Mai-mai, duk rapat-rapat. Jom layan cerita nih sambil kunyah-kunyah kacang butir
KISAHKU DAN ROOMATE
Oleh : Penaberkala
Oleh : Penaberkala
Sekembalinya aku dari dewan kuliah pada malam itu,aku dapati lampu bilik masih menyala.Hmmm belum tidur lagi rupanya teman sebilikku ini.Setelah meletakkan beg ke meja,aku menjeling ke arah katil teman sebilikku itu.eh...ke mana pula dia ni?tak ada pun di atas katil.Biasanya kalau dia keluar,mesti dipadamkan semua lampu bilik terlebih dahulu.Hmmm tak apalah,lupalah tu.Sedang aku bersiap-siap untuk mandi,tiba-tiba datang seorang kawan sekuliahku dengan terburu-buru. Tampaknya, dia seolah-olah dalam keadaan yang panik.
“Amir, kenapa dengan kau ni. Aku tengok kalut semacam je nih? Dari mana kau datang?” Sapa aku pantas untuk mendapatkan kesahihan.
Dalam keadaan yang termengah-mengah, Amir bersuara.
“Roomate kau! Roomate kau! ……” Tercungap-cungap Amir hendak menghabiskan ayat.
“Kenapa dengan roommate aku? Apa terjadi pada Muzek?” Pertanyaan aku keras memaksa Amir untuk menajwab kebuntuanku.
“Ada yang berlaku pada housemate kau. Baik kau siap cepat. Nanti aku bawa kau ke sana. Nanti aku ceritakan segalanya pada kau nanti sebaik saja kita sampai di sana” Jelas Amir dengan tergopoh-gapah.
Lantas, aku persiapkan diri.
Terpaksa pakai balik persalinan aku tadi. Herm, tak mandi la aku jawabnya. Tak apalah, kecemasan punya pasal. Mandi bila-bila masa pun boleh, tapi kawan aku? Aku kena bersiap dengan kadar yang segera.
Sepantas lipas kudung, aku menyarungkan seluar dan bajuku, lantas kami bergegas turun dari tingkat 3 Village V4B. Amir membawa aku menaiki keretanya ke satu destinasi yang tidak aku ketahui. Ke mana arah tujunya? Aku bingung memikirkannya.
“Weh mir, ko nak bawa aku ke mana ni? Muzek kat mana? Apa sebenrnya terjadi pada dia? Ko nih, buat aku cuak je. Kamon la weh. Bagitau la aku sepatah. Story la sikit. Jangan nak seksa jiwa raga aku macam ni” Berleter panjang aku kepadanya sementara kereta yang dipandu Amir semakin memecut laju.
Kereta diberhentikan di depan tasik kampus kami yang berdekatan dengan Masjid An-Nur. Kelihatan ramai kelibat member-member yang aku kenali di situ. Aku semakin bingung, apa yang sebenarnya terjadi. Mereka seolah-olah mengelilingi sesuatu membentuk bulatan. Tak syak lagi, mesti mereka sedang mengelilingi Muzek.
“Tuh, Muzek di sana. Pergilah tengok apa terjadi padanya.” Arah Amir kepada aku.
Dengan keadaan yang agak kusut, aku terus berkejaran ke tempat mereka. Ternyata Muzek sedang terbaring. Dalam hati aku syak Muzek dipukul.
Bila aku mendekati mereka, aku dikepung.
“Weh, apa nih?” gertak aku dengan cuak.
Pong –peng pong-peng bunyi telur pecah. Tepung dibaling ke arah aku tanpa belas kasihan. Baju aku yang hitam kini menjadi serba putih. Lekitan telur di badan sedikit merimaskan aku. Mereka bersorak dan berteriakan mengenakan aku.
“Happy birthday weh!” Ucapan yang mereka ucapkan pada aku. Owh, terkesima dan terharu. Sedikit geram sebab ditepung tawar dan disaluti telur seolah-olah mahu menggoreng aku menajdi telur dadar,hak3. Tapi, aku masih tersenyum. Nyata, merekalah kawan yang menghargai aku, mengingati tarikh lahir aku.
Malam berakhir dengan makan-makan dan minum-minum sambil dihiburkan dengna nyanyian dan petikan gitar yang mengasyikkan. Oh, baru ku tahu, beginilah rupanya PRANK BIRTHDAY yang dihebah-hebahkan selama ini. Herm, nasib aku tahun ni sebab terkena kat aku sendiri. Apapun, ia satu memori yang amat menarik untuk dikenang kembali. Terima kasih kawan-kawan
p/s : sory, terpanjang sedikit. terleka bila mengarang,haha
:::::TAMAT:::::
TULISAN MERAH : kesalahan ejaan dan struktur ayat
Biasalah, kalau menaip cepat-cepat sambil terketar-ketar macam ni lah hasilnya sebab semalam hujan lebat!
