JANGAN JADI SEXIST

Ramai orang bercakap pasal RACIST, mai nak cerita pasal SEXIST

SEXIST : orang yang mengutamakan salah satu jenis kelamin; percaya kepada kebolehan mengikut jenis kelamin

Maksudnya dalam bahasa yang lebih sopan dan mudah, terlalu percaya/taksub kepada kebolehan mengikut jenis jantina. Perempuan mengaku mereka hebat, lelaki mengaku yang mereka hebat.


Jangan jadi sexist?
Maksudnya, perempuan jangan asyik duk kutuk lelaki dan merasakan diri mereka paling hebat. Lelaki pun sama, jangan asyik duk kutuk perempuan dan menyatakan diri mereka paling hebat. Masing-masing ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. Apa yang penting, saling melengkapi antara satu sama lain itu lebih baik.

Hakikatnya dunia hari ini, tidak seindah apa yang diimpikan. Acap kali ketemu penulisan/luahan berbentuk sexist tidak kira dari penulis sexi ataupun tidak. Lelaki kata perempuan macam tu, perempuan pulak cakap lelaki macam ni. Alih-alih, padahal sama saja, 2 kali 5 sepuluh, 5 darab 2 sepuluh! Tiada kesudahan dan penghujungnya.

Jelas dengan takrifan secara literal dan konseptual? Harap-harap semuanya jelas dan nyata.


Berbalik kepada topik asal : Jangan jadi sexist? Tapi bagaimana?
Mudah saja, contohnya dalam menyatakan sesuatu isu pokok dalam penulisan mahupun percakapan, kita tidak boleh menyatakan keseluruhan isinya bersalah dan tergolong dalam kelompok yang sama. Itu namanya "sweep statement" ataupun main sapu saja.

Contoh mudah dan paling kerap digunapakai dalam kutukan dan luahan perasaan di mana-mana saja. Tak kira di dinding facebook, di ruangan blog, mahupun di twitter adalah seperti berikut:

1) Kata perempuan : Lelaki semua, sama sahaja. Memang tak boleh pakai. Dasar buaya darat, kaki perempuan,gatal, bla..bla...blaaa..4 ekar tanah tak cukup lagi mereka karang

2) Kata lelaki : Perempuan memang macam tu pun. Mata duitan, kaki pengikis, gedik, dan bla..bla...bla..termasuk makian dan cacian sehingga beratus-ratus ela panjangnya


Di mana silapnya?
Di bahagian yang dihighlight merah tu yang salah dan silap besar. Yang lain memang tak dapat dinafikan keberangkalian untuk wujud itu tinggi dalam kehidupan seharian kita.


Apa sebetulnya?
KES 1 :Lelaki semua, sama sahaja, .....
Hakikatnya, bukan semua pun. Dah korang jumpa 2,3 orang jenis yang sama macam tuh. Sah-sah la korang akan cakap macam tuh. Adakah bapak korang pun sama? Lelaki jugak kan? Jadi, pilihlah kata setepat mungkin agar luahan tidak bercampur dengan emosi.

KES 2 : Perempuan memang macam tu pun, .....
Kebenarannya, bukan semua pun macam tu. Mungkin segelintir sahaja. Dah korang jumpa yang macam tuh, automatik korang akan bengang dan keluarkan kata-kata kesat. Padahal, ramai lagi yang bukan tergolong dalam golongan itu. Ibu kita pun perempuan. Adakah beliau seperti itu? Fikir-fikirkan sebelum menghukum secara keseluruhannya.


Apa yang cuba ingin disampaikan di sini adalah BERHATI-HATI dengan pemilihan kata. Jangan bercampur reaksi dengan emosi, kelak jadi hipertensi. Bukan hanya kepada orang yang menyatakannya, bahkan kepada orang sekeliling. Kadangkala, penulisan/percakapan kita akan menghentam orang yang tidak sepatutnya secara sedar ataupun tidak. Kesian plak orang yang tak bersalah bila baca, kecik hati, makan hati dan seangkatan dengannya.

Sekian saja sesi pandangan peribadi tentang topik JANGAN JADI SEXIST!


MODE SERIUS : OFF
MODE BIASA : ON
Sekadar selingan sempena topik : Jangan jadi sexist?
AWAS : Artikel di bawah Ini disalin/ dicetak rompak dari pelbagai sumber.
Persoalannya, Adakah ini sexist?


LELAKI

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler…
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…


Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!


Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…


Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat…
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!


Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…


Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…


Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…


Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…


Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….


Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?




