan Muzek
Watak sampingan : Polis trafik, Pak Cik Baik Hati
Kisah bermula di suatu malam 10 terakhir Ramadhan. Muzek merempit dengan khidmat AGK dari Relau ke Mutiara Perdana untuk mengambil Nuar bagi menunaikan solat terawih berjemaah di Masjid Sungai Ara. Kebetulan ketika itu, AGM tidak mampu untuk berkhidmat dek kerna lesen memandu dan rodtax tamat tempoh. Berbekalkan semangat juang yang tinggi serta kesungguhan Muzek yang datang mengambil, niat murni diteruskan untuk berterawih di Masjid Sungai Ara. Kebiasannya, hanya bertandang ke Surau Al-Irfan di tingkat bawah flat.
Masalah problemnya, topi keledar yang ada hanya satu pada waktu itu. Muzek terlupa untuk membawa seketul lagi. Apalah nasib badan. Dengan berkopiah putih dari Makkah hasil pemberian Ustaz Zabidi, Anuar membonceng AGK yang ditunggang Muzek. Hati berdebar-debar, besar kemungkinan akan terserempak dengan polis di mana-mana. Polis di Penang memang rajin membuat operasi tidak kira masa dan ketika.
Berani kerana benar, takut kerana salah. Ternyata ia betul. Di pertengahan perjalanan, traffic light berhadapan KFC di Taman Desa Ria tiba-tiba bertukar dari hijau kepada merah. Maksudnya? STOP. Tatkala AGK diberhentikan tanda tabik hormat kepada lampu bermata tiga, tiba-tiba deruman enjin kuat menyinggah lubang telinga mereka berdua. Disangkakan mat rempit di jalanan, rupanya bapak polis di sebelah. Tercengang! Sekilas pandang ditoleh, langsung tak toleh-toleh. Kopiah atas kepala, pelikat berkibas-kibas. Merah bertukar menjadi hijau. AGK dipulas secukup rasa . Huh, selamat terlepas.
.
.
Perjalanan pulang lancar tanpa berjumpa polis. 200 meter sebelum tiba di traffic light ke Mutiara Perdana, tiba-tiba AGK mengusik manja. Usikan manja bertukar menjadi siriyes.Apakah yang akan terjadi? Owh, enjinnya sudah mati di pertengahan jalan. Apakah sebabnya? Rupanya, meter minyak menunjukkan huruf E : Empty? Aiyakkkkkk. Stesen minyak berdekatan tiada, buntu seketika.
macam ni la kot gayanya tolak AGK berkain pelikat |
Nak tak nak, terpaksalah mereka menolak AGK dan berlari-lari anak di tepi jalan berkain pelikat. Bergilir-gilir AGK ditolak untuk sampai ke flat Mutiara Perdana. Dalam ramai-ramai pengguna jalan raya, ada seorang pak cik baik hati yang singgah bertanya khabar. Kes tak ada minyak, memang tak dapat nak nolong. Tolakan dan larian diteruskan dengan penuh bergaya sambil disaksikan oleh penonton-penonton yang tak dijemput di jalan raya.Akhirnya, sampai jua ke destinasi dengan keadaan yang basah kuyup. Pecah peluh, lemak bergelimpangan.
TIPS : Bermarathon berkain pelikat sambil tolak motosikal di malam hari adalah tips terbaik untuk kuruskan badan. Nak cuba? Try tak payah isi minyak untuk perjalanan menuju ke destinasi yang jauh. Selamat beramal! Oleh itu, penuhkanlah tangki minyak anda sebelum kekeringan.
TERKINI : AGK terdampar di tempat kerja, AMD akibat kuncinya terjatuh di dalam lubang lif. Satu dalam seribu, tetapi itulah keajaiban Muzek yang mampu mencipta sejarah baru dalam industri lif di AMD. Masih belum berjaya diselamatkan.
TRAGEDI 2 : AGM DAN SEOUL GARDEN
Latar masa :Hari Raya Aidilfitri
Latar tempat : Mutiara Perdana - Gurney Plaza - Seoul Garden - Roundabout Bayan Baru - Kampung Jawa
Watak utama : Nuar dan Faris
Watak sampingan : Deli and the housemates
Seminggu bercuti sempena Aidilfitri di kampung halaman masing-masing sudahpun selesai. Semua interns yang menjalani internship di Utara terutamanya di Penang dan Kulim berkumpul untuk majlis rumah terbuka di Seoul Garden, Gurney Plaza. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Poji, Nipi, Abu, Dilla, Ujie, Zue, Ayu, Fiza, Deli, Lalapo, Moh, Faris dan Nuar.
