MINISTRY OF MOMENT : JUST LIKE CONTEST

KALAU BERPACARAN
Lagu Tema : Kalau Berpacaran
Artis : Suhaimi mior Hassan, Ana Raffali dan Altimet





Kalau berpacaran memang banyak pantang larang
Menjaga susila ibu bapa adik abang
Apabila berdua carilah tempat yang terang
Agar tidak pula mencoba aksi terlarang

Chorus
Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (jangan pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk renggang-renggang)
Bertambah sayang (bertambah sayang)
Biar malu-malu (biar malu-malu)
Biar segan-segan (biar segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman

Kalau berpacaran jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan meminang dengan segera
Kalau terlambat kekasihmu disambar buaya

Ulang Chorus

Yeah kita sambung cerita
Kalau kamu berdua aku yang ketiga
Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia ucap syahadah

Ulang Chorus

Boleh pandang-pandang (boleh pandang-pandang)
Jangan pegang-pegang (boleh pegang-pegang)
Duduk renggang-renggang (duduk rapat-rapat)
Bertambah sayang (nanti confirm dapat)
Biar malu-malu (jangan malu-malu)
Biar segan-segan (jangan segan-segan)
Kerna malu itu perisai orang beriman (hahahaha)


OK? Sudah puas berhibur? Sudah penat berkarok? Sebenarnya, kalau dihayati betul-betul bait-bait lirik lagu ni, memang mendalam maksudnya. Tak kira yang tersurat mahupun tersirat. Inilah lagu yang boleh dijadikan sebagai teguran secara langsung mahupun tak langsung bagi pasangan yang masih belum berkahwin dan kepada mereka yang masih belum mempunyai ikatan yang sah. "Beringat sebelum kena"


Namun, bukan soal Kalau Berpacaran mahu diambil kira dan mahu diketengahkan di sini. Entri ini berkaitan dengan jemputan dari seorang blogger iaitu Sis Roe di ruangan komen. Walaupun agak terlewat dan terlambat, cuba juga untuk turut serta meriahkan lagi contest yang dianjurkan.






Ok, di sini aku mahu menyahut seruan untuk melibatkan diri dalam MINISTRY OF MOMENT : JUST LIKE CONTEST. Semoga penyertaan di saat akhir sedikit-sebanyak memberi info dan maklumat kepada semua pengunjung blog ini. Tak tau la ada yang baca atau tidak, tapi paling kurang berusaha untuk menyampaikan walaupun sepatah dua, kan? Semoga bermanfaat.



Apa kaitan KALAU BERPACARAN dengan MINISTRY OF MOMENT : JUST LIKE CONTEST?

Untuk menjawab persoalan ini, hanyalah satu. Penyelesaian kepada perkara terlarang dalam lirik KALAU BERPACARAN adalah dengan ikatan yang sah iaitu PERKAHWINAN.
Sebut saja soal kahwin, semua naik semangat kan? Hah, yang duk tengah baca ni, kenapa duk asyik senyum je? Dah mau kawen ka? Kalau dah mau kawin, elok sangat la tuh. Benda baik jangan duk tangguh-tangguh. Nanti dikebas orang plak.


Elok sangat la MINISTRY OF MOMENT : JUST LIKE CONTEST diadakan pada musim ni, iaitu musim cuti sekolah. Maksudnya, banyak majlis kenduri-kendara dan kawen nikah diadakan di seluruh pelosok dunia. Berduyun-duyun orang kawin time cuti sekolah ni, semua sanak-sauidara dapat berkumpul. Maka hebahan seperti ini amatlah perlu untuk membantu para pengantin mendapatkan perkhidmatan yang sesuai dan secocok dengan MAJLIS PERKAHWINAN mereka.



Apa kaitan MINISTRY OF MOMENT : JUST LIKE CONTEST dengan MAJLIS PERKAHWINAN?

