NGANGKUNG : KONSPIRASI TOPI KELEDAR

NGANGKUNG

Sudah tonton filem NGANGKUNG?
  • Jika ya, apa pendapat anda tentang filem NGANGKUNG?
  • Jika belum, di sini ada sedikit-sebanyak perkongsian mengenai filem NGANGKUNG terutama bagi sesiapa sahaja yang masih belum berkesempatan untuk pergi menonton.

Tajuk Filem:
Ngangkung

Pengarah:
Ismail Bob Hasim

Penerbit:
Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.

Dipawagam bermula:
25 November 2010

Pelakon Ngangkung:
Shaheizy Sam
Azad
Angah Raja Lawak
Putri Mardiana
Eira Syazira
Echa
Azlee Senario
Ruzaidi Abdul Rahman
Reanna
Mazlan Pet Pet


Ini dia, pelakon utama : Shaheizy Sam merangkap tonggak dalam filem terbaru, NGANGKUNG terbitan Metrowealth di bawah kelolaan dan arahan pengarah baru industri filem tanah air iaitu Ismail Bob Hasim. Rentitan kejayaan Shaheizy Sam dulu dalam filem Adnan Sempit, kini muncul lagi dengan filem kedua, NGANGKUNG. Akan datang, satu lagi filem yang akan menampilkan beliau sebagai tonggak utama bakal muncul di pawagam iaitu KONGSI : Lu langsi lu mati! Sama-sama kita nantikan filem aksi komedi itu nanti.




Apa yang menarik tentang NGANGKUNG di kaca mata penonton?
  1. Watak utama yang ditampilkan, Shaheizy Sam memang diketahui umum bahawa kredibiliti dan lakonannya tidak akan mengecewakan para penonton dengan pembawaan watak yang cool dan lawak
  2. Sebuah filem seram yang ada babak-babak seram dan mampu membuat kita terkejut beruk 
  3. Lawak jenaka dari permulaan cerita hingga ke pengakhirannya membuatkan penonton gelak-ketawa nak pecah perut di dalam panggung
  4. Mesej yang cuba disampaikan memberi kesan walaupun disampaikan dalam mode jenaka yang  lebih mudah diterima umum
  5. Tagline dan ayat-ayat skrip dalam cerita ini mempunyai keunikan dan nilai lawak jenaka tersendiri seperti "biskut bertemu merri"dan sebagainya




REVIEW : SINOPSIS 

Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya yang diberi nama Wahida atau lebih dikenali sebagai Wahi dengan panggilan manja. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan merupakan ‘kaki nombor ekor’. Aktiviti mereka adalah membeli dan meneka nombor ekor. Perbuatan mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing. 

Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Asyik dileter oleh isteri, ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung sedikit sebanyak mempengaruhi Azim. Bermula dengan hanya untuk melihat, dan persaaan ingin mencuba, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri.

Pelbagai cara dan pelbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor ekor untuk dibeli  dan teka untuk memenangi hadiah lumyan yang ditawarkan. Banyak kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan.

Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka. Apakah kesudahan hidup mereka? Dan berjayakah mereka mendapatkan apa yang mereka hajati? Segalanya terjawab dalam “NGANGKUNG”. Tak rugi pergi tonton filem ni. Memang kelakar habis, pecah panggung dibuatnya dengan gelak ketawa para penonton.

PENGAJARAN
  1. Ngangkung - amalan memuja untuk mendapatkan nombor ekor adalah syirik di sisi agama dan termasuk dalam dosa besar yang tidak akan diampunkan
  2. Menang loteri - rezeki yang diperolehi dari usaha meneka nombor ekor adalah haram
  3. Kepercayaan - kelentong dan tidak berterus-terang boleh menimbulkan syakwasangka antara suami dan isteri
  4. Hutang - desakan kewangan tidak memerluka seseorang untuk berhutang dengan agen along kerana bakal mendatangkan musibah kepada diri sendiri dan keluarga
  5. Takdir - menerima takdir seadanya dan sentiasa berusaha
  6. Kasih sayang - boleh berubah jika kekayaan menjadi keutamaan dan kepercayaan karut diutamakan
  7. Keinsafan - bila diberi kesedaran, perlulah pulang ke pangkal jalan tanpa rasa ragu-ragu kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka untuk hambaNya


KONSPIRASI TOPI KELEDAR

Selesai menonton wayang, kami menapak ke parkir motosikal. Alih-alih, tengok 1 topi keledar sudah lesap dari pandangan mata. Konspirasi apakah yang sedang berlaku? Kelihatan mangsa kecewa dengan kehilangan topi keledarmya.

Ke mana perginya topi keledar?
Sesiapa yang dah tonton NGANGKUNG, ingat tak scene Tasnim pakai topi keledat naik kereta? Balik dari beli nombor ekor. Hah, adakah itu topi keledar mangsa? LOL
Firasat kami berlima menyatakan topi keledar itu telah dicuri oleh seorang yang terdesak dan tidak berperikemanusiaan tanpa memikirkan kesan kepada mangsa.

Topi keledar milik siapa?
Milik salah seorang antara kami berlima. Identiti terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.


Kesan
Terpaksa pulang tanpa memakai topi keledar di jalan raya. Tindakan berani mati dan penuh risiko sama ada daripada berjumpa polis atau kemalangan berjaya dielakkan, alhamdulillah


Akibat
Aku cadangkan kepada mangsa agar membeli topi keledar yang baru untuk memudahkan urusan di lain masa.
 
 
Cadangan
PERHATIAN : Kepada mangsa yang topi keledar yang dicuri
Aku cadangkan kau beli topi keledar yang aku cadangkan kat bawah ni, amacam? Setuju tak?



PILIHAN 1 : KEPALA BUDAK

PILIHAN 2 : KEPALA BOTAK

PILIHAN 3 : TEMBIKAI / TIMUN CINO

PILIHAN 4 : BOLA BOWLING

PILIHAN 5 : BOLA TENIS

Nah, ni dia 5 pilihan yang aku tawarkan dan recommend untuk ko beli. Mungkin ada yang berkenan di hati untuk menggantikan topi keledar yang hilang. Ada yang berkenan? Pilih-pilih, jangan tak pilih.

Kau takut makin cepat nak kena kebas kalau beli macam ni? Kau takut harganya mahal? Tak dapatlah aku nak tolong. Tapi aku ada satu lagi pilihan untuk ko bro, apa kata ko guna yang ni je, amacam? Inilah pilihan terakhir untuk ko yang mampu aku cadangkan,hahahaha

PILIHAN TERAKHIR : KULIT BUAH LIMAU BALI




INGAT NGANGKUNG, INGAT KONSPIRASI TOPI KELEDAR!

Post a Comment

26 Comments

  1. hye there :)

    just to let u know yang ministry of moment ada buat contest and they just extended the deadline till tomorrow at midnight. harap sudi join. :) InsyaAllah kalau menang, winner gets RM2,000 worth of photography package.


    details ada kat blog roe.. very simple requirements dia. jemput join ya? :)


    p/s: thank u sooooooo much for this review! im going to the curve after this nk tgk wayang so will definitely watch this!

    ReplyDelete
  2. ngangkung xtgok g.xberani sbb takot xberbaloi.adnan sempit pon tgok xbest.so assume ngangkung cm2 gak.huhu. baru2 ni tgok rapunzal the tangle tales.best.lau tgok 3d ag best.

    topi keledar 2 cun.sarankan pd mangsa ya.

    ReplyDelete
  3. best ekk cete tu?? jom banje bley ?? ekekeke

    ReplyDelete
  4. topi keledar tembikai..
    terbaik tu..
    heheee

    ReplyDelete
  5. roe233:
    thanks for the invitation, will look at the contest later and try to join if get the time
    nice contest

    owh, slamat menonton
    selamat bergelak ketawa,haha

    ReplyDelete
  6. amirah:
    klu stress, blh la pi tgk
    konpem tergelak punya, tak gelak memang pelik,haha

    repunzel blom tgk, megamind mmg best tgk 3D

    tgh sarankan pada mangsa, harap dia berkenan la dgn salah satu pilihan yg dicadang,hak3

    ReplyDelete
  7. Miss:
    okla miss, tak pernah lg pi panggung tgk rmai org
    pastu, bising gegar satu panggung duk asyik gelak
    rugi woo tak tgk,hehe

    ReplyDelete
  8. mie:
    tu pasal, topi keledar pun macam-macam bentuk skang
    maju sgt dh ni

    ReplyDelete
  9. Eden lom tengok lagi.. Cbuk ngan kje..hu3....

    ReplyDelete
  10. ahaks
    best juga kan ngangkung?

    wah,helmet kena bedal?
    gila menakutkan

    P/S : Apa Yang Terangkat Bila Ada Kakak/Abang/Adik Angkat!

    ReplyDelete
  11. ingat kan konspirasi ape la td. rupe2nye helmet kne curik haha

    ReplyDelete
  12. DeCrewz:
    klu tension keje blh la pi tengok, konpem lega,haha

    ReplyDelete
  13. hans:
    okla, byk part yg menghiburkan
    cerita yg bersahaja

    helmet kena bedal
    seb baik bukan helmet ak
    tp kesian la, paksa beli baru

    ReplyDelete
  14. efyna.pinkladies:
    tq singgah sini
    haha, ni la konspirasinya

    ReplyDelete
  15. entri nie pun klaka..xyah la tengok...

    ReplyDelete
  16. Siyes tatau apa2.
    sangat ketinggalan dalam perkembangan isu semasa buat masa nih
    hehehe..

    dari sinopsis,mcm best...tunggulah..hehe

    ReplyDelete
  17. Shahazrin:
    lain bro tengok dan baca

    ReplyDelete
  18. MyraLove =):
    orang tak abes exam lagi tak boleh tgk movie,haha
    utamakan yang lebih utama

    ReplyDelete
  19. best ke ngangkung tu?..macam nak pegi tengok je..heheh....

    by de way topi keledar tu sgt cun..teringin nak cube yg bola bowling tu..hehehe

    ReplyDelete
  20. pastikan topi keledar ade cop sirim...

    ReplyDelete
  21. FeeZ~Hafizah~cucuatokaji:
    Best gak, ok la untuk bergelak ketawa

    nk try ke topi keledar tu? cuba pi cari kat kedai ada tak,haha

    ReplyDelete
  22. SM Banjamin:
    betul tuh, yg tu paling penting
    klu style abis, harga mahal tak guna kalau keselamatan pengguna tak terjamin
    pastikan berkualiti baru beli

    ReplyDelete
  23. Wan Gerrard:
    best kan? setakat ni xjumpa plak org yg komen/kritik kata tak best,haha

    ReplyDelete
  24. nak tengok...nk tengok....tgok trailer pun mcm dah best....sis ni kan peminat no.1 citer2 seram..hohohoo...

    alahai lawaknyeee topi2 kledar itu..plg tak tahan tgk topi kpala botak dan topi timun cino ! ;p

    ReplyDelete
  25. Ummi Hanie:
    haha, memang best da kelakar
    part seram sikit je, tp mmg seram
    sesuai la bawak anak2 sis, bleh la tgk sape sakit perut duk asyik gelak

    mcm2 style skang ni, helmet pun ikut trend fashion jugak gamaknya,haha

    ReplyDelete