APA JADI BILA SETAHUN TAK UPDATE BLOG?


SEMINGGU BAGAIKAN SETAHUN

Kekok nak mulakan tarian di papan kekunci. Cari abjad pun sedikit berpinar-pinar. Sedar tak sedar, sudah setahun tak update blog. Last entri pada 24 Disember 2010 di sini : Jom balik kampong!, dan hari ni sudah pun 2 Januari 2011. Setahun berganjak, selamat tinggal 2010 dan selamat bertamu 2011. Biarlah apa yang telah berlalu di tahun 2010 dijadikan kenangan dalam lipatan sejarah, dan apa yang bakal kunjung tiba di tahun 2011 ini sebagai sesuatu yang baru dan bermakna, amin!


Walaupun lebih kurang 8 hari tidak dapat update blog, rasanya macam setahun. Pelbagai cerita, berita, kupasan, perkongsian dan coretan tertunda. Biasa la orang kampong, bila dapat balik kampung lupa sekejap pasal dunia teknologi yang luas tanpa sempadan. Apatah lagi dengan keadaan yang tidak mengizinkan bilaman berukband slow tahap cinpanzi mengalahkan siput sedut. Kalau nak online boleh, tapi mungkin kena berada di puncak pokok kelapa,haha. Apapun, cuti seminggu yang berakhir hari ini amat memuaskan dan menggembirakan.


PENGHARGAAN BUAT SEMUA

Terima kasih la kepada semua rakan-rakan blogger yang masih setia berkunjung ke sini walaupun tuan blog sedang enak dan berseronok cuti bersama keluarga terutama kepada hans, A.D.A.M., deCrewz, tirah, LiFe KaMi , Ummi Hanie, padin, Semarak Api, FarhanaDr, amirah, cik.shabah, dan Ain Zulaikha. Tidak lupa juga kepada semua kawan-kawan blogger yang lain dan follower-follower baru. Salam kenal diucapkan kepada semua!



TERPUTUS TALIAN


Terputus talian dengan hangpa semua, maka terputuslah informasi dan berita mutakhir daripada kalian. Sedar tak sedar, ternyata blog adalah medium alternatif yang cukup kuat pengaruhnya. Tak dapat update status facebook tak apa lagi, tapi tak dapat baca blog dan update blog, hermmm banyak ketinggalan maklumat dan informasi.


PERCUTIAN BERMAKNA

Rentitan percutian seminggu agak terbatas dek kerna hujan yang menimpa-nimpa bumi Cik Siti Wan Kembang. Tapi sempat gak bertandang ke Dungun dan Kerteh, Terengganu melawat anak buah. Selebihnya, makan tidur makan tidur memenuhi rutin harian. Biasalah, bila hujan melanda perut pun cepat lapar. Tambah-tambah ada budu,hahaha.


SYABAS DAN TAHNIAH

Moment paling best masa cuti bila tengok SIARAN LANGSUNG AKHIR BOLA SEPAK PIALA AFF SUZUKI antara INDONESIA menentang MALAYSIA. Lama dah tak tengok bola sepak ramai-ramai anak-beranak. Meriah la gak, sampai serak suara-suara. Apapun, TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada kesemua skuad HARIMAU MALAYA di atas kejayaan yang cukup membanggakan seluruh rakyat MALAYSIA. Famous terus pemain-pemain bola sepak ni sekarang. Bukan sekadar pemain-pemain, isteri, tunang dan teman wanita terus melonjak naik nama di dada-dada akhbar hari ni. Kat blog pun tak kurang hebatnya tempias mereka. Kagum! Tak percaya boleh la pi usha-usah baca. Itulah untungnya bila berjasa kepada negara.


