CONTEST CERPEN SESEDAP RASA


  T   A   K   D   I   R  
N u k i l a n : P e n a b e r k a l a

* 
11:30 PM

Jam tepat menunjukkan pukul 1130 malam. Angin sepoi-sepoi bahasa menderu dan membelai rambutku. Berderai bulu roma dek kesejukan malam yang melanda. Tiupan angin semakin kencang, bulan sudah tidak kelihatan, diikuti rintik-rintik jernih mula turun membasahi bumi. Kesejukan kian terasa sehingga mencucuk-cucuk sampai ke sum-sum tulang.

Masanya sudah tiba untuk melabuhkan diri di tilam empuk, bertemankan bantal dan selimut busuk. Disaksikan guruh dan kilat sambar-menyambar, hujan kian menjadi lebat. Cukup nyaman, sungguh selesa untuk beradu dan baring-baring sambil termenung dan mengelamun. Arghhh, bunyi cicak pula yang datang mengganggu!

Di saat mata melilau memandang ke ruangan atap, fikiran mula melayang-layang. Terkenang memori masa silam, 10 tahun yang sudah berlalu. Ketika masih di bangku sekolah rendah, kenangan bersama sahabat handai 4 sekawan : Syafiq Danish, Danial, Ain Zulaikha dan Nurin Qistina. Kami berempat bagai aur dan tebing, bagai isi dengan kuku. Sentiasa bersama sejak dari darjah 1 sehinggalah menamatkan pengajian di darjah 6. Berkongsi kisah suka dan duka, berjanji sumpah setia, berkawan sampai bila-bila, susah senang mesti bersama.

Tak kira masa, tempat dan ketika, kami kerap-kali akan bersama. Belajar, bergurau-senda dan beriadah bersama. Umpama kembar 4, tapi hakikatnya berlainan ibu dan bapa. Keakraban kami tak tumpah seperti adik-beradik.Tetapi, keakraban itu cuma sekejap, hanya untuk 6 tahun. Selepas usai menduduki UPSR dan mendapatkan keputusan, kami membawa haluan masing-masing. Menuju ke sekolah berasingan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sekolah menengah. Ada yang ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), ada yang ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), ada yang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan aku? Hanya di sekolah menengah harian biasa.


Life ends;
when you stop Dreaming,
Hope ends;
when you stop Believing,
Love ends;
when you stop Caring,
And
Friendship ends;
when you stop Sharing!!!
 Ikhlas dari : Ain Zulaikha


Sebelum berpisah, masing-masing bertukar-tukar nasihat, saling memberi kata-kata semangat, hadiah mahupun pesanan terakhir. Apa yang masih melekat di benak fikiranku sehingga hari ini adalah kata-kata yang ditulis rapi oleh Ain Zulaikha di atas sekeping bookmark yang diagihkan kepada kami bertiga sebagai cenderamata 10 tahun yang lalu.

Arghhhh, sudah jauh aku mengelamun. Itu semua adalah sejarah, sudah menjadi memorial. Kini 2010, pastinya masing-masing sedang menuntut di alam universiti. Tak sabar rasanya untuk ketemu kembali setelah sekian lama terpisah. Selagi jasad dikandung badan, selagi ada rindu, selagi itulah ingatanku pada mereka tak akan pudar.
*


**
SIAPAKAH AKU?

Sudah panjang aku mengalamun. Ya, ini sememangnya aku. Syafiq Danish diberi nama dan lebih dikenali sebagai Danish oleh kawan-kawan. Inilah hakikat sebenar diriku, seorang insan yang suka mengelamun dan berfikir, sejak kecil sehingga kini. 


Sewaktu zaman kanak-kanak, aku seorang yang agak nakal. Berkepala botak, suka mengusik dan suka melawak. Itulah identiti aku di pandangan mata kawan-kawan seangkatanku terutama sahabatku, Danial, Ain Zulaikha dan Nurin Qistina. Namun, itu dulu. Kini, aku jauh berbeza. Aku yakin dan percaya, mereka juga turut berubah, tidak kira dari segi penampilan, perangai mahupun perbuatan. Tapi, hanya satu yang aku pinta, semoga persahabatan kami akan kekal sampai bila-bila. Walaupun sudah lama terpisah, semoga suatu hari nanti kami akan ditakdirkan untuk bertemu kembali.
**

***
ALBUM LAMA

Semakin aku berfikir, semakin aku berkhayal, semakin aku mengelamun, semakin hilang rasa mengantuk. Mata kembali cerah, semakin luas terbeliak. Lantas, aku menapak ke almari di ruang tamu untuk mencapai sebuah album. Sebuah album lama yang tersimpan 1001 memori. Pelbagai kisah dan kenangan tersimpan, tersimpul rapi di dalam sebuah album usang. Walaupun usang, koyak-rabak dimamah anai-anai dan semut hitam, hakikatnya, nilai yang ada padanya tetap tinggi di pandanganku.
 
