FENOMENA KENNY ROGERS : MERAHMU BARA SEMANGAT WAJA

CATATAN BERMAKNA : RENTITAN PERJALANAN KE KENNY ROGERS

Tarikh : 12 Januari 2011
Lokasi : Pulau Pinang


Menyahut cabaran dan promosi Kenny Rogers! Rombongan 4 jejaka berbaju merah, aku bersama Faris, Muzek dan A.Alip pun bermula.

Destinasi 1
Kenny Rogers @ Kompleks Bukit Jambul

Laporan dari lokasi
Kelihatan kelibat-kelibat pelanggan berpakaian merah memenuhi seat dan ruangan Restoran Kenny Rogers. Sambutan hangat dan menggalakkan dari pengunjung sekitar Penang nampaknya. Kelibat warga AMDers turut serta memenuhi seat sempena Farewell Din : Kak Ina, Kak Maria dan ahli-ahli sejawat. Meriah sakan depa.

Reaksi
Putus asa dan kecewa bila tengok takde seat kosong. Beredar dari Kenny Rogers dengan muka tebal sebab tak dapat masuk,LOL. Beralih angin mencari tempat yang sesuai untuk lunch. Mencadangkan beberapa lokasi baru sebagai ganti untuk hilangkan sedikit hampa di dada:
  1. KFC
  2. Mc Donald
  3. Kapitan

Solusi
Cadangan A.Alip diterima sebulat suara. Rombongan melencong ke arah Restoran Nasi Ayam Misai. Lagipun, tak pernah lagi try Nasi Ayam Misai nih. Nama dah unik, kena lah pi try sekali kalau nak tau best ke tak. Jom usha-usha jap Restoran Nasi Ayam Misai di Kompleks Bukit Jambul.


Nasi Ayam Misai di Kompleks Bukit Jambul
Restoran Nasi Ayam Misai ni terletak di aras bawah Kompleks Bukit Jambul. Cawangan lain yang ada kat Penang ni adalah di Sungai Ara, area traffic light (simpang tiga). Tak tau? Nak pergi roger aku.


Nasi Ayam Misai Set A : RM 3.50
Menu utama yang disediakan adalah Nasi Ayam. Nama pun Restoran Nasi Ayam Misai. Tapi, takde lah plak misai kat dalam pinggan tuh. Cashier pun perempuan. Tak tau la mana misai yang dimaksudkannya. Kat sana, ada banyak set untuk dipilih. Dari set A sampailah ke set E dengan harga yang berbeza-beza ada. Pilihan di tangan anda. Ada mulut, perut kosong, duit yang penting, GO ON! Pilihan kami tak lain tak bukan set paling murah,haha. Set A : RM 3.50!


Diskusi : Rancangan seterusnya
Mood makan masa tu agak ke laut. Mana taknya, plan lain, dapat lain. Hancur luluh jugak lah. Robek hatiku Kenny Rogers Bukit Jambul agak menghampakan, ceittt. Tapi dalam frust dan hampa tuh, habis jugaklah nasi sepinggan air secawan. Not bad. Next plan? Discussion pun bermula. "Jom la try pi sebelah petang lak", celah idea geliga Muzek.


Hampa! Percubaan pertama di Kompleks Bukit Jambul GAGAL
Balik ke office dengan perasaan penuh hampa dan dukacita. Arghhhh, sia-sia pakai baju merah,haha. Kang dah masuk paper untuk lepas geram. Apapun ,bulatkan tekad untuk teruskan usaha mencuba kali ke-2. Promosi skali staun beb, rugi plak kalau tak pergi alang-alang dah dekat dengan outlet Kenny Rogers.
Promote punya la kencang, tak kan promoter sendiri tak pergi kot. Kamon la. Merah mu bara semangat waja! Yeah


Hasil carian di search engine
Alang-alang habis lunch awal, apa lagi. Masa untuk FACEBOOK. Check akaun NUFFNANG sekali terutama section KEYWORDS. Fulamak, ramai jugak yang search and find pasal PROMOSI KENNY ROGERS ni. Patut la aku tak ada tempat, ramai yang tau rupanya.


Google membantu dalam mengawal lalu-lintas blog
Ni hasil usaha gigih member aku, Fatiyah. Siap search kat GOOGLE dan printscreen. Pastu, siap upload kat FACEBOOK,haha. Mai la claim hadiah, gula-gula KOPIKO 3 bijik. Berguna gak entri yang aku buat. At least dapat kasik tau informasi kepada orang-orang yang memerlukan. Itu yang penting.

Konklusi
Misi pertama GAGAL

Menurut saksi kejadian di Kenny Rogers Bukit Jambul, service kat sana agak teruk dan tidak memuaskan. Order lain dapat lain, dan perlu menunggu dari pukul 1130 pagi hingga pukul 130 tgh hari baru boleh makan. Kesian, apakan daya. Itulah lumrah, "di mana ada gula, di situ ada semut". Sebab tu ramai yang cabut lari lepas tuh.
 