SAMBUTAN TAHUN BARU 2011

Sambutan tahun baru tahun ni, 2011 hanya di depan kaca televisyen. KONSERT WALIBAND di STADIUM MUHAMMAD KE-IV, KOTA BHARU pun tak pergi sebab hujan dan malas. Sebut saja tahun baru, ramai yang pasang azam, misi dan visi seiring tahun baru yang kunjung tiba. Aku tak sempat lagi nak listdown azam tahun baru. Azam tahun lepas tak check lagi dah terlaksana ke belum. Biasala, menanam azam itu lebih mudah daripada menunaikannya. Sama juga dengan janji, menabur janji lebih mudah daripada melaksanakannya. Apapun, sama-sama berusaha untuk memenuhinya.


SELAMAT TAHUN BARU 2011

Masih belum terlambat rasanya untuk ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011 kepada semua. Semoga tahun baru yang mendatang ini lebih baik daripada tahun sebelumnya, insyaAllah! Setahun kian barganjak bermakna setahun umur kita berkurang. Semakin tua, semakin besar tanggungjawab yang perlu dipikul. Semoga semuanya dapat diatasi dengan penuh ketabahan dan kesabaran.

_______________

Tu dia entri pertama untuk tahun 2011. Ni baru seminggu tak update, kalau sebulan? setahun? Rasanya tak cukup tanah nak karang, 7 hari 7 malam pun belum tentu habis.


Alhamdulillah, rezeki tahun baru, CERPEN garapan pertama nukilan PENABERKALA yang berjudul TAKDIR menang kategori CERPEN TERBAIK LELAKI. Rasanya, tahun 2010 cukup bermakna dalam dunia blogging. Apapun, terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan cerpen TAKDIR. Nantikan penghargaan istemewa buat kalian.


Wajarkah cerpen TAKDIR disambung kesinambungannya untuk menyertai kontest Kisah Klasik Kita yang sedang berlangsung sehingga April 2011?


p/s: kepada follower baru yang sudi nak letak link kat blog ni, jangan segan silu kasik link kat sini. Terima kasih

Post a Comment

39 Comments

  1. cehhhh..oooo ooo yo je setahun tak update..kah kah kah..

    aku pkai baju tahun lepas weyh..
    makan roti tahun lepas..haishhhh

    ReplyDelete
  2. tahniah menang cerpen terbaik.. & selamat kembali berblog di tahun 2011

    ReplyDelete
  3. Tahniah. patutlah..memang pengarang berjaya rupanya..bolehla tulis lirik & skrip yang mantap lagi bijaksana lepas ni:)

    ReplyDelete
  4. salam penaberkala,thanx komen2 blog sis ... juga utk spnjg lebih setahun prkenalan kita ni..how time flies ! owh namaku di mention di dlm entry ni..thanx lg sebijik !hehe...
    syok yer duduk di kmpg..budu..oh budu..sis dah rindu la nk mkn budu!pelik tak sis minat budu ?jgn pelik ha...;)
    anyway,slmt thn baru!kalau sis pun tentu gak rasa mcm setahun xipdate walaupun baru seminggu...huuu....welkem back dan tahniah utk cerpen yg mng tu.mmg berbakat :)

    ReplyDelete
  5. Wah.. Macam sari berita penting pulak.. Hehe.. :p

    Eh jap.. Ade name saye laa.. Macey macey.. Heee.. Tahniah untuk kamu ya atas menangnya cerpen Takdir.. Heehee.. Moga tahun 2011 bawa lebih makna dan lebih baik.. :)

    Salam tahun baru tuan blog..

    ReplyDelete
  6. haha, seminggu bagaikan setahun! same goes to me lah!

    well, encik khairu pergi ye ke wali band d kb hritu? i can't, cuz bru plg from terengganu.. haha, happy new year then..
    teruskan berblogging ye.. semoga azam tahun ini lebih bermakna dari tahun2 yg lepas!