Bertolak seawal 630 petang dari Mutiara Perdana ke Gurney Plaza, 2 buah kereta bergerak disusuli dengan mat-mat rempit iaitu Faris dan Nuar menunggang AGM. Perjalanan dimulakan dengan doa sebelum memulakan perjalanan agar semuanya selamat.
Perjalanan menjadi blur-blur bila jalan ke Gurney Plaza tidak diketahui dengan jelas. Pertama kali mereka bertandang dengan menaiki AGM, yang berkereta masing-masing rujuk GPS. Untuk hilangkan blur, berhenti seketika di masjid di tepi jalan untuk solat Maghrib dan bertanyakan arah tuju ke destinasi dengan orang-orang yang ada. Direction samar-samar diberi, angguk-angguk geleng-geleng sahaja yang termampu. Nuar dan Faris meneruskan perjalanan dalam keadaan yang masih samar-samar.
Ke Jalan Perak, terbabas ke Jelutong. Mahu berhenti tanya seorang auntie berbangsa India, tetapi cepat-cepat dia lari masuk dan tutup pintu kereta. Mungkin disangkakan mereka yang menaiki AGM adalah perogol/perompak/penjenayah/penyamun/peragut/seerti dengannya. Tapi tak apa, inilah sikap perempuan yang harus dicontohi oleh perempuan di luar sana. Kena sentiasa hati-hati, berfikiran jahat sedikit tak apa asal diri selamat.
Perjalanan diteruskan sambil menoleh meter minyak. Sudah mendekati E : EMPTY. Alang-alang tersesat dan tersasar, berhenti isi minyak di SHELL padahal mahu bertanya ke mana arah Gurney Plaza. Lagipun, AGM perlu minum minyak dan kehausan. Takut nanti peristiwa hitam AGK berulang lagi pada AGM kali ini.Sediakan payung sebelum hujan, kasi tangki minum sebelum kering kontang. Direction kini makin jelas selepas bertanya akak manis di kaunter. Pilih Jalan Air Hitam dan ke Pusat Bandar. Akhirnya, berjumpa juga dengan signboard Persiaran Gurney. Mereka bersorak kegembiraan macam orang gila. Sampai jua di Seoul Garden pukul 900 malam tatkala yang lain sudahpun separuh jalan menjamu selera.
Selesai berkelana di Gurney Plaza, mereka membawa haluan untuk pulang ke kediaman masing-masing. Nuar dan Faris masih setia dengan AGM. Rempitan dimulakan dengan penuh bertenaga. Ditahan polis untuk sportcheck, fuh lega sebab lesen dan roadtax mereka semua LULUS. Rempitan diteruskan dan melalui Queensbay Mall. Menuruni jalan berbukit selepas Queensbay Mall, tiba-tiba bau hangit menusuk ke lubang hidung. Satu bunyi pop menusuk lubang telinga. AGM mula meronta-ronta tanda protes. Apa sudah jadi?
Rupanya, tayar belakang AGM meletup. Terkedek-kedek meluru ke bahu jalan. Apalah nasib mereka. Malang masih berbau coklat dan vanilla kerana tiada kereta mahupun lori menyambar dari belakang ketika AGM meronta-ronta kepenatan. Mengeluh panjang, apa perlu buat?
Berbekalkan pengalaman bersama AGK dulu, tragedi bersama AGM kali ini ditempuhi dengan senyuman. Tapi kali ini masih bertuah kerana enjin AGM masih boleh dihidupkan. Sorang bawa AGM secara berhemah, sorang lagi berjalan. Bergilir-gilir sehingga ke Roundabout Bayan Baru. Ke mana arah mereka?
Mereka memutuskan untuk menumpang kasih di Kampung Jawa, di kediaman Deli and the housemates. Malam mereka berakhir di tilam Deli, manakala Deli berjaga di depan desktopnya melayan DOTA. Mereka amat berterima kasih kepada Deli and the housmates di atas kesudian menerima tumpangan semalaman sekaligus menamatkan tragedi AGM pada malam itu.
TIPS : Tukar tayar bertiub kepada tayar tubeless. Lebih selamat dan kurang berisiko untuk meletup di tengah jalan.
TERKINI : AGM tersenyum riang dengan tayar belakang barunya. Semoga tragedi seumpama ini tidak berulang lagi. Tayar lama diganti dengan tayar baru bernilai RM80, semoga selamat sentiasa.
TRAGEDI 3 : NAN DAN DINNER
Latar masa : Malam hujung minggu, 24 Oktober 2010
Latar tempat : Mutiara Perdana - Jeti Georgetown - Traffic light cabang empat FIZ - Sunshine
Watak utama : Faiz, Nuar, Faris
Watak sampingan : Kamil, Jagan, Pekerja SevenEleven, Pekerja KFC
Perjalanan ke Jeti dari Mutiara Perdana untuk memetik Faris yang baru pulang dari Tronoh, Perak bermula bersama NAN yang dipandu oleh Faiz dan co-pilotnya, Nuar. Penantian selama setengah jam dari pukul 930 malam diisi dengan ronda-ronda sekitar Marina. Akhirnya penantian berakhir dengan kemunculannya. Perjalan pulang ke Mutiara Perdana bermula.