Perjalanan belum berakhir setakat tuh, ada lagi sambungannya. Misi ke-2 diteruskan! 


Destinasi 2
Kenny Rogers @Queensbay Mall

Percubaan ke-2 : Queensbay Mall
Laporan dari lokasi
Sebaik tamat waktu kerja, terus melencong ke Queensbay Mall. Dari jauh tengok que panjang gak. Ada la yang dah mula give up dan nak berpatah balik. Tapi, aku terus mara ke depan dengan penuh semangat. Fuh, nasib baik kat dalam Kenny Rogers Queensbay Mall kosong. Tak sampai 15 minit dah boleh order. Tunggu dan borak-borak tak sampai 15 minit makanan dah siap-sedia terhidang kat atas meja. Service terbaik!


Fenomena Kenny Rogers : Merah mu bara semangat waja

Suka duka mendapatkan Kenny's Quarter Meal


Reaksi
Apa tunggu lagi? Makan je lah. Tapi sebelum tu, snap-snap lu kejap. Macam menarik je bila tengok satu Restoran Kenny Rogers penuh dengan warna merah. Tak tahan dek kerna kempunan tengah hari tadi, jadi masing-masing fokus dengan makanan masing-masing. Gulp!


Siap-siaga untuk membalas dendam



Konklusi
Misi ke-2 BERJAYA!


MENU SANTAPAN
jangan meleleh

Muffin vanilla dan chocolate

Ice lemon tea
Kenny's Quarter Meal

Gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati


Amacam? Ada can nak jadi journalist tak? Kalau bukan pasal pelancongan, pasal makanan,haha.
Jangan lupa usha-ussha tempat menarik untuk dilawati di Penang:

CREDIT TO BALA TENTERA :  Faris, Muzek, A.Alip


SUMBER TRAFIK : Secara langsung kesesakan lalu-lintas : Feedjit Live
 

Post a Comment

26 Comments

  1. tak pernah makan Kenny Rogers lagi .

    ReplyDelete
  2. ouhh, haha..bagus nye.. team spirits yg begitu kuat sepakat nk pakai merah.. tak apelah, jgn kuciwa kuciwaa, murah je kan?? so bayar je. haha..

    btw, nasi ayam oh nasi ayam, besok nak mkn nasi ayam lah!

    ReplyDelete
  3. Smart seyh sume pakai baju merah..
    Kiz pun tak sempat pergi sebab kitorang takde baju merah..hihi

    Jom sini,
    Cantik luar cantik dalam meh dengar sini

    ReplyDelete
  4. touya:
    baru 2nd time try pi makan
    tu pun nasib baik ada promosi,haha

    ReplyDelete
  5. FIFIEY LYCHEE MARATION:
    haha, sepakat membawa berkat
    murah berbanding hari-hari lain

    selamat makan nasi ayam
    kat kelantan, kedai mak su nab basi air best

    ReplyDelete
  6. KizZ:
    penuh kot orang pkai baju mrah arituh
    pelik tapi benar
    xpe kizz, try lagi next year

    ReplyDelete
  7. hans:
    rasa macam nk gi tengok bola kat stadium pun ada pkai serba merah

    ReplyDelete
  8. amboi ramainya berbaju merah.puaslah hati akhirnya dapat gak makan apa yang di hajati.good luck.

    ReplyDelete
  9. merah sangat cun so penaberkala cun pd hari kejadian.
    patutla mcm kenai nasi ayam misai, dh lama sangat kedai tu. masa muda2 dlu lg dh ad.hehe

    ReplyDelete
  10. ish nmpk menyelerakn sungguh nasi ayam tu....laparrr lak ! ;p

    ReplyDelete
  11. bila tgk tray biru tu, ingat masa tgl kat asrama..

    ReplyDelete
  12. Cik Ina minat Do do Cheng:
    meriah sikit pakat pakai merah
    puas hati gak la makan pun

    ReplyDelete
  13. amirah:
    LOL, cun? haha
    First time try nasi ayam misai
    tp nasi ayam nazir kat sunshine best lagi kot

    ReplyDelete
  14. Ummi Hanie:
    duk penang dh, boleh la pi try sis

    ReplyDelete
  15. Lulu caldina:
    haha, betul gak..mcam tray kat hostel
    tp, hostel sy dl pkai tray besi

    ReplyDelete
  16. best kenny rogest.. lama x singgah.. kena pakai baju merah gak nih

    ReplyDelete
  17. AHAHHAHAHHAHHA..tolo laaaa :D
    GIGIH itu perlu..kikiki _ Anis Balqis

    ReplyDelete
  18. sop:
    12hb hari tu je bro ada promosi
    order 1 dapat free 1

    ReplyDelete
  19. Anis Balqis:
    tolo jarang-jarang xpo
    nak makan for the last time in penang kena la GIGIH

    ReplyDelete
  20. hans:
    tapi bkn smua ore qlate la
    sorang tu orang kedah

    ReplyDelete
  21. *cimOt*:
    3 kali komen yang sama?
    ok paham, ni betul2 lapar,kah3

    ReplyDelete