Kisah 4 sekawan

Dari muka depan, aku susuli ke muka seterusnya. Dari gambar ke gambar aku jelajahi dengan penuh teliti. Senyuman kian terukir tanpa dirancang. Ingatan kembali segar mengimbau kenangan. Terpana seketika pada sekeping foto, gelagat kami berempat. Indahnya nilai persahabatan dan setiakawan pada waktu itu. Tapi kini, masing-masing membawa haluan sendiri, jarak dan masa telah memisahkan kami.
***

****
KISAH K.A.M.I

Kisah pengembaraan : Susah senang bersama


Di saat tangan asyik membelek helaian album, terimbau gelagat mereka. Kisah suka dan duka kian menerpa ke benak fikiran. Antara yang paling aku ingat akan mereka adalah perwatakan dan penampilan.

Seorang yang manja, terlalu fanatik dengan warna merah jambu dan sangat sayang akan kucing. Seorang yang agak pendiam antara kami berempat tetapi sangat garang dan tegas. Pernah sekali mencabar aku untuk memakai baju t-shirt berwarna merah jambu suatu ketika dahulu, namun cabarannya itu masih belum sempat disahut sehingga ke hari ini.

Seorang yang agak rock dengan rambut kerinting tetapi merupakan seorang kawan yang baik hati dan penyayang. Sentiasa menghulurkan bantuan jika diperlukan terutamanya dalam pelajaran kerana beliau adalah seorang yang bijak pandai di dalam kelas kami sejak dari darjah 1 hinggalah darjah 6.

Seorang kawan yang ringan tulang dan mengambil berat. Suka mengusik Nurin Qistina sehinggakan ramai antara kami di sekolah memadankan beliau dengan Nurin Qistina. Gosip cinta kanak-kanak, sungguh lucu dan geli hati bila dikenangkan kembali.

Itulah gelagat dan kisah mereka yang masih aku ingat sampai ke hari ini. Semuanya adalah memori. Realiti hari ini? Aku tidak pasti kerana pastinya waktu dan ketika telah mematangkan kami semua. Mungkin banyak perubahan mereka, mungkin juga banyak perubahan dalam diri aku sendiri. Takdir yang telah menemukan kami, takdir juga yang memisahkan kami, dan tentunya takdir jua yang akan menemukan kami kembali. Cuma bila, dengan siapa dan di mana yang menjadi persoalan. Aku yakin detik itu akan tiba!
****

*****
SMS

Sedang asyik merenung foto-foto yang ada di depan mata, lamunan tersentak seketika. Bunyi nada telefon bimbit dari arah bilik menerpa ke gegendang telinga. Lantasku berkejaran untuk mendapatkannya. "Siapakah yang hantar SMS malam-malam buta ni?", detak hati kecilku.

Pesanan ringkas dari sahabat lama, Danial

Kekunci telefon dipicit-picit untuk menyemak Inbox. Hasilnya, tertera satu pesanan ringkas daripada nombor yang tidak dikenali:

"weh, share kredit dengan aku"
SENDER: 01012410

Lagak gayanya macam orang yang aku kenal. Telefon usang Nokia 3315 yang digunapakai sebagai telefon ke-dua digapai untuk menyemak nombor telefon itu. Rupa-rupanya, SMS itu datangnya daripada sahabat lama, Danial. Kebetulan atau suratan? Baru sebentar tadi teringat akan mereka, tiba-tiba sudah hadir menyampaikan sepatah dua kata.

Dengan rela hati, prosedur share a top up diteruskan. Kemudian, balas-membalas SMS kami mulakan.
Danish : Aku dah share kat ko, tapi RM 1 je lah
Danial : Kedekut tahi hidung masin la ko nih. Ni ke kawan?
Danish : Aku share pun ko patut bersyukur weh. Aku pun takde kredit (alasan),haha
Danial : Owh, ok. Tq bro
Danish : No hal. Aku tak kisah pun. Ada emergency ke ko mintak share top up ni?
Danial : Takde emergency pun, cuma penting. Pasal reunion sekolah rendah. Kau nak join?
Danish : Reunion? Bila? Mestila nak join, lama kot aku tak jumpa kau dan kawan-kawan.
Danial : Minggu depan. Kumpul kat Pekan Permata . Bagus la ko nak join, meriah sikit. Lama dah aku tak dengar ko melawak,haha


Tidak berpuas hati dengan jawapan dari balasan SMS Danial, aku cuba menghubunginya untuk mendapatkan kepastian yang lebih jelas. Kadang-kadang, SMS tidak dapat menjawab setiap persoalan yang perlukan penerangan yang terperinci. Maka, calling adalah penyelesaiannya.

Danish : Assalamualaikum
Danial : Waalaikumussalam
Danish : Weh, betul ke nak buat reunion ni?
Danial : Betul la, tak kan aku nak main-main plak. Kenapa ko ni macam serius je?
Danish : Bukan serius la, cuma excited sikit-sikit,haha. Kat mana nanti, pukul berapa?
Danial : Kat Restoran Bintang Hatiku milik Pak Cik Dollah dan Mak Cik Bedah. Jumpa pukul 10:00 pagi hari Ahad minggu depan.
Danish : Ooo, ok. Nasib baik aku free hari tuh. Boleh la join. Tapi, siapa lagi akan join?
Danial : Yang tu kau tak perlu risau. Aku dah jemput semua kawan-kawan kita. Cuma, kau perlu datang je. Ok?
Danish : Ok bos. Kalau macam tu, jumpa minggu depan. Ada apa-apa jangan lupa contact aku. Top up siap-siap,haha.
Danial : Ceit, sempat lagi ko kenakan aku,haha. Okla, cakap takde kredit tadi? Assalamualaikum
Danish : Alasan je weh tadi,haha.Ok-ok, Waalaikumussalam


