BLOGGER : BAGAIMANA NAK TAHU DAPAT BUFFERED EARNING (BE)?

Topik entri adalah antara soalan-soalan lazim yang mungkin ditanya oleh BLOGGER baru macam aku pasal BUFFERED EARNING. Tempoh hari, aku ada buat entri pasal KENAPA BLOGGERS SUKA NUFFNANG? KENAPA BLOGGERS NAK SANGAT BUFFERED EARNING? Harap tiada yang salah faham, sebab entri hari tu adalah pengalaman dan perkongsian peribadi semata-mata. Untuk berkongsi apa yang aku tahu kepada sesiapa yang belum tahu. Bukan untuk menunjuk hebat, tetapi semoga ia menjadi manfaat!



Buat entri pasal NUFFNANG dan perihalnya bukan bermakna mendapat INCOME sampingan yang lebih. Apatah lagi akan capai INCOME menjangkaui ribuan ringgit sekelip mata. Usah berangan ala-ala MAT JENIN. Berpijaklah pada paksi realiti. Dulu, aku pun ingat macam tu, memang tolol dan bahlol la. Rupanya, hari ni baru aku tahu hakikatnya kenapa ramai sangat orang berbicara dan sanggup membuat entri berkaitan NUFFNANG dan segala isinya. Nak tahu kenapa? Bukan kerana mahukan wang semata-mata. Sebab utama adalah untuk (1) Berkongsi kegembiraan, (2) Berkongsi pengalaman dan cerita dan (3) Memberi tips yang diketahui dan yang perlu tahu oleh orang lain.


Dulu, banyak juga aku bertanya kepada rakan-rakan blogger pasal NUFFNANG. Dari A to Z. Dari cara bagaimana nak register akaun sehingga ke cara nak letakkan ruangan iklan di blog. Selepas tu, cara nak ketahui INCOME semasa sehinggalah cara-cara untuk kenalpasti jenis-jenis iklan yang ada : CAMPAIGNS, BUFFERED EARNING (BE) mahupun METERED EARNING (ME). Terima kasih kepada semua yang telah membantu dan langsung tidak lokek ilmu. Kalau mereka boleh buat begitu, mengapa bukan aku?


Antara soalan lazim yang pernah aku tanya dulu-dulu, time NOOB KAW-KAW punya orang seperti kat bawah ni. Tapi sekarang dah tau sikit-sikit. Orang dah kat JEPUN, aku baru sampai kat stesen keretapi. Kalah siput sedut,hak3.


Bagaimana nak letak iklan NUFFNANG?
Hari ni baru aku tahu, betapa bongoknya aku pada masa tu. Padahal, semua cara untuk letak iklan semuanya ada di website NUFFNANG itu sendiri. Tapi tak apa la kan, bertanya itu tidak salah. Orang kata "malu bertanya sesat jalan" dan "jangan jadi bodoh sombong". Akhirnya, dapat lah juga tahu pasal ni. Tak rugi pun.


"The first step to knowledge is to know that we are ignorant"


Bagaimana nak dapat iklan?
Lepas letak iklan, aku duk asyik je bukak blog. Nak tau cek apa? Cek iklan ada ke tak. Masa tuh, iklan tak de pun yang keluar, masing-masing malu-malu kucing. Tak kisahlah, asalkan statistik pelawat dan keywords dapat tahu. Tu pun dah kira bagus.


Bagaimana nak dapat BE?
Ni mudah je, try search kat GOOGLE. Pastu klik je kat blog-blog yang bercerita pasal ni. Masa tu kalau artikel 4 ekar tanah pun aku sanggup baca. Nak tahu dan nak faham semata-mata. Seolah-olah akan ada satu paper untuk final exam. Aiyooo. Not bad, just follow the instructions and wait for the progress. Buat dan semak hasilnya. Lama la jugak nak tunggu BE seketul.

"Bulat tak datang bergolek, pipih tak datang melayang"


Bagaimana nak tahu dapat BE?
Hak ni paling suspen. Macam mana tu ye? Rupa-rupanya BE yang datang ada petandanya. Antaranya, iklan tu akan tertempek kat blog sepanjang masa. Bukak la blog bila masa pun, most of the time akan ada. Iklan akan tergantung dan bergerak-gerak di sudut istimewa buatnya.


Bagaimana nak pastikan/sahkan iklan itu adalah BE?
Untuk pastikannya, cuba acu try test cek di bahagian EARNING akaun NUFFNANG. Kat situ akan ada table pasal EARNING semasa. Kat table tuh akan tunjukkan berapa kutipan INCOME setakat waktu ini. Tapi, hasil kutipan itu masih lagi belum bersih dan belum dicampur dengan TOTAL INCOME. Nak tau total, kenalah congak sendiri. Ambik kalkulator untuk kira-kira. Tapi aku mudah je, cuma perlu congak sebab hanya dapat satu sen dua sahaja,haha.

