APA PERLU TAHU? TRIVIA SUKAN : JAGUH BADMINTON NEGARA | THE RED WORRIORS

Penutup tirai SUKAN NEGARA 2010 disudahi dengan kejayaan SKUAD HARIMAU MALAYA dalam Piala AFF 2010.

Pembuka tirai SUKAN NEGARA 2011 dimulakan dengan KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA MALAYSIA, KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA KOREA, dan PIALA SULTAN AHMAD SHAH untuk sukan bola sepak.


T A H N I A H

Datuk Lee Chong Wei

Juara Kejohanan Terbuka Piala Malaysia 2011


T A H N I A H 

The Red Worriors 

 Juara Piala Sultan Ahmad Shah



TRIVIA SUKAN

BOLA SEPAK : THE RED WORRIORS

Oktober 2010 merupakan detik bersejarah buat semua peminat bola sepak tempatan terutama penyokong setia The Red Worriors di atas kemenangan dan kejayaan menjulang Piala Malaysia sekaligus menamatkan kemarau 89 tahun untuk bergelar JUARA. Kemenangan ke atas Negeri Sembilan 2-1 menidakkan kemaraan bekas JUARA PIALA MALAYSIA 2009.




Kemaraan The Red Worriors bukan setakat itu, malah berjaya melahirkan dan menyumbang pemain berbakat seperti Khairul Fahmi Che Mat dan Nur Shahrul Idlan Talaha untuk berkhidmat dan membantu skuad Harimau Malaya dalam menjulang Piala AFF 2010.


Kejayaan demi kejayaan diraih sehinggalah kini The Red Worriors berjaya menjulang Piala Sultan Ahmad Shah buat pertama kali sejak diperkenalkan pada tahun 1985. Kemenangan bergaya ke atas Selangor 2-0 menobatkan Kelantan selaku Juara baru Piala Sultan Ahmad Shah.



::nota penulis::
Ambo bangga jadi ore qlate, tapi ambo tak bangga bilo ada peminat hok baling mercun masa match. Tak tau la sampai bila benda ni akan terus berlaku dan berlaku. Semoga semua yang ditahan dan direman mendapat balasan yang setimpal. Semoga menjadi pengajaran kepada yang lain dan kejadian yang sama tidak berulang lagi dan lagi dan lagi. Sampai bila weh? Apapun, semoga The Red Worriors terus mara ke depan dengan lebih kejayaan untuk musim terbaru 2011.

Maklumat lanjut, kunjungi blog rasmi The Red Worriors di sini : THE RED WORRIORS



BADMINTON : LEE CHONG WEI

Kemaraan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terhalang dek kerna kemenangan lebih berpihak kepada musuh tradisi iaitu jaguh dari China, Lin Dan dalam Kejohanan Terbuak Korea. Sehingga kini, Lin Dan terbukti lebih hebat dalam pertemuan dengan jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei dengan kemenangan 15 kali berbanding Chong Wei yang hanya 7 kali dalam kesemua pertembungan di gelanggang antrabangsa.



::nota penulis::
xpe kalah pun, Chong Wei bagi tentangan hebat tadi. Mampu bangkit pada set ke 2 dengan kemenangan 21-14. Bagi saingan sengit, mengekori rapat mata demi mata sehingga mata ke-14. Kerana sedikit kesilapan dan kealpaan, Chong Wei ketinggalan di mata ke-16. Kemenangan berpihak kepada jaguh China, Lin Dan 21-16 dalam set penentuan. Apapun, bangga dan kagum dengan prestasi Chong Wei, setidak-tidaknya mampu membuat muka Lin Dan stress dan tertekan.


Sekian laporan daripada penaberkala untuk Visible Voice

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!

"menang pakat sorak, kalah jangan kutuk"


p/s: gambar dirakam menggunakan Gigabyte device sewaktu menonton Buletin Utama menggunakan laptop peribadi

Post a Comment

16 Comments

  1. sikit lagi chong wei nak menang tadi..
    memang fight la,
    puas hati juga la kali ni tgk chong wei lawan lindan tk le mcm sebelum ni..

    ReplyDelete
  2. Kalau semua pemain bermain untuk negara, insyaallah mereka akan cuba bersungguh-sungguh sehingga titisan peluh yang terakhir.

    Tapi sekarang ni, kebanyakannya lebih mementingkan wang dari patriotisme.

    Kena cuba elakkan sesi kutuk-mengutuk kalau ada pemain kurang berjaya dlm pertandingan. Mungkin mereka ade masalah peribadi. Orang luar tak tau.

    Sayang Malaysia. Cinta Malaysia. Demi negara, jiwa membara.

    ReplyDelete
  3. chongwei kalah pun anat tak kesah. anat suka chongwei!! hehehe

    ReplyDelete
  4. LiFe KaMi:
    tu la, sikit lagi nak menang
    kalah pun takpe, corak main memang best
    at least bagi tentangan hebat

    ReplyDelete
  5. Miss Dill:
    nice point of view from cikgu dill
    yeah, u r right
    tp tgk atlet negara bertarung bukan main-main
    esepcially nicol david dan chong wei
    bola sepak pun dah mula meningkat naik
    hope, in future pun terus maju

    ReplyDelete
  6. ANATI SOKI:
    baguih sungguh anat
    tp klu kalah selalu xleh jugak kan,haha

    ReplyDelete
  7. salam.....ziarah pagi..
    salam kenal dari su manje

    Jemput singgah blog su manje...
    Thankss....

    ReplyDelete
  8. sukan malaysia semakin semarak... kemajuan sesebuah negara tu boleh diukur juga dengan pembangunan dan kecemerlangan sukan... bola main makin cantik... mungkin perlu 2 ke tiga tahun lagi untuk setakuk lagi, menjengah level Asia... Asean dah ditakluk... badminton memang tak de tara... kekal sukan sinonim malaysia... cuma perlu segela diselesaikan isu bergolak... kelantan? terbaik!... semangat penyokong kelantan antara yg wajar di contohi... kat mane kelantan main... stadium pasti penuh... tahniah kelantan...

    majulah sukan untuk semua!

    ReplyDelete
  9. apa maksud sumbangsih? adakah piala sumbang kasih? atau sumbangkan lagi piala nya sih...hehehe

    ReplyDelete
  10. ~~su manje~~~:
    salam kenal
    tq singgah dan komen

    ReplyDelete
  11. padin:
    trima kasih bro
    harap-harap taun ni pun masih menyengat

    ReplyDelete
  12. SM Banjamin:
    yg paling menonjol sehingga hari ni adalah badminton, squash, bowling, basikal. harap, bola sepak dan sepak takraw akan naik kembali

    bab penyokong kelantan penuh stadium tu memang kagum dan akui
    tp bab baling mercun dan botol tu mintak la dh xde lepas ni,haha

    ReplyDelete
  13. Zulfikar Hazri:
    sumbangsih tu maksudnya sesuatu (tenaga, wang, dll) yg diberikan sbg bantuan, sokongan, sumbangan.

    baru tau gak maksudnya,haha
    seb baik bro tnya

    ReplyDelete
  14. kelantan memang best... best sebab pemimpin dia best.hehe

    lew chong wie dah usaha sedaya upaya..tahniah...

    ReplyDelete
  15. si para para:
    semoga kelantan terus best
    pemimpin dan raja dh best,haha

    ReplyDelete