Perbualan ringkas ditamatkan, talian diputuskan. Jam sudahpun menunjukkan pukul 1:23 pagi, mulut mula menganga. Menguap-nguap bagaikan harimau sedang mengaum kelaparan. Mata pula mula terasa berat, kuyu dan layu. Lalu langkahan untuk kembali ke kamar diteruskan bagi mendapatkan rehat yang cukup. Tidur sebelum terlambat kerana esok perlu bangun cepat.
*****

Seminggu kemudian.....
******
INSIDEN

Seminggu sudahpun berlalu, hari Ahad yang dinantikan kini kunjung tiba. Seperti yang dirancang dan dijanjikan, reunion bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Mutiara Hati akan mengambil tempat di Pekan Permata tepat pukul 10:00 pagi ini. Hati mula berdebar-debar, jantung mula berdegup kencang. Pelbagai monolog dalaman dilontarkan dengan tiba-tiba. 

Siapakah yang akan hadir ke reunion nanti? 

Adakah mereka masih kenal aku?


Hujan di pagi hari memaksa aku membatalkan niat untuk menunggang motosikal ke Pekan Permata. Untuk mengelakkan kelewatan, awal-awal pagi lagi aku turun dari rumah bertemankan sepasang raincoat. Terpaksa menunggu teksi yang lalu-lalang untuk berhenti. 20 minit kemudian, barulah muncul sebuah teksi di depan mata. Perjalanan bermula menuju ke destinasi. Cuaca mula cerah dan mentari mula terbit memancarkan sinarnya.

Tragedi: Malang tidak berbau

Hampir 200 meter untuk sampai di Pekan Permata, tiba-tiba pemandu teksi menekan hon yang panjang. Tanda protes dan marah. Kereta diberhentikan dengan mengejut. Sambil menjengah muka ke luar tingkap, kata-kata yang agak kesat dilontarkan tanpa berfikir panjang.

"Woii, buta ke apa? Tak nampak ke kereta tengah laju? Dah tak nak hidup ke?"

Gertak pemandu teksi itu dengan penuh emosional tanpa memikirkan sebarang rasional dengan apa yang diperkatakan. Aku cuba menenangkan pemandu teksi itu.  Keadaan agak reda seketika. Kami keluar daripada kereta. Kulihat kelibat gadis bertudung merah jambu tercegat kaku dengan muka yang agak pucat dek kerna terkejut. Aku cuba untuk menenangkan keadaan. Pemandu teksi itu mula berlembut, memohon maaf dan memberi nasihat kepada gadis bertudung merah jambu agar lebih berhati-hati di lain kali. Tiba-tiba, muncul seekor kucing kelabu keluar dari arah bawah kereta dengan kaki terhincut-hincut. Rupanya, kucing itu telah terlanggar oleh teksi yang kami naiki. Si gadis bertudung merah jambu cuba mendapatkan kucing itu dan membawanya ke tepian jalan. 

Jam hampir menunjukkan pukul 10:00 pagi, aku perlu cepat untuk menghadiri reunion. Makanya, aku terpaksa meninggalkan si gadis bertudung merah jambu seorang diri untuk menguruskan kucing itu. Setelah membantu apa yang patut, selepas bermohon diri, aku terus berlalu pergi menaiki kereta menuju ke Pekan Permata. Siapakah si gadis bertudung merah jambu itu? Aku pun tidak pasti gerangannya.
******

*******
REUNION

Setibanya di Pekan Permata, aku terus meluru laju ke Restoran Bintang Hatiku milik Pak Cik Dollah dan Mak Cik Bedah. Pak Cik Dollah dan Mak Cik Bedah adalah bapa dan ibu saudara kepada Ain Zulaikha. Mereka telah membuka restoran itu sejak kami di bangku sekolah rendah lagi. Sehingga ke hari ini, restoran itu tetap gah berdiri dan terkenal dengan menu istimewanya iaitu Nasi Ayam Panggang.

REUNION : Pertemuan pertama setelah 10 tahun terpisah

Menolak daun pintu restoran, keadaan agak meriah dengan gelak tawa dan perbualan mereka. Disambut mesra oleh pemilik restoran, iaitu Pak Cik Dollah dan Mak Cik Bedah. Agak terpinga-pinga bila ramai yang memandang ke arahku. Masing-masing lama tidak ketemu, pastinya masing-masing sukar untuk mengenali antara satu sama lain. Tapi, raut wajah Danial, sahabatku tetap sama. Tak tumpah seperti 10 tahun yang lalu. Cuma kini bermisai dan berjanggut Kami bersalaman dan berpelukan melepaskan rindu setelah sekian lama tidak bertemu. Itulah ukhwah yang terjalain antara kami.