Sedang asyik berborak dan memutuskan untuk dinner di Restoran TTDI, NAN tiba-tiba dihentikan di tepi lebuh raya berhampiran arca burung yang berterbangan. Rupanya, tangki air NAN sudah kering. NAN merengek kehausan. Mungkin penat dan haus setelah seharian exercise mendaki bukit menuju ke Empangan Air Itam di sebelah paginya. Lantas, Faiz bertindak cergas memberi minum air mineral yang hanya tinggal separuh kepada NAN. NAN kini kembali tersenyum dan perjalanan diteruskan.
Perjalanan diteruskan dengan was-was. Bunyi aneh memekik di corong-corong telinga. Bau-bau hangit mula dihidu oleh rongga-rongga hidung. Tiba-tiba di persimpangan empat traffic light FIZ, NAN tersedak dan terlena seketika. Ini satu gurauan ataupun main-main. Cobaan Faiz mengejutkan NAN dari lenanya nyata gagal, tidak berhasil.
Lampu isyarat bertukar dari merah kepada hijau. NAN masih terlena dibuai mimpi indah. Kawan-kawan seangkatan di depannya meluru laju. Kawan-kawan di belakang masih menunggu NAN untuk maju. Hon meleret sudah berbunyi. NAN masih mamai dan sempat kenyit-kenyit mata (signal emergancy) kepada kawan-kawan di belakang.agar terus maju : I'm Dead!
Usaha menolak NAN ke bahu jalan melepasi traffic light dijayakan oleh Faris dan Nuar. Masalah lalu-lintas berjaya diatasi dengan senyuman dan ketawa terbahak-bahak. Mereka kegembiraan berlari-lari anak bersama NAN di persimpangan itu buat pertama kali dalam hidup mereka.
NAN masih nyenyak dibuai mimpi |
SCENE dalam babak tragedi NAN |
- P250 - Tiang yang mesti diingati sampai bila-bila, tempat tragedi NAN tersadai
- NAN - keadaan yang tenat dan memenatkan, hangat dan hangit
- PENUNGGU - Faris ditugaskan untuk menunggu dan menemani NAN. Muka berkerut tanpa kelaparan.
- SEVEN ELEVEN - Faiz mendapatkan air mineral untuk NAN, Nuar mendapatkan air laici untuk mereka bertiga
- KFC - Dari TTDI beralih angin ke KFC untuk mendapatkan sesuap makanan : Mash potato dan cheezy wedges menjadi pilihan sebagai dinner.
dinner di tepi jalan dan bantuan daripada penyelamat |
Sekembali dari 7E dan KFC, kelihatan kelibat 2 perwira sedang menunggu bersama Faris. Siapakah mereka? Adakah polis? Adakah penyamun atau perompak? Ooo, rupanya mereka adalah Kamil dan Jagan. Air mineral yang dibeli diberi minum kepada NAN, sekelip mata ditelan dan licin. NAN masih lagi kehausan. Air tambahan diperlukan. Mujurlah, Kamil dan Jagan datang membantu. Mereka pulang ke kediaman mereka untuk mengambil bekalan air untuk NAN.
Sementara menunggu bekalan air tiba, Faiz, Faris dan Nuar sempat menjamah juadah sebagai dinner mereka. Hasrat ke TTDI berkubur begitu sahaja. Dari TTDI, kini mereka hanya terdampar di tepi lebuh raya menikmati makan malam bersama di bawah sinaran neon. Menakjubkan!
Bekalan air tiba 20 minit kemudian, semua air dicurahkan kepada NAN dengan penuh pengharapan. Cubaaan mengejutkan NAN masih lagi tidak berjaya. Enjin dihidupkan temui kegagalan dan jalan buntu. Sebulat suara, mereka sepakat untuk meninggalkan NAN berkelana di tepian jalan buat sementara waktu sebelum tibanya siang hari. Port yang selamat dicari.
Faris dan Nuar turut dibantu oleh Kamil menolak NAN ke port yang selamat. Sekali lagi, upacara berlari-lari anak di jalan raya dipertontonkan kepada seluruh warga Penang secara percuma. Akhirnya, NAN selamat ditempatkan di parking park berhadapan kawasan perumahan. Selamat tinggal NAN, selamat malam!
Cerita sudah sampai ke pengakhirannya, mereka bertiga selamat sampai ke Mutiara Perdana dengan bantuan Kamil dan Jagan. Mereka bertiga berterima kasih tidak terhingga kepada penyelamat pada malam itu.
