STUDY WEEK | MINGGU BELAJAR
STUDY WEEK : Minggu persediaan peperiksaan mesti jadi tekanan kan? Mesti rasa nervous, cuak, takut, lapar, tak selesa, rimas, geram, benci dan segala emosi bercampur-baur. Memang tak dapat dinafikan, semua orang pasti melalui perkara yang sama. Itu normal. Sesiapa yang tak rasa apa-apa sewaktu tempoh ini adalah orang yang tidak normal. Mungkin terlalu genius tanpa ada sekelumit rasa dan perasaan. Itu memang ada tapi hanya golongan minoriti. Majoriti? Pasti alami apa yang orang ramai rasa
Apa perlu buat sewaktu study week?
Semua sudah tahu selok-belok, susun-atur perjalanan study week masing-masing. Kebanyakan pelajar akan menghabiskan lebih masa sedikit berbanding sebelum ini untuk belajar dan menghadap buku teks/ lecture notes. Inilah nikmatnya/sengsaranya study week. Tak study, tengok member-member study mesti rasa tak selesa/rimas. Nak study, ada je benda yang menghalang. Lapar? Mengantuk? Sakit perut? Nak tengok wayang? Paling utama penyakit M : MALAS. Itu normal. Tapi rutin harian bersukan/berseronok tidak boleh diketepikan 100%, cuma terkawal. Paling kejam, paling susah nak hindar FB : Facebook.Biar lambat asal selamat
Berapa bab lagi kau tinggal? Berapa bab dah kau study? Pedulikan itu semua, bukan bilangan bab yang dikejar, tetapi berapa banyak yang kita hadam. Tiada istilah berlumba dalam belajar, asal terisi ilmu di dada.
Biar sedikit asal ingat
"Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit", sedikit-sedikit lama-lama jadi banyak. Asal apa yang sudah study itu walaupun sedikit terus melekat dan ingat di minda sebagai bekalan, itu sudah selamat. Paling penting, usaha sehabis boleh dan manfaatkan kekangan dan kesempitan yang ada.
Biar lembap asal cermat
Sedikit masa lagi tinggal untuk study? Banyak lagi nak kena study? Relax, be cool walaupun dalam hati sudah hot. Tak payah kalut, tak payah tamak untuk habiskan semua. Kalau resah, nak study pun susah. Nanti "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"
Biar kerdil asal bersemangat
Semester lepas aku dapat berapa je pointer? Study tak study sama je. Tak akan ada bezanya. Itulah yang sentiasa membelenggu jiwa. End up, masih buat benda sama, nak study tiada langsung usaha. Masih di takuk lama, sebab semester depan masih ada. Ironinya, perlu tekad untuk berubah, maju setapak walaupun hanya angan-angan. Pedulikan yang lepas, kerana "The past cannot be changed, the future is still in your power". Hakikatnya, semangat itu perlu ada untuk mengayuh segala kudrat yang ada.
ENJOY
Study biar lepak, result biar gempaq
Tak pernah ada orang enjoy dengan menelaah pelajaran/study. Kecuali, kita sendiri yang buatkan keadaan dan tanggapan itu berubah. Study sendiri bosan? Ajak member buat study group, buat teman untuk berdiskusi. Banyak sembang? Sembang sebagai selingan tak apa, jangan jadikan sebagai pengisian. Tiada pemahaman? Mintak kawan tolong ajar. Tak faham lagi? Study sendiri sehingga faham. Tak faham lagi? Tidur, zzzzzz. Tak ada guna kalau study tak faham. Sebaiknya, cuba sedaya upaya untuk faham tidak kira melalui diskusi dengan rakan mahupun berdua-duaan dengna buku/lecture notes.
FINAL EXAM | PEPERIKSAAN AKHIR
Kekalkan momentum sepanjang minggu peperiksaan. Besar kemungkinan, paper pertama atau kedua akan memberi sedikit kekecewaan. Faktornya, susah nak jawab dan tidak sempat siap. Sebaliknya, perlu fokus untuk paper-paper seterusnya. Ataupun, tinggal satu paper lagi sebelum exam berakhir. Jangan alpa, kerana mungkin kerana satu semua binasa! FOKUS itu perlu.