Contohnya, kalau dapat BE. pihak NUFFNANG akan senaraikan iklan-iklan yang sedang berlangung seperti di bawah:

Buffered earning

 Bila BE tamat tempoh?
Hah, yang ni susah sikit nak expect. Ada yang kejap je, tak sampai seminggu dah tamat perkidmatannya sebagai BE seperti iklan TAYLOR. Ada iklan yang berminggu-minggu, masih lagi diteruskan pengiklanannya seperti NESTLE. Maka, masa untuk tamat tempoh di luar pengetahuan kita. Apa yang pasti, BE yang tamat tempoh akan bertukar menjadi Metered Earning (ME) seperti di bawah. Hasil kutipan inilah baru dicampuradukkan bersama TOTAL EARNING.

Metered earning


Dalam entri KENAPA BLOGGERS SUKA NUFFNANG? KENAPA BLOGGERS NAK SANGAT BUFFERED EARNING?dinyatakan 8 BE. Kebetulan, sehari lepas tu dapat lagi 3 BE baru muncul menjadikan keseluruhannya 11 BE. Apa yang menarik, ketiga-tiga BE yang baru datang ke sini hasil sumbangan dan ihsan daripada DiGi.




DiGi iPhone Music & Yellow Man App LB

DiGi iPhone 4 Sustenance LB

DiGi Internet LB

Semalam baru letak satu lagi ruangan iklan yang lokasinya antara entri iaitu LARGE RECTANGLE. Tapi, sekarang ni bila observe, masih lagi tidak aktif. Biasala, baru muncul, masih segan lagi kot. Apa yang menarik, LEADERBOARD yang kat atas sekali, section paling panjang melintang tuh sudah mencapai 5 bintang.

5 Bintang, 3 Bintang, 3 Bintang
Persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan 5 bintang? Siapa tahu tolong jawab.


Entri ni bukan BIAS terhadap DiGi. Tapi, memang kebetulan DiGi memang aktif sekarang. Terkini dan terbaru, NUFFNANG dan DiGi sedang menganjurkan satu kontest untuk menghadiahkan TIKET PERCUMA ke KONSERT GEMURUH DT yang akan dimeriahkan oleh SEARCH dan WINGS. Konsert ni akan diadakan di dua lokasi berbeza iaitu TAPAK PESTA SEBERANG JAYA, PULAU PINANG dan SUNWAY LAGOON. Sesiapa yang bertuah tu, akan dapatlah TIKET PERCUMA. Kalau beli, dengar kata RM70 satu tiket. Ni, orang nak kasik FREE, bukan satu tapi dua plak tuh. Jimat RM140 terutama kepada peminat kumpulan LAGENDA ROCKS TANAH AIR.

Konsert Gemuruh DT : SEARCH dan WINGS

IKLAN
Kalau nak kaya cepat, bukan NUFFNANG caranya. Banyak lagi cara. CONTOHNYA : Pelaburan emas dan perak. Untuk keterangan lanjut : http://blog.ahmadtarmizi.com/. NUFFNANG setakat nak suka-suka sambil enjoy-enjoy mengarang dan berblogging boleh la. Sambil-sambil duk korek hidung pun at least masuk 10sen-20sen,hehe. Tapi, kalau melabur emas/perak, bukan benda main-main. Kalau ada rezeki lebih, baik melabur sebabnya harga emas sentiasa naik dan ternyata susah untuk turun harganya berbanding saham.Silap haribulan, harga melabung naik, KAYA RAYA jadinya.

"bila sudah kaya, zakat harta jangan dilupa, fakir miskin ramai di luar sana"

Post a Comment

33 Comments

  1. thnks for d sharing. Info psl nuffnang ni byk dpt tau dr blogger2 yg rjin share ngn org lain. tq2:)

    ReplyDelete
  2. wah murah rezeki ko pena, hee teruskan usaha..

    ReplyDelete
  3. wah menarik nie... ajar lagi boleh?

    ReplyDelete
  4. bagus2....
    makin bertambah rezeki lps ni...

