10hb Oktober 2010
Perghhhh, tarikh yang lawa dan cantik
Tarikh yang mudah untuk diingati
Pasti ramai yang mendirikan rumahtangga hari ini
Pasti ramai yang buat majlis kenduri kendara hari ini
Pasti ramai yang adakan persandingan hari ini
Termasuklah angkasawan negara pertama
Datuk Sheikh Muszaphar
Stesen televisyen TV3 akan menyiarkan secara langsung majlis persandingan angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor,38, bersama pasangannya Dr. Harlina Mohd. Yunos,29, pada hari ini, 101010.
Siaran langsung itu akan dipancarkan dari Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) pada pukul 9 malam selama sejam yang meliputi daripada susunan atur cara majlis, ketibaan pengantin dan juga istiadat menepung tawar.
Selain acara persandingan, pada pukul 2 petang siaran tertunda majlis akad nikah kedua mempelai yang dilakukan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada sebelah paginya akan disiarkan menerusi slot Nona yang bersiaran pukul 2 petang
Beberapa segmen istimewa akan disiarkan seperti kisah belakang tabir majlis gilang-gemilang itu dan kisah menarik pasangan mereka berdua.
SUMBER: mStar
Kepada semua peminat Dr SMS, bolehlah bertapa di depan TV3 hari ini untuk menyaksikan majlis perkahwinan yang gah. Tak dapat den nak tengok majlis yang dengar kata, ala-ala di kayangan. Takpe, YOUTUBE kan ada, konpem boleh tonton nanti. FACEBOOK pun ada, pasni ramai yang share.Ada sape-sape dapat jemputan ka?
Kepada sape-sape yang dijemput untuk ke majlis persandingan mereka boleh la tengok 100 angkasawan dari pelbagai negara datang untuk memeriahkan lagi majlis DR SMS.
IRC CARNIVAL 2010
Apepun,
Selamat pengantin baru diucapkan kepada Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan isteri, Dr Herlina
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat
Semoga ikatan perkahwinan yang tercipta ini lebih gah daripada majlis yang diadakan pada hari ini, insyaAllah
footnote: entri ringkas sebelum berangkat ke Monkey Beach dan Taman Negara Pulau Pinang
Selamat berhujung minggu buat semua!
14 Comments
fuyoo ciap ada gambar dgn dia lagi...
ReplyDeletedgn bini dia xda g ka?hehe
arghhh! terbaekla nuar! hahaha
ReplyDeletesama padan bagai pinang dibelah dua..:)
ReplyDeleteSuka tgok muke Dr harlina. Manis =)
ReplyDeleteamirah:
ReplyDeletengan bini dia next time plok,haha
gambar dgn kek SOYUZ pun takde jugak, LOL
tirah:
ReplyDeleteLama cik tirah menyepi
apa yg terbaik? tarikh dia kawen mmg terbaik
LiFe KaMi:
ReplyDeletekalau dah jodoh tak kan ke mana
moga kekal abadi lah
Fanna Roslan:
ReplyDeletemuka ada iras-iras Elyana
so sweet lor dorang nie
ReplyDeleteCik Su:
ReplyDeletecucuk dan sepadan
bagai pinang dibelah dua
oh..tingginye dr sheikh! hehe
ReplyDeleteoh..tingginye dr sheikh! hehe
ReplyDeletefarhanimradziah:
ReplyDeleteoh..pendeknya org sbelah dr sheikh
itu lg tepat,haha
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete