PESAN MAK

Berhibur sambil berfikir!

Klik butang PLAY untuk putarkan lagu.Jom layan!




Walaupun lagu dikir ini adalah PESANAN MAK HALIM YAZID kepada HALIM YAZID, tapi ternyata ia juga valid untuk semua orang walaupun kita semua bukan anak kepada MAK HALIM YAZID.


PESAN MAK
Halim Yazid


ingat sokmo hak mok pese
nak nak kali ambo nak turun jale
jange lupoke Tuhe
kito ore isele tokleh tingga sembaye

ingat sokmo hak mo pese
walau jauh duduk tempat ore
jange lupo kampung lame
warih waroh di klate
tokleh sombong ngan ore

pese ibu bapok
ambo tak tlupo
pese ibu bapok
ingat pah bilo-bilo

pese turon pulok
goyak wi kt nok ambo
kito harto takdok
pesane jadi sako

ingat sokmo hak mok pese
kito susoh jange tumpe ore
tak soh pinje berute
kalo de banyok ute
kito payoh nok sene

hok mok pese hari-hari
pandai2 jaga diri sendiri
bala cekah jgn dicari
tempat susoh jgne di gi
ore kenat keno lari

maso kito kayo
rama lah saing sorbat
de takdok gapo sekaro
kucing pun tok dok dekat
mase sene lego
ramai lah kaum krabat
de takdok gapo sekaro
lalat pun tak sei hinggap

ingat lagi hak mok kato
hati2 dale wat kira caro
lidoh maruah kito
hati ore keno jago
tak baik mengupat mengata

hok mok pese hari2
kito keno kenal diri sendiri
mano asal kito mari
pah mano kito nak gi
baik2 jago diri

ingat sokmo hak mo pese
walau jauh duduk tempat ore
jange lupo kampung lame
warih waroh di klate
jange sombong ngan ore

pesene mok ambo
iklasnyo dari hati
pese ko anok dio
jak mulo sampa lo ni

pesane mok ambo
iklasnyo dari hati
pese ko anok dio
jak mulo sampa lo ni

ingat sokmo hak mok pese
nak nak kali ambo nak turun jale
jange lupo kan tuhe
kito ore isele
tokleh tingga sembaye

ingat sokmo hak mok pese
ingat sokmo hak mok duduk pese
ingat sokmo hak mok pese


Kepada yang kurang faham loghat Kelantan, sedikit-sebanyak pesanan/ intisari yang dapat dikutip dari lirik lagu dikir ini diringkaskan seperti berikut:
  1. Setiap kali nak pergi jalan-jalan, jangan lupa Tuhan dan jangan tinggal solat/sembahyang
  2. Walau berada jauh di perantauan, sanak-saudara di kampung jangan dilupakan dan jangan bersikap sombong
  3. Pesan ibu bapa tidak boleh dilupa, perlu diingat sampai bila-bila
  4. Pesanan yang ditermima perlu disampaikan pula kepada anak-anak. Selaku orang yang tidak berharta, maka nasihat/pesanan/didikan menjadi warisan/pusaka
  5. Kalau susah jangan suka menumpang kesenangan orang lain. Elakkan hidup daripada amalan berhutang kerana kelak hidup tidak akan senang
  6. Kena pandai jaga diri, elakkan sebarang pergaduhan. Jangan sesekali mendekati tempat yang akan menimbulkan masalah dan perlu lari dari orang-orang yang berniat/berbuat jahat
  7. Sewaktu kaya, ramai kawan dan sahabat. Sewaktu susah, kucing pun tak mahu dekat. Sewaktu bersenang-lenang, ramai kaum kerabat. Sewaktu tiada apa-apa, lalat pun tiada hinggap."TEMAN SEWAKTU SENANG SENANG DICARI, TEMAN SEWAKTU SUSAH SUKAR DIDAPATI"
  8. Berhati-hati dalam setiap tutur kata. Percakapan adalah maruah dan perlu jaga hati orang-orang di sekeliling kita. Umpat mengata perlu dielakkan/dijauhkan.
  9. Perlu kenal diri sendiri. Jangan lupa akan asal-usul dan kenalpasti ke mana halatuju/destinasi sendiri. Baik-baik jaga diri sendiri
  10. Pesanan ini adalah pesanan yang tulus ikhlas dari hati. Pesanan buat anak sejak dulu sehingga kini
  11. Pesanan perlu diingati sentiasa dan diingati sampai bila-bila

Menurut nasihat tidak semudah memberi dan mendengar nasihat

Mengikut pesanan tidak seringkas menghantar, mendengar dan menerima pesanan

Tiada apa yang mustahil untuk dituruti selagi ada kemahuan dan kehendak

Hidup perlu sentiasa berpesan-pesan dan saling menasihati

notakaki: Pesanan untuk diri sendiri dan sesiapa sahaja. InsyaAllah, sama-sama perbaiki diri. Tiada sesiapa pun di atas dunia ini hidup sempurna. Apa yang boleh, kita perlu perbaiki diri. Kalau kita jahat, jangan fikir kita tidak boleh berubah menjadi baik. Sebaliknya, kalau kita baik sekalipun, tidak mustahil ada orang yang lebih baik dan mulia daripada kita. So, don't underestimate people and never down to earth over the limit!


Sejahat-jahat MEGAMIND pun boleh berubah menjadi semulia dan sebaik-baik METROMAN!
Filem MEGAMIND 3D terbaik. Banyak mesej dan jalan penceritaan yang menarik.
Berbaloi untuk ditonton sambil bergelak ketawa sedikit-sebanyak dapat mencerna minda dan pemikiran


Berhibur sambil berfikir!



Banyok lagi kawe keno buat ni, jauh lagi nok gi. Mogo-mogo dop la jatuh gedebok sini jah. Moga sokmo-sokmo dapat nasihat/pesanan dari ore-ore hok kawe saye ngan ore-ore hok kawe kenal. Kalau kawe saloh, tulong-tulong tegur deh blako. Klu kawe lalai pun, tulong bui pringatan.

Post a Comment

27 Comments

  1. pesan berpesan sesama makhluk.. saling ingat mengingati.. tak kisah la ibu sapa yg punya nasihat, yang penting untuk mental & fizikal yg sihat

    ReplyDelete
  2. haha...oghe klate doh post entri klate...:p

    mmg,kebanyakan lagu dr klantan, especially dikir barat, terkandung byk nasihat pd nya...huhu...

    nasib baik mmpu fhm..^^

    p/s 1: baru tgk the making of megamind smlm. tah bile dpt tgk cite full..huhu~

    p/s 2: ambo klik klate rayo aji nih!....hihi..:p

    ReplyDelete
  3. nasib translate...sy x pahe org kecek kelate dohh...heheh

    ReplyDelete
  4. THE LEKAT LEKIT STORY:
    terima kasih singgah
    haha, betul tuh
    bukan ibu bapa pun boleh berpesan-pesan gak
    lumrah manusia yg sering kali lupa dan alpa
    sbb tu adanya nasihat dan pesanan

    konklusi
    tidak kira untuk siapa dan daripada siapa
    yang penting untuk apa ia disampaikan

    ReplyDelete
  5. Wow..dikirrrr!Oghang umah ni suke nau dikir (yg ore qlate jati ni pn tak gitu)-jali laa..zaidi laa..adik wani laaa..adoyaaiii..aqaq lak yg naik ting tong!

    Tp yg sedei lg dgr lagu halim yazid tu'kisah diriku'-insap meta!

    ReplyDelete
  6. Bintun Sazali:
    Haha, tu pasal. seb baik tok speaking qlate je ni
    sambil dengar, sambil fikir

    jgn lupa tgk, best. tak rugi walaupun yg 3d RM16

    Pergh, balik qlate? slamat bercuti la

    ReplyDelete
  7. f_aRa_aINa989:
    dah agak dah tak paham, tu tolong translate
    try nyanyi boleh dok? haha

    ReplyDelete
  8. S.U.F.E.E.N.A.N:
    haha, uish ore N9 minat dikir barat? pelik tuh,haha..baso dio la dey jadi ore kelantan celup gak, minat la lama-lama

    lagu halim yazid kebanyakkannya ada mesej dan agak menyentuh perasaan
    betul2, lagu bangkit asal tuh sampai ada 2 siri
    klu dengar mmg agak semangat la

    ReplyDelete
  9. Itulaa..tp dio kalu kecek qlate gak bau budu penga2!n9 murtad!hahahah..

    Itu baru betul..dgr lagu dan kutip msg yg nak disampaikan..bkn hnya dok berhinjut2 bahu tak tahu apa..tul dak?

    ReplyDelete
  10. KBSM:
    layan gak eh dikir? haha
    baguih2, belajar sikit2 loghat kelantan

    ReplyDelete
  11. S.U.F.E.E.N.A.N:
    haha, bawa budu ko apa gi UK? dah serasi sgt dh tu dgn kelantan

    haha, tp kdg2 ada gak dgr lagu smbl duk hinjut2 bahu je, tp tak paham apa-apa..asal layan :)

    ReplyDelete
  12. kawe ore pahe...(pantai timur)
    lagu cikgu yazid bestkan?

    ReplyDelete
  13. hans:
    tu pasal, lagu dikir pun ada pengajaran kan,haha

    ReplyDelete
  14. KBSM:
    ooh, patut pon
    bereh2, ore pantai timur rupenya
    yup, kebanyakan lagu halim yazid memang best
    -al-fatihah buat ayah
    -bangkit asal 1
    -bangkit asal 11
    -adik amy
    -pesan mak

    ReplyDelete
  15. banyak kata2 nasihat.. baguslah, kita ni pun sebagai manusia di galakkan saling memperingati, nice sharing, pena

    ReplyDelete
  16. padin:
    betul tuh..nasihat dari lagu pun ok la daripada takde langsung kan
    asalkan bermanfaat

    ReplyDelete
  17. penuh dgn kata2 nasihat.tokyah translate pon xpo..kawe pehe doh sejok saen ngn mu...hehe

    ReplyDelete
  18. amirah;
    banggo kawe demo buleh pehe loghat kelate..hak3
    tahniah

    ReplyDelete
  19. "TEMAN SEWAKTU SENANG SENANG DICARI, TEMAN SEWAKTU SUSAH SUKAR DIDAPATI"
    kata-kata nie memang selalu cik su jadikan pegangan mase cr kawan.

    ReplyDelete
  20. Cik Su:
    tp dlm kita elakkan pun, kdg2 blh terjadi gak kan
    itulah lumrah hidup berkawan

    ReplyDelete
  21. ambo nak kecek tapi nanti bunyi macm siot, so aku cancel niat itu..he3

    waaa..rindu gak slanga kelate, lama xdengr

    yup, kita berada di prantauan [intern], so jaga diri..hu3

    ReplyDelete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. "TEMAN SEWAKTU SENANG SENANG DICARI, TEMAN SEWAKTU SUSAH SUKAR DIDAPATI"

    i can conclude from these word that; jadilah senang sentiasa, pasti senang mendapat teman :p

    boleh jadi cikgulah saye ni, kan? :PPPP

    ReplyDelete
  24. terry bogart:
    haha, xpo demo kena blajar man
    ada masa setaun lagi utk master dlm loghat qlate :)

    semoga semuanya ok di perantauan

    ReplyDelete
  25. norashikin rahmat:
    betul tuh, kena jadi senang baru senang dapat kawan
    klu tiba-iba jadi susah,mmg susah la nk dpt kawan tuh balik,kah3

    agak la, boleh la jadi cikgu :)

    ReplyDelete