Kalau sebut soal kahwin, semua adegan dan aksi bermula sejak dari berinai, akad nikah, berarak dan paling penting sehinggalah kepada persandingan mahu dirakam. Betul tak? Masa kahwin ni la nak snap gambar yang bagus-bagus dan disimpan sebagai koleksi peribadi. Kalau tak puas hati, tak kan nak kahwin lagi sekali kan? Tak boleh wooooo. Jadi, perkahwinan pertama inilah perlu dimanfaatkan sebaiknya. Kalau nak buat album gambar pun, kenalah cari jurufoto yang betul-betul pakar.



Apa yang MINISTRY OF MOMENT : JUST LIKE CONTEST tawarkan?

Shafiq Akmal atau lebih dikenali sebagai SAPEX dari Ministry of Moment telah menawarkan hadiah PAKEJ FOTOGRAFI PERCUMA bernilai RM2000 termasuk ALBUM kepada seorang BLOGGER yang bertuah. Bukan saja itu, malah boleh memenangi potongan sehingga 30% untuk mana-mana PAKEJ FOTOGRAFI yang ditawarkan kepada pemenang bertuah.


Untuk melayakkan diri merebut peluang yang terhidang ini, maka eloknya klik LIKE di FANPAGE : Ministry Of Moment Sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai MINISTRY OF MOMENT pun bleh la klik LIKE.





Setelah LIKE FANPAGE : Ministry Of Moment, try pergi usha-usha di ALBUM CONTEST. Kat situ terdapat 200 foto yang cantik, menarik kau memang da bom. Tap percaya pergi tengok sekarang. Dalam 200 foto yang ditontonkan, pelbagai riak, raut wajah, emosi, reaksi mahupun aksi yang dipaparkan. Sunggu menarik dan mengagumkan hasil usaha gigih mereka yang bergelar JURUFOTO dari MINISTRY OF MOMENT.

Dalam 200 foto yang ada, cuba kalian pilih satu sahaja foto yang paling menarik perhatian anda dan ceritakan dengan kreatif. Makanya, sempat belek-belek hampir 1 jam untuk lihat hasil seni JURUFOTO terbabit. Hasilnya yang memuaskan mata yang memandang, memikat hati yang tertawan, sungguh menyesakkan keadaan untuk pilih hanya satu foto yang paling menarik.


Hasilnya, inilah foto yang paling memikat dan meruntun jiwa untuk diolah dan diceritakan. Mengapa aku pilih foto ni?




Source: Ministry of Moment


Amacam, menarik tak? Ha, kan aku dah kata, gambar kat situ menarik dan sungguh tinggi nilainya.Tak percaya, pergi la tengok sendiri di FANPAGE : Ministry Of Moment ataupun di Ministry of Moment.


Kenapa aku suka gambar ini?
  1. Ciuman pertama : Itulah nikmat pertama yang dapat dirasai oleh pasangan suami isteri di hari bahagia mereka. Tiada lagi sekatan mahupun larangan seperti dalam lirik lagu di atas : KALAU BERPACARAN kerana meraka sudah HALAL untuk bersama.
  2. Senyuman manis : Senyuman yang terukir dari riak wajah sang isteri bukan satu gurauan mahupun tipu daya. Itulah hakikat kebahagian yang sebenar yang dikecapi pengantin yang bergelar RAJA SEHARI
  3. Inai merah : Tanda persetujuan sang suami memperisterikan sang isteri sebagai peneman hidupnya untuk sama-sama meredah lautan kehidupan dengan bahtera rumahtangganya. Merah bererti berani mengambil risiko, percaya bahawa pilihan yang dibuat adalah tepat dan betul tanpa ragu-ragu.
  4. Putih suci : Kasih sayang yang tulus ikhlas dari hati yang suci murni daripada sepasang suami isteri di hari yang penuh bahagia dan bermakna. Kesucian perhubungan yang baru saja bermula, jauh dari noda-noda tetapi penuh dengan cabaran dan halangan yang mendatang di mana pastinya kotoran dari sekeliling bakal menganggu gugat kesucian perhubungan yang terjalan.
  5. Kebahagiaan dalam kesamaran : Walaupun foto menunjukkan suasana yang kurang jelas, bukan imej penuh, namun kebahagian tetap terpancar dari portion/bahagian yang dijadikan fokus. Dari lirikan bibir, kerdipan mata sehingga ke senyuman manis, semuanya sudah tersurat nilai kebahagian pasangan tersebut. Kesamaran kehidupan yang mendatang, mereka ketepikan buat sementara di hari bahagia. Onak duri berumahtangga akan mereka temouhi bersama dalam kesamaran waktu. Semoga bahtera perkahwinan kekal sampai ke akhir hayat menjadi sasaran utama dan impian abadi di hari bahagia!

"ministry of moment"
yup, THIS is THE REAL MOMENT!


Entri ini telahpun diletakkan permalink di comment box blog sis Roe berserta facebook’s username sebagai tanda penyertaan untuk MINISTRY OF MOMENT : JUST LIKE CONTEST


Persoalannya, APAKAH MINISTRY OF MOMENT?

Sekadar maklumat tambahan. Ministry of Moment merupakan kumpulan JURUFOTO PROFESSIONAL. Merujuk maklumat di website: Ministry of Moment, mereka adalah A small, tightly knit group of professionals who, each in our ownright, is instrumental in the creations at Ministry of moment. We are specialist in wedding, potraits and travel photogrpahy. Pendek kata, mereka bekerja dalam satu kumpulan sebagai jurufoto professional dengan cara dan skills mereka sendiri. Antara prospek kerjaya mereka adalah dalam menjayakan fotografi untuk majlis perkahwinan, potret dan pengembaraan.

Mereka teridiri daripada 4 orang Photographers iaitu:
1. Shafiq Akmal
2. Syahir Ismail
3. Arief Ahmad
4. Carlos Nizam



footnote : sape nak kawen boleh la pi usha-usha photographer yang pro dan skillful, barulah kenangan di majlis perkahwinan bermakna dan menjadi kenangan yang terindah. Kalau menang contest ni, tak kan aku kena kawen cepat kan? Tak boleh, calon belum ada,hak3. Passing kat abang aku la yang akan kahwin next year sebagai hadiah perkahwinan. Kalau kalah, aku guna kamera handphone je lah jawabnya bro. Sorry!

Post a Comment

12 Comments

  1. feewittt...berkobar-kobar...hak2

    ReplyDelete
  2. memang menarik gambar tu..good luck..

    New entri :Maila Vote Saya..^_*

    ReplyDelete
  3. walaweh
    gudluck weih
    kalau ko menang kita amik gambar sekali
    hehehe

    P/S : Cek Nuffnang Dah Sampai! Yehaaaaa!

    ReplyDelete
  4. amirah:
    apakah? ni iklan utk fotografi kahwin je lah,haha
    kasik la sokongan smangat sikit2 pasal topik ni :)

    ReplyDelete
  5. haszuraidah ishak:
    susah nk pilih, tp gambar ni gak yg berkenan
    btw, thanks for the wish

    ReplyDelete
  6. hans:
    tenkiu bro
    tu pun klu menang,hak3
    cam rmai je join

    ReplyDelete
  7. hans:
    amin
    klu ada rezeki, ada la tuh
    kebetulan entri ni kena dgn topik yg tengah duk fikir : SOAL KAHWIN,haha

    ReplyDelete
  8. Salam and hi ^_^ ...i nak ajak u masuk satu contest..caranya sgt simple..hadiahnya misteri kata pemilik blog itu.boleh refer my blog here http://gorgeouscharms.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. gorgeous ♥:
    wsalam
    owh,jemputan utk contest lg?
    ok, akan cuba tp tak tau sempat ke tak
    thanks for the invitation

    ReplyDelete