    ReplyDelete
  7. selamat tahun baru~!! and tahniah sbb menang kontes~ hehe.. :D btw, nk join bpleh aje.. meh2, ramai2 join.. the more the merrier~ :D

    ReplyDelete
  8. *cimOt*:
    setaun kot, betul la
    sama gak dgn wayang
    lama dh tak tgk, last tgk pun taun lepas,kah3

    ReplyDelete
  9. THE LEKAT LEKIT STORY:
    terima kasih
    selamat berblogging utk tahun 2011

    ReplyDelete
  10. blog-tips-kurus:
    terima kasih
    uish, bukan berjaya mana pun
    ni pun percubaan pertama, alhamdulillah rezeki taun baru
    klu ada masa blh la sahut apa yg dicadang tu

    ReplyDelete
  11. Ummi Hanie:
    wsalam
    kejap sungguh masa berlalu, sudah setaun kenal sis hanie
    awal taun 2010 menang kontest sis, awal taun 2011 ada gak rezeki kontest,haha

    makan budu ka? pergh, syabas

    ReplyDelete
  12. FarhanaDr:
    ni namanya entri rojak
    sumbat je yang mana muat,haha

    amin, insyaAllah moga taun 2011 lebih baik
    selamat tahun baru

    ReplyDelete
  13. FIFIEY LYCHEE MARATION:
    tak pergi pun, hujan time tuh
    malas nak bersesak-sesak

    same goes to u
    hopefully 2011 will be more meaningful

    ReplyDelete
  14. lavender harum wangi:
    thanks
    orite, nice info

    ReplyDelete
  15. ahaha memang best la kan bercuti hehee.. wah ni dah bole naiktaraf blogger tegar ni pena, harap teruskan momentum ni, tahniah sebab menang cerpen, memang best cerita tu ekekee

    ReplyDelete
  16. wow.. menang ek cerpen hari tue?? hrmmm.. cik su dah agak mesti menang punya.. hehe.. tahniah la ek...

    ReplyDelete
  17. selamat tahun baru..^_^
    tahniah meanang peraduan tu hehe

    ReplyDelete
  18. tercari-cari penaberkala bila xupdate blog

    ReplyDelete
  19. Aku sebagai bool, sokong je apa ko buat. haha. ;p

    ReplyDelete
  20. padin:
    cuti memang best bro, tp yg tak dpt bukak blog tu jadi kureng best sikit,haha

    tq padin
    uish, xdpt lg nk jd blogger tegar
    sehari satu post pun tak dapat buat

    ReplyDelete
  21. MIMIE AIZA:
    terima kasih
    selamat tahun baru
    salam perkenalan

    ReplyDelete
  22. Cik Su:
    tq
    mencuba nasib je tuh
    ciksu kan antara watak utama,haha
    patut la menang

    ReplyDelete
  23. amirah:
    ye ke nih?
    oh terharu, kah3
    :)

    ReplyDelete
  24. hans:
    thanks gak bro
    dah staun kenal ko,haha

    ReplyDelete
  25. A.D.A.M.:
    tq bool atas sokonganmu itu
    akanku kuatkan semangat utk terus menulis dan submit sambungan cerpen tu,haha

    ReplyDelete
  26. eh,dah setahun ekk?
    heheheh
    cepat jer kan masa berlalu

    P/S : Belia Benci Kuliah Minggu Pertama!

    ReplyDelete
  27. tuh dia, entry terkumpul. huhu selamat tahun baru,,semoga 2011 nih lebih baik daripada sebelumnya..

    Latest Entri :
    Saya Minta Maaf, Maafkan Saya

    ReplyDelete
  28. Baiklah. Kalo ko tibe2 x b'smgt, ingatlah aku. Hahaha.

    ReplyDelete
  29. hans:
    yup, dah genap setahun
    seb baik ada kontest tuh, blh gak kenal blogger famous macam ko,hak3

    ReplyDelete
  30. eiela:
    mmg terkumpul, seminggu tak update rasa macam2 nk tulis kat sini
    insyaAllah, harap2 begitulah
    semoga 2011 lebih baik,amin

    ReplyDelete
  31. A.D.A.M.:
    haha, no problema
    time ak give up, ak pi serang blog ko mintak motivasi

    ReplyDelete