EXAM : Belajar satu semester, 6 bulan semata-mata untuk menjawab soalan selama 3 jam. Jadi manfaatkan masa yang singkat untuk menilai usaha yang panjang agar ia tidak sia-sia.
Kejayaan yang dicapai dengan kesungguhan lebih bermakna daripada kejayaan yang dicapai tanpa usaha
Kegagalan setelah berusaha keras lebih terhormat daripada kegagalan tanpa sebarang usaha
RESPONSIBILITY | TANGGUNGJAWAB
KEWAJIBAN & TUNTUTAN : Sesibuk mana pun, tugas dan tanggungjawab kita memang tidak boleh dilupakan sama sekali. Walaupun ada yang kata, nak exam baru nak banyak beribadah dan solat sunat segala bagai, pedulikan itu semua. Nak buat, baik buat tak rugi apa-apa pun. Kalau tak nak buat pun tak apa, asal yang wajib itu tertunai. Tiada salahnya. Seeloknya, pohonlah pada yang kuasa termasuklah restu dan doa dari ibu/bapa.
Tugas anak pastinya memberikan kejayaan kepada ibu bapanya. Sebagai pelajar, inilah satu-satunya cara untuk membalas jasa mereka, Pencapaian yang memuaskan walaupun kurang cemerlang setidak-tidaknya dapat mengukir senyuman di wajah mereka kelak.
Oleh itu, tugas dan tanggungjawab kita adalah belajar dan terus belajar. Walaupun kepala otak rasa nak pecah, perasaan rasa sebak bagai nak gila, ingatlah tiada kesenangan tanpa kesusahan. Usaha itu perlu walaupun seinci.
Yakin perlu walaupun sedikit
Kurang keyakinan satu kelemahan
Lebih keyakinan satu ancaman
Yakin pada diri, keyakinan yang paling perlu dihargai!
MOTIVATION | SORAKAN SEMANGAT
FENOMENA : SMS, FB, dan BLOG sekalipun pasti penuh dengan ucapan-ucapan berbaur sorakan semangat. Ini penting, walaupun nampak kecik, tapi at the same time boleh memberi sedikit suntikan semangat untuk terus berusaha terutama di saat-saat akhir. Jadi, tak payah tension bila ada yang ucap GOOD LUCK, BEST OF LUCK dan sebagainya. Sebenarnya, ucapan sebeginilah yang akan memberi sedikit ketenangan kepada kita untuk menjadi sedikit COOL. Hakikatnya, hati sudah resah, diri semakin gelisah.
Akhir kata
Semoga Berjaya!
"Tiada kejayaan semanis madu, tanpa pengorbanan sepahit hempedu"
terutama untuk MKAMH
FOOTNOTE: Good luck untuk semua adik-adik/abang-abang/ kakak-kakak yang akan menduduki peperiksaan akhir. All the best!
32 Comments
sy dh abis exam!!!
ReplyDeletehehehee
waaa..saya rasa bsemngt nak ambil exam bsama patrick...tapi saya xde final laaa..he3
ReplyDeleteLelaki Ini:
ReplyDeletetahniah, dah tamat tempoh untuk tension
buleh la release dulu sblum masuk musim baru
happy holiday
terry bogart:
ReplyDeleterindu study group,haha
igt sem depan study skali tuh
sem depan kita teman patrick,LOL
entri ni penuh kata2 semangat. tapi kan mcm mn nk stdy kalau hati sedang gundah gulana memikirkan mcm2 hal?mcm mn lak lau ada masalah hati??rasanya ini masalah besar bila bermain dgn hati, betul x?
ReplyDeletebtw, nice entry again :)
amirah:
ReplyDeleteaish, susah la plak soalannya
tak gheti nk jawab laa
but,my opinion
penyakit hati hnya blh dirawat oleh tuan empunya diri
ikut hati mati
lagi satu, kelemahan hati kdg kala boleh diatasi dgn kekuatan minda (akal)
biarkan hati dan akal saling melengkapi
tp mmg agak susah, tak leh nk dinafikan,herm
padaNya kita berserah :)
thanks
bagus diamalkan utk para2 student ni..