Sekian ceritaku untuk semalam. Tapi jangan pulak salah faham, bukan BIRTHDAY aku pun semalam. Ini adalah cerita rekaan semata-mata. Mengetengahkan watak-watak utama, sahabat karibku iaitu Muzek dan Amir selaku watak utama untuk menghidupkan jalan cerita. Kampus dan kolej kediaman kami di Tronoh digunakan sebagai latar tempat. Latar masa telah ditetapkan oleh penganjur di permulaan cerita.
Penganjur? Ya, semalam ada contest mengarang, sambung cerita tugasnya. TULISAN BIRU : Pendahuluan yang diberikan untuk disambung. Lantas, kebetulan aku boring-boring, apa lagi. Join saja lah. Dia nak 3 cerita terbaik. Secara serius aku mengarang dan inilah hasilnya. Suspen dop? Sebab, cikgu Bahasa Melayu aku pesan dulu-dulu, kalau ada perkataan TIBA-TIBA, ceritanya kenalah biar suspen. Sebab tuh walaupun panjang, aku sanggup karang sebab nak dapatkan mood suspen itu timbul. Tapi tak tahulah berjaya atau tidak, kerana hanya pembaca yang boleh menilainya. Dan juri professional dan juri awam,hak3.
KRONOLOGI
Ada seorang blogger, namanya KM7 : Kembara Minda 7 datang singgah ke chatbox dan meninggalkan jejak. Macam biasa, aku akan buat kunjungan balas untuk sesi mengecam blogwalker. Hasilnya, suspek berjaya ditangkap
Tuan blog KM7 |
Macam biasa, lepas lawat, baca dan komen, aku akan "link"kan url blog ke dalam bloglist untuk semakan jangka panjang, mudah nak keep in track.
Header menarik dari blog KM7 |
Berbekalkan semangat yang berkobar-kobar, aku pun join lah suka-suka. Lama dan rindu nak buat karangan Bahasa Melayu. Last time, paper Bahasa Melayu SPM 2006,hak3. Maka wujudlah cerita dongeng seperti di atas.
Perjalanan mengarang pasal cerita TIBA-TIBA tuh tidak berakhir di situ. KM7 nak pulak pilih 3 cerita yang menarik. Aku pun, tunggulah keputusannya yang katanya akan diumumkan pada pukul 530 petang pada 011110. Eh la, lawo la plok tarikh hari nih. Sesuai dah tuh untuk orang-orang yang nak kahwin. Hujan pun tak apa, redah je asal tarikh tu lawo,LOL
Terima kasih buat voters yang sudi baca cerita dongeng yang panjang berjela dan undi. Salam kenal buat semua:
Balik dari kerja pukul 600 petang tadi, aku try usha kat link di bloglist yang bertajuk Tiba-tiba........Inilah Pemenangnya..Tanpa was-was, dijamin halal aku pun klik dan terjah. Hasilnya, hermmmmm...
Kenangan seorang blogger PENABERKALA : 011110 |
Setinggi penghargaan diucapkan buat KM7 |
Terima kasih kepada penganjur, KM7 kerana telah meletakkan link blog VISIBLE VOICE by PENABERKALA di bloglist beliau sebagai tanda penghargaan. Terima kasih dan salam kenal!
Kepada pemenang lain, tahniah diucapkan. Wa salute sama korang, buat cerita pendek tapi gempaq. Aish, aku kena masuk kelas pendekkan karangan gamaknya. FAIL!
Jom kenal-kenal dengan mereka:
Tempat ke-2 : Siti
Tempat ke-3 : Krole
Salam kenal buat semuanya. Majulah penulisan dalam arena blogging. Sambil menyelam minum air, sambil blogging dapatkan side income dari Nuffnang,hak3.
PESANAN PENAJA
Kepada BLOGER-BLOGER sekalian, sesiapa yang sudi, silalah menjadi ahli GERILA PENULISAN KREATIF di FACEBOOK. Klik di link ini : GERILA PENULISAN KREATIF untuk menyertainya. Tak susah, tekan JOIN je, pastuh share la entri-entri korang untuk dibaca bersama. Semoga bermanfaat!#penaberkala selaku admin jemputan. Terima kasih En Zulkifli Sa'don#
Selamat tinggal OKTOBER, Selamat datang NOVEMBER!
38 Comments
Tahniah sekali lagi buat penaberkala.Teruskan minat menulis anda.Terima kasih kerana sudi join contest tempohari...
ReplyDeleteJumpa lagi.
wuahh salam perkenalan bro~heee..karya bro mmg bes..krole respek~kreatif..keep on writing bro~okai sekali lagi heep2...horayyyy~!!!
ReplyDeleteAmir Maliki rumetku! ahaha. siyes lawok nuar..!
ReplyDeletewaaah..panjangnye karangan.
