ROSHAN DAN ROSHNI
kisah unik mereka, susah senang sentiasa bersama
bagai aur dengan tebing, ikatan kasih mereka terpatri rapi
dugaan cabaran ditanggung sendiri di awal usia kanak-kanak
hadirnya insan berpekerti, datang membantu hulur simpati
kisah unik mereka, susah senang sentiasa bersama
bagai aur dengan tebing, ikatan kasih mereka terpatri rapi
dugaan cabaran ditanggung sendiri di awal usia kanak-kanak
hadirnya insan berpekerti, datang membantu hulur simpati
Sehinggalah pada suatu hari, Roshan keluar daripada wadnya untuk bersiar-siar. Tiba-tiba, Roshan terdengar sekumpulan doktor sedang berbincang bersama pihak pentadbir tentang mereka. Rupa-rupanya, ibu dan bapa mereka sudah tidak mampu membayar kos rawatan mereka di hospital tersebut dan diputuskan untuk menjelaskan bil tertunggak secepat mungkin. Jika tidak mereka terpaksa akur keluar daripada hospital tersebut dan mendapatkan rawatan di tempat lain.
Roshan berlalu pergi dengan perasaan penuh hiba. Lantas masuk kembali ke wad untuk bertemu kakaknya, Roshni. Roshan menyatakan kepada Roshni bahawa ibu dan bapa mereka akan datang untuk mengambil mereka dan menjalani rawatan di rumah sahaja. Pada masa yang sama, sebak di dada tidak boleh dibendung lagi lantas memaksa Roshan menitiskan air mata.
Roshni seolah-olah mengerti dan menyatakan apa yang beliau rasakan.
"Ibu bapa kita sudah tidak mampu nak membiayai rawatan kita di hospitak ini kan?", soal Roshni kepada Roshan.
Roshan hanya mampu mengangguk tanda bersetuju. Mereka berpelukan saling menenangkan diri masing-masing. Begitulah indahnya kasih sayang dan hubungan yang tertaut antara mereka adik-beradik. Saling memerlukan antara satu sama lain.
Hari untuk pembayaran bil rawatan tertunggak sudahpun tiba. Mereka berkemas untuk meninggalkan hospital itu. Namun mereka ditahan oleh seorang lelaki, iaitu salah seorang doktor yang bertugas di hospital tersebut. Doktor itu merupakan kawan kepada Duke, juga seorang doktor di hospital tersebut. Rupa-rupanya, lelaki itu bertindak selaku orang tengah dalam melangsaikan hutang bil rawatan itu dengan menggunakan sumbangan daripada Dr Duke. Maka, Roshan dan Roshni terus kekal tinggal di hospital itu untuk mendapatkan rawatan lanjut sementara Dr Duke dan rakan-rakan doktor yang lain menjalankan penyelidikan tentang kanser yang dihadapi oleh mereka.
Roshan terus bergegar ke bilik Dr Duke untuk mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan dan bantuan beliau yang sudi membiayai kos rawatan mereka adik-beradik. Menariknya, Dr Duke adalah seorang doktor yang lumpuh anggota badan. Hanya mampu duduk dan tidur. Kaki dan tangan beliau telah lumpuh dan langsung tidak boleh digerakkan.
Roshan dan Dr Duke sering berborak. Mereka saling bertukar cerita. Roshan menceritakan tentang keluarganya, kawan-kawannya, saudara-maranya kepada Dr Duke termasuklah menyatakan bahawa sebenarnnya hanya kakaknya, Roshni yang menghidap kanser. Dan dirinya, Roshan adalah sihat walafiat. Keberadaannya di hospital hanyalah untuk menemani kakak kesayangannya.
Dr Duke menjadikan Roshan sebagai pembantu peribadi beliau untuk mengangkut dan membekalkan buku/bahan bacaan untuk kajian lanjut mengenai kanser terbabit.Setiap hari, Roshan akan menolak troli yang berisi penuh buku khas untuk Dr Duke. Kerana lumpuh, Roshan bertindak sebagai pembantu untuk mengambil buku dari troli untuk bacaan Dr Duke. Begitulah perjalanan hidup mereka di hospital itu dari hari ke hari.
Apakah kepentingan Roshan kepada Dr Duke sehingga tidak membenarkan mereka adik-beradik dihalang untuk diusir dari hospital itu?
Apakah tugas dan peranan Roshan kepada Dr Duke sebagai tanda terima kasih di atas jasa bakti Dr Duke terhadapanya?
Apakah keistimewaan Dr Duke dan Roshan dalam kisah ini?
Bagaimanakah kesudahan kisah mereka adik-beradik? Adakah Roshni akan selamat?
Semuanya bakal terjawab dalam siri seterusnya.
bersambung........
Thanks for reading
"when voice become visible, muteness become readable"
22 Comments
roshan dgn dr duke tu mcm give n take... :)
ReplyDeletesmbung cepat ya
hohoo
ReplyDeletecayalah
P/S : Pandang Kemana Tu? Rimaslah!
wawww..ada n3 cerpen la pulak.
ReplyDeletelike.like.nice!
cepat2 sambung =)
Next episode please!!!
ReplyDeletebesh2....hehe..tak sabor tunggu neyh!
Jom sini,
Back To School
mnarik citernye...karya penaberkala sndiri ke?xkisahla...sambung nnti yer ;)
ReplyDeletehaiya..bikin saspen lor
ReplyDelete~kuyam~:
ReplyDeleteyup, lebih kurang macam tu la
betul la org kata, org buat baik kita pun kena berbuat baik
orite, akan sambung tak lama lg
hans:
ReplyDeletecerita ni agak menarik
tertarik untuk aku menulis dengan olahan sendiri
MyraLove =):
ReplyDeletecerpen analogi untuk difikirkan bersama
semoga dapat diaplikasi dlm kehidupan kita
KizZ:
ReplyDeletethanks
yup, jalan ceritanya agak menarik
sudah 3 bulan berlalu, tapi masih ingat tentang kisah ni
mungkin sebab mesej yg disampaikan dlm cerita ni agak kuat
Ummi Hanie:
ReplyDeletenukilan sendiri dengan gaya bahasa sendiri
tapi cerita pokok bukan hak milik sendiri, adaptasi untuk perkongsian bersama
amirah:
ReplyDeletemalas nak taip panjang takut org malas baca,hak3
so buat by part la plak
cerita berepisod
ReplyDeleteTHE LEKAT LEKIT STORY:
ReplyDeletenop, filem
tapi entri yg berepisod,haha
la, cerita bersiri rupanya..
ReplyDeleteehheheee
hohooho
ReplyDeletesila olah lagi
lepas nih dah leh jadi penulis
P/S : Bersama Hans di Restoran Keluarga Anda - Yankies Hut
tunggu episod akan datang =P
ReplyDeleteala..xmo jawab semua soklan tue..nak tau kisah selanjutnya..pls..:D
ReplyDeletemie:
ReplyDeletejalan cerita yg menarik untuk dijadikan analogi
hans:
ReplyDeletedalam proses sambung
klu free sempatlah siap
Wan Gerrard:
ReplyDeletetunggukan kesudahannya
pasni kita sama-sama fikir kekuatan mesej dlm cerita ni
Ikah:
ReplyDeletehaha, dh give up
teka la dulu
apapun, tq sudi baca