Di sudut meja makan, sudah ramai yang duduk menunggu. Ada yang cam,ada yang tidak cam. Ada yang ingat nama, ada yang ingat-ingat lupa. Biasalah, 10 tahun bukanlah tempoh yang sekejap. Agak lama untuk mengingati kembali kawan-kawan lain kecuali Danial dan Nurin Qistina. Ada bersama kami ketika itu adalah Amir, Azhar, Amin, Nadim, Jamal, Qaseh, Puteri, Balqis dan Nora. Walaupun tidak semua yang hadir, namun ia cukup meriah. Anehnya, kelibat Ain Zulaikha tidak kelihatan.

Menu istimewa di Restoran Bintang Hatiku : Nasi Ayam Panggang + Coke

Menu yang ditempah sudahpun sampai ke meja makan. Apa lagi kalau bukan menu istimewa iaitu Nasi Ayam Panggang dan air percuma, Coca-cola. Sementara menunggu Ain Zulaikha tiba, kami berborak panjang. Usik-megusik juga mengambil tempat tidak terkecuali.

"Kenapa kau pakai macam ni?", soal Danial sambil gelak terbahak-bahak

"Saja je aku nak tunaikan cabaran 10 tahun yang lepas", balasku dengan spontan

"Gila ah sanggup jadi jambu batu, jambu air semata-mata nak sahut cabaran. Wa salute sama lu bro!", sambung Danial sambil menepuk-nepuk bahuku

Habis tergelak semua kawan-kawan yang hadir, aku cuma mampu tersenyum. Suasana kian meriah.Perbualan diteruskan dari kisah silam sewaktu sekolah rendah sehinggalah kisah di alam universiti. Masing-masing ada kisah tersendiri yang menarik untuk dikongsi. Celoteh, hilai dan tawa menjadi halwa telinga.
*******

********
JEJAK KASIH

Inilah yang dinamakan jejak kasih. Setelah sekian lama terpisah, akhirnya kami ditakdirkan untuk bertemu kembali. Walaupun sudah lama terpisah, nyata masing-masing tidak kekok untuk bersembang dan bergelak ketawa seperti 10 tahun yang sudah. Mungkin inilah persahabatan sejati dan setiakawan yang ada dalam diri.

Dalam kerancakan berborak, tiba-tiba semua terdiam kaku. Mata mula terpaku pada pintu depan Restoran Bintang Hatiku. Tercegak seorang gadis berbaju kurung kuning dan bertudung merah jambu. Aku melirik memandang dengan ekor mata.

Aku terkejut, dia terkejut. Dia tersenyum, aku tersenyum. Soalnya siapa? 

"Kenapa Ain lewat sampai? Kawan-kawan sudah lama tunggu?" tegur Pak Cik Dollah kepada anak saudaranya.

"Ain ada hal sikit tadi Pak Ngah. Sebab tu lewat sikit" , balas Ain dengan senyuman
 
Jejak kasih : Jatuh cinta pandang pertama

Sambil tersenyum ke arahnya, hatiku mula berbisik, Oh, inilah dia Ain Zulaikha. Sangat ketara perubahannya, kalau tak tahu nama sudah tentu aku fikir dia bukan kawan yang pernah aku kenal dulu. Kenapa kami sedondon harini? Sah, memang tabiat yang satu ni dia tak berubah, memang tetap suka warna merah jambu.

Ain Zulaikha menapak ke meja kami berkumpul sambil tersipiu-sipu malu. Mereka bersalam-salaman, cium pipi ke pipi. Tapi awas, perempuan dengan perempuan, bukan perempuan dengan lelaki atau sebaliknya. Ternyata, mereka saling merindui antara satu sama lain. Kami kaum adam hanya mampu tersenyum menonton aksi jejak kasih mereka.

Reunion berakhir kira-kira pukul 3:00 petang. Di kesempatan yang ada, kami tidak lepaskan peluang untuk bertukar-tukar nombor telefon. Pelbagai pesanan yang didengar sebelum berpisah agar kami tidak lost contact, antaranya:

" Jangan lupa add facebook ok? Tag la foto-foto nanti"

" Nanti ada masa, tweet-tweet la ye"

"Ada masa nanti, kita chatting la. Skype ke, YM ke, tak pun Gtalk"

"Nanti aku update blog pasal reunion kita ni. Jangan lupa baca blog aku, klik iklan Nuff sekali, jangan banyak kali nanti dikira click fraud,haha"

"Gambar-gambar reunion ni kalau korang nak, boleh la tengok kat flickr aku"


Akhirnya, kami bersurai dengan pelbagai pesanan diterima. Bibit-bibit pertemuan yang melakar sejarah baru pastinya menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan oleh kami semua. Itulah kenangan yang terindah buat kami semua. Kehadiran mereka di reunion umpama pelangi petang. Apa yang penting, aku berharapa agar kami keep in touch selalu. Semoga persahabatan kami akan kekal sampai bila-bila.
********

Setahun kemudian.....

*********
CINTA KANAK-KANAK

Selepas pertemuan sewaktu reunion tempoh hari, kami sentiasa bertemu dan berhubung antara satu sama lain. Paling penting, kami 4 sekawan kembali rapat seperti dulu. Mungkin inilah makna persahabatan sebenar, dari dulu sehingga kini, tetap bersama. Tak terduga perkenalan seawal usia kanak-kanak, sesingkat 6 tahun bersama mampu mengikat persahabatan kami sehingga sekarang.