    ReplyDelete
  5. hye pena,

    sorry lambat baca yr comment in my blog. :(

    actually its very simple. u just "like" page "ministry of moment" kat facebook. pastu kat tab photos diorang, cari satu folder named "contest". u just pilih gambar mana u suka, and cerita sket as creatively as possible, nape u suka pic tu dalam byk2 pic.

    once done, tgglkan link u kat blog roe :)

    hope u sempat join!! ;)


    p/s: u try jugak eh dapatkan tiket double trouble. me too!!! hope kita dapat! :D

    ReplyDelete
  6. hehe..nice tips..

    p/s:sempat promote niaga emas tu..berminat tapi duit belum cukup la..huhu

    ReplyDelete
  7. Semarak Api:
    welcome, no problem
    just share apa yg tau dan pengalaman sendiri

    ReplyDelete
  8. padin:
    alhamdulillah, so far so good
    insyaAllah, harap-harap begitu la bro

    ReplyDelete
  9. Shahazrin:
    nk ajar tak pandai bro
    sekadar berkongsi sedikit info blh la
    semoga bermanfaat

    ReplyDelete
  10. mie:
    amin mie
    agar lepas ni makin byk la iklan BE yg masuk,hehe

    ReplyDelete
  11. roe:
    thanks for your info and explaination
    orite, akan join klu berkesempatan before the due date
    last minute punya kontest ni,haha

    aah, try jugak berkomen utk dapatkan tiket tuh
    hopefully daptlah

    ReplyDelete
  12. KizZ:
    tips yg kebanyakan rgv dah tau kizz
    apepun, harap berguna la utk blogger2 baru

    tu promote bisness member
    klu kizz nak join/beli emas/dinar/dirham, blh la kontek

    ReplyDelete
  13. Hazwan Arif:
    syukran ya bliyao
    trima kasih atas tunjuk ajarmu sifu :)

    ReplyDelete
  14. Slaam bro... Kalau ME tu, boleh dapat income jgk ke?

    ReplyDelete
  15. baru la tau BE.. urmm dulu pernah dapat.. lepas tu kan, earning tak naik2.. tk tahu lah kenapa.. skrg ni dah pasang balik.. harap dapat BE..

    ReplyDelete
  16. hans:
    ok bro, ko anta adress emel ko ke mkamh5587[at]gmail[dot]com
    nanti ak send emel pasal nih
    ak tak reti sgt, tp follow je instruction kat website nuffnang
    nnt ak ringkaskan step dia

    ReplyDelete
  17. DeCrewz:
    wsalam
    setakat ni ada 3 ME
    berdasarkan pemerhatian semasa, nilai earning ME tidak berubah
    tak tau la esok lusa camne,nnt dah tau akan share pasal ni

    ReplyDelete
  18. Ain Zulaikha:
    letak je iklan kat situ
    tak rugi, ada rezeki dapat la satu sen dua
    klu bernasib baik, dpt BE lagi
    makin cepat akn dpt earning
    slmat berNUffnang

    ReplyDelete
  19. konsert amy search tu ... pena pergi ke.. haha.. cik su dah kat penang nie..rse cam nak pergi

    ReplyDelete
  20. ak pn nok gop BE ni, puah nunggu dos, xdop iklan2 haha

    sape2 berminat nk simpam dirham, dinar atau emas atau perak, bleh kontek2 ak

    ReplyDelete
  21. mantap giler.. penuh be ko bro..
    aku ade beberape ketul jer.. kdg2 bile ramai blogger bg penerangan lg memudahkan kita..

    ReplyDelete
  22. Cik Su:
    tak tau dapat ke tak tiket free, klu dapat konpem nak pi,haha
    jom pi skali

    ReplyDelete
  23. Mizi:
    relax lu boh, tok lama lagi ado la tuh

    pasal dirham dan dinar, blh la promote slow2
    rmai lg tak tahu pasal ni

    ReplyDelete
  24. Wan Gerrard:
    welcome
    not a big thing, just sharing

    ReplyDelete
  25. darkbatman:
    baru dapat bro, tu yg byk
    lepas ni tak tau lg camne

    betul tuh, kdg2 baca gak blog-blog tutorial,byk tips dan ilmu yg dikongsi pasal ni dan mcm2 lg
    blog darkbatman pun byk gak tips,haha

    ReplyDelete
  26. baguss...entri dia mesti pnjg lebor..takkan trtinggal mana2 isis berkaitan ;)

    hurm,sis rasalah,bintang2 tu menunjukkn keaktifan jenis2 iklan tu..kalau semua iklan on dna aktif slalu,byklah bintangnye...yg kurang bintang tu iklan yg off,tak muncul,xaktif

    ReplyDelete
  27. Ummi Hanie:
    tp entri berdasarkan pengamatan sendri je sis
    klau ada salah tolong betulkan ye,hehe

    btw, tq for the info
    dh 5 bintang ok la kan?
    dua section lg masih 3 bintang
    baru tau pasal bintang-bintang nih

    ReplyDelete
  28. Il semble que vous soyez un expert dans ce domaine, vos remarques sont tres interessantes, merci.

    - Daniel

    ReplyDelete
  29. Daniel:
    toujours pas un expert dans ce domaine, mais juste partager mon expérience personnelle

    merci

    ReplyDelete
  30. Hey, I am checking this blog using the phone and this appears to be kind of odd. Thought you'd wish to know. This is a great write-up nevertheless, did not mess that up.

    - David

    ReplyDelete