TIPS : Sediakan air minuman/ air paip yang secukupnya di dalam kereta agar dapat digunapakai ketika tragedi seumpama ini terjadi.
TERKINI : NAN kini sudah dikeluarkan dari hospital dan kembali ke pangkuan tuannya, Faiz. Semoga kesihatan NAN akan sentiasa terjaga dan terjamin. Welcome back NAN! Ketiadaan NAN menyebabkan tuannya tidak menentu dan ditimpa pelbagai masalah. Sudahlah jatuh, ditimpa tangga terkena tahi ayam plak. Sudahlah NAN rosak, masak MAGGI pun tumpah berkecai, terhantuk plak kepala kat SINKI. Chill bro,haha. Jadikan cerita ini sebagai kenangan dan pengajaran.
TAMAT
TRIBUTE TO AGK, AGM DAN NAN |
PENGAJARAN
- Motosikal - Pastikan minyak sentiasa ada/ meter minyak tidak menghampiri E dan tayar sentiasa berada dalam keadaan baik untuk perjalanan yang jauh (pressure)
- Kereta - Pastikan air sentiasa cukup untuk mengelakkan sebarang kerosakan enjin dan kerosakan radiator/ overheat
- Tragedi tidak diundang tetapi ia mendatang, hadapi dengan hati terbuka dan berlapang dada. Semoga apa yang telah terjadi dapat dijadikan pengalaman dan pengajaran dalam hidup.
- Kerosakan kenderaan (motosikal/kereta) mengingatkan kita tentang kehidupan kita selaku manusia. Kesihatan yang baik akan didatangi dengan pelbagai penyakit dan masalah tanpa sebarang notis. Begitu juga kenderaan, kondisi yang elok bila-bila masa boleh mengalami kerosakan/masalah. Bila-bila masa sahaja boleh terjadi, hanya yang mampu adalah sentiasa siap-siaga
- Hadapi dengan senyuman, kumpul tragedi banyak-banyak macam nih pastu simpan elok-elok jadi kenangan. Sebab itu tercetusnya idea untuk mewujudkan entri MEMORIAL.
Penghargaan kepada AGK, AGM dan NAN. Keranamu kami belajar sesuatu. Pengalaman yang sukar tetapi manis untuk diingatkan kembali. Tribute to AGK, AGM dan NAN!
::FAKTA BUKAN AUTA::
5 bulan menetap di Penang, sudah 3 kali berjoging di jalan raya sekitar Penang. Adakah ada untuk kali ke-4 dan seterusnya?
17 Comments
haha menarik cerita korang. semua kes tayar pancit mcm2 lagi jadik kenangan haha
ReplyDeletelawak je...haha sabar je la...
ReplyDeletegile panjang weh.. sbr jelaa..lenguh nk phm satu2.ahahaa
ReplyDeletemcm buleh wat 10 entri.
ReplyDeletehaha..macam2..leh wat filem nie...
ReplyDeletehoyyehhh.. tahniah dan syabas kepada watak2 utama kerana memainkan peranan sebagai warga jalan raya dengan berkesannya..
ReplyDeletep/s: i loike da tabik hormat to lampu bermata tiga lah!!! hahaha..
hahah.. sepesen ngn cerita BGY 6047 aku la ni...
ReplyDeletehahahaha...adeh mmg mencabar kesabaran sang teruna.
ReplyDeletepengalaman bila dikenang pasti membuat kita tersengih sendirian :)
k e r e p e k t e m p e :
ReplyDeletebegitulah kisah kami, si teruna di pulau indah ini,haha
mmg kenangan terindah abad ini
Akma:
ReplyDeletemasa kena tuh panas gak,haha
tp lepas tu, jadi bahan lawak plak
darkbatman:
ReplyDeletebro, tak pandai nk crita pendek2 nih
klu dah mengarang, mmg terlebih patah perkataan la, baru puas hati
ada tips tak? haha
SZ:
ReplyDeleteaih, nganyim parok napok
inilah dia kepuasan berblogging
mengarang smp tak cukup tanah
Cik Su:
ReplyDeleteini memang filem pun, tp yg real punya
takde aksi cut dan rewind
kitalah pelakon, pengarah, penulis skrip dan penerbit
berlakon di pentas sendiri
.millalara.:
ReplyDeletethanks for reading
agak2 sape menang watak terbaik? haha
gerun woo klu tak tabik hormat
Zulkifli Bin Sa'don:
ReplyDeletememang lumrah selaku pengguna jalan raya kot,haha
amirah:
ReplyDeleteagak tercabar dan mencabar,haha
betul tuh, 10 taun akan dtg pun akan senyum lagi kalau baca entri ni :)
awat xroger mr green kat batu maung
ReplyDelete