ReplyDeletetp mcm biase..mcm real.
nasib ade p/s kat bawah..hehehe ;)
congrt =)
woohhh...tahniah penaberkala ! awk dna hans mmg kire satu kpale gak yea..minat menulis...sis dah cam dr dulu lg ;)
ReplyDeletetag yg dah terbaca tu, kalo rajin buat le..hihiii
tahniah yer..
ReplyDeletebest!2
ehh ade jugak nama siti kat sini.. hehe,, selamat berkenalan ye?
ReplyDeletebest awak punye story tu.. mmg patut dpt no 1 pun.. hehe ;)
Wahh.. syabas lah... tumpang bangga... Ni memner GPK ni... hahaha..
ReplyDeletepewittttttttttttt
ReplyDeleteP/S : Movies Download: Senario Asam Garam & Phua Chu Kang The Movie
sweet sgt cite prank bufday tu!..:p
ReplyDeleteuntung dpt rumet yg caring ..haha..^^
agak best cite ko..ahahaha.
ReplyDeletesonok x kene baling telor?mesti keras je rambut ko 2..hahaa
psstt...
ReplyDeletesaya dah tag awak! kalau sudi, meh lah dtg amek ye.. =)
wuhu menang nmpk.tahniah2.en khairul ni mmg suka menulis.entry pnjg2 tp xjemu baca :).(sila jgn kembang) ;p
ReplyDeletepanjang sekali blog post dia..bila hari jadi khairul anuar ..cheh skema taw
ReplyDeletetahniah bro..
ReplyDeleteumm best je baca, ingtkan betul2 besday ko ekekee.. masa belajar dulu ade gak member kena macam ni, dan dalangnya ? aku le hehehehehee
KM7:
ReplyDeleteterima kasih
orite, ada masa anjur lg
krole:
ReplyDeletesalam perkenalan
tq bro
lawa header, tolong buat satu,haha
Alif Pauzi:
ReplyDeletehaha, u got my point
sajo suko2 lip
deepavali ni balik jupo, reunion 3 bersaudara
MyraLove =):
ReplyDeletethanks
macam biasa la, tak panjang tak sah,haha
real but not real
Ummi Hanie:
ReplyDeletetrima kasih kak
haha, minat yg sama
tp komentator hans la yg hebat lagi
terbukti dulu, smp lebam jari-jari
orite, klu ada masa pasti jawab
gnesop.com:
ReplyDeletetq sop
trima kasih gak sbb singgah
nnt nk join blog review plak
Sit:
ReplyDeleteada2, no 2 kan
ok, slamat2
tp panjang sgt la plok
amirah:
ReplyDeletecorrection, bkn menulis tapi menaip,kah3
ye ke tak jemu baca? thanks ya atas sokongan slama ini
teruskan bacaan di sini
Zulkifli Bin Sa'don:
ReplyDeletetenkiu bro
sorry, tak sempat lg nk buat entri pasal GPK
next time ok, tp dah selit dh kat bawah tu
Bintun Sazali:
ReplyDeletesweet kan, tp itu smua imiginasi yg mengatasi realiti
hans:
ReplyDeleteaih, sempat lg fiwit
good luck exam, smoga cpt sembuh bro
darkbatman:
ReplyDeletextau nk ckp bro sbb tak pernah kena
ni pun cerita rekaan semata-mata
Siti:
ReplyDeleteorite, next time jawab. tq for the tag
Cik Su:
ReplyDeleteada tips ka nk pendekkan cerita, aih susah betul klu dah jadi habit
besday yg sebenar bulan april
padin:
ReplyDeletetrima kasih bro
haha, ni pun kisah adaptasi dari kisah sebenar
tp mangsa org lain la
pergh, otai gak tuh jd mastermind
wahhh .. bestnyer.. tahniah .. entry panjang berjela pun padat & berkualiti .. bukan cerita kosong .. suka sangat pada pesanan penaja tu .. hihi..
ReplyDeleteala, wlaupun hanya imaginasi, tapi imaginasi tu la yg menyumbang ke arah realiti..haha..:p
ReplyDeletenway, nice job bro!..:)
cheese...sama jela taip/tulis...
ReplyDeletesedap guna tulis blog kot dari taip.hehe
L@n@ a.k.a Mak Budak:
ReplyDeletetrima kasih
first time singgah ke ni?
ooo yeah, kata GPK members :) haha
salam kenal
Bintun Sazali:
ReplyDeletehaha,mungkin
orite, tenkiu ya
amirah:
ReplyDeletehaha, sama eh? igt lain sebab 2 perbuatan yg berbeza
apepun, mmg setuju
mmg suka guna istilah "tulis" berbanding "taip" entri utk blog
dah agak mesti menang punya...
ReplyDelete:)
f_aRa_aINa989:
ReplyDeletehaha, sekadar suka-suka je
isi masa lapang