Kini, setahun berganjak. Memasuki tahun baru 2011. Lebih menarik, bila aku mendapat sekeping kad undangan perkahwinan dari sahabtku Danial. Sudah sampai seru nampaknya sahabat aku yang ni. Mulanya agak tertanya-tanya, siapakah gadis idaman yang dipilih untuk dijadikan isteri nanti. Semuanya terjawab di atas sekeping kad undangan.

Selamat Pengantin Baru istimewa buat sahabat : Danial dan Nurin Qistina

Akhirnya, Danial dan Nurin Qistina akan diijabkabulkan. Mereka akan mendirikan masjid tidak lama lagi. Dengan restu daripada ibu bapa kedua-dua belah pihak, maka mereka bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan di hujung tahun 2011. Inilah yang dinamakan jodoh. Manusia hanya mampu merancang, tetapi segalanya akan ditentukan olehNya kerana Dialah yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita semua.

Cinta kanak-kanak, gosip mainan, kini sudah bertukar menjadi realiti yang pasti. Semoga Danial dan Nurin Qistina akan hidup bahagia hingga ke akhir hayat.
*********

**********
 CINTA PANDANG PERTAMA

DULU dan KINI, SAMA tapi TAK SERUPA

Sejak dari pertemuan di jalan raya sewaktu insiden dengan pemandu teksi dan selepas pertemuan di reunion, aku dan Ain Zulaikha kerap berhubung dan bertanya khabar. Seperti berhubung dengan merpati dua sejoli yang sudahpun melangsungkan perkahwinannya baru-baru ini : Danial dan Nurin Qistina, begitulah juga aku berhubung dengan Ain Zulaikha.

Perkahwinan mereka sungguh meriah dengan kehadiran kawan-kawan lama. Puteri dan Balqis dijemput khas untuk ditugaskan menjadi pengapit. Qaseh yang merupakan seorang jurufoto sambilan, berkhidmat secara percuma untuk merakamkan detik-detik manis persandingan Danial dan Nurin Qistina. Detik penuh gilang-gemilang itu menemukan kami kembali buat kesekian kalinya.

Dulu dan kini memang berbeza. Dulu, kami masih solo tetapi kini 2 antara kami sudahpun mendirikan rumah tangga. Dulu, aku dan Ain Zulaikha hanyalah sahabat baik tetapi kini kami ke arah hubungan yang lebih serius. Makanya hidup kami kini sama seperti dulu, tetapi tidak serupa. Sama dari konsep persahabatan tetapi tidak serupa dari segi perhubungan. Mungkin ikatan yang kini terjalin lebih erat dan kukuh jika dibandingkan dengan 10 tahun yang lalu.
**********

***********
 TAKDIR

Semua yang berlaku adalah takdir. Suratan mahupun kebetulan, semuanya bergantung kepada takdir dan ketentuanNya. Selaku makhluknya, kita perlulah sentiasa menerimanya dengan hati yang lapang dan terbuka.

Perkenalan dan pertemuan kami sejak di bangku sekolah rendah, berpisahnya kami hampir 10 tahun lamanya, bertemunya kami kembali di reunion setelah 10 tahun berlalu, dan terjalinnya hubungan kami hari ini semuanya kerana takdir dan ketentuanNya.

Ain Zulaikha

Takdir juga akan menentukan sama ada Ain Zulaikha menjadi milik Syafiq Danish yang sah ataupun tidak. Sempatkah Syafiq Danish menyarungkan cincin ke jari manis Ain Zulaikha? Sesungguhnya, ajal maut dan jodoh pertemuan segalanya di tangan yang Maha Esa.

Bool

Bercerita soal jodoh, pertemuan, ajal dan maut. Ia juga telah ditakdirkan buat Bool, kucing kesayangan Ain Zulaikha. Bool telah selamat dari kecelakaan setahun yang lalu di jalanan bila hampir dilanggar oleh pemandu teksi.Mereka ditakdirkan bertemu di jalanan, dengan kaki Bool yang terhincut-hincut memaksa Ain Zulaikha lewat menghadiri reunion pada waktu itu. Akhirnya kini, Bool menjadi belaan kesayangan Ain Zulaikha.

Dengan takdirNya jua,akhirnya kami bersama. Kehadiran Bool sedikit-sebanyak dapat menggembirakan Ain Zulaikha yang sememangnya suka akan kucing sejak dari kecil lagi. Ternyata, Ain Zulaikha bukan hanya seorang pencinta yang sejati kepada Syafiq Danish, bahkan pencinta kepada haiwan belaannya iaitu Bool.