PEREMPUAN

Kalau perempuan cantik pendiam
Lelaki akan kata: Wow! Ciri2 isteri idaman...
Kalau perempuan tak cantik pendiam
Lelaki akan kata: Tak reti berkomunikasi agaknyer...

Kalau perempuan cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: Mesti ada krisis nih...kesiannyer...
Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat
Lelaki akan kata: Dahla tak lawa, perangai plak macam sial!!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yang kesusahan
Lelaki akan kata: Wow! heroin sejati...
Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yang kesusahan
Lelaki akan kata: Hmmm..taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dapat lelaki handsome
Lelaki akan kata: Ok la..bagai pinang dibelah dua...
Kalau perempuan tak cantik dapat lelaki handsome
Lelaki akan kata: Kesian, mesti dahkena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: Buta kayu betol mamat tu!!!
Kalau perempuan tak cantik ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: Patut pon kena reject...

Kalau perempuan cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: Ntah Dato' mana bela ni...
Kalau perempuan tak cantik bawa BMW
Lelaki akan kata: Mesti anak orang kaya ni..

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: Wah...caringnyer...
Kalau perempuan tak cantik menuang airr ke gelas lelaki
Lelaki akan kata: Eleh..gedik la tu...

Kalau perempuan cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: Don't worry, I will make u happy forever...
Kalau perempuan tak cantik bersedih hati
Lelaki akan kata: Cikit2 nangis!! Gembeng tol...ngade2 la...

Kalau perempuan cantik pandai masak
Lelaki akan kata: Dah la lawa, pandai masak plak tu...
Kalau perempuan tak cantik pandai masak
Lelaki akan kata: Ntah sedap ke tak tu...

Kalau perempuan cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: Syoknye!!! rindu la tu...
Kalau perempuan tak cantik main2 miskol
Lelaki akan kata: Ko ni takde keje lain ke???!Sibuk ni tau tak?!!!!

Kalau perempuan cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata: Sukenyer...!!
Kalau perempuan tak cantik hantar email hari2
Lelaki akan kata: Asyik2 email dia...boring!

_________________________

Sepatutnya, perlu ada satu je kat sini, untuk mengelakkan entri ini menjadi SEXIST, makanya perlu letak dua-dua barulah adil,hehe. Nanti tak pasal-pasal gaduh plak.


SOALAN CEPUMAS?
1) LELAKI : Betul ke kalau jumpa permpuan cantik kita akan cakap macam tu? haha
2) PEREMPUAN : Betul ke kalau jumpa lelaki handsome kalian akan cakap macam tuh?


Kalau la ya, kesian la kat LELAKI yang kurang handsome macam aku ni dan PEREMPUAN yang kurang cantik. Ish3, ini TIDAK ADIL! Justeru, bersikaplah ADIL kepada semua pihak, tanpa mengira paras rupa dan kecantikan. Sesungguhnya, kecantikan/keindahan itu adalah terlalu subjektif dan berbeza dari pandangan mata orang yang berbeza. Dan hakikatnya, kita adalah sama di sisi yang maha Esa. Bersyukur di atas segala kurniaanya, dan bermuhasabah di atas segala kekurangan yang kita ada.



endnote : kurang sihat, batuk dan selesema. Sakit tekak, tapi jari masih gagak menaip panjang berjela di pengakhiran NOVEMBER.

Selamat tinggal NOVEMBER, selamat datang DISEMBER.

NOVEMBER memberikanku seribu makna, kuharap engkaupun sama DISEMBER

Post a Comment

26 Comments

  1. tak betol..hahaha..saye tak ckp macam tu..tak kisahla hensem ke tak,, kalau buat jahat, memang i tak suke gak..keh3 :)

    by de way kesian kat pompuan tak cun cm i ni kan..ahahaa

    "blog wanita ini""

    ReplyDelete
  2. "kecantikan/keindahan itu adalah terlalu subjektif dan berbeza dari pandangan mata orang yang berbeza."

    setuju.

    oh ya, bahasa cik nuar dah makin bagus lah. suka baca. haha!
    keep it up.

    p/s : saya akan tunggu jenis entri yang kita bincangkan semalam. satu hari nanti, ya? : )


    bercakap pasal entri.


    saya tak sangkal, yang sebenarnya lelaki lebih hebat dari wanita. samada dari segi kekuatan fizikalnya kah mahupun dari segi kepintarannya. (tentu sedia maklum bukan?)

    tapi tak semestinya perempuan itu terlalu jauh kurangnya hebat dari lelaki, kan?

    saya fikir ia adalah perkara yang melibatkan 'vice dan versa'.

    cuma saya rasa masalahnya dekat sini, cara pergaulan mereka.

    cuba kita lihat, dari jenis mana yang kerap mengeluarkan pernyataan yang sedemikian. (saya juga termasuk dalam golongan tu. tak dinafikan.)

    umpama meletakkan sebuah cermin diantara lelaki dan perempuan berkenaan.

    lihat dari satu sudut, sama.


    p/s: okay, dah bebel panjang. hehe

    ReplyDelete
  3. Akulah SEXIEST..ha3. Perasan...
    Sebenarnya semua atas hati masing2.. Lain org, lain perangai... Tapi kalau ikut normal, ini ucapan biasa bagi sesetengah orang sbb dah jadi kebiasaan...