ReplyDeletedah lama kami tak study, rindu plak..
skang busy keja je..:)
akal...yup akal yg kawal diri kita.
ReplyDeletethnx.doakan segalanya baik2 saja :)
nice entry...leh apply untuk cik su nie
ReplyDeletecik su kalau dah tak leh study , otak dah tepu mesti online..hehe..
ReplyDeleteLiFe KaMi:
ReplyDeletetu la, utk terus diamalkan next year...masih berbaki 3 semester sblm grad
best la, dh keje
amirah:
ReplyDeletek, no prob
all the best!
Cik Su:
ReplyDeletetu la cabaran utama bila study depan laptop..so, utk elakkan, kena cari tmpt lain dh utk study
pengalaman sendiri:
klu tak, hadap buku 10 minit, hadap buku muka (FB) 1 jam
nice sharing bro..
ReplyDeleteboleh dijadikan panduan ketika peperiksaan :)
x study lg nih >__<
ReplyDeletegnesop.com:
ReplyDeletejust a reminder and motivate myself
special dedication to juniors
Hazwan Arif:
ReplyDeletenext year kito study la
relax lu,haha
:) :) :)
ReplyDeletebest of luck
:) :) :)
ReplyDeletebest of luck
Mknace:
ReplyDeletetenkiu bro singgah
salam kenal
dulu penah ikat kepala sbb dah tensen beno akibat final exam ler..tp alhamdullah x de extend hehe
ReplyDeletetry tgk 3 idiot..cete psl mende nilah
blaja bkn sbb nk lulus tp sbb minat dan enjoy mmg best :)
Miss:
ReplyDeleteowh, tragik sgt tuh..biasala kan klu study, mmg akan ada tension wlaupun sedikit
yup, 3 IDIOTS the best movie ever
pernah tgk dulu dan pernah buat ulasan di entri lepas
http://penaberkala.blogspot.com/2010/04/3-idiots.html
tp kalo org biasa pkai otak rancho tu, maunya kantoi exam.. hak3..
ReplyDeleteit's about attitude. with right attitude, strong willing n good strategy.. insyaAllah we can
Faris Al-Muhandisu:
ReplyDelete1 dlm 1000 ada orang mcm tuh dlm dunia realiti
yup, definitely
it is all about attitude
without good attitude, we are nowhere!
good attitude, strong willing and best strategy
thanks for that :)
berdikit-dikit?vocab baru ke?hehehe
ReplyDeletehurm.macam kena debushh atas muka.stress.pening.resah gundah gelana semua ada.malas pun ada sebab bila bercuti kat rumah ni,maklumlah~
nway,nice n3
motivasi y bernas ;)
apa itu study week?
ReplyDeleteapa itu exam?
kahkahkhakhakhakahkahkaha(gelak jin)
P/S : Nak Buat Panggilan Hangit? Jangan Sampai Aku Hangitkan Kau Pula!
feez slalu amalkan stadi biar lepak, result biar gempak tu...yg penting ape yg kite stadi masuk otak n ingat smpai skang..skang baru je grad..alhamdulillah ...syukur berjaya :)
ReplyDeletegud luck!!
ReplyDeleteCeritera Lelaki Pot Pet
MyraLove =):
ReplyDeleteeh, berdikit-dikit tu ada lama dah la
herm, takpe..duk kat rumah, rehat puas-puas..tiba time study, study betul-betul
all the best
thanks for that
sekadar berkongsi pengalaman
hans:
ReplyDeleteaiyak, ak pun tak tau,
sem ni xjumpa pun benda2 ni,haha
sem depan ak explain apa itu study week n exam
FeeZ~Hafizah~cucuatokaji:
ReplyDeletebetul tuh, masuk sikit pun jadi lah asal igt
masuk byk tak igt mmg tak guna
masuk angin keluar asap :)
oo, dh grad..btw, congratz
good luck for your future undertaking
Zuewairy:
ReplyDeletetq bro
tq gak singgah sini
salam kenal