Hidup kami 4 sekawan belum berakhir di sini, tetapi baru saja bermula! Semoga bahtera pelayaran yang kami naiki akan sampai ke destinasi masing-masing.
***********

kadang-kadang Allah sembunyikan kita matahari
Dia datangkan pula kilat dan guruh
kita tertanya-tanya ke mana menghilangnya matahari
rupa-rupanya Allah memberi kita pelangi


Jika ianya sebuah cinta...

jika ia sebuah cinta...
ia tidak mendengar...
namun sentiasa bergetar....

jika ia sebuah cinta...
ia tidak buta
namun sentiasa melihat dan merasa..

jika ia sebuah cinta...
ia tidak menyeksa
namun sentiasa menguji

jika ia sebuah cinta...
ia tidak memaksa
namun sentiasa berusaha...

jika ia sebuah cinta...
ia tidak cantik
namun sentiasa menarik...

jika ia sebuah cinta...
ia tidak datang dengan kata-kata
namun sentiasa menghampiri dengan hati...

jika ia sebuah cinta...
ia tidak terucap dengan kata
namun sentiasa hadir dengan sinar mata..

jika ia sebuah cinta...
ia tidak hanya berjanji..
namun sentiasa cuba memenangi..

jika ia sebuah cinta...
ia mungkin tidak suci..
namun sentiasa harmoni...

jika ia sebuah cinta...
ia tidak hadir kerana permintaan
namun hadir kerana ketentuan...

jika ia sebuah cinta...
ia tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan...
namun hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan...

Sumber : Sufeenan

TAMAT


_________________________

Cerpen : Percubaan pertama Penaberkala sempena Contest Cerpen Sesedap Rasa yang dianjurkan oleh Ain Zulaikha. Cerpen ini diberi judul : TAKDIR


Syarat-syarat penyertaan


Untuk menyertai contest ini, ikuti setiap syarat yang telah dinyatakan. Paling penting, guna 4 gambar yang bertulis ainzulaikha.blogspot.com dalam cerpen anda dan rujuk di sini : Contest Cerpen Sesedap Rasa untuk keterangan lanjut.


Untuk syarat terakhir iaitu tag blogger. Dengan ini, aku menjemput semua yang telah terpilih untuk menjayakan setiap watak dalam cerpen ini menyertai kontest yang dianjurkan terutama bagi sesiapa yang masih belum join. Tiada paksaan, kalau berminat boleh la join. Kalau join, mana tau ada peluang nak dapat hadiah yang telah ditawarkan seperti berikut:

Hadiah menanti pemenang bertuah

Jom, sama-sama memeriahkan Contest Cerpen Sesedap Rasa.

Percubaan pertama dalam menulis cerpen. Jom sertai Contest Cerpen Sesedap Rasa

Akhir kata, semoga terhibur dengan cerpen garapan pertama Penaberkala di Visible Voice. Apa-apa komen atau pandangan, bolehlah lontarkan di ruangan komen. Tidak dilupakan, ucapan terima kasih tidak terhingga kepada anda semua yang turut menjayakan dan menjadi sebahagian daripada cerpen ini.


Thanks for reading!
Semoga cerpen yang dikarang sesedap rasa ini dapat menerbitkan sesedap rasa di mata dan di hati semua pembaca!


:::DISCLAIMER:::
Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Tiada sebarang konspirasi mahupun kontroversi antara blogger-blogger yang memegang watak dalam cerpen ini. Idea asal dan jalan cerita adalah milik penaberkala dan tiada unsur plagiat melainkan dinyatakan sumbernya. 


p/s : Semoga lepas ni, kalian semua berkenalanlah antara satu sama lain,hahaha. Best jugak berimiginasi mengarut-ngarut macam ni :) Enjoy writing when I'm feel so bored! Agak-agak wujud tak kisah benar macam ni? Kalau ada. boleh la share kat sini.

Post a Comment

87 Comments

  1. terbaik la..tp banyak perlu dibaiki supaya cerpen lebih mnarik..

    btw,aku mmg suke mngelamun dr kecik -__-

    ReplyDelete
  2. hahahaha
    nice
    boleh menang nih
    apa2pun aku suka kehidupan aku berakhir dengan kebahagiaan
    siapa 'isteri' danial tu?
    hahahahah

    P/S : Jom Join Contest Nih Ramai - Ramai!

    ReplyDelete
  3. cerpen ni agak ilmiah dgn gaya bahasa, metafora serta hiperbola dari penulis.yg pasti ini bukan kategori merapu.hehe.tahniah dpt hasilkan cerpen mcm ni.moga en khairul menang ya, cerpen terbaik meyh :)

    ReplyDelete
  4. wah,,terbaik lah pena berkala. dah agak dah join contest nih sebab ade nama ain zulaikha dan bool. eiela pun join jugak tapi tak buat lagi, entri pendek je. tak bleh lawan ar cerpen awk nih. malu lak rasanya. tapi takpe kan, enjoy je.. Hope berjaya..

    ReplyDelete
  5. wow.. gila gempak panjang.. hahaha... baiklah, apa2 update akan diberitahu ok? :) good luck pena.. :) terima kasih join..

    ReplyDelete
  6. Interesting... Alamak... Kenapa Vee boleh terlepas pandang nie?
    Ada contest cerpen jugak... =O

    Takpelah, awak... Pasal komen awak dekat "Kisah Klasik Kita" tue...
    Vee tak pandai sangat nak komen, sebab Vee pun tak pandai sangat dalam penulisan ni. Rasanya juri2 yang terpilih tu lebih bijak menilai. :)

    Tapi Vee akan baca nanti. Dan Vee akan cuba beri komen yang seikhlas mungkin. :)

    ReplyDelete
  7. mesti pena ni kaki novel gak kan.. pandai betul menulis.. boleh tulis novel pas nie.. hehe.. gud luck pena.. cik su sokokng pena... best cite nie..

    ReplyDelete
  8. Haha! saye dah dua kali jadi pengapit. macam tau2 je kan.

    Moga cerpen encek penaberkala terpilih! insyaallah.

    :)

    Miss Dill ^^

    ReplyDelete
  9. BRAVO! BRAVO!
    As Always, Encik PB memang kreatif menulis (dan melalut) :p

    ReplyDelete
  10. woww..sy suke...makcik bedah pon kiut..hehe..baru bace separuh ni bro..nak sambung bace esok after kerja :)

    ReplyDelete
  11. wahh. aku ingat betul2 dh tadi..hehe. bersungguh aku dok bace..

    ReplyDelete
  12. Aku lau buat cerpen kang, baru rangkap ke-2 orang da xmao baca sbb jd mcm pantun..ha3

    ReplyDelete
  13. menarik!!!
    jangan lupa datang gerai "Pakcik Dollah"
    hahaaaa

    ReplyDelete
  14. Huiii. Nasib baik (alhamdulillah) pakcik teksi x langgar aku sampai mati. -.-' Kalo tak, tak merasa la aku nk dok ngan ain..

    (Terpengaruh ngan watak Bool) haha.

    =D Good job!

    ReplyDelete
  15. hye salam kunjungan.
    baru je selesai membaca cerpen awk.
    hehe not bad, quite intereseting.

    bahasa pun berbunga yer!!
    hehe gud lak gak k..

    ReplyDelete
  16. HEY JOM LAH KE BLOG SAYA DAN BACA CERPEN ADRIANA. GIVE ME UR FEEDBACK OK!

    ReplyDelete
  17. Okay, Vee dah baca. Menarik bahasa yang awak gunakan. Vee pun tak pandai guna bahasa2 macam tue. (^^,)
    Tentang awak cakap nak gunakan cerpen nie untuk contest Kisah Klasik tue, okay... :)

    Tapi Vee ada cadangan untuk dibuat dekat sini. Vee yakin awak masih punya idea untuk sambung cerpen nie bukan?
    So, apa kata buat kesinambungan tentang Danish dan Ain serta 'bakal' suri Danial... :)
    Mesti ramai follower awak berminta nak tahu kesinambungan cerita ni kan? :)

    Tapi kalau awak masih nak guna cerpen ni, pun bagus jugak.
    Terserah pada awak. Vee cuma beri pendapat.
    Best of luck untuk contest sesedap rasa ni ye?
    :)
    Cuba lebihkan dialog.

    ReplyDelete
  18. panjang!

    okay, lepas komen baru nak mula baca. hehe

    ReplyDelete
  19. wohhooo best la pena, wakakaka kalau ko tak tulis benda ni kontest, aku dh rasa ini macam cerita betul dah, wakakaa

    bagus, syabas dan tahniah. memang best cerpen nih, semoga berjaya pena,

    ReplyDelete
  20. Hazwan Arif:
    percubaan pertama bos
    masih byk perlu diperbaiki
    tq for the advice

    ReplyDelete
  21. hans:
    tq bro tag ak utk join kontest ni
    isteri danial tuh, nurin qistina
    blogger ciksu namanya
    pi la try usha,haha

    ReplyDelete
  22. amirah:
    betul ke ni? terima kasih cik mirah
    first time ni berkecimpung dalam dunia cerpen,haha
    klu ada rezeki, ada la tuh
    menang kalah tak penting, yg penting kepuasan bila mengarang

    ReplyDelete
  23. eiela:
    tq eiela
    betul tuh yg penting enjoy
    belum cuba belum tau
    kalah menang lain kira
    apepun, good luck ye

    ReplyDelete
  24. Ain Zulaikha:
    tq organizer
    klu takde kontest ni, tak terjerumus lg rasanya ke kancah cerpen,hak3
    apepun, nice kontest

    ReplyDelete
  25. Cik Su:
    xpernah baca novel ciksu
    melainkan novel2 yg masuk exam time sekolah menengah
    susah betul klu bab2 membaca

    apepun, cuba menanam minat membaca agar bakat penulisan daapt berkembang

    tq ciksu for ur support
    really appreciate it

    ReplyDelete
  26. dill:
    haha, tepat nampaknya dgn watak puteri
    kebetulan je tuh miss dill

    tq, wish me luck k :)

    ReplyDelete
  27. norashikin rahmat:
    terima kasih ikin
    haha, betul tuh
    bab melalut lagi la boleh :)

    ReplyDelete
  28. FeeZ~Hafizah~cucuatokaji:
    panjang sangat kan?
    tu pun dah ceraikan ikut part agar mudah nk sambung nnt
    selamat membaca cik feez

    ReplyDelete
  29. darkbatman:
    imiginasi semata-mata bro,haha
    trima kasih la sudi baca

    ReplyDelete
  30. DeCrewz:
    haha, aku buat ni pun tak tau ada orang baca abis ke tak
    klu baca abis, memang berterima kasih sgt2 la

    ReplyDelete
  31. mie:
    pakcik dollah nak kasik nasi ayam panggang percuma tu,haha

    ReplyDelete
  32. za petrelli:
    terima kasih
    salam kenal
    tq sebab follow

    ReplyDelete
  33. A.D.A.M:
    memang dah jodoh ko dengan ain,haha
    tenkiu A.D.A.M sbb terlibat sama