    ReplyDelete
  4. hans:
    Memang lumrah manusia kot br0,suka yg indah-indah dan cantik-cantik,haha
    mmg tak dpt nk disangkal lg, tp seharusnya bertempat la kan

    ReplyDelete
  5. gabanMorka:
    yup, setuju "pandangan orang lain2"
    give and take

    ReplyDelete
  6. FeeZ~Hafizah~cucuatokaji:
    nasib baik tak cakap macam tuh,haha
    bagus la, sememangnya hati budi bukan terletak pada ukuran paras rupa

    ReplyDelete
  7. tirah:
    akhirnya, silent reader sudah mula kasik komen, thanks

    xpe panjang berjela pun, x kisah
    mmg betul, kena tgk kelompok mana, sbb bkn smua pun mcm ni..
    lg satu soal kehebatan, msg2 ada cuma antara nampak dan tidak

    pasal entri mcm tu, ambik masa kot..
    still learning, tq for the support

    ReplyDelete
  8. DeCrewz:
    SEXIST takpe lagi, jgn jadi SEKSI dan SEKSA dah la,hak3

    setuju, ayat yg mungkin biasa bagi sesetengah org dlm percakapan/penulisan
    mungkin ada faktor2 penyebab yg lain
    kdg2, tersilap/terlepas pun ada(tanpa sengaja)

    ReplyDelete
  9. blog-tips-kurus:
    "Bahasa Jiwa Bangsa" :)
    biasa je, main karang apa yg terbuku di hati
    apepun, trima kasih

    ReplyDelete
  10. Tp kan, rasanya banyak yang memang sengaja cakap daripada terlepas ckp... Terlepas cakap tu yang sebetulnya sebab dalam hati da memang nak ckp camtu...he3. Betul ke aku ckp ni, kalau x betul, jgn carik aku..ha3

    ReplyDelete
  11. DeCrewz:
    nice point of view
    haha, memang pun
    biasala manusia, mesti ada yg salah dan silap
    we are not perfect, but we can try eliminate the imperfection to be better
    takleh byk, sikit-sikit pun jadi la

    di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

    ReplyDelete
  12. betul ke? boleh lah...some may be right some may be wrong. it is very subjective and the way we look at things is actually influent by the environment we grown up, our education, work environment, who r our frens, pendidikan agama and many more. you still have a long journey to go. best of luck to you!

    ReplyDelete
  13. ComeyBelako:
    yup, mmg terlalu subjektif
    enri ini sekadar pandangan peribadi dan pendapat sahaja
    then, pandangan kita pun berbeza-beza
    respect each other as long as it is not wrong

    thanks sis, insyaAllah

    ReplyDelete
  14. at ur age, actually u have salute from me ;)! u know what u r in.
    well done!

    gomo klate gomo! hahaha...

    ReplyDelete
  15. ComeyBelako:
    actually, not really
    need to learn a lots and go further
    hope so, thanks for that

    yeah,gomo klate gomo! hahaha
    di mana bumi dipijak di situ lagi dijunjung

    ReplyDelete
  16. aku ni dh la x smat..mesti ramai kate gitu >____<

    ReplyDelete
  17. dh jadi kebiasaan manusia sukakan kecantikan dan kekacakkan. lau pilih brg pon first skali mesti tgok bungkusan sama ada di pack elok2 atau tidak. lagi satu, golongan lelaki kacak dan wanita cantik yg akan dipandang dulu dan mendapat perhatian.

    p/s: cantik/kacak mmg subjektif, kmu rasa kmu xkacak/xcantik tp sebenarnya kmu kacak/cantik di mata org lain.

    ReplyDelete
  18. Hazwan Arif:
    ak pun rasa gitu gak
    tak pe lah, bersyukur je lah dgn apa yg ada,hak3

    ReplyDelete
  19. amirah:
    herm, analogi yg tepat
    nice one

    macam tu eh? kemungkinan besar btol sbb org yg kita tgk lawa/hensom tak semestinya btol di pandangan mata org lain

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  23. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete