AIDILADHA 2010

Raya-raya ni, mood nak taip entri tak ada. Konfirm, mood nak baca pun malas kan? Apa kata kali ni layan je gambor-gambor raya dan video sempena Aidiladha 2010. Secoret kata sebagai tanda kenang-kenangan. Next year boleh la layan balik, kenangan beraya di perantauan katakan. Di oversea! haha


Untung gak ada blog, boleh imbas kembali apa yang berlaku di Aidiladha tahun lepas : AIDILADHA 2009! Lepas rindu pada keluarga :)


Makan malam pada malam Aidil Adha 2010 : Nasi Beriani Ayam / Chicken Beriani di kedai mamak : KAPITAN berhampiran QUEENSBAY MALL. Sedap dan lazat!


Makan malam bersama housemate : Faiz, Faris serta sahabat, Muzek dan Hazwan. Masa nak makan ni lah dapat call dari anak buah. Adoi, syahdu!


Agak-agak, kalau hantar gambar ni kat Utusan Malaysia, lepas tak nak masuk ruangan Salam Perantau? Inilah dia mangsa keadaan yang terpaksa beraya di perantauan buat pertama kalinya dalam hidup!


Selepas solat sunat Aidiladha di Masjid Bayan Baru, berhampiran Sunshine Kompleks, kami bertiga bersarapan di kedai mamak : KAYU. Restoran KAYU terletak berhampiran VISTANA. Kedai mamak lagi? Ye itulah saja kedai yang bukak time raya-raya ni. First time sarapan di pagi raya makan roti canai di kedai mamak, nice one!


Selepas breakfast, sempat gak gi ronda-ronda sekitar Kampus USM. Kusangka beraya sampai ke petang, rupanya pening kepala di tengah hari. Apa la nasib, terlantar di tilam separuh hari. Kepala pusing tak dapat pekena sup gear box dan perut air asam kot, ish3!


Akhir kata, Salam Aidiladha diucapkan kepada semua! Salam sayang untuk kaum keluarga di kampung, sanak-saudara, teman dan taulan serta anda semua!



Ni dia kerja budak-budak yang tak dapat balik raya. Sorry di atas sebarang masalah teknikal. Masalah audio sikit, sepatutnya lunak merdu lagi suara mereka sebenarnya,ngeh3




footnote: badan kurang sihat.

Post a Comment

18 Comments

  1. sodapnya beriyani.. owh, xleh lupa weh rasa dia.. nyum2

    org raya ngn kambing/lembu/kobau/unta.. kita? Ayam jd mangsa.. haha

    ReplyDelete
  2. sapa 2 dok nyanyi sakan...patut r penang hujan lebat..haha

    ReplyDelete
  3. muzek nampk stylo a di gmbr yg ferst tu..haha

    ReplyDelete
  4. janganlah sedih. Saya sendiri pun dah tak ingat berapa kali tak dapat beraya haji dengan keluarga. Since sekolah menengah, peperiksaan yang selalu dekat dengan tarikh raya membuatkan saya menyambutnya ala kadar je (same goes with raya puasa).

    chill2! saya pun rindu nak makan masakan special hariraya :(

    ReplyDelete
  5. ingatkan betul2 kat oversea tadi rupanya over da see. hehe sabar yolah. blaja rajin-rajin dan selamat hari raya aidiladha. windu mau blaja lor.

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya aidi adha..
    setiap peristiwa merupakan kenangan :)

    ReplyDelete
  7. Fareast Al Muhandisu:
    tu pasal, buleh gi try lg skali ni,haha
    xpe, taun ni je makan ayam
    taun depan makan daging lembu balik

    ReplyDelete
  8. amirah:
    haha, ni la hujan band
    hujan nikmat kot :)

    ReplyDelete
  9. hans:
    tu pasal
    hang la tak ajak ak pi makan daging lembu, kemunan ni

    ReplyDelete
  10. Amin Baek:
    muzek makin stylo min skang,haha

    ReplyDelete
  11. norashikin rahmat:
    huish, byk kalik dah ke?
    patut berpengalaman
    org first time biasa lah, kecoh sikit,hehe

    rindu nak makan sup tulang/sup gear box :)

    ReplyDelete
  12. eiela"
    bukan oversea, tp over river je,haha
    tq...selamat hari raya

    ReplyDelete
  13. gnesop.com:
    kenangan taun ni semestnya kenangan terindah
    beraya di tempat org buat pertama kalinya

    ReplyDelete
  14. hans:
    agak la, kena pi cari kedai jual sup dh ni
    nk pekena semangkuk baru hilang kempunan,haha

    ReplyDelete