    ReplyDelete
  34. Zetchi Henry:
    selamat berkunjung, salam kenal
    thanks for the wish
    good luck gak

    berbunga sikit-sikit je, tu bunga tahi ayam,hak3

    ReplyDelete
  35. ♥ Juliana Violet ♥:
    terima kasihj vee, byk lagi kekurangan sbb ni first time menulis cerpen

    orite, cadangan yg bagus
    macam menarik gak kalau sambung yg ni pun
    memang ada kesinambungan yg belum selesai

    ok, akan cuba tambah lebih dialog dalam next cerpen
    thanks a lot for the suggestion and comments

    ReplyDelete
  36. tirah:
    haha, tak panjang tak sah
    selamat membaca cik tirah

    ReplyDelete
  37. padin:
    haha, cerita rekaan je ni bro
    apepun, trima kasih sudi baca dan komen
    klu bernasib baik, boleh la menang
    tp cam ramai je join

    ReplyDelete
  38. "Syafiq Danish"

    hensem tau. haha!

    dah baca.
    rasa terawangan ni. hee.

    ReplyDelete
  39. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  40. Ada dua fakta yang perlu diperjelaskan:

    1) En Penaberkala bukan kaki novel dan tak pernah baca novel.

    2) Cerpen ni memang best dan gaya olahan penceritaan yang menarik. Ada style lah!

    ReplyDelete
  41. Syabas!! Kamu mampu buat saya terawang bersama cerita kamu. sangat menarik. Ada harapan untuk menang. Gud luck

    ReplyDelete
  42. Hahaha. kalo la jodoh, kalo la jodoh, takkan ke mana.. =P

    ReplyDelete
  43. tirah:
    haha, hensem yang mana satu nih?
    watak dalam cerpen ke, pemegang watak yg blogger tuh?

    tq ye sudi baca

    ReplyDelete
  44. Alif Pauzi:
    haha, siap bagi fakta tuh
    tp ak akan cuba ikut nasihatmu itu, baca novel untuk polish bakat
    tak tau la abis tak 10muka surat,hak3

    style alakadar buleh la, baru bertatih karang cerpen

    ReplyDelete
  45. THE LEKAT LEKIT STORY:
    tu dia siap terawang tuh,hehe
    trima kasih ye

    ReplyDelete
  46. A.D.A.M.:
    tu pasal, klu dah jodoh tak kan ke mana
    tak kan lari gunung dikejar

    ReplyDelete
  47. mak ai... panjang gila cerpen ko. tapi terasa macam komik pun ada sebab ada kartun-kartun tu. btw, good job. mcm boleh menang jer.

    ReplyDelete
  48. NHAR:
    panjang ek?
    klu ikut definisi cerpen, kena 1000patah perkataan tak silap,haha
    just give a try laa
    menang ke tak, keputusan terletak di tgn juri
    just wait n see

    thanks singgah sini dan komen

    ReplyDelete
  49. salam n happy new year 2011
    wah! pandainya..
    nnti leh la buat novel pulak..

    tahniah ya!

    ReplyDelete
  50. salam.. tahniah sebab cerpen anda menang.. memang bagus dan ilmiah...

    kalo berkesempatan jemput singgah di Laman MO.. terima kasih

    ReplyDelete
  51. wah! hebat...tahniah sebab menang cerpen terbaik kategori lelaki!!

    anda memang layak :)

    ReplyDelete
  52. wahhhh dia menang la...
    congrats! ^^

    ReplyDelete
  53. best ah cerpen ni...mmg teliti je rasa

    ReplyDelete
  54. Ain Zulaikha:
    thanks a lot to organizer
    sebab kontest ni la terjerumus jugak ke kancah penulisan cerpen
    macam menarik utk diteruskan

    ReplyDelete
  55. nadiah:
    selamat taun baru 2011
    percubaan pertama, masih banyak perlu belajar

    novel? klu ada ruang dan pluang blh la try slow2

    thanks singgah dan komen

    ReplyDelete
  56. Muslimah Optimis:
    w'salam
    terima kasih
    sekadar menulis apa yg ada di minda
    orite, akan buat kunjungan balas

    ReplyDelete
  57. Miss Yaty:
    thanks
    semuanya keputusan juri dan organizer
    sekadar mencuba,hehe

    ReplyDelete
  58. Gadis✿:
    thanks
    rezeki tahun baru kot,haha

    ReplyDelete
  59. Cik Cammy Lia:
    tenkiu sudi baca dan komen
    really appreaciate it

    ReplyDelete
  60. tahniah..pemenang untuk cerpen lelaki..mantoop laa~

    ReplyDelete
  61. EIGHT IS SAMANIAH:
    terima kasih
    nantikan sambungannya

    ReplyDelete
  62. odahone dtg bce ni...congratz!!!!

    ReplyDelete
  63. CIK TOM:
    trima kasih cik tom pilih entri ni utk kontest pilihan junko
    salam kenal

    ReplyDelete
  64. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  65. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  66. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  67. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  68. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  69. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  70. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  71. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  72. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  73. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  74. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  75. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  76. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  77. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  78. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  79. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  80. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  81. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  82. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  83. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  84. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete