NGANGKUNG
Sudah tonton filem NGANGKUNG?
- Jika ya, apa pendapat anda tentang filem NGANGKUNG?
- Jika belum, di sini ada sedikit-sebanyak perkongsian mengenai filem NGANGKUNG terutama bagi sesiapa sahaja yang masih belum berkesempatan untuk pergi menonton.
Tajuk Filem:
Ngangkung
Ngangkung
Pengarah:
Ismail Bob Hasim
Ismail Bob Hasim
Penerbit:
Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Dipawagam bermula:
25 November 2010
25 November 2010
Pelakon Ngangkung:
Shaheizy Sam
Azad
Angah Raja Lawak
Putri Mardiana
Eira Syazira
Echa
Azlee Senario
Ruzaidi Abdul Rahman
Reanna
Mazlan Pet Pet
Shaheizy Sam
Azad
Angah Raja Lawak
Putri Mardiana
Eira Syazira
Echa
Azlee Senario
Ruzaidi Abdul Rahman
Reanna
Mazlan Pet Pet
Ini dia, pelakon utama : Shaheizy Sam merangkap tonggak dalam filem terbaru, NGANGKUNG terbitan Metrowealth di bawah kelolaan dan arahan pengarah baru industri filem tanah air iaitu Ismail Bob Hasim. Rentitan kejayaan Shaheizy Sam dulu dalam filem Adnan Sempit, kini muncul lagi dengan filem kedua, NGANGKUNG. Akan datang, satu lagi filem yang akan menampilkan beliau sebagai tonggak utama bakal muncul di pawagam iaitu KONGSI : Lu langsi lu mati! Sama-sama kita nantikan filem aksi komedi itu nanti.
Apa yang menarik tentang NGANGKUNG di kaca mata penonton?
- Watak utama yang ditampilkan, Shaheizy Sam memang diketahui umum bahawa kredibiliti dan lakonannya tidak akan mengecewakan para penonton dengan pembawaan watak yang cool dan lawak
- Sebuah filem seram yang ada babak-babak seram dan mampu membuat kita terkejut beruk
- Lawak jenaka dari permulaan cerita hingga ke pengakhirannya membuatkan penonton gelak-ketawa nak pecah perut di dalam panggung
- Mesej yang cuba disampaikan memberi kesan walaupun disampaikan dalam mode jenaka yang lebih mudah diterima umum
- Tagline dan ayat-ayat skrip dalam cerita ini mempunyai keunikan dan nilai lawak jenaka tersendiri seperti "biskut bertemu merri"dan sebagainya
REVIEW : SINOPSIS
Filem ngangkung mengisahkan Azim, seorang pemandu lori yang hidup sederhana di sebuah perkampungan pinggir bandar bersama isteri, Suri dan anak perempuannya yang diberi nama Wahida atau lebih dikenali sebagai Wahi dengan panggilan manja. Azim mempunyai dua orang kawan baik iaitu Tasnim dan Wan. Tasnim dan Wan merupakan ‘kaki nombor ekor’. Aktiviti mereka adalah membeli dan meneka nombor ekor. Perbuatan mereka memang diketahui oleh isteri masing-masing.
Azim yang pada asalnya tidak pernah menghiraukan aktiviti rakan-rakannya akhirnya terpengaruh juga kerana desakan dan kesempitan hidup. Asyik dileter oleh isteri, ditambah pula dengan kejayaan Tasnim mengubah gaya hidup setelah berjaya memenangi nombor ekor hasil ngangkung sedikit sebanyak mempengaruhi Azim. Bermula dengan hanya untuk melihat, dan persaaan ingin mencuba, kian hari Azim semakin seronok mengikut Tasnim dan Wan walaupun secara senyap tanpa pengetahuan Suri.
Pelbagai cara dan pelbagai jenis bomoh mereka jumpa demi mendapatkan nombor ekor untuk dibeli dan teka untuk memenangi hadiah lumyan yang ditawarkan. Banyak kejadian seram dan lucu terjadi sepanjang mereka mengangkung. Perubahan ketara dalam hidup Azim berlaku apabila dia terlibat secara lebih serius sehingga mengabaikan keluarga akibat taksub untuk mendapatkan nombor ekor. Begitu juga dengan Tasnim dan Wan.
Sehingga satu hari berlaku kejadian yang benar-benar mengubah hidup mereka. Apakah kesudahan hidup mereka? Dan berjayakah mereka mendapatkan apa yang mereka hajati? Segalanya terjawab dalam “NGANGKUNG”. Tak rugi pergi tonton filem ni. Memang kelakar habis, pecah panggung dibuatnya dengan gelak ketawa para penonton.
PENGAJARAN
- Ngangkung - amalan memuja untuk mendapatkan nombor ekor adalah syirik di sisi agama dan termasuk dalam dosa besar yang tidak akan diampunkan
- Menang loteri - rezeki yang diperolehi dari usaha meneka nombor ekor adalah haram
- Kepercayaan - kelentong dan tidak berterus-terang boleh menimbulkan syakwasangka antara suami dan isteri
- Hutang - desakan kewangan tidak memerluka seseorang untuk berhutang dengan agen along kerana bakal mendatangkan musibah kepada diri sendiri dan keluarga
- Takdir - menerima takdir seadanya dan sentiasa berusaha
- Kasih sayang - boleh berubah jika kekayaan menjadi keutamaan dan kepercayaan karut diutamakan
- Keinsafan - bila diberi kesedaran, perlulah pulang ke pangkal jalan tanpa rasa ragu-ragu kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka untuk hambaNya
KONSPIRASI TOPI KELEDAR
Selesai menonton wayang, kami menapak ke parkir motosikal. Alih-alih, tengok 1 topi keledar sudah lesap dari pandangan mata. Konspirasi apakah yang sedang berlaku? Kelihatan mangsa kecewa dengan kehilangan topi keledarmya.
Ke mana perginya topi keledar?
Firasat kami berlima menyatakan topi keledar itu telah dicuri oleh seorang yang terdesak dan tidak berperikemanusiaan tanpa memikirkan kesan kepada mangsa.
Topi keledar milik siapa?
Milik salah seorang antara kami berlima. Identiti terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.Kesan
Terpaksa pulang tanpa memakai topi keledar di jalan raya. Tindakan berani mati dan penuh risiko sama ada daripada berjumpa polis atau kemalangan berjaya dielakkan, alhamdulillah
Akibat
Aku cadangkan kepada mangsa agar membeli topi keledar yang baru untuk memudahkan urusan di lain masa.
Cadangan
PERHATIAN : Kepada mangsa yang topi keledar yang dicuri
Aku cadangkan kau beli topi keledar yang aku cadangkan kat bawah ni, amacam? Setuju tak?
PILIHAN 1 : KEPALA BUDAK |
PILIHAN 2 : KEPALA BOTAK |
PILIHAN 3 : TEMBIKAI / TIMUN CINO |
PILIHAN 4 : BOLA BOWLING |
PILIHAN 5 : BOLA TENIS |
Nah, ni dia 5 pilihan yang aku tawarkan dan recommend untuk ko beli. Mungkin ada yang berkenan di hati untuk menggantikan topi keledar yang hilang. Ada yang berkenan? Pilih-pilih, jangan tak pilih.
Kau takut makin cepat nak kena kebas kalau beli macam ni? Kau takut harganya mahal? Tak dapatlah aku nak tolong. Tapi aku ada satu lagi pilihan untuk ko bro, apa kata ko guna yang ni je, amacam? Inilah pilihan terakhir untuk ko yang mampu aku cadangkan,hahahaha
PILIHAN TERAKHIR : KULIT BUAH LIMAU BALI |
INGAT NGANGKUNG, INGAT KONSPIRASI TOPI KELEDAR!
26 Comments
hye there :)
ReplyDeletejust to let u know yang ministry of moment ada buat contest and they just extended the deadline till tomorrow at midnight. harap sudi join. :) InsyaAllah kalau menang, winner gets RM2,000 worth of photography package.
details ada kat blog roe.. very simple requirements dia. jemput join ya? :)
p/s: thank u sooooooo much for this review! im going to the curve after this nk tgk wayang so will definitely watch this!
ngangkung xtgok g.xberani sbb takot xberbaloi.adnan sempit pon tgok xbest.so assume ngangkung cm2 gak.huhu. baru2 ni tgok rapunzal the tangle tales.best.lau tgok 3d ag best.
ReplyDeletetopi keledar 2 cun.sarankan pd mangsa ya.
best ekk cete tu?? jom banje bley ?? ekekeke
ReplyDeletetopi keledar tembikai..
ReplyDeleteterbaik tu..
heheee
roe233:
ReplyDeletethanks for the invitation, will look at the contest later and try to join if get the time
nice contest
owh, slamat menonton
selamat bergelak ketawa,haha
amirah:
ReplyDeleteklu stress, blh la pi tgk
konpem tergelak punya, tak gelak memang pelik,haha
repunzel blom tgk, megamind mmg best tgk 3D
tgh sarankan pada mangsa, harap dia berkenan la dgn salah satu pilihan yg dicadang,hak3
Miss:
ReplyDeleteokla miss, tak pernah lg pi panggung tgk rmai org
pastu, bising gegar satu panggung duk asyik gelak
rugi woo tak tgk,hehe
mie:
ReplyDeletetu pasal, topi keledar pun macam-macam bentuk skang
maju sgt dh ni
Eden lom tengok lagi.. Cbuk ngan kje..hu3....
ReplyDeleteahaks
ReplyDeletebest juga kan ngangkung?
wah,helmet kena bedal?
gila menakutkan
P/S : Apa Yang Terangkat Bila Ada Kakak/Abang/Adik Angkat!
ingat kan konspirasi ape la td. rupe2nye helmet kne curik haha
ReplyDeleteDeCrewz:
ReplyDeleteklu tension keje blh la pi tengok, konpem lega,haha
hans:
ReplyDeleteokla, byk part yg menghiburkan
cerita yg bersahaja
helmet kena bedal
seb baik bukan helmet ak
tp kesian la, paksa beli baru
efyna.pinkladies:
ReplyDeletetq singgah sini
haha, ni la konspirasinya
entri nie pun klaka..xyah la tengok...
ReplyDeleteSiyes tatau apa2.
ReplyDeletesangat ketinggalan dalam perkembangan isu semasa buat masa nih
hehehe..
dari sinopsis,mcm best...tunggulah..hehe
Shahazrin:
ReplyDeletelain bro tengok dan baca
MyraLove =):
ReplyDeleteorang tak abes exam lagi tak boleh tgk movie,haha
utamakan yang lebih utama
best ke ngangkung tu?..macam nak pegi tengok je..heheh....
ReplyDeleteby de way topi keledar tu sgt cun..teringin nak cube yg bola bowling tu..hehehe
pastikan topi keledar ade cop sirim...
ReplyDeletedah tengok, best2 ^_^v
ReplyDeleteFeeZ~Hafizah~cucuatokaji:
ReplyDeleteBest gak, ok la untuk bergelak ketawa
nk try ke topi keledar tu? cuba pi cari kat kedai ada tak,haha
SM Banjamin:
ReplyDeletebetul tuh, yg tu paling penting
klu style abis, harga mahal tak guna kalau keselamatan pengguna tak terjamin
pastikan berkualiti baru beli
Wan Gerrard:
ReplyDeletebest kan? setakat ni xjumpa plak org yg komen/kritik kata tak best,haha
nak tengok...nk tengok....tgok trailer pun mcm dah best....sis ni kan peminat no.1 citer2 seram..hohohoo...
ReplyDeletealahai lawaknyeee topi2 kledar itu..plg tak tahan tgk topi kpala botak dan topi timun cino ! ;p
Ummi Hanie:
ReplyDeletehaha, memang best da kelakar
part seram sikit je, tp mmg seram
sesuai la bawak anak2 sis, bleh la tgk sape sakit perut duk asyik gelak
mcm2 style skang ni, helmet pun ikut trend fashion